Tiba di KLIA, Adra dijemput ayah dan uminya yang sudha menunggu di balai ketibaan.
" miss you umi ayah!!" ujar Adra lalu memeluk erat ayah dan uminya.
" amboi, pergi bercuti sakan. Mana group Adra?" soal Umi.
" Err... Diaorang kat dalam lagi ambil beg, sebelum keluar tadi group leader dah bagi briefing perpisahan. So tadi ambil beg, Adra terus keluar" bohong Adra 2.0.
" hmmm.. Jom lah balik" ayah bersuara.
.
.
.
.
" Hoi makcik!!" sergah Aisya saat melihat Adra Hani sedang termenung di gazebo.
"kau ni memang nak bagi aku mati muda kot" marah Adra sambil menjeling Aisya yang sedang ketawa.
"so hows your holiday? Takde souvenir untuk aku ke?" soal Aisya lalu mengambil tempat di sebelah sepupunya itu.
" okay... Aku enjoy giler... Ada nanti aku bagi. Aku nak bagitau kau yang masa aku dekat Cappadocia aku dapat kawan baru. Orang Malaysia, paling best bila kitaorang dapat naik hot air ballon free. Kawan kepada kawan baru aku tu sponsor" cerita Adra teruja.
" wow! Lelaki ke perempuan kawan baru kau tu? Bukan calang-calang orang nak sponsor naik hot air ballon tu. Mesti kayoo" ujar Aisya terkejut.
" tula aku pun fikir macam tu jugak. Kawan baru aku lelaki. Alkisah aku terlanggar salah sorang tu then tup-tup jadi kawan"
"salah sorang?"
" aah... Dia dua orang. Ray dan Ean"
" hensem tak? Bujang ke?"
" hensem. Ray bujang tapi dah nak kahwin. Ean pula aku rasa bujang sebab aku tak tanya lebih pun pasal diorang. Kami banyak bercakap pasal trip je" balas Adra.
"wow.. Tapi kalau dah berkawan dengan orang yang dapat sponsor hot air balloon tu bukan kaleng-kaleng la. Mesti diaorang kaya. Nama penuh Ray dan Ean apa?" korek Aisya lagi.
Adra menjungkit bahunya tanda tak tahu.
"serius la makcik, kau tak tahu nama penuh diaorang?"
" diaorang just bagitahu nama pendek je. Aku pun malas nak tanya lebih. Tapi diaorang memang baik" ujar Adra.
"jom aku ambilkan souvenir untuk kau. Ni aku nak tanya, wisma Megat dekat tak dengan rumah kau?" soal Adra.
" boleh la, tak la dekat sangat dalam 15 minit macam tu. Kenapa?"
" isnin depan aku ada interview dekat situ. Kalau dekat, nak tumpang rumah kau boleh? "
" wow! Kau dapat interview dekat Al Areef Group holding ke? Hebat la kau dapat kalau dapat kerja dekat syarikat tu"
Adra mengangguk.
" tula, aku pun tak sangka mereka approve permohonan aku dan aku harap aku dapat kerja tu. Masyukk wei, berganda dengan gaji di syarikat yang aku bekerja sebelum ni."
Al Areef group merupakan salah satu syarikat gergasi yang terkenal di negara ini. Selain perhotelan, mereka juga menjalankan perniagaan automotif. Namakan je Kereta- kereta mewah import. Pasti ada di dalam list mereka. Selain itu juga, baru-baru ini dengar khabar angin bahawa mereka baru saja berusaha sama dengan syarikat perkapalan persiaran atau cruise terkenal dunia. bayangkan nilai aset dan kekayaan mereka.
" kalau dapat kerja situ kau duduk la dengan aku. Atleast aku ada housemate."
" yela...doakan aku dapat ok!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia berdiri betul-betul di depan bangunan 30 tingkat itu. Wisma Megat. Adra membetulkan blazer yang tersarung. Hari ini dia mengenakan seluar slack hitam bercutting bow cut dipadankan dengan kemeja berwarna ungu lembut di tights in. Selendang pula sedodon dengan kemejanya. Dia membimbit fail hitam yang terkandung segala sijilnya. Dia melangkah masuk ke lobi bangunan itu.
" selamat pagi, saya datang untuk interview pukul 9 pagi ni. Saya Adra Hani" sapa Adra ramah kepada receptionist itu.
Pekerja itu tersenyum manis.
"selamat datang ke Wisma Megat. Cik Adra sila isi borang ini dulu ya. Cik juga diminta tinggalkan ic atau lesen sebelum kami memberi pass untuk cik naik ke atas ya" arah wanita itu.
Adra mengangguk lalu mengambil borang dan berlalu ke meja berdekatan. Di situ juga terdapat beberapa orang yang sedang duduk di meja itu. Seakan sama sepertinya ingin datang untuk temuduga.
Dia duduk lalu mengisi borang ditangannya.
" psst... Tengok tu, aku rasa tu la Tuan muda Megat Adrean. Kacak nya wei, tengok gaya bawak superbike dia tu dengan suit kerja.. Alahai tak tengok rupa pun dah tahu hensem. Memang betul la aku tengok dekat IG dia. Itu motor dia selalu post dekat IG."
" ini adik ke abang? "
" ini adiknya. Si abang nama Megat Edrus. Tu pun hensem jugak tapi dah kahwin"
"Harap aku dapat la kerja dekat sini. Untung-untung dapat selalu jumpa dia"
Adra terdengar butir bualan dua gadis yang berada di mejanya. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah yang sama.
Dari cermin kaca lobi itu dia dapat melihat seorang lelaki memakai suit korperat kelabu gelap menaiki superbike BMW S1000rr hitam yang baru di parking dipetak di depan lobi. lelaki yang dikatakan tuan muda megat itu memakai fullface helmet berwarna hitam, bersarung tangan hitam dan sling beg berwarna hitam.
**( cikembun imagine imej Dr.Patma naik superbike... U guys boleh search dekat ig.. Memang smart giloss.... Just imagine Megat Adrean yang badan tough macam tu.. Hehehe)**
Adra melihat langkah lelaki itu memasuki bangunan. Helmet masih elok tersarung di kepala. Dan dia dapat lihat pekerja di kaunter bangun lalu menunduk kepala tanda menyambut lelaki itu dengan hormat. Adra menunduk saat melihat lelaki itu mula berjalan melintasi mejanya.
Aura lelaki itu sangat kuat sehingga dua gadis di sebelahnya tak berkelip mata.
" dia buka helmet dia la... Mak aihh hensemnya."
Gadis di semejanya berkata lagi. Dia tak mengambil endah lalu menyambung semula mengisi borang.
Akhirnya dia dapat menarik nafas lega saat Selesai temuduga. Keputusan dapat diketahui dalam masa yang terdekat. Harap rezekinya disini. Adra melangkah keluar meninggalkan wisma itu menuju ke keretanya yang parking berdekatan.
Raja Azray melangkah keluar dari kereta selepas memarkirkan ford mustang gt 5.0 merahnya di parking vip. Saat itu dia menoleh ke arah wanita yang baru meninggalkan wisma itu. Dia seakan kenal akan susuk wanita itu cuma dia tak dapat melihat wajah wanita tersebut yang sudah jauh berjalan itu. Dia menjungkit bahu lalu masuk ke bangunan itu, ada mesyuarat yang harus dia hadiri bersama rakannya, Megat Adrean.
Share this novel