BAB 11- LOVEBIRDS

Romance Completed 34064

Dia cuba menghubungi lelaki itu tapi tidak dapat. What apps pun hanya satu tick sahaja. Adra mengeluh lemah, nak bertanya kepada PA nya takut timbul gosip pula. Dia ingin memberitahu lelaki itu bahawa dia boleh pergi sendiri ke kenduri Ray nanti. Walaupun tiada staff di syarikat itu dijemput ke majlis tersebut namun dia tak mahu nanti keluarga Megat Adrean memandang serong kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila dia tidak setaraf dengan mereka. Bapanya bukan dari keturunan bangsawan, Encik Amin merupakan doktor pakar bedah dan sekarang hanya mengajar para pelapis baru bakal doktor. Umi pula suri rumah tangga. Sungguh tidak layak untuk bergandingan dengan Megat Adrean.

Eh! Apa engkau mengarut ni Adra, Megat Adrean hanya mengajak kau peegi bersama ke kenduri Ray je. Tapi tetap tidak boleh. Adra menggelengkan kepalanya.

" kenapa ni tiba-tiba geleng kepala ni?" tegur Kak Yatt.

"takde pape la kak," balas Adra tersengih. Kantoi la pulak.

"ingat tengah fikirkan tuan Megat Adrean. Yela mana tahu rindu" usik Kak Yatt.

" ishh.. Akak ni ke situ pulak, tersedak dia dekat atas tu akak sebut nama dia"

"apa pula di atas. Tuan Megat kan pergi outstation 5 hari ke Turki. Dia pergi tinjau salah satu hotel milik Al Areef Group dekat Cappadocia"

Adra terlopong.

"Hah? Hotel di Cappadocia??"

" yela, bukan saja hotel. Mereka siap ada asset dekat sana. Dengar cerita siap ada banglo mewah di sana. Tapi nama pon orang kaya kan, Tak hairan la" ujar Kak Yatt lagi.

Adra mengelamun. Teringgat saat mereka di Cappadocia dulu, dia ingat lagi saat Megat Adrean dan Ray datang menjemputnya di hotel, mereka pandu sendiri kereta Audi mewah. Dan Ray menyatakan kawannya yang bagi pinjam. Kawan yang dia maksudkan tu mesti Megat Adrean. Hot air ballon! Aduhh... Adra memicit dahinya.

Adra melihat skrin telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar olehnya kepada Megat Adrean hanya bluetick. Tiada balas dari lelaki itu. Mungkin lelaki itu sibuk. Dia meletak telefonnya lalu menoleh ke arah Aisya yang baru keluar dari dapur.

"Sya, aku nak tanya kau. Kalau kau la kan, apa perasaan kau bila dapat tahu kawan kau sebenarnya orang kaya?" soal Adra tiba-tiba.

" macam tu jela, yang kayanya dia bukan aku" jawab Aisya selamba.

"maksud aku, kau tak segan ke nak kawan dengan dia? Yela kan tak sama taraf" ujar Adra.

"apa ada pada taraf Ra, benda tu semua pinjaman je. Kalau Allah nak tarik sekelip mata je. Yang penting dia ikhlas nak kawan dengan aku cukup la. Bukan aku nak minta harta dia pun"

Adra mengangguk kepalanya. Betul juga tapi....

" kau ada kawan dengan orang kaya ke?" soal Aisya tiba-tiba.

" takde la, kan aku cakap tadi KALAU." ujar Adra sambil menekan perkataan kalau itu.

" Ra, dalam berkawan kita kena ikhlas menerima dia. Harta pangkat tolak tepi. Janji dia ikhlas berkawan dengan kita itu la erti persahabatan sebenar. Tapi kadang-kadang masalah taraf dan pangkat ni bukan datang dari kawan kita tu tapi dari orang terdekat dia terutama ahli keluarganya." ujar Aisya lagi.

" yang tu aku setuju. Kadang-kadang ada juga ahli keluarga yang mementingkan taraf. " tambah Adra lagi.

" Ni aku nak beritahu kau. Semalam si Rais jumpa aku. Dia tanya pasal kau. Dia cakap dia tak dapat contact kau" ujar Aisya.
Teringat semalam apabila dia ingin keluar lunch terpacul Rais di officenya dan bertanya pasal Adra. Apa lagi mamat tu mahu agaknya.

"aku dah blok nombor dia. Taknak ada kaitan dah. Apa pasal nak cari aku. Rasa aku takde hutang apa-apa dengan dia"

" entah, dia cakap dia ada pergi rumah kau tapi bila dia tahu kau dah sewa luar dia terus cari aku. Aku rasa paklong tak beritahu kau duduk dengan aku sebab dia tanya aku mana rumah sewa kau"

"pulak dah. Apa lagi dia nak agaknya."

"gila talak la tu"

Adra menoleh ke arah Aisya.

" apa? Betul la. Entah-entah dah putus dengan minah tu pastu nak get back dengan kau" tebak Aisya.

"kirim salam! Aku dah tak hingin dengan lelaki macam dia tu. Bagi free pun aku taknak. Kau jangan pernah beritahu apa-apa pasal aku"

"aku tengok muka dia pun tak hingin. Dah la kau tak payah nak fikirkan dia tu. Ni aku nak tanya, siapa ni?" Aisya menunjukkan gambar di telefonnya.

Adra mengambil telefon itu lalu matanya meluas saat melihat gambar itu.

"mana kau dapat gambar ni?"

" tu, tengok IG siapa tu?"

Adra melihat 'KingRay'. Ray?? Kenapa dia upload gambar dia dan Megat Adrean yang membelakangi kamera dan caption membuat emoji love dan burung. 'lovebird!'

"walaupun aku tak tengok muka perempuan tu aku tahu tu kau kan sebab kau ada sent gambar masa kau naik Hot Air ballon tu. Kau kenal ke Raja Azray ni? Dan siapa lelaki sebelah kau tu?" soal Aisya.

"mereka la Ray dan Ean. Ean tu Megat Adrean. Masa ni aku memang tak kenal siapa mereka sebenarnya. Lepas aku jumpa Ean sebagai Megat Adrean baru aku tahu" jelas Adra.

"jadi yang kau tanya pasal orang kaya segala tu sebab itu yang kau hadapi sekarang?"

Adra mengangguk lemah. Memang itu yang dia rasakan sekarang. Kalau dapat diundurkan masa memang dia tidak mahu mengenali Ean terlebih dahulu dan dapat menganggap lelaki itu sebagai bosnya sahaja.

"aku bukan nak back up Ean. Tapi bagi aku dia memang ikhlas nak berkawan dengan kau. Kalau tak awal-awal lagi dia dah beritahu siapa dia sebenarnya. Kau ni, baru berkawan dah rupa macam ni. Buatnya Ean tu melamar kau aku rasa pengsan terus kau ni"

"mintak simpang la wei. Aku sedar aku ni rakyat marhaen je. Lagipun kahwin dengan orang kaya ni banyak masalah. Baik kahwin dengan orang biasa je, cukup-cukup makan takpe janji bahagia."

" tapi kalau dah jodoh tak ke mana cik kak oii. Lari la ke hujung dunia sekalipun dah jodoh kau dengan Megat Adrean tu bertemu juga akhirnya. Aminnn" usik Aisya lagi.
Adra yang mendengar terus membaling bantal kecik kepadanya. Mengekek Aisya ketawakan Adra.
.
.
.
.
.
.
.

Adra memerhati jambangan bunga rose merah di atas mejanya. Saat dia melangkah masuk ke bahagian kewangan itu, salah seorang staff perempuan di situ memanggilnya lalu menghulurkan jambangan bunga itu. Katanya ada penghantaran di lobi tadi dan penerima atas namanya.
Dia mengambil kad yang terselit dan membaca coretan itu.

* Seni özledim güzelim*

Adra mengerut dahinya. Bahasa apa pula ni? Dia mencapai telefonnya lalu pakcik Google di cari. Dia menekan google translate lalu menaip perkataan itu dan laju google mengesan itu bahasa turkish. Maksudnya ' i miss you, beautiful'.

Mamat Turki mana yang salah bagi bunga ni???

**Note : apa yang aku tulis pun aku taktahu haaa....
Takde idea sehari dua ni so sorry kalau 3 chapter ni tak menarik. Macam merapu pon ye jugak...aduiii.
Hurmm Adra ni memang spesis slow ke macam mana ek..hahaha. well adakah Megat Adrean dah jatuh cinta? Tapi tiada tanda-tanda pun kan...tapi cemburu tu tanda sayang kan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience