BAB 30 - JANGAN PERGI

Romance Completed 34064

Megat Adrean melangkah laju ke arah wad tersebut. Pagi tadi semasa selesai solat subuh dan solah hajat dia mendapat panggilan dari pihak hospital bahawa Adra sudah sedar. Sujud syukur dilakukannya dan sepantas kilat dia datang ke hospital.

Setelah hampir 3 bulan berlalu dan akhirnya doanya di makbulkan. Megat Adrean melangkah masuk ke wad vip yang dikhaskan untuk Adra. Dia terpaku di muka pintu itu. Dia melihat mata Adra memanah ke arahnya sambil tersenyum. Dia amat merindui senyuman itu.

Dengan perlahan dia melangkah ke arah katil.

"Sayang...." panggil Ean lembut.

Adra masih senyap.

"Sayang okay? Ada sakit mana-mana ke?" soal Ean. Dia mengenggam erat tangan Adra.

" I miss you abang...." ujar Adra lalu menarik tangan Ean agar memeluknya.

Adra tenggelam dalam pelukan hangat suaminya.

"hmmm... I miss this hug so much!!" bisik Adra.

Megat Adrean mengeratkan lagi pelukan itu.

" I love you so much sayang. Thank you for being so strong for me. For our baby."balas Megat Adrean.

Adra merenggangkan pelukan itu. Dia meraba perutnya yang makin membulat itu. Megat Adrean jugak mengosok perlahan perut Adra. Dan saat itu dia merasa tendangan anaknya itu. Kandungan Adra sekarang sudah mencecah 6 bulan. Sejak sebulan lalu dia sudah merasai tendangan itu. Dan dia sentiasa memberi semangat agar anaknya kuat bersama ibunya.

" baby dah berapa bulan bang?" soal Adra.

" 6 months sayang. Baby sihat, She strong like her mama too" ujar Megat Adrean sambil mengucup kepala Adra. Megat Adrean duduk di birai katil sambil memeluk isterinya.

"She??" soal Adra lagi.

" yup! Its a girl sayang" jawab Megat Adrean tersenyum.

Adra tersenyum. Dia mengenggam tangan Megat Adrean erat.

"thank you abang, sebab sentiasa di sisi Hani. I heard your voice everyday but i'm sorry, i can't wake up before even i heard you ask me to. I had tried" ujar Adra lirih.

"it's okay sayang. Yang penting sekarang sayang dah sedar. Itu sudah cukup bagi abang. Janji jangan pergi dari abang. Abang tak sanggup kehilangan sayang. You are my everything. " balas Megat Adrean lagi.

"abang..." panggik Adra.

" Hmm..." sahut Ean. Dia masih memeluk erat isterinya. Menghilangkan rindu yang terbuku.

"sebenarnya Hani tahu Hani mengandung" dirasakan tubuh Megat Adrean mengeras.

"abang ingat tak masa abang cakap Hani lama dalam bilik air sehari sebelum Hani kena culik tu. Hani ada buat urine test dan masa tu dah positif cuma Hani tak yakin, sebab tu Hani tak beritahu abang. Plan esoknya lepas waktu kerja nak ke klinik untuk confirm kan then suprise you but you know what happened after that." ujar Adra.

" maknanya sayang pening dan sakit kepala tu tanda-tanda sayang dah pregnant? " soal Megat Adrean.

" Maybe.... Maafkan Hani. Bukan niat Hani nak sorokkan dari abang"

"its okay. Everything happened for a reason. Kalau Sofea tahu sayang pregnant, tak mustahil dia akan apa-apakan baby kita. Yang penting sekarang sayang dan baby selamat. Itu sudah cukup" ujar Megat Adrean.

" Macam mana kead...."

tak sempat Adra menghabiskan ayatnya, kedengaran pintu wad di tolak dari luar dan terpacul wajah-wajah ahli keluarganya. Megat Adrean berdiri memberi peluang untuk ahli keluarganya berjumpa Adra.

Puan Amina lalu memeluk anaknya itu. Begitu juga dengan adiknya Ayra, puan Sri Armel dan terakhir ayahnya Encik Amin.

Masing-masing memanjat kesyukuran dan riuh bilik itu dengan suara ahli keluarganya.

Adra termenung di balkoni penthouse itu. Setelah hampir 2 minggu di pantau doktor dia dibenarkan pulang dan dia juga membuat keputusan untuk balik ke rumah suaminya walaupun umi dan mummy pelawa untuk menjaganya.

Dia amat rindukan rumah ini. Rumah yang menjadi syurga kebahagiaannya dan Megat Adrean.

Terasa ada tangan memeluknya dari belakang, bau wangian le male yang amat menyenangkan dihidu. Dia tersenyum.

"sayang buat apa dekat luar ni? Sejuk la sayang" ujar Megat Adrean sambil mengeratkan pelukan itu.

"saja ambil angin. Hmm abang..."

"ya sayang..." sahut Megat Adrean sambil mengucup leher isterinya.

" macam mana keadaan Sofea?" soal Adra, sebenarnya semenjak di hospital lagi dia ingin menanyakan soalan itu.

Megat Adrean mengeluh kecil. Dia menarik isterinya duduk di kerusi panjang yang ada di balkoni itu.

"Sofea akan didakwa, sekarang dirawat oleh pakar sakit jiwa. Doktor sahkan dia kena mental disorder kerana pengambilan dadah yang berlebihan. 2 tahun sayang, bila balik Malaysia, pak Engku nak bawa Sofea berubat dan dalam berubat tu dia jumpa abang dan sejak dari itu dia menipu Pak Engku yang dia katakan dia jumpa doktor peribadi. Setiap kali dia ke US dengan alasan ada fesyen show namun dia ke sana jumpa orang yang bekalkan dadah kepada dia. Dia ambil di sana namun tak pernah bawa balik ke Malaysia. " ujar Megat Adrean.

" ya Allah. kenapa dia pilih jalan begitu bang? "

" entah la sayang, mungkin pengaruh kawan ketika dia tinggal di US dulu"

"abang, Rais tak bersalah. Dia cuma nak selamatkan Hani dari kena bunuh oleh Sofea. Rais dah beritahu Hani ketika Hani kena culik dulu" ujar Adra.

"i know sayang. Rais dah bagi keterangan, dia juga yang mesej abang untuk ke tempat tu masa hari kejadian. Dalam mesej itu dia akan tolong bebaskan sayang dari Sofea dan serahkan pada abang namun tak sempat lari, orang Sofea dah tangkap sayang dan dia" ujar Megat Adrean.

"Abang tak marah? Malam tu Hani tengok abang marah sangat" soal Adra lagi. Malam itu dia sendiri dapat melihat wajah Megat Adrean yang menahan amarah.

"malam tu abang memang marah sebab abang tak tahu hal sebenar lagi kerana mesej yang dihantar tu tak diberitahu itu Rais. Tapi apabila abang tahu perkara sebenar abang harus berterima kasih kepada dia kerana sanggup pertaruhkan nyawa dia untuk Hani. Dia juga ada beritahu abang yang dia sudah anggap Hani sebagai kawan dan apa yang dia lakukan sebagai menebus rasa bersalah kerana permainkan cinta sayang dulu. " jawab Megat Adrean panjang.

Adra melentokkan kepala ke dada suaminya.

" Hanya abang yang Hani cinta. Tiada yang lain"

" i know. And abang love you more.." balas Megat Adrean mengeratkan pelukan.

"I got present for you.."

Adra mendongak memandang wajah kacak suaminya. Dia melihat Megat Adrean mencapai sampul surat yang berada di atas meja kaca berdekatan.

Megat Adrean menghulurkan sampul surat itu. Adra mencapai lalu membuka untuk melihat isi di dalam.

Matanya membulat. Dia merenung suaminya tanda kepastian. Melihat anggukkan Megat Adrean, dia terus memeluk suaminya itu.

"let's have a baby moon. Just three of us" bisik Megat Adrean.

" thank you abang..." balas Adra

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience