Raja Azray tiba di rumah besar Tan Sri Megat Adnan. Dari jauh dia melihat Megat Adrean tak senang duduk. Dia mendekati rakannya itu.
"Ean!"
Megat Adrean menoleh ke arah Raja Azray.
"dapat berita tentang Adra??"
Tadi dia mendapat panggilan dari Megat Adrean menyatakan Adra hilang. Tengah malam itu terus dia memecut ke rumah beaar itu.
"takde, aku call tak dapat"
Petang tadi dia mendapat panggilan dari Mike menyatakan Adra tiada di lobi bangunan itu. Mike juga cari di departmentnya juga tidak kelihatan. Laju Megat Adrean mendail nombor telefon Adra namun hanya peti suara sahaja bersuara. Dia pulang ke kondonya namun rumahnya sunyi sepi. Sekarang pukul 12 tengah malam, kelibat Adra tidak kelihatan. Habis semua orang ditanyanya termasuk mentuanya namun hampa.
" kau dah buat laporan polis?" soal Raja Azray lagi.
Walaupun untuk membuat laporan orang hilang perlu menunggu sehingga tempoh 24 jam namun mungki sesuatu yang buruk berlaku kepada Adra. Megat Adrean hanya mengangguk.
Tak sampai sesaat ibu bapa dan adik Adra tiba. Puan Amina yang tersedu sedan itu terus dipeluk Puan Sri Armel. Menenangkan besannya itu.
" macam mana Ean?" soal Encik Amin.
" Ean akan cari Hani ayah. Ayah jangan risau." ujar Megat Adrean yakin.
Telefon Megat Adrean berbunyi, laju dia menekan butang hijau itu. Wajahnya serius mendengar dan tiba- tiba matanya membulat.
" What!!!" jerit Megat Adrean.
" aku nak kau cari jahanam tu sampai jumpa!! " arah Megat Adrean lalu menamatkan panggilan. Dia dapat lihat semua mata memandangnya. Dia meraup mukan dengan kedua tangannya.
" Hani... Hani kena culik" ujar Megat Adrean lemah.
Bagai halilintar memanah bunyi. Semua di situ terdiam kaku. Puan Amina terduduk dan esakannya jelas kedengaran.
" melalui CCTV depan wisma dapat lihat Hani dilarikan dengan van putih. Ean dah suruh orang kita cari maklumat pasal tu. Ean akan serahkan rakaman cctv tu kepada pihak polis juga" ujar Megat Adrean lagi.
Jika dia tahu siapa yang berani menculik isterinya itu, dia akan pastikan penjahat itu takkan tengok hari esok! Hatinya sakit membayangkan Adra kemungkinan akan diseksa. Semoga Allah melindungi isterinya.
Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej diterima dan Megat Adrean membaca mesej tersebut. Matanya meluas.
"Ray!! Ikut aku!!" ujar Megat Adrean lalu tergesa-gesa ke keretanya.
.
.
.
.
.
.
" Hoi!!!"
Air disimbah ke wajah itu. Adra tersedar saat merasakan wajahnya basah.
Dia membuka matanya dan saat itu dia mlihat seorang lelaki yang tak dikenalinya. Saat itu dia merasakan tangan dan kakinya terikat.
" kau nak apa dari aku?? Kenapa kau culik aku??" soal Adra memandang tepat ke wajah lelaki itu.
" Aku taknak apa-apa dari kau, orang yang upah aku nak kau!!"
" Siapa bos kau!?"
Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dan terus Adra memandang susuk tubuh yang memasuki bilik itu. Matanya meluas saat melihat figura itu.
"Kau..." bisik Adra perlahan.
"ya aku!! Kan aku dah cakap aku takkan biarkan kau bahagia. Kenapa? Marah? Hahaha..." ujar suara itu.
Tengku Sofea! Dari apa yang dikatakan tadi, Adra tak bodoh untuk meneka dia dalangnya. Adra menjeling susuk tubuh di belakang perempuan itu. Ada dua orang yang masuk ke dalam bilik itu.
Dia kecewa. Tak menyangka dia boleh berpakat dengan perempuan itu untuk menculiknya. Dia merenung tajam mata itu, menunjukkan kemarahan yang dia rasa sekarang.
"Well, aku tinggalkan kau dengan dia. Mana tahu nak lepas rindu ke" ujar Tengku Sofea lalu mengisyaratkan anak buah yang lain keluar.
Adra tak lepas memandang lelaki itu.
"Sampai hati you Rais buat I macam ni. Apa salah I pada you hah!!!" jerit Adra.
Rais memandang Adra. Jelas terpancar kegelisahan di wajah itu. Dia mendekati Adra lalu duduk melutut di sebelah gadis itu.
" Shhh... Adra, I tak pernah nak buat jahat dengan you. I nak tolong you" bisik Rais perlahan. Risau jikalau manusia di luar memdengarinya.
"heh... You ingat I nak percaya cakap you? Tolong I? Tolong untuk perempuan tu culik i.. Macam tu?!!" soal Adra lagi.
Rais bangun lalu mengunci pintu. Adra yang melihat terus menelan air liur, resah memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh lelaki itu.
Rais kembali mendekatinya.
" Trust me Adra. Ceritanya begini, Sofea datang jumpa I. Dia tahu kita pernah bertunang dan dia beritahu I yang dia ada rancangan untuk pisahkan you dengan suami you. Lepas tu dia cakap yang i akan dapat you semula. I cakap yang i taknak terlibat."
Adra terkedu. Dia dalam dilema untuk percaya atau tak cerita Rais.
" you tahu apa dia cakap? Dia cakap kalau i taknak kan you lagi dia akan bunuh you. Masa tu i fikir, kalau i tak terima cadangan dia kemungkinan you akan mati. Jadi i berpura-pura setuju untuk ikut kata dia." sambung Rais lagi.
Adra masih lagi diam. Cuba menghadam kata-kata itu. Dari mata Rais, Adra tahu yang lelaki itu tidak menipu.
" Adra, apa yang i cakap masa dalam lif itu i betul-betul maksudkannya. Bila jumpa you hari tu i dapat tengok kebahagiaan diwajah you. I dah terima jodoh kita dah tiada. I sayang you sebagai kawan dan i nak tengok you bahagia dengan suami you. Jangan risau, i akan tolong bebaskan you cum sekarang i kena yakinkan Sofea. Maafkan i Adra, percayakan i okay. Now you buat muka marah yang terlampau. " ujar Rais lagi.
Saat itu Rais berdiri
"Rais..." panggil Adra. Rais menoleh.
"maafkan I, terima kasih Rais, you memang baik" ujar Adra.
Rais tersenyum lalu mengangguk. Dia meletak jari telunjuk ke bibirnya. Selepas itu dia membuka pintu. Terjengul wajah Sofea sambil berpeluk tubuh.
"thanks Sofea. Tak rugi aku ikut rancangan kau" ujar Rais sambil mengelap bibirnya.
Dari pandangan Adra, Rais cuba menipu Sofea dengan menunjukkan seakan Rais baru sahaja menciumnya. Wajah Adra juga di tunjukkan dengan riak yang sangat marah, seperti yang di sarankan oleh Rais tadi.
Sofea dilihat tersengih sinis. Mengejek diri Adra yang riak wajahnya menyatakan Adra perempuan kotor.
Selepas itu pintu dihempas kuat. Adra mengeluh.
' Abang... Adra takut' rintihnya di dalam hati..
Megat Adrean tersentak dari lamunan. Hatinya seakan mendengar isterinya merintih memanggilnya. Sekarang dia dalam perjalanan ke tempat yang diberikan oleh penghantar mesej itu. Raja Azray sedang fokus memandu mengikuti kereta polis di depan.
Tadi Megat Adrean mengajak Ray ke balai polis untuk memberikan maklumat yang diterima melalui mesej itu. Selepas itu polis mengambil tindakan agar pergi ke tempat tersebut. Dan Ray meminta agar dia memandu kerana emosi Megat Adrean tidak stabil. Hampir sahaja mereka berdua kemalangan semasa ke balai kerana Megat Adrean memandu dengan kelajuan 140km/j dan hampir melanggar sebuah kereta.
Saat hampir tiba, pihak polis mengarahkan agar Megat Adrean pergi dahulu dan pihak mereka akan memerhatikan dan akan mengambil tindakan setelah suspek semua keluar. Namun pihak polis akan mengekori Megat Adrean dari dekat.
Megat Adrean mendekati gudang itu. Saat itu, dia kedengaran suara jeritan. Dia kenal suara itu. Itu sura isterinya. Jelas kelihatan rahangnya diketap dan dia mengepal penumbuk. Ray disebelahnya menepuk bahunya perlahan agar dia bersabar. Mereka mengintai dari celah dinding yang berlubang.
Adra terduduk. Pipinya pijar setelah menerima tamparan kuat itu. Dilihat Rais sudah rebah mengerekot memegang perutnya yang disepak oleh orang Sofea.
Tadi Rais cuba untuk membantu Adra melepaskan diri namun entah bagaimana salah seorang budak suruhan Sofea perasan dan mereka berdua tertangkap. Teruk Rais dibelasah.
"wow! Ada yang nak jadi hero pulak ya. Hey Rais!! Kau jangan ingat kau dah dapat betina ni kau senang- senang je nak lari!! Kau ingat aku bodoh!!" jerit Sofea berang.
Rais cuba bangun dan sekali lagi dia di tumbuk. Hidungnya berdarah. Di mendekati Adra lalu melindungi Adra di sebalik badannya.
" Aku memang sayangkan Adra, tapi aku tak gila macam kau!! Kau jangan sesekali sentuh dia!! " ujar Rais berang.
Sofea yang mendengar terus ketawa besar. Riak wajahnya di lihat amat menyeramkan. Sudah hilang wajah cantik, di depan ini merupakan Sofea versi lain, sekejap dia mengilai sekejap dia marah.
" kalau macam tu, biar aku satukan korang. Biar korang mati sama-sama. Barulah sehati sejiwa kan. Bila kau dah mati, boleh la Ean kahwin dengan aku"
Saat itu Sofea mengeluarkan sepucuk pistol. Terbeliak mata Adra dan Rais ketika itu.
Sofea mengangkat pistol itu menghalakan tepat ke arah mereka berdua.
"good bye lovebird" ujar Sofea.
Hai guys.. Sorry lambat update because busy kerja...actually 1 chap dah siap awal cuma i mmg akan updte 2chap skli so kena ciapkan jga. So hari ni dapat update 2 chapter.. Baik kan Rais. Namun nyawa mereka dihujung tanduk sekarang ni....hope esok dapat updte lg...
Share this novel