BAB 25 - ITU PUNCA

Romance Completed 34064

Adra merebahkan badanny ke sofa. Lega saat tiba di rumahnya. Kejadian di tempat parking itu menakutkan dirinya tpi mungkin itu perasaannya saja. Mungkin kerana keadaan yang sunyi itu membuatkan dia berfikir yng bukan- bukan. Tak mahu memikirkannya Adra terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Malam ni dia akan berseorangan kerana Aisya sudah ke Perak.
. .
. .
. .

"macam mana?"

" aku perlukan masa lagi" jawab lelaki yang memakai topi menutup separuh muka di depannya itu.

" berapa banyak masa yang kau perlukan lagi! Dulu aku suruh kau hapuskan perempuan tua tu pun kau tak boleh buat! Nasib baik perempuan tu yang kena langgar. Aku maafkan kau lagi! Kai ni aku nak selesaikan kerja kau. Kalau tak kau tahu apa nasib kau!!" lalu dia bangun dan meninggalkan tempat itu.

Lelaki itu memerhati 'dia' meninggalkan meja itu. Dia harus mencepatkan kerjanya. Dia bangun seraya membetulkan topi dikepala.
. .
. .
. .

Adra mencapai telefonnya yang berbunyi. Tersenyum melihat nama pemanggil itu. Punat hijau ditekan lalu terpapar wajah suaminya yang sedang tersenyum.

" Assalamualaikum abang..."

"waalaikumusalam sayang. Buat apa tu?" soal Megat Adrean.

" takde buat apa pun, tengah settle kan report untuk meeting esok. Abang dah makan? I miss you" ujar Adra manja.

" dah makan dengan klien tadi.. Miss you more sayang. Inshaallah esok abang balik. Klien pun dah setuju dan semua settle esok abang terus balik. Abang rindukan sayang. Susah tidur malam kalau sayang takde" ujar Megat Adrean tersengih gatal.

"nak Hani ambil dekat airport ke?"

" its okay, abang suruh Mike ambil. Abang nak sayang masak, wait for me at home okay."

" okay abang, dah pergi la rehat. You look so tired." ujar Adra.

"okay... Abang nak mandi dulu. Ke sayang nak tengok abang mandi?" soal Megat Adrean sambil menjongket keningnya.

" gatal!! Tak nak... Bye abang, love you"

" bye sayang, jangan tidur lambat. Love you too"

Adra tersenyum setelah menamatkan panggilan itu. Hampir 6 bulan usia perkahwinan mereka, rasa cintanya semakin mendalam terhadap suaminya.

Megat Adrean membuka butang baju kemejanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia mencapai lalu applikasi whatapps dibuka dan saat melihat mesej itu, matanya terpaku. Nombor yang tidak dikenali itu menghantar gambar Adra yang sedang berbual bersama Rais dan kawasan itu merupakan di depan lif pejabat.

Megat Adrean mengerut keningnya. Apa Rais buat di disitu. Adakah dia sengaja ke situ untuk bertemu Adra? Ada rasa cemburu mula menyentak hatinya. Dia meletak telefon lalu berlalu ke bilik air. Dia harus menenangkan hatinya dulu.

Petang itu, Adra pulang awal ke rumahnya. Seperti permintaan Megat Adrean, dia akan memasak makan malam untuk menyambut kepulangan lelaki itu. Tomyam campur, kailan ikan masin dan telur dadar menjadi pilihannya kerana Megat Adrean amat meminati tom yam air tangannya. Suaminya itu dijangka sampai ke KLIA pada pukul 7 petang. Dia harus bergegas kerana ada lebih kurang sejam lebih lagi.

Adra merapikan rambutnya yang dibiar lepas. Dia mengenakan dress lengan pendek separa lutut berwarna biru lembut. Dress itu hanya dipakai untuk tatapan suaminya sahaja. Setelah berpuas hati, dia turun ke bawah dan mula menghidang lauk yang telah di masak ke meja.

Bunyi pintu rumah dibuka dan laju langkah kaki menghala ke pintu utama. Lebar senyumannya melihat tubuh kacak suaminya itu. Megat Adrean yang melihatnya turut tersenyum. Dia mendepakan tangannya kepada Adra dan dengan laju Adra tenggelam dalam pelukkannya.

" I miss you honey.." ujar Megat Adrean lalu mengucup pantas bibir Adra.

"miss you too abang. You look tired. Abang mandi dulu nanti kita dinner ya. Hani dah siapkan makanan favourite abang" ujar Adra.

" okay, tgive me 10 minutes" ujar Megat Adrean lalu mengangkat bagasi kecilnya ke atas.

Selesai makan malam, mereka berdua duduk di ruang tamu sambil menonton tv.
Megat Adrean tak lepas memandang wajah Adra yang baring di atas pahanya. Gambar semalam terimbau kembali.

" Sayang, abang nak tanya boleh?"

" tanya la, kenapa tiba-tiba minta izin dulu ni?" gurau Adra sambil mengambil tangan Megat Adrean lalu mengucupnya.

" do you had meet Rais?" soal Megat Adrean.

Adra memandang ke wajah suaminya itu. Adra mengangguk.

" actually bukan jumpa tapi terjumpa. 2 hari lepas, Hani terjumpa dekat lobi office. Dia cakap dia datang sebab ada meetingg dengan bahagian operation. Dia yang tegur Hani dan abang nak tahu, dia minta maaf dengan Hani sebab kejadian dekat restoran hari tu" jujur Adra.

Adra bangun dari pembaringan lalu duduk di sebelah suaminya.

"macam mana abang tahu Hani ada jumpa Rais?" soal Adra hairan.

Megat Adrean mengambil telefonnya lalu dia menunjukkan mesej itu kepada isterinya.

"macam mana..." mata Adra tak lepas melihat gambar itu.

"i don't know sayang. Someone try to ruin our marriage. Dia fikir itu boleh jadi punca kita bergaduh. i hate jump to conclusion without asking first. Sebab tu abang tanya Hani dulu." ujar Megat Adrean.

" abang percayakan Hani??" soal Adra.

" of course sayang. You're my wife. Someone is try to make we separate and that not gonna happen. I promise" ujar Megat Adrean lalu memeluk erat isterinya.

This chapter pendek je...sorry guys.. Okay nak masak utk berbuka, you guys masak apa hari ni?? #2ndramadhan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience