BAB 20

Fantasy Series 13998

KOTA SAHMURA. Putera Aydin Hayy mengelap keringat yang membasahi tubuh dan dahinya. Penat menunggang kuda bersendirian, dia berjalan kaki pula sambil menarik kudanya itu. Ketika itu juga muncul Putera Raid Ezhar.

“Abang Raid pun nak ke bukit Saktikah?” Tanya Aydin. Mereka beriringan jalan bersama kuda-kuda mereka.

“Ya. Tidak sangka pula bertemu dengan Aydin di sini.”

“Aydin sebenarnya nak jumpa abang Aelan. Permaisuri Irdiana kata abang Aelan ada di puncak bukit Sakti.” Tadi, dia ke istana Sahmura dan bonda Putera Aelan Izz memberitahunya yang abang sepupunya dengan klon kakaknya itu ada di puncak bukit Sakti. Tujuan mereka di sana tidak pula di beritahu oleh permaisuri Irdiana.

“Oh... Abang pun sama juga. Abang nak jumpa dia.”

“Nasib baik juga abang Raid ada. Senanglah Aydin hendak cerita nanti.”

Putera Raid Ezhar mengerutkan dahi. “Cerita apa?”

“Pasal kakak Rania. Sampai di puncak nanti baru Aydin ceritakanlah, ya.”

“Baiklah.”

Mereka meneruskan perjalanan. Semakin mereka menuju ke puncak semakin tebal kabus di sekeliling mereka. Tapi, itu semua tidak menghalang perjalanan mereka ke puncak bukit Sakti kerana di situlah Putera Aelan Izz dan klon kakaknya menunggu mereka.

BUKIT SAKTI. Rumah tiga tingkat yang dibina dengan kayu dan juga bambu itu di perhatikan lama oleh Putera Aydin Hayy. Putera Raid Ezhar pula sedang mengikat tali kudanya di pokok berhampiran dengan Putera Aydin Hayy sedang berdiri.

“Abang Raid, tidak sangka pula abang Aelan ada rumah persendirian di bukit Sakti ini.”

Putera Raid Ezhar yang mendengarnya menyimpul senyuman.

“Walaupun kamu tu adik sepupu Aelan tetapi bukan semua yang kamu perlu tahu pasal diri dia. Tempat ini sudah lama jadi tempat rahsia dia tau. Bukit Sakti ini pun dia yang punya. Dia tidak mahu ada sesiapa pun masuk ke dalam kawasan bukit Sakti ini tanpa kebenaran dia.”

“Oh...” Baru dia teringat. Sebelum dia masuk ke dalam kawasan ini ada beberapa pengawal sedang berjaga di bawah. Dia menunjukkan nota dari permaisuri Irdiana dan selepas itu mereka membenarkannya masuk ke kawasan bukit Sakti ini.

“Raid! Eh, Aydin pun ada juga.” Laju kakinya melangkah ke arah dua pemuda itu.

“Tadi Aydin cari abang dekat istana. Tapi abang tak ada. Bonda abang beritahu yang abang ada dekat sini.”

“Oh. Jom, masuk dalam. Bima ada di dalam.” Ajak Putera Aelan Izz.

MASING-MASING menghirup teh panas buatan Bima. Banyak sudah benda yang di ajar oleh Putera Aelan Izz pada klon Puteri Ayanna Rania itu. Tidak sangka pula Bima ini cepat belajar. Tapi, perangai kucingnya itu tetap ada. Pantang nampak benda bulat dia pasti akan mainnya.

“Abang Aelan. Abang Raid. Sebenarnya Aydin nak jumpa abang berdua ini pun nak cakap berkaitan dengan kakak Rania.”

“Kenapa dengan kakak kamu itu?” Tanya Putera Aelan Izz.

“Bonda ada beritahu Aydin kelmarin. Bonda Aydin sudah tersalah beri ubat pada kakak Rania.”

“Ma... maksud Aydin?” Putera Raid Ezhar mula rasa tidak sedap hati.

“Aydin tidak tahu sama ada kakak Rania sudah minum atau tidak ubat itu. Tapi yang pastinya ubat penghapus kuasa yang bonda beri pada dia itu salah. Ubat yang ada pada kakak Rania itu adalah ubat penghapus kuasa selamanya.”

“Apa?!” Serentak kedua jejeka itu berdiri dengan riak wajah yang terkejut.

“Ta... tapi kamu yakinkah?”

“Ya. Bonda sudah periksa ubat-ubat itu dan ubat penghapus kuasa untuk selamanya memang tidak ada di tempatnya.”

“Kalau Rania sudah minum ubat itu... maknanya dia tidak akan kembali lagi ke sini, kan?” Raid memandang Aelan dengan Aydin bersilih ganti. Hatinya gelisah memikirkan Rania.

“Betul tu abang Raid. Kita tidak akan jumpa lagi dengan dia. Termasuklah Puteri Qiandra dengan abang Rehan itu.”

Terduduk terus Putera Raid Ezhar mendengarnya.

“Usah khuatir. Mereka bertiga pasti akan kembali ke sini.”

“Abang Aelan jangan beri Aydin harapan. Mana mungkin mereka bertiga dapat kembali ke sini tanpa kuasa mereka. Kalau abang Aelan berani berbincang baik-baik dengan ahli-ahli sihir di Loka Ayangan ini mungkin mereka akan bawa balik mereka bertiga ke sini.”

“Kamu sudah lupakah Aydin? Ahli-ahli sihir di Loka Ayangan ini semuanya berniat jahat.”

Aydin memandang Raid sebelum melepaskan keluhan beratnya.

“Aydin. Yakin dengan abang. Kita tidak tahu apa yang jadi di bumi itu. Tapi abang yakin yang Rania sudah jumpa dengan mereka berdua. Abang juga yakin mereka akan kembali ke sini.”

“Apa bukti yang abang yakin sangat mereka bertiga boleh kembali ke sini tanpa kuasa?”

Aelan menyimpul senyuman.

Aydin dan Raid berpandangan. Entah, apa agaknya yang dimaksudkan dengan senyuman itu? Pasti Aelan ada merahsiakan sesuatu daripada mereka.

“Tuanku. Patik sudah sediakan makanan untuk tuanku bertiga.” Bima muncul memberitahu mereka untuk makan tengah hari.

“Baiklah.” Aelan berdiri.

“Kita makan dulu. Nanti cerita kemudian.” Aelan dengan senyuman misterinya itu terus beredar dari ruang tamu tersebut.

“Marilah, abang Raid. Kita pergi makan. Lapar.” Kata Aydin.

“Yalah.” Tiba-tiba Raid ketawa.

“Kenapa abang Raid ketawa?” Aydin pelik melihatnya.

“Tak sangka pula kucing Aydin ini boleh masak.” Katanya dengan tawa yang masih bersisa.

“Bima kan sudah jadi manusia macam kita.” Aydin mencebik kemudian ketawa.

“Hah, kenapa ketawa?”

“Abang Raid punya pasallah ni. Aydin bayangkan Bima tu jadi kucing semula. Agaknya bakat memasak dia itu masih ada lagi tak? Kalau masih ada mesti dia pergi masak sendiri, kan? Mesti terkejut orang-orang di istana tu bila tengok seekor kucing masak di dapur.”

Terhambur terus ketawa Raid.

“Ah, sudahlah Aydin. Baik kita pergi makan dulu.” Kata Raid, mematikan terus tawanya. Hal Rania sudah dilupakan oleh mereka.

Aydin tersengih-sengih sambil membuntuti Putera Raid Ezhar di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience