Syukur!
Nak melompat hingga ke bulan. Selepas 3 hari temuduga, dia mendapat panggilan bahawa dirinya diterima bekerja di syarikat Al Areef group holdings.
Ibu bapanya menjadi orang pertama mendapat berita baik itu.
"alhamdulillah, rezeki Adra. Umi dah bincang dengan ayah, kami izinkan Adra tinggal dengan Aisya tapi every weekend kena balik sini" ujar umi.
" baik umi... Terima kasih umi, ayah." balas Adra gembira.
" bila mula kerja?" soal ayahnya.
" minggu depan ayah. Adra rasa sabtu ni Adra pindah rumah Sya. Bawa yang penting dulu"
" iya la... Duduk bujang kena jaga diri elok-elok. Jangan buat perkara terlarang." nasihat ayahnya.
" baik prof Dr. Amin" usik Adra. Ayahnya hanya menggeleng kepala.
Adra mengemas baju dan memasukkan ke dalam bagasinya. Saat itu dia tersentuh sesuatu di salah satu poket beg tersebut. Dia mengeluarkan beg kertas kecil lalu mengeluarkan isinya. Kotak? Terus dia teringat bahawa itu hadiah yang diberikan oleh Ean kepadanya. Kotak kecik itu dibuka dan ada seutas gelang tangan perak yang sangat cantik. Dia tersenyum. Dia ingat memori saat mereka di Fairy Cimney, ada penjual barangan kemas dan aksesori dan tak menyangka Ean membeli untuknya. Adra tersenyum lalu memakaikan di tangan kanannya. Cantik!
.
.
.
.
.
.
.
"Bro!"
Megat Adrean menoleh ke muka pintu saat mendengar suara itu. Dia menutup paparan gambar di skrin laptopnya.
" termenung je dari tadi, ingat orang jauh ke?" usik Raja Azray.
" apa kes datang sini? Kita ada meeting ke?" soal Megat Adrean, malas melayan usikan kawannya itu.
"amboi nak mengelak nampak. Takde meeting pun saja nak jumpa kau. Kau ada contact Adra?" soal Raja Azray.
" takde, kenapa?"
" aku ingat nak jumpa dia. Nak bagi kad jemputan kahwin aku. Kau taknak jumpa dia ke? Dah dua minggu kita balik dari Cappadocia, majlis aku pun lagi sebulan lebih nanti aku dah start busy terus terlupa pulak. " ujar Raja Azray.
" boleh jugak. Nanti aku contact dia ajak jumpa" ujar Megat Adrean.
" jangan..."
Tok... Tok...
Pintu dibuka dari luar.
" maaf Tuan Megat, ni ada dokumen yang perlukan tanda tangan Tuan. Nanti pukul 3 petang, tuan ada meeting dengan pihak TZ sdn bhd. Tuan Megat kena gantikan Tuan Megat Edrus." ujar Rita, PA nya.
Megat Adrean mengangguk. Dia mengambil dokumen itu lalu membaca dengan teliti. Selesai menanda tangan dia menghulurkan kembali kepada PA nya.
" thanks Rita.."
" oh ya! Pihak syarikat ada mengambil beberapa staff baru, tuan Megat nak briefing dengan mereka ke? "
" bahagian mana? "
" setiap seorang untuk finance dan admin. 3 lagi operasi"
" tak perlu kot, selalunya CEO yang akan make an ice breaking. So biar Megat Edrus sahaja yang uruskan" ujar Megat Adrean. Dia selaku COO hanya perlu fokus kepada bahagian operasi dan biar abangnya sahaja yang uruskan.
" jom pergi lunch" ajak Raja Azray.
Mereka berdua berjalan bersama keluar dari pejabat tersebut.
" amacam? Okay tak?" soal Adra kepada Aisya. Dia menunjukkan baju kurung moden yang dihadiahkan oleh Mak Nah sempena dia dapat kerja baru. Mak Nah memang suka memanjakan dirinya. Sejak bekerja hampir 20 tahun bersama keluarganya, Mak Nah sudah dianggap macam ahli keluarga sendiri.
" bilanya tak okay. Kau pakai karung guni pun lawa Adra oii" ujar Aisya
" kau ni, aku tanya betul-betul kau memain pulak."
Adra mengambil tempat disebelah Aisya. Petang tadi dia berpindah masuk ke rumah sewa Aisya kerana isnin nanti dia akan mula bekerja.
" betul la, kau bertuah tau dalam ramai-ramai cucu opah, kau je terpilih yang mewarisi kecantikan opah sebelah arab tu. Dapat pulak pakej lesung pipit mahal kau tu. Tak macam aku, gene melayu banyak sangat jadi la muka jawa ni."
" ada ke cakap macam tu. Cantik tu subjektif, lama-lama akan hilang. Yang penting hati diknon oi.. "
" betul aku setuju. Rugi la si Rais ting.... " kata-kata Aisya terhenti. Sedar akan keterlanjuran katanya.
" Adra, aku minta maaf... Tak sengaja" ujar Aisya.
" ala... Rileks la, benda dah lepas. Rais dah takde dalam hati aku la. Kau nk sebut nama dia sampai mulut berbuih pun aku tak kisah." balas Adra.
" that my girl! Dengar cerita bos kau tu hot. Betul ke?" soal Aisya.
" dengar-dengar begitu la. Sebab yang aku tahu, Tan Sri Megat Adnan dah bersara. Sekarang anak-anak dia yang uruskan syarikat tu. Memandangkan anak-anak Tan Sri Megat Adnan lelaki, maka dia dapat kelebihan berbanding cucu Tan Sri Ayub Al Areef yang lain. Si abang CEO, manakala si adiknya COO. " ujar Adra.
" wow... Mesti hensem kan"
" yang tu aku tak pasti. Tapi masa aku interview aku ada nampak Megat Adrean, si adik tu"
" habis tu hensem tak?"
" Entah, dia pakai helmet fullface. Tak nampak muka dia tapi kalau tengok badan memang A.. Tapi takleh kira jugak, mana tahu buka-buka helmet gigi rongak ke" lawak Adra.
" hishh kau ni, dah kaya takde maknanya gigi rongak. Untung la kau, hari-hari cuci mata"
"aah, cuci mata la sangat. Cuci mata dengan nombor." ujar Adra lalu bangun meninggalkan Aisya di situ. Dia mahu masuk bilik dan berehat. Tak sabar ingin memulakan norma kerja baru.
Share this novel