LAFH- 20

Romance Series 665659

DANEEN merenung dirinya di dalam cermin. Wajahnya sudah siap disolek oleh MUA. Pertama kali wajahnya disolek tebal begini. Gila. Memang gila bila dia terima tawaran Aqil. Kesian punya pasal. Dia terpaksa bersetuju untuk menjadi model baju pengantin malam ini.

Perasaan gementar mula mengusai diri. Kata Irsyad, merangkap bos Aqil dia perlu berjalan di atas pentas sambil memperagakan koleksi terbaru pakaian pengantin daripada butik Irsyad D’ Touch Bridal. Tak pernah-pernah dia cat walk di atas pentas. Tapi malam ini dia perlu lakukan semua itu. Tiba-tiba rasa menyesal pula kerana menerima tawaran Aqil.

Kalau nak tarik diri sekarang pun dia dah terlambat. Lagi lima belas minit majlis akan bermula. Takkan dia nak lari daripada sini. Kesian Aqil nanti. Terpaksa dia menjawab dengan Irsyad.

“Kak Daneen.” Aqil datang menghampiri Daneen dengan kamera di tangannya. Dia juga terlihat sudah bersedia ingin menjalankan tugasnya sebagai photographer pada malam ini.

“Aqil!” Daneen rasa lega sedikit apabila melihat Aqil. Daripada tadi dia tak senang duduk. Lagipun dia bukannya kenal sesiapa di sini melainkan Aqil.

Dengan Irsyad tadi pun mereka hanya berbual ringkas. Sekadar memperkenalkan diri dan Irsyad menerangkan padanya apa yang perlu dia lakukan ketika di atas pentas nanti.

“Fuyoo! Cantiknya kak Daneen. Aqil memang tak salah pilih model lah.” Lebar senyuman Aqil melihat Daneen. Daneen kelihatan lebih cantik daripada biasa. Ditambah pula dengan gaun pengantin yang sudah tersarung di tubuhnya itu.

“Isy, Aqil ni. Orang dah lah tengah nervous.”

Aqil ketawa kecil. “Relaks lah kak Daneen. Semuanya akan okay. Tarik nafas, hembus...”

“Akak takutlah. Macam mana kalau akak terjatuh atas stage tu nanti?” Daneen menyuarakan kebimbangannya. Sejak daripada tadi perkara itulah yang bermain di kepalanya.

“Kak Daneen ni, come on! Janganlah fikir yang bukan-bukan. Aqil yakin kak Daneen boleh buat yang terbaik. Silap-silap lepas ni ramai pula agensi yang kejar akak, nak jadikan akak model dia orang.”

Daneen mencebik. Belum apa-apa lagi Aqil sudah pandang dia tinggi begitu. Silap-silap lepas ni dia kena kutuk agaknya. Sudahlah badannya kayu. Lagi keras daripada kayu cengal.

“Aqil nak pergi tengok model yang lain sekejap. Apa-apapun kak Daneen memang meletup malam ni! Nasib baik Aqil dah ada girlfriend.” Sempat Aqil mengusiknya sebelum lelaki itu beredar ke arah model yang lain.

Daneen menggeleng perlahan. Dia bersumpah ini kali pertama dan kali terakhir dia buat kerja begini.

“Daneen.” Irsyad berjalan merapati Daneen.

Daneen hanya tersenyum nipis. Namun dahinya berkerut sedikit apabila perasan baju yang tersarung di tubuh Irsyad sepadan dengan gaun pengantin yang dipakainya. Takkanlah...

“Daneen, saya akan jadi pengantin lelaki awak malam ni,” beritahu Irsyad.

Mulut Daneen ternganga sedikit. Tak tahu pula yang dia akan bergandingan dengan Irsyad. Dia lihat model yang lain semuanya berseorangan. Tak ada pula model lelaki bersama mereka.

“Untuk koleksi yang Daneen pakai malam ni semuanya rekaan terbaru dari butik saya,” jelasnya.

Daneen hanya mengangguk perlahan. Rasa segan pula apabila harus bergandingan dengan Irsyad di atas pentas nanti. Sudahlah mereka berdua baru kenal. Kenapalah Irsyad meminta dia memakai gaun rekaan terbaru mereka? Kan ada beberapa orang lagi model yang lain.

“Are you ready? Kita nak mula dah.”

“Insya-Allah.” Cuma itu yang keluar daripada mulut Daneen ketika ini. Jantungnya berdegup laju macam baru lepas lumba lari.

“Come.” Irsyad menyuakan lengannya pada Daneen.

Terkebil-kebil mata Daneen pandang Iryad. Jangan cakap Irsyad nak dia... Oh no!

Irsyad tersenyum nipis melihat reaksi Daneen. Daneen nampak sangat comel di matanya. Terus ditarik tangan Daneen lalu diletakkan di lengannya. Meminta gadis itu memaut lengannya.

Daneen tersentak dengan tindakan Irsyad. Sumpah! Dia rasa nak hilangkan diri sekarang juga. Aqil tolong akak!

“Come with me, my bride.” Senyuman paling manis Iryad berikan pada Daneen.

Dalam terpaksa, Daneen pegang juga lengan Irsyad. Mereka berdua berjalan beriringan keluar meninggalkan bilik persalinan itu.

LAGU Beautiful In White nyanyian Shane Filan bergema di dalam dewan itu. Para tetamu memberikan tepukan saat beberapa orang model mula masuk dan berjalan di atas pentas sambil memperagakan gaun pengantin mereka.

Sememangnya tak dinafikan gaun pengantin rekaan Irsyad D’ Touch Bridal memang sangat cantik. Bukan hanya orang biasa yang memakai baju pengantin mereka, malah ramai di kalangan artis dan golongan vvip yang memilih koleksi mereka untuk dipakai di hari bahagia.

“You, tengok tu... Cantik kan?” Zira menepuk perlahan lengan Haqq.

Haqq sekadar mengangguk. Dia sudah bosan berada di sini. Kalau boleh ingin cepat-cepat pulang. Kalau tak disebabkan Datin Mariam yang memintanya datang ke sini, jangan haraplah dia nak datang. Sepatutnya Datin Mariam yang memenuhi jemputan ke pameran koleksi terbaru Irsyad D’Touch Bridal malam ini. Tapi keadaan kesihatannya tak mengizinkan. Sudahlah Datin Mariam meminta dia membawa Zira bersama pula tu.

Tepukan gemuruh bergema di dalam ruang dewan itu saat Irsyad dan Daneen melangkah masuk ke dalam dewan. Kali ini semua mata yang berada di dalam dewan itu memberikan fokus sepenuhnya kepada mereka. Mereka berdua benar-benar terlihat seperti pasangan pengantin. Sama cantik dan sama padan.

Haqq terpanar saat matanya bertembung dengan model yang memakai gaun pengantin berwarna merah hati itu.

“Daneen...” gumamnya perlahan. Apa Daneen buat di sini? Sejak bila pula gadis itu menjadi model?

Daneen turut nampak terkejut saat terpandangkan Haqq dan Zira yang duduk di bahagian hadapan pentas. Namun riak wajah sedaya upaya dikawal. Ramai mata yang sedang memerhatikannya ketika ini.

Mata Haqq tak lepas daripada memandang Daneen. Dari kejauhan, rasa cemburu menjerut hatinya apabila melihat Daneen merangkul erat lengan model lelaki itu. Haqq tak senang duduk. Tubuhnya terasa membahang. Walaupun ada penghawa dingin di dalam dewan ini, tetap tak cukup untuk mendinginkan tubuhnya.

“Haqq, tu bukan staf you ke?” soal Zira. Puas dia merenung wajah model itu. Rasanya seperti pernah lihat. Dan dia baru teringat gadis itu ialah Daneen. Tak tahu pula gadis itu bekerja sambilan sebagai seorang model.

Haqq hanya diam. Mengangguk tak. Menggeleng pun tidak.

“Haqq. You okay tak?” Zira naik geram pula bila Haqq langsung tak hiraukannya. Buat dia seperti langsung tak wujud di sini.

“I nak pergi toilet.” Haqq terus bangun dan berlalu keluar meninggalkan dewan.

Zira merengus geram. Entah kenapa tiba-tiba saja Haqq berubah. Tidak seperti sewaktu awal perkenalan mereka dahulu.

DANEEN menarik nafas lega. Selesai kerjanya malam ini. Fikirannya mula teringatkan Haqq. Apa lelaki itu buat di sini? Datang berdua dengan Zira pula tu. Entah-entah tak lama lagi mereka mahu mendirikan rumah tangga. Oleh kerana itu mereka datang ke sini malam ini.

Entah kenapa rasa kecewa
begitu kemas terpasak di hati Daneen ketika ini. Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik persalinan untuk menukar kembali pakaian. Jam pun sudah lewat. Takut pula nak memandu seorang diri nanti.

“Hoi perempuan!”

Langkah Daneen terhenti. Kepala automatik menoleh ke belakang. Mencari pemilik suara itu. Dahinya berlapis memandang gadis yang tiba-tiba saja menjerit itu. Matanya meliar memerhati sekeliling. Tak ada sesiapa di situ melainkan dia. Jadi gadis itu pasti memanggilnya. Tapi siapa gadis itu? Dia sendiri tak kenal.

“You panggil I ke?” soal Daneen. Jari telunjuknya dihalakan ke dadanya.

Gadis itu tak menjawab. Dia terus menghampiri Daneen.

“Kau...” Matanya tajam merenung wajah Daneen.

Daneen semakin bingung. Namun tiba-tiba gadis itu menolak tubuh Daneen ke dinding hadapan bilik persalinan itu.

“Auch!” Daneen berdesir perlahan. Terkejut dengan tindakan gadis itu.

“Apa hubungan kau dengan suami aku?”

Daneen tergamam. Suami? Siapa suami dia? Tak pernah pula dia menjalinkan apa-apa hubungan dengan suami orang.

“I tak faham. You cakap apa ni?” soal Daneen hairan.

“Irsyad! Kau ada hubungan dengan dia kan?” Gadis itu menjerit kuat dihadapan muka Daneen. Tangannya naik mencengkam kuat pipi Daneen.

Daneen cuba menepis namun tenaga gadis itu terlalu kuat. Tak berdaya dia nak melawan.

“I tak ada apa-apa hubungan dengan dia. I cuma jalankan kerja I,” nafi Daneen keras. Tak sangka Irsyad sudah berkahwin. Kenapa Irsyad tak ambil saja isterinya jadi model?

“Penipu!” Gadis itu terus merentap kasar gaun yang dipakai Daneen sehingga terkoyak di bahagian bahu dan dada.

“Mila!” Irsyad dan beberapa orang kru berlari mendapatkan mereka berdua.

Daneen panik melihat baju yang dipakai sudah terkoyak. Mendedahkan bahagian bahu dan dadanya. Tangan disilang menutup bahagian dada yang hampir terdedah. Dia rasa nak menangis sekarang ni. Sudahlah makin ramai yang datang menghampiri mereka.

“Mila! Awak dah gila ke?” Irsyad menarik kasar lengan Mila menjauhi Daneen.

Daneen ketap bibir. Dia duduk mengecilkan diri di tepi dinding itu. Kalau dia bangun sekarang ni, mesti semua orang nampak bahagian bahu dan dadanya yang terdedah.

Irsyad dan Mila pula masih bertekak di situ sambil ditenangkan oleh beberapa kru yang lain. Tak seorang pun yang datang menyelamatkan Daneen ketika ini.

Tubir mata Daneen terasa panas. Dadanya terasa mengetat. Mata dipejam sesaat.

“Daneen!”

Daneen buka mata kembali. Haqq sudah duduk mencangkung di hadapannya.

“Haqq...” Bergetar hiba suara Daneen. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dalam masa yang sama dia lega.

Haqq terus menanggalkan kot yang dipakai lalu disarung pada tubuh Daneen yang terdedah. Dia tarik tangan gadis itu. Membantu Daneen bangun. Tanpa sepatah kata, Haqq terus membawa Daneen pergi daripada situ.

Keadaan masih riuh di situ dengan suara Irsyad dan Mila yang masih bertengkar sambil ditenangkan oleh beberapa orang kru dan model.

“MINUM dulu.” Haqq menghulurkan sebotol air mineral pada Daneen.

Lambat-lambat Daneen menyambut juga huluran Haqq. Diteguk sedikit air mineral itu. Rasa lega sedikit apabila air membasahi tekak. Ketika ini mereka berada di dalam kereta Haqq.

“Thank you,” ucap Daneen. Dia meramas perlahan kot Haqq yang kini tersarung di tubuhnya. Daneen benar-benar bersyukur bila Haqq datang membantunya. Kalau Haqq tak datang tadi, tak ada siapapun yang peduli denganya.

“Sejak bila you jadi model baju pengantin pula ni?” soal Haqq.

Daneen yang sedari tadi hanya tunduk, terus angkat kepala memandang Haqq.

“Haqq, I nak balik. I pinjam dulu kot you. Nanti I pulangkan balik.” Daneen ingin membuka pintu kereta tetapi tangan Haqq pantas menghalang.

“Stay.”

“Haqq, I nak balik,” tegas Daneen keras.

“I hantarkan you balik.”

“Tapi kereta I...”

Belum sempat Daneen menghabiskan ayatnya, Haqq sudah menekan pedal minyak. Kereta yang dipandu meluncur laju membelah jalan.

“Haqq!” Mencerlung mata Daneen memandang Haqq namun Haqq langsung tak peduli. Annoying!

PACUAN empat roda itu berhenti di hadapan rumah sewa Daneen.

“Thank you.” Walaupun geram dengan Haqq, Daneen masih mengucapkan terima kasih pada lelaki itu. Kalau tak ada Haqq, entah apa nasibnya.

Daneen terpaksa meminta pertolongan Aqil untuk membawa kereta dan begnya pulang. Tak sempat dia nak buat apa-apa tadi, Haqq dah bawa dia masuk dalam kereta.

“Zira!” Daneen baru teringat. Haqq datang bersama dengan gadis itu tadi. Tapi sekarang dia yang pulang dengan lelaki itu.

Haqq berdecit perlahan. Dia juga terlupa. Nasiblah! Pandai-pandailah Zira balik sendiri nanti.

“Pergilah masuk dalam. Dah lewat ni.”

“Macam mana dengan Zira?” soal Daneen. Rasa bersalah pula. Disebabkan dia, Haqq tinggalkan Zira di sana.

“I tahu uruskan nanti.”

Daneen mengangguk. Pintu kereta dibuka. Baru dia nak melangkah keluar, Haqq memanggilnya.

“You hutang dengan I malam ni.”

Daneen ketap bibir. Hutang apa pula si Hulk ni? Tolong tapi tak ikhlas baik tak payah!

“I tak minta banyak. I cuma nak you cerita dengan I, apa yang jadi sebenarnya tadi.”

Daneen tak menjawab. Dia terus keluar daripada perut kereta. Pintu pagar dibuka. Kereta Haqq masih tak bergerak. Cermin tingkap diturunkan.

“Good night,” ucapnya. Mata redupnya tepat memandang mata Daneen.

Daneen seakan terpukau seketika dengan suara gemersik Haqq. Si Hulk ni  saja nak goda dia ke apa?

“Pergilah balik,” suruh Daneen.

“I tunggu sampai you masuk dalam.”

“Suka hati you lah,” gumam Daneen perlahan. Dia mengunci semula pintu pagar. Langkah terus dibawa masuk ke dalam.

Haqq terus memecut laju keretanya sebaik Daneen sudah menghilang ke dalam rumah.

Daneen bersandar di belakang pintu. Kot milik Haqq yang tersarung di tubuhnya itu dibuka lalu dibawa ke dalam pelukannya. Kuat bau minyak wangi Haqq melekat di kot itu. Tak sedar bibirnya menguntum senyuman.

Haqq punya risau dekat Daneen sampai tertinggal Zira ya >< Happy reading! Boleh follow orked untuk dapatkan notification tiap kali orked update. Boleh juga follow & add orked dekat ig & facebook. Ig - orkedungu_14 Facebook - Orked Ungu

Share this novel

Cik Mafia
2021-08-01 00:55:47 

author nnti update taw

Cik Mafia
2021-07-30 17:13:44 

author bile nk update

Anis Syairah Anis Syairah
2021-07-26 08:05:25 

Tak sabar nk tunggu next chapters


NovelPlus Premium

The best ads free experience