BAB 23 - IBU MENTUAKU

Romance Completed 34064

Adra mengambil tempat di depan Aisya.

" Dah order ke?" soal Adra.

" Dah, kau order la dulu." ujar Aisya.

Selesai memesan makanan Adra memandang sepupunya itu.

"kau ada masalah ke Sya? Aku tengok monyok je." soal Adra.

" mana ada. Aku okay je. Kau macam mana? Semenjak kahwin ni susah nak jumpa kau" ujar Aisya.

Adra tersenyum.

"aku macam biasa la. Kau tu asyik busy je memanjang. Asal aku ajak jumpa je kau busy, bila kau ajak aku pulak busy." ujar Adra.

" takde jodoh la tu. Ra, macam mana kahwin best tak? Ean layan kau okay?" soal Aisya.

" Alhamdulillah Sya, Ean layan aku okay cuma... "

" cuma mak mentua kau yang masih tak terima kau? " soal Aisya.

Adra mengangguk lemah. Tak tahu macam mana lagi ingin dia buat untuk Puan Sri Armel menerima dirinya. Teringat kembali ketika dia makan malam di rumah mentuanya itu, Puan Sri Armel tidak melayannya langsung. Adra mengeluh perlahan.

" sabar jela Ra, aku tahu lama- lama mak mentua kau tu terbuka hati nak terima kau nanti. Ni, kau cakap ada benda nak cakap dengan aku. Apa dia?" soal Aisya.

"Ean kena pergi outstation minggu depan. Seminggu pula tu. Kau teman aku dekat rumah aku boleh?" pinta Adra.

" berapa hari Ean pergi?"

" seminggu.."

" boleh.. Nanti aku pergi rumah kau. Tapi aku tak boleh teman kau seminggu sebab aku kena pergi Perak rabu depan. Ada kursus" ujar Aisya.

"thank you Sya."

Selesai makan, mereka berdua keluar dari restoran itu dan ketika itu mata Adra menangkap tubuh ibu mentuanya yang baru keluar dari kereta. Dia menapak mendekati ibu mentuanya niatnya ingin menegur. Semakin dia menghampiri dia menyedari ada sebuah kereta menghala ke arah ibu mentuanya dengan laju. Puan Sri Armel yang berada di tepi jalan itu tidak menyedari akan kereta itu.
Adra melajukan langkah kakinya.

" Mummy!!"

Laung Adra lalu menarik tubuh Ibu mentuanya ke tepi, namun nasib tak menyebelahinya apabila dia dilanggar kereta tersebut. Adra rebah di tepi jalan, dalam keadaan separa sedar itu dia cuba bangun namun sakit yang amat sangat dirasai di lengan kirinya.

Puan Sri Armel terpaku melihat kejadian tersebut. Pemandunya dan Aisya bergegas membantu Adra untuk bangun.

"Adra! Kau okay ke? Ya Allah darah Ra!" jerit Aisya sambil meriba Adra.

"tangan aku Sya... Tangan aku sakit" rintih Adra.

" mari kita pergi hospital puan Adra."

Mereka memapah Adra masuk ke kereta.

" Puan Sri?" panggil pemandunya apabila melihat Puan Sri Armel masih kaku berdiri di situ.

Megat Adrean berlari anak ke arah wad kecemasan itu. Bagai terhenti jantungnya Saat menerima panggilan daripada pemandu mummynya mengatakan Adra kemalangan.

" Macam mana dengan Hani?" soal Megat Adrean kepada mummy dan Aisya yang duduk menunggu di situ.

" Adra masih dekat dalam, masa sampai hospital tadi tiba-tiba dia pengsan." ujar Aisya.

"macam mana Adra boleh kemalangan? Mummy nampak ke kejadian tu?" soal Megat Adrean kepada ibunya. Pelik kerana mummynya ada bersama disitu.

"Adra... Adra nak selamatkan mummy dari dilanggar kereta." ujar Puan Sri Armel sebak.

Megat Adrean terduduk. Dia meraup wajahnya dengan kasar. 'ya allah, selamatkan isteriku' bisik Megat Adrean didalam hati.

Adra membuka matanya. Dia merasa tangannya digenggam. Di menoleh ke tepi, Megat Adrean sedang merenung wajahnya. Automatik bibirnya tersenyum melihat wajah kacak itu.

" Sayang..." panggil Megat Adrean.

"abang dah lama sampai?" soal Megat Adrean. Saat ingin bangun, dia merasa sakit di lengannya sehingga dia mendesis kuat.

"sayang hati-hati, nak abang panggil nurse?" soal Megat Adrean sambil membetulkan kedudukan Adra.

"tak payah la, Hani okey. Mummy macam mana?"

" Mummy pergi makan sekejap dengan daddy. Dari tadi mummy tunggu sayang sedar. Terima kasih sayang selamatkan mummy" ujar Megat Adrean sambil mengucup tangan isterinya.

"tak perlu ucap terima kasih abang, mummy abang mummy Hani juga. Kebetulan Hani ada di situ. Tapi kan bang, kereta tu macam sengaja nak langgar mummy" ujar Adra pelik.

"pihak polis dah tengok cctv sekitar itu dan nombor plat kereta itu no palsu. Tapi nanti pihak polis akan siasat lagi. Sayang jangan risau ye. Yang penting sayang cepat sembuh, nasib baik tangan sayang tak patah. Cuma pengelangan tangan terseliuh sikit." ujar Megat Adrean.

Adra tersenyum ke arah ibu mentuanya. Megat Adrean meninggalkan mereka berdua kerana ingin menjawab panggilan penting.

" Mummy okay? " soal Adra prihatin.

Puan Sri Armel merenung wajah menantunya itu.

" maafkan mummy Adra, maafkan mummy kerana berkasar dengan Adra selama ini. Terima kasih kerana selamatkan mummy tadi." ujar Puan Sri Armel lalu menggenggam tangan kanannya itu.

" apa mummy cakap ni, mummy takde salah apa-apa pun dengan Adra, mummy kan mummy Adra. Lagipun Adra cedera sikit je, doktor cakap esok Adra dah boleh balik" ujar Adra tersenyum.

"selama ini mummy pandang serong kepada Adra, mummg tak layan Adra selayaknya sebagai menantu mummy. Tapi hari ini Adra selamatkan mummy. Mummy bertuah Ean dapat isteri sebaik Adra. Maafkan mummy ya sayang?" ujar Puan Sri Armel lagi.

" mummy, Adra sayang mummy. Dan Adra sanggup lakukan apa saja untuk orang yang Adra sayang. Terima kasih mummy terima Adra sebagai menantu mummy. " ujar Adra lalu memeluk ibu mentuanya. Saat Puan Sri Armel membalas pelukan itu, lega hatinya.

Megat Adrean yang melihat dari muka pintu tersenyum bahagia. Alhamdulillah.

Hai guys... So 2 chapter shj utk hari ni... Spatutnya nk updte ptg tp memandangkan ada scene matang lalu updte mlm.. Selamat berpuasa utk smua umat islam.. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah... Semalam tak updte sbb smlm sis layan ebook Anjell.. Hahaha sape peminat Anjell sini kita geng.. Yeahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience