BAB 22 - TRUST ME!

Romance Completed 34064

Selesai solat subuh bersama Megat Adrean, Adra terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi, dia menyediakan penkek dan scramble egg untuk Megat Adrean. Lelaki itu kurang mengemari menu berat di pagi hari so nasi goreng, nasi lemak memang tiada dalam kamus breakfast nya.

Selesai menghidang, Adra laju naik ke bilik untuk mengejutkan suaminya. Pasti Megat Adrean sambung semula tidur memandangkan hari ni hari minggu.
Saat membuka pintu terpana dia dengan pemamdangan yang dilihatnya. Megat Adrean hanya mengenakan seluar pendek dan tidak berbaju sedang melakukan push up. Ototnya yang berketul itu bergerak-gerak saat lelaki itu melakukan senaman itu. Megat Adrean menoleh ke arahnya. Adra mengalihkan pandangan matanya.

" er... Breakfast dah siap, nanti abang turun ya. Hani tunggu dekat bawah" ujar Adra lalu keluar dari bilik tersebut dengan wajah memerah.

Megat Adrean melangkah ke meja makan, Adra yang sedang mengemas menoleh ke arahnya, rambut Megat Adrean yang basah itu menandakan di baru sudah mandi dan dia hanya mengenakan single putih dan seluar pendek sahaja, itu menandakan dia tiada tanda-tanda ingin keluar.

"Hani ada nak keluar ke hari ni?" soal Megat Adrean sambil mengungah penkek.

"tak ada kot, ingat nak kemas rumah hari ni" balas Adra.

"abang ada nak pergi mana-mana ke?" soal Adra pula.

"takde juga. Abang tolong Hani kemas rumah la. Nanti petang kita pergi rumah mummy daddy ya. Daddy nak dinner sama-sama hari ni" ujar Megat Adrean.

Adra mengangguk sambil tersenyum.

Adra meyanggul tinggi rambutnya yang panjang itu. Digaya ala messy bun. Dia mengambil kain lap lalu mengelap habuk yang nipis di sekitar ruang tamu itu.
Megat Adrean pula berada di bilik gym di tingkat atas, dia mengambil tugas untuk mengemas bilik tersebut.

Selesai di ruang tamu, Adra beralih ke tingkat atas, penthouse dua tingkat mewah milik suaminya ini sangat besar sehingga ada ruang membaca di bahagian atas.

Adra mengelap beberapa perhiasan di ruang itu, saat ingin mencapai perhiasan berbentuk globe peta dunia itu, ternyata tangannya tidak sampai. Dia menjinjing namun masih tidak berjaya. Adra bercekak pinggang, memikirkan apa yang harus dia lakukan. Seketika kemudian dia terpandang satu kerusi bench kecik lalu dengan pantas dia mengambil kerusi itu.

Dia memanjat kerusi itu, saat menjinjing kakinya entah macam mana kerusi itu hendak terbalik, Adra yang terkejut itu tidak bersedia untuk mengimbangi badannya. Dia menjerit kecil lalu memejam erat matanya, redha jika badannya terhempas ke lantai.

Namun dia masih tidak rasa badannya jatuh dan dapat dirasakan badannya seakan terapung. Dia membuka matanya dan matanya menangkap wajah kacak sang suaminya.

"Sayang, be careful. Thanks god I got you!" ujar Megat Adrean.

Dia yang ingin turun dari dukungan suaminya itu tak berjaya saat Megat Adrean mengeratkan pegangannya. Dia di bawa ke sofa lalu Megat Adrean meletakkannya di situ.

"lets have some rest for while. Banyak lagi ke nak kemas?" ujar Megat Adrean sambil duduk di sebelahnya. Rapat.

"dah takde kot" balas Adra. Semua telah dikemasnya.

Dapur memang kemas kerana lepas breakfast tadi dia terus mengemas. Bilik mereka pula sentiasa kemas, tiada apa yang nak dikemaskan lagi. Secara spontan dia mengelap peluh di dahi suaminya dengan tisu yang dicapai di sebelah sofa. Tanpa dia sedar aksinya itu membuatkan Megat Adrean tak lepas merenungnya.

Megat Adrean menyambar tangan Adra, matanya memanah ke dalam anak mata isterinya. Penampilan Adra sesikit sebanyak menggoda jiwa lelakinya. Dengan gaya rambut, wajahnya bebas make up dan bibir merah merekah itu ingin saja dia menciumnya. Adra mengenakan tshirt longgar berwarna putih dan legging hitam dikenakannya.

Dalam tak sedar Megat Adrean merapatkan wajahnya. Adra yang seakan terpukau dengan panahan mata suaminya hanya kaku dan diam saat bibir Megat Adrean bersatu dengan bibirnya. Saat merasakan respon positif dari Adra, Megat Adrean merapatkan badannya dan memeluk Adra. Bibir Megat Adrean mula menjalar di sekitar rahang dan leher Adra.

Megat Adrean menghentikan aksinya apabila seakan tersedar akan keterlanjurannya.

"i'm sorry. Abang patut tunggu Hani bersedia. Maaf abang tak kawal diri abang tadi. You look beautiful and i cant resist you." akui Megat Adrean

Adra menjadi serba salah saat Megat Adrean mengucap kata maaf sedangkan suaminya ada hak ke atas dirinya. Dua bulan perkahwinan mereka dan dia yakin dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Megat Adrean dalam erti yang sebenarnya.

" Hani dah ready..." ujar Adra. Megat Adrean memandang wajah isterinya itu.

" Hani dah sedia untuk jadi isteri abang yang sebenar. I love you abang.. I love you so much" ucap Adra sambil tersenyum manis.

Melebar senyuman Megat Adrean mendengar pengakuan isterinya itu. Laju dia merangkul badan Adra.

" i love you more sayang!" jerit Megat Adrean gembira.

Megat Adrean terus mencepung Adra ke bilik mereka. Dengan perlahan dia meletakkan Adra di atas katil.

" thank you sayang sebab terima cinta abang. I promise, anything happen we will always go thru together. Trust me! " bisik Megat Adrean romantik.

Adra yang terharu dengan kata-kata itu mengangguk perlahan sambil tersenyum. Tanpa sedar air matanya mengalir keluar. Saat itu baru dia tahu bahaya mimpi dia menangis di depan megat Adrean dulu merupakan tangisan kegembiraannya menerima cinta lelaki itu.

Megat Adrean mengelap air mata Adra. Dia menyambar bibir merah itu dan menciumnya dengan rasa penuh cinta. Dengan lafaz bismillah maka mereka bersatu dalam erti yang sebenar.

Dia membuka matanya. Saat itu matanya menangkap wajah Megat Adrean yang sedang tidur. Dia tersenyum namun wajahnya membahang saat teringat akan kejadian sebentar tadi. Megat Adrean melayaninya dengan sangat lembut membuatkan rasa cinta terhadap lelaki itu makin mendalam. Dia meneroka wajah suaminya itu. Dari kening yang tebal dan cantik terbentuk, turun ke alis mata yang lebat dan lentik itu, hidung yang mancung serta bibir yang agak kemerahan itu. Five o'clock shadow itu menambahkan lagi kekacakkan lelaki itu. Dia merasa bertuah dapat memilikki lelaki itu. Semoga rumahtangga kita kekal hingga ke syurga abang..

Dengan perlahan Jarinya ingin menyentuh kening itu namun tak sempat jarinya sampai, mata itu terbuka memanah wajahnya. Megat Adrean tersenyum menggoda kepadanya.

" hi sayang" ujarnya dengan suara serak itu.

Membahang wajah Adra saat Megat Adrean memeluknya erat. Dia menyorok wajahnya di dada lelaki itu.

"thank you sayang. I love you so much, i feel that i'm the happiest men in the world. You so damn beautiful sayang" bisik Megat Adrean lagi.

Makin memerah pipi Adra mendengarnya. Dia mahu menyorokkan lagi wajahnya namun Megat Adrean memegang dagunya agar dia menatap wajah kacak itu.

"hey sayang. Why you look so shy?" soal Megat Adrean lagi.

Boleh pula dia tanya macam tu. Adra rasa nak ketuk je kepala suaminya itu. Mesti la dia malu, itu dah macam malam pertamanya walaupun terjadi pada waktu tengah hari.

" abang janji sayang. Selagi hayat di kandung badan, abang akan sentiasa cintakan sayang. Trust me!"

" Hani cintakan abang, sebenarnya layanan abang terhadap Hani lepas kahwin buatkan Hati Hani terpaut dengan abang cuma Hani malu nak mengaku dekat abang. Terima kasih kerana sudi terima diri Hani. Hani janji akan jadi isteri yang solehah untuk abang. Hani percayakan abang" ujar Adra membuatkan hati Megat Adrean berbunga bahagia.

" sayang... Jom kita pergi honeymoon?" ujar Megat Adrean sambil membelai bahunya yang terdedah itu.

"tapi kan sekarang Abang Ed tak ada, kalau abang cuti. Siapa nak tengokkan office?" soal Adra.

Megat Adrean menyelit rambut isterinya ke tepi telinga. Sesungguhnya rambut Adra sangat cantik dan dia bersyukur mahkota isterinya itu terlindung dari lelaki lain. Dia mencium rambut itu. Wangi. Soalan Adra dia tidak dijawab, malas dia semakin ralit menhidu haruman dari rambut istertinya itu.

"abang??"

"ya sayang... Sementara tunggu abang Ed balik, kita honeymoon dekat bilik jela dulu kan..." bisik Megat Adrean sambil membenamkan wajahnya ke leher jinjang isterinya.
Adra yang terpana itu hanya merelakan tingkah suaminya itu. Sesungguhnya benih cinta semakin menggebu di dalam rumahtangga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience