BAB 26

Fantasy Series 13998

HARI berganti hari. Hubungan Rania dengan Hayaaz semakin baik. Namun disebalik itu ada yang sakit hati melihat hubungan mesra mereka berdua.

Masha mengetap bibir. Geramnya tidak habis-habis lagi. Dia ingatkan Hayaaz tidak akan melayan lagi si Rania itu. Tapi sangkaannya salah sama sekali.

“Eh, Masha. Aku tak pernah tengok Hayaaz gembira seperti ni tau. Suka aku tengok dia macam tu.” Tersenyum Emelda melihat kerenah Hayaaz menyakat Rania di hujung rak buku.

Masha mendengus geram. Dia menjeling Emelda.

“Kau diam. Kau jangan tambah sakit hati aku ni lagi. Kau ingat aku sukakah tengok dia orang berdua tu bahagia?”

Emelda mencebik.

“Kau memang! Semua perempuan yang dekat dengan Hayaaz kau nak cemburu. Entah-entah aku sendiri pun kau cemburu, kan? Yalah, aku kan rapat juga dengan si Hayaaz tu. Bukan macam kau.” Emelda mentertawakannya.

“Kau!”

Sekali lagi Emelda mencebik.

“Baik aku pergi sana lagi bagus. Kau susunlah sendiri buku-buku baru ni.” Emelda dengan perasaan geramnya terus beredar dari situ. Kalau perangai kau macam tu, satu lelaki pun tak nak dekat kau tau!

“HAYAAZ sudahlah.” Berkali-kali Rania menepis tangan Hayaaz yang cuba mencubit pipinya dengan tangan yang kotor.

“Baru tahu. Siapa suruh usik saya lagi.” Dia mengambil tuala basah yang terjatuh tadi dan mengelap tangannya yang penuh dengan dakwat pen biru. Entah di mana silapnya tadi dia membuka penutup pen itu. Habis semua isi dakwat pen biru itu terkeluar.

“Bila masa pula saya usik awak. Tadi, awak yang mula dulu kan.”

“Mana ada.”

“Ish!” Rania memuncungkan mulutnya.

“Hayaaz!”

“Ada apa Jack?”

“Ada orang cari kau dekat luar.”

Hayaaz mengerutkan dahi. “Siapa?”

“Err... Pa... papa kau.” Tergagap-gagap Jack memberitahunya.

Rania perasan perubahan wajah lelaki itu. Mesti dia marah. Aku ni pun tak pujuk dia lagi.

“Apa lagi orang tua tu nak, hah?”

“Manalah aku tahu. Baik kau pergi jumpa papa kau.” Selamba Jack membalas.

Hayaaz mendengus.

“Pergilah Hayaaz. Kesian papa awak tunggu di luar tu.” Pujuk Rania.

Hayaaz menjelingnya. Gerun Rania melihat jelingan itu.

“Pergilah Hayaaz. Jangan buat papa kau tu tertunggu-tunggu dekat luar tu. Lagipun, pak cik kau tak ada dekat sini sekarang. Kalau dia ada boleh juga dia layan papa kau sekejap.” Kata Jack.

Hayaaz mendengus kasar. Tanpa kata dia terus mengatur langkah.

“Marah betul Hayaaz tu.”

“Sudahlah abang Jack. Biarkan sajalah dia.” Kata Rania. Dia meneruskan tugasnya meletak harga pada setiap buku-buku rujukan itu.

“Tapi Rania, abang kesian tau. Semua pekerja tau hubungan dia dengan papa dia tu tak baik. Kalau Hayaaz marah papa dia sekalipun janganlah tunjuk dekat sini. Dia juga yang malu, kan.”

Rania senyum nipis.

“Tak apa abang Jack. Nanti, Rania cuba pujuk dia.”

Jack sedikit terkejut. Keningnya terangkat sebelah.

“Betul ni? Kau tahu tak? Tak ada lagi yang berani pujuk Hayaaz suruh berbaik dengan papa dia tu tau. Tapi kalau kau berjaya pujuk, nanti abang belanja kau makan sedap-sedap.”

“Ada-ada sajalah abang Jack ni. Tapi, okeylah. Kalau berjaya pujuk, abang jangan lupa belanja saya.”

Jack mengenyitkan mata. “Okey.”

Mereka tersengih.

SELESAI kerja, Hayaaz membawa Rania makan malam di tasik Neon. Tempat itu cantik di waktu malam kerana banyak lampu-lampu neon kecil yang tergantung sana sini. Banyak juga gerai-gerai makanan yang sedap di situ.

“Nampak sedap saja makanan-makanan dekat sini.” Matanya rambang melihat gerai-gerai makanan yang ada di sekelilingnya. Bukan setakat gerai makanan saja malah ada gerai-gerai patung dan perhiasan kecil juga.

“Sebab tu saya bawa awak ke sini. Sini ada banyak makanan yang sedap-sedap tau.”

“Tapi, mana cukup duit nak beli semua.”

Hayaaz ketawa kecil.

“Tak apa. Hari ini saya belanja. Awak nak makan apa pun saya tak kisah. Saya bayar.”

Rania melopong. “Betul ni?”

“Ya.”

TERCUIT Hayaaz dengan tingkah Rania. Wajah perempuan itu comot tapi langsung tidak diendahkan olehnya. Geleng kepala sahaja si Hayaaz.

“Hayaaz.” Panggil Rania dengan mulut yang penuh.

“Apa?”

“Saya nak cakap sesuatu. Tapi awak jangan marah, ya.”

Ketawa kecil Hayaaz melihat cara Rania menelan makanannya. Sampai tersedak si Rania.

“Cubalah makan perlahan-lahan. Bukan lari pun makanan tu.”

Rania tersengih.

“Hayaaz.”

“Hmm.”

“Sebenarnya benda ni dah lama saya nak cakap dekat awak.”

“Pasal apa?”

“Err... Ini... Ini berkaitan papa awak.”

Terus berubah air muka Hayaaz mendengarnya.

“Rania, kalau pasal papa saya baik awak jangan masuk campur.”

Rania mengeluh kecil. Situasi inilah yang dia tidak suka. Dia tahu Hayaaz tidak akan buka mulut kalau bercakap tentang hal papanya.

“Hayaaz...”

“Rania cukup. Baik awak makan saja. Jangan cuba ungkit pasal papa saya. Okey?”

“Tapi...”

“Saya kata cukup!”

Rania mengetap bibir. Geram.

“Hayaaz dengar dululah. Kalau awak tak dengar hari ni awak akan dengar juga di hari yang lain. Saya tak akan putus asa tau.”

“Rania! Ergh!” Hayaaz mahu marah tetapi ditahannya. Dia menarik nafas panjang.

“Hayaaz. Saya tahu awak marah dengan papa awak. Tapi, tolonglah. Tolonglah dengar apa yang saya nak cakapkan ni.”

Hayaaz berdiri. “Kita balik.” Dia memungut bekas-bekas makanan dan minuman di atas meja.

“Hayaaz. Janganlah begini.” Rania pantas menghalangnya.

Hayaaz menepis tangan yang menyentuh lengannya. Dia tidak peduli dengan reaksi itu. Hatinya bertambah geram bila perempuan di depannya ini tidak mahu berputus asa.

“Tepi!” Hayaaz menolak Rania dan terus pergi.

ADINA terkekek-kekek menonton rancangan lawak lewat malam yang sedang berlangsung di televisyen itu. Rania pula sebaliknya. Termenung dengan wajah yang murung.

“Rania dah kenapa ni? Sejak balik tadi langsung tak bersuara. Rania ada masalahkah?” Tegur Adina. Seperti biasa dia akan tanya Rania jika perempuan itu berkelakuan pelik di hadapannya.

Rania geleng kepala.

“Tipu. Rania pasti ada masalah, kan?” Renungannya tajam.

“Tak ada masalah pun. Rania naik ataslah dulu.” Dia berdiri tetapi di halang oleh Adina. Adina menarik laju tangannya sehingga Rania terduduk semula.

“Janganlah macam ni. Kakak tahu Rania mesti ada masalah, kan? Tak baik simpan masalah sendiri. Kena juga luahkan. Kalau tidak kita sendiri yang akan susah nanti.” Beria-ia sungguh Adina mahu tahu masalah si Rania.

Rania menghela nafas. Bukan sekali tetapi berkali-kali.

“Sudahlah tu. Bagitahu saja. Mana tahu kakak boleh tolong.”

“Ini pasal adik kakak itulah.”

Wajah Adina berkerut. “Hayaaz? Kenapa dengan dia? Kamu berdua bergaduh lagikah?”

Sekali lagi Rania menghela nafas. Posisi duduknya diubah. Dia baring di sofa berbantalkan alas tangan sofa itu.

“Tadi, lepas kerja dia bawa Rania pergi makan. Lepas tu, Rania bawalah dia berbincang pasal masalah dia dengan uncle Syah.”

“Uncle Syah?”

“Papa kakaklah.”

Bulat mata Adina. “Rania. Hayaaz tu...”

“Rania tahu. Dia tak suka bila cakap pasal uncle Syah.”

“Kalau tahu kenapa Rania bawa dia berbincang juga pasal hal ni? Sedangkan kakak sendiri pun tak dapat nak pujuk dia.”

Rania garu kepala. Dia sendiri tidak mahu masuk campur dalam hal ini. Tetapi, disebabkan permintaan encik Almersyah dia terpaksa bersetuju untuk memujuk anaknya.

“Sebab papa kakak yang suruh buat macam tu. Papa kakak minta Rania pujuk dia. Lagipun Rania rapat dengan Hayaaz, kan.”

Adina terdiam. Matanya merenung dalam anak mata Rania. Setahunya, papanya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun bila papanya ada masalah. Lagipun, papanya tidak suka berkongsi masalah dengan orang luar. Tapi...

Adina berpaling ke arah lain. Dia baru teringat perbualan mereka bertiga waktu malam di tapak Teavas Eumsik. Papanya memang berkenan dengan Rania. Mungkin sebab itukah papa meminta tolong Rania?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience