LAFH - 21

Romance Series 665659

ZIRA membaling telefon bimbitnya dengan penuh geram. Dadanya berombak laju ketika ini. Haqq benar-benar dah melampau! Boleh pula lelaki itu tinggalkan dia di sini. Habis dia nak balik naik apa?

Selamba saja Haqq menelefonnya memberitahu yang dia sudah sampai di rumah. Disuruh Zira pulang dengan menaiki grab. Belum sempat Zira membalas, panggilan ditamatkan. Bila Zira cuba telefon semula, Haqq langsung tak jawab panggilannya.

Zira menghentak-hentakan kakinya. Gayanya persis seperti anak kecil yang memberontak. Nasib baik tak patah kasut tumit yang tersarung di kakinya itu. Dipandang sekeliling. Semua orang sudah beransur pulang. Hari pun sudah semakin lewat malam.

“Macam mana aku nak balik ni? Memang tak guna betul lah Haqq ni! Siaplah kau nanti.” Zira mengutip kembali telefon bimbitnya yang dibaling tadi.

Dia rasa nak menangis sekarang ni bila melihat keadaan telefon bimbitnya yang sudah berderai. Langsung tak boleh digunakan lagi. Dah tu macam mana dia nak hubungi grab sekarang ni?

“Argh!” Zira menjerit kuat. Tak dipedulikan orang sekeliling yang memandang ke arahnya ketika ini.

HAQQ merebahkan badannya di atas katil. Tak lekang senyuman di bibirnya. Wajah Daneen bermain di ruang matanya saat ini.

“Ah! Kau guna jampi apa ni Daneen? Kenapa aku asyik teringatkan kau?” Wajahnya diraup berkali-kali.

Haqq tiba-tiba bangun daripada pembaringannya. Gayanya seperti sedang berfikir sesuatu. Lantas dia bangun dan menuju ke meja solek. Wajahnya di dalam pantulan cermin ditenung.

“Daneen, I suka you! You kena kahwin dengan I!” Dia membayangkan Daneen ada di depan matanya ketika ini. Haqq menggeleng perlahan. Kalau macam ni gayanya, awal-awal lagi Daneen dah reject. Nampak seperti memaksa pula.

Haqq mencuba lagi. Dia berdehem perlahan. “Daneen, I tak sangka you ni pencuri. You dah curi hati I, sampai sekarang you tak pulangkan lagi.”

“Ish! Cringe sangat.” Sekali lagi Haqq menggeleng kepalanya.

“Tak apa Haqq. Kita cuba sekali lagi,” ujarnya sendiri.

“Daneen, tinggalkan papa I. Lupakan impian you untuk jadi mak tiri I. Jadi isteri I. I akan bahagiakan you.”

Haqq garu kepalanya. Ah! Tak pernah-pernah dia mabuk cinta seperti ini. Selalunya perempuan yang akan meluahkan isi hati mereka dulu padanya.

“Macam mana aku nak luahkan ni?” Keluhan panjang terlepas daripada bibirnya.

“Google lah.” Haqq melangkah ke meja kerjanya. Komputer ribanya dihidupkan. Laju tangannya menaip papan kekunci.

“Cara-cara luahkan perasaan...” Haqq membaca satu per satu hasil carian yang keluar di skrin komputer ribanya itu. Teliti sekali.

“Makan malam yang romantik?” Haqq termenung seketika. Jarinya mengetuk-ngetuk meja. Nak ke Daneen keluar dengan dia? Macam mana kalau awal-awal lagi Daneen dah tolak? Tak. Tak. Dia tak boleh mengalah. Apa pun yang terjadi, hati Daneen perlu ditawan!

SELEPAS menunaikan solat subuh, Daneen melabuhkan duduknya di birai katil. Hari ini hari minggu. Jadi dia tak kemana-mana. Tak ada apa-apa rancangan pun.

Fikirannya menerawang teringatkan kejadian semalam. Wajah diraup perlahan apabila mengingat kembali apa yang terjadi. Teruk juga Aqil dimarahi Salwa. Gara-gara Aqil lah semua ini berlaku padanya. Tapi dia tak salahkan Aqil. Aqil sendiri tak sangka isteri majikannya itu akan bertindak sebegitu. Irsyad pun ada menghubunginya dan meminta maaf dengan tindakan melampau isterinya itu.

Mujur ada Haqq. Daneen pun tak sangka Haqq yang akan menjadi penyelamatnya. Jika lelaki itu tak ada, entah apa agaknya yang berlaku padanya. Semua orang seakan tak peduli dengan dia. Sibuk menyaksikan pergaduhan mulut Irsyad dan Mila.

Cakap pasal Haqq, Daneen teringat kot yang Haqq pinjamkan padanya semalam. Dia terus bangun daripada katil. Kot yang digantung pada kerusi meja kerjanya itu dicapai.

Daneen tersenyum sendiri. Tak sangka ada sisi lain Haqq yang dia tak pernah nampak selama ini. Walaupun Haqq benci padanya, lelaki itu masih mahu membantunya. Kot Haqq dibawa ke dalam pelukannya. Dia tak akan lupakan detik-detik Haqq menjadi penyelamatnya semalam. Dengan wajah serius, Haqq terus tarik tangannya membawa dia keluar daripada situ.

“HAQQ!”

Hampir tersembur air di dalam mulut Haqq saat Datin Mariam tiba-tiba saja menjerit namanya.

“Kenapa ni mama?” soalnya.

Datin Mariam terkocoh-kocoh turun daripada tangga. Dia terus meluru ke arah Haqq yang sedang duduk di meja makan.

“Apa yang Haqq dah buat dekat Zira?” soal Datin Mariam tegas. Wajahnya sungguh tegang ketika ini.

“Haqq buat apa?” Haqq menyoal kembali. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia bersalah.

“Oh... Semalam. Haqq terlupa nak bawa dia balik. Lepas Haqq pergi toilet, Haqq terus balik rumah.”

“Haqq terlupa atau buat-buat lupa? Kenapa dengan Haqq ni ha?” Menyinga Datin Mariam dibuatnya. Pagi-pagi lagi Zira sudah mengadu padanya yang Haqq tinggalkan dia semalam.

“Betul. Haqq terlupa.” Haqq capai roti bakar yang sudah disapu dengan kaya lalu digigit sedikit.

“Haqq tahu tak Zira tu perempuan. Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? Come on Haqq! Jadi lelaki sejati.”

Haqq mengeluh perlahan. Apa tak cukup sejati ke aku ni? Siap jadi hero untuk Daneen lagi semalam. Ni kalau mama tahu, lagi masak dia. Mahu bernanah telinganya mendengar bebelan Datin Mariam. Dua tiga tahun lagi pun belum tentu habis diungkit.

“Haqq dengar tak ni? Jangan buat lagi. Lagi-lagi dekat Zira.” Datin Mariam memberi amaran.

“Hmm.” Itu saja yang Haqq balas. Yang si Zira ni pun satu, sikit-sikit nak mengadu. Kena tinggal jer pun. Bukannya aku jual dia dekat samseng. Punyalah banyak grab yang ada. Naik jer lah grab. Benda remeh macam ni pun nak dijadikan isu.

Selesai melampiaskan amarahnya, Datin Mariam tarik kerusi di hadapan Haqq. Punggungnya dilabuhkan di situ. Mata Haqq masih melekat di telefon bimbitnya. Membaca isu-isu hangat yang ada di media sosial.

Scroll punya scroll, jemarinya terhenti saat terpandangkan satu video. Terus dimainkan video itu. Luas biji matanya melihat video itu.

Video itu ialah video semalam. Video dimana gaun yang dipakai Daneen terkoyak di bahagian bahu dan dada. Dalam video itu jelas wajah Daneen yang panik sambil berusaha menutup bahagian bahu dan dadanya yang terdedah.

“Shit!” Haqq berdecit perlahan. Mendidih darahnya. Dalam waktu-waktu genting begini pun masih ada manusia yang tak berhati perut yang sanggup merakam dan menyebarkan video itu di internet. Biadab!

“Tepilah sikit tangan tu cik adik. Tak berapa nak nampaklah. Hihihi.”

“Janganlah tutup. Rezeki tu!”

“Eleh malu-malu pulak. Padahal suka kan tayang semua tu.”

Semakin panas hati Haqq membaca komen-komen yang ditinggalkan di video itu. Jijik!

“Kenapa ni Haqq?” soal Datin Mariam pelik.

“Haqq nak keluar sekejap mama.” Haqq terus bangun daripada kerusi. Dia capai kunci kereta yang tergantung di tepi pintu lalu berlalu keluar daripada rumah.

“Haqq nak kemana tu? Hei! Haqq!” Terjerit-jerit Datin Mariam memanggilnya namun Haqq langsung tak menoleh.

Tahu-tahu saja keretanya sudah bergerak keluar meninggalkan halaman rumah. Entah kemana dia ingin pergi pun Datin Mariam tak tahu.

DANEEN menekup wajahnya dengan bantal. Malu! Malu! Malu! Video kejadian semalam sudah tersebar di internet. Entah siapa yang diam-diam merakam video itu dia pun tak tahu. Dia macam nak menyorok dalam gua sekarang ni. Macam mana dia nak berhadapan dengan orang sekelilingnya lepas video itu tersebar luas?

“Daneen, kau rasa siapa yang rakam video tu?” soal Salwa. Dia turut simpati dengan apa yang berlaku pada kawan baiknya itu. Kalaulah Aqil tak meminta bantuan Daneen, pasti semua ini tak akan terjadi. Dia serba salah dengan gadis itu.

Daneen hanya menggeleng lemah. Dia tak boleh fikir apa-apa dah sekarang ni. Rasa nak menangis pun ya. Tapi kalau dia menangis air mata darah sekalipun, bukannya boleh buat apa.

“Daneen, aku minta maaf ya. Semua ni salah Aqil. Kalaulah dia tak ajak kau jadi model sambilan tu, mesti semua ni akan jadi. Lepas ni aku akan pastikan Aqil tak jejakkan kaki lagi dekat rumah kita!” Bersungguh-sungguh Salwa bercakap. Lagaknya seperti perdana menteri yang sedang memberi ucapan.

Daneen angkat kepalanya memandang Salwa kemudian dijentik perlahan dahi Salwa.

“Jangan nak dramatik sangat boleh tak? Aqil tu tak salah pun. Benda dah nak jadi kan.” Daneen mengeluh panjang. Kalau dia dapat tangkap siapa dalang yang merakam videonya itu, dia tak akan sesekali lepaskan orang itu. Tahulah dia nak ajar nanti!

BUK!

Tersandar lemah tubuh lelaki itu setelah Haqq menghayunkan penumbuk tepat ke wajahnya. Dada Haqq berombak laju menahan amarah.

Dia meminta pertolongan kawannya untuk mencari pemilik video itu. Akhirnya dia berjaya berjumpa dengan lelaki itu. Terus dia serbu rumahnya. Haqq juga meminta pertolongan kawannya untuk menurunkan video itu daripada media sosial sebelum video itu tersebar dengan lebih luas.

“Bangun!” Haqq mencekak kolar baju lelaki itu.

“Bang, saya minta maaf bang!” Termengah-mengah lelaki itu bersuara. Tak berdaya dia nak melawan kekuatan Haqq.

“Kau ni memang tak gunalah! Sampah masyarakat! Lebih baik kau mati jer!” Haqq menumbuk lagi wajah lelaki itu. Dia tak peduli rasa sakit sakit yang lelaki itu alami. Hatinya lebih sakit dengan perbuatan lelaki itu. Maruah Daneen bagi dipijak-pijak.

“Haqq sudah Haqq. Mati anak orang nanti.” Amir, kawan Haqq yang datang bersama dengannya tadi meluru mendapatkan Haqq. Kalau dibiarkan, memang mati lelaki dikerjakan oleh Haqq.

Amir menarik lengan Haqq nenjauhi lelaki itu.

“Sudahlah tu Haqq. Nanti kalau dia mati, kau juga yang susah.”

Mata helang Haqq masih tajam merenung wajah lelaki itu. Macam nak telan hidup-hidup pun ada.

“Hei! Kau dengar sini, aku nak kau melutut dekat Daneen minta maaf!” arah Haqq keras.

Lelaki itu mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Dia mengangguk perlahan. Waktu sekarang ni dia sanggup buat apa saja asalkan Haqq tak bunuh dia. Takut dia melihat amukan Haqq.

“Dah jom balik,” ajak Amir. Makin lama kat sini nanti bila-bila masa saja Haqq boleh ubah fikiran.

“Ingat apa yang aku suruh buat tu!” Haqq memberi amaran sebelum berlalu meninggalkan rumah lelaki itu.

Lelaki itu sekadar mengangguk dalam ketakutan. Pedih wajahnya ditumbuk Haqq.

HARI ini Daneen ke pejabat seperti biasa. Daneen lega apabila video dia yang tersebar di internet sudah tiada lagi. Harap-harap selepas ini video itu tak muncul lagi. Takut juga kalau tiba-tiba ada yang sebarkan semula video itu.

Daneen dan Salwa beriringan masuk ke dalam hotel. Namun langkahnya terhenti sebaik ada seorang lelaki muncul di depannya. Salwa juga kaget. Mereka tak pernah lihat lelaki itu sebelum ini.

Bekerut dahi Daneen melibat wajah lelaki itu penuh dengan kesan lebam seperti dipukul.

“Daneen! Saya minta maaf. Saya yang rakam dan sebarkan video awak dekat internet.” Lelaki itu tiba-tiba melutut di hadapannya sambil menangis penuh kesal.

Daneen dan Salwa sama-sama terkejut. Jadi inilah orang yang merakam video Daneen malam itu?

“Saya minta maaf Daneen. Saya sanggup buat apa saja asalkan awak maafkan saya...”

Daneen jadi serba salah apabila melihat orang sekeliling sudah mula memandang ke arah mereka.

“Hei, bangun-bangun!” arahnya.

Perlahan-lahan lelaki itu bangun. Daneen merenung dalam wajah lelaki itu. Kalau difikirkan perasaan marahnya memanglah dia marah. Siapa yang tak marah dengan perbuatan lelaki itu? Tapi apabila lihat kesan lebam di wajah lelaki itu, Daneen dapat mengagak ada orang yang sudah memberi pengajaran pada lelaki itu terlebih dahulu. Nampak teruk juga wajah lelaki itu. Penuh lebam dan kesan bengkak.

Daripada jauh, Haqq hanya menjadi pemerhati. Cermin mata hitam yang dipakai dibuka. Dia tersenyum puas. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah lif.

LANGKAH Daneen berhenti di hadapan pintu pejabat Haqq. Dia mahu berjumpa dengan lelaki itu untuk memulangkan semula kot yang Haqq pinjamkan padanya malam itu. Takkan nak simpan kut. Dah lah harga kot Haqq ni cecah ribu ringgit.

Baru dia nak menghayunkan tangan mengetuk pintu bilik Haqq, pintu bilik itu tiba-tiba terbuka daripada dalam. Daneen cepat-cepat menarik tangannya semula. Nasib baik tak terketuk muka si Hulk hijau ni. Kalau tak, niaya Pak Karim!

Haqq juga terkejut apabila Daneen tiba-tiba muncul di depan pintu pejabatnya. Sebenarnya dia baru saja nak keluar pergi ke pejabat Daneen. Tapi tak sangka gadis itu yang terlebih dahulu datang padanya. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Bersorak riang hati Haqq ketika ini. Namun riak wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tak kelihatan terlalu teruja. Wajah beku seperti biasa ditayang pada Daneen.

“Ada apa?” soal Haqq.

“Err...err...I...” Daneen menyumpah dirinya sendiri. Apasal kau tiba-tiba jadi gagap lepas nampak muka Haqq ni Daneen? Ah!

“I nak pulangkan kot you. Terima kasih.” Beg kertas berwarna biru itu dihulurkan pada Haqq.

Lambat-lambat Haqq menyambut huluran Daneen. Lah, kenapa pulangkan semula? Simpan jer lah buat peneman tidur malam. Apa kau merepek ni Setan? Haqq mengutuk dirinya sendiri.

Dahi Daneen berkerut halus saat melihat tangan Haqq. Ada kesan lembam di buku limanya. Haqq cepat-cepat menyorokkan tangannya ke belakang saat menyedari renungan Daneen. Kantoilah nanti tangan dia lembam gara-gara memukul lelaki yang merakam video Daneen semalam.

“Ada apa-apa lagi?” soal Haqq.

Daneen menggeleng perlahan. “I minta diri dulu.” Kepala ditunduk sedikit sebelum dia melangkah pergi.

Haqq berdecit perlahan selepas Daneen pergi. Kenapa kau ni beku sangat Haqq? Kenapa kau biarkan dia pergi? Dahinya ditepuk perlahan. Tak apa. Dia masih punya banyak lagi masa untuk menawan hati Daneen.

MALAM ini majlis ulang tahun kelahiran Dato’ Tarmizi diadakan di Majestic Hotel. Semua staf dan rakan perniagaan dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Datin Mariam yang merancang untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun suaminya itu.

Berkali-kali Dato’ Tarmizi menolak. Dah tua-tua begini nak sambut ulang tahun, malu. Tapi Datin Mariam tetap mahu meneruskan rancangannya. Malas mahu berdebat dengan isterinya, Dato’ Tarmizi hanya menurut.

Mata Haqq meliar sekeliling dewan itu mencari Daneen. Sejak dia tiba dia langsung tak nampak Daneen. Takkan Daneen tak datang kut? Namun matanya terhenti pada satu figura yang baru saja melangkah masuk ke dalam dewan. Automatik bibirnya mengukir senyum.

Daneen kelihatan begitu anggun sekali dengan memakai gaun labuh berwarna hitam. Simple tapi tetap nampak cantik di mata Haqq. Tak berkelip matanya memandang Daneen.

Namun saat mata mereka beradu, Haqq cepat-cepat memandang ke arah lain. Pura-pura tak nampak Daneen. Padahal macam nak terjojol keluar biji mata dia pandang Daneen tadi. Dasar egois!

Selepas Dato’ Tarmizi memberi ucapan, giliran Datin Mariam pula mahu berucap. Katanya ada pengumuman penting yang ingin dia umumkan malam ini.

Daneen perasan Zira juga ada. Dia duduk sekali di meja keluarga Haqq. Terbit perasaan cemburu di hatinya. Kenapa kau nak cemburu pula ni Daneen? Bukannya Haqq tu boyfriend kau!

“Assalamualaikum semua. Malam ini saya ada pengumuman penting. Berita gembira ini ingin saya kongsikan pada anda semua.”

Riuh suara sorakan di dalam dewan itu. Masing-masing sudah tidak sabar ingin tahu berita gembira apa yang Datin Mariam mahu kongsikan.

“Malam ini saya nak perkenalkan kepada anda semua bakal menantu saya, Zira.” Datin Mariam tersenyum lebar memandang Zira.

Zira terus berdiri daripada duduknya. Lebar senyuman di wajahnya. Entah berapa banyak hati yang patah malam ini apabila tahu dia bakal berkahwin dengan Haqq.

“Zira dan Haqq akan disatukan dalam tempoh tiga bulan lagi.”

Haqq tergamam. Apa semua ini? Dato’ Tarmizi juga terkejut. Dia sendiri tak tahu apa-apa tentang hal ini.

Mata Haqq terus meliar mencari wajah Daneen. Dia ingin melihat reaksi gadis itu. Saat mata mereka bertembung, Daneen cepat-cepat tunduk. Entah kenapa, kecewa
begitu kemas terpasak di hati ketika ini.

Happy reading semua!

Share this novel

Anis Syairah Anis Syairah
2021-08-03 06:43:07 

Suka hati je datin nim, tumbuk kang

Syakira Ieyra
2021-08-03 00:47:30 

update pls....kesian daneen

Cik Mafia
2021-08-03 00:28:49 

ish datin ni aku tumbuk kang pandai ii dia je buat keputusan


NovelPlus Premium

The best ads free experience