BAB 12- MISI

Romance Completed 34064

Megat Adrean tersenyum melihat yang dihantar oleh orang upahannya. Sudah 4 hari dia berada di sini dan entah kenapa setiap malam dia akan termimpikan gadis itu. Sudah angaukah dia?
Gambar yang diambil dari jauh melihat Adra keluar dari pejabat dengan membawa jambangan bunya yang diberi olehnya. Dia akui sejak pertama kali dia melihat Adra dia seakan jatuh cinta pandang pertama. Namun dia masih tidak berani untuk memulakan langkah. Saat melihat kemesraan antara Adra dan Iskandar, dia tidak boleh berdiam diri lagi. Dia harus memulakan misi memikat hati gadis itu. Cuma menjadi agak susah apabila Adra seakan mula menjauhkan dirinya.

**

" kau nak tunggu apa lagi Ean. Aku tahu kau sukakan Adra. Dah ada depan mata kot. Tuhan dah permudahkan jodoh kau" ujar Ray.

" aku tak tahu la Ray. Aku takut aku bertepuk sebelah tangan je. Nak-nak lagi bila dia tahu aku siapa. Dia macam alergik je dengan orang kaya. Tak faham aku." balas Ean.

" belum cuba belum tahu. Mungkin dia takut sebab biasanya mereka diracun dengan fikir orang kaya ni tengok darjat. Cuma aku nak kau settle kan Sofea tu dulu. Kan tak pasal-pasal kecoh nanti. Kau macam tak tahu perempuan tu boleh buat benda gila"

" Tula.. Tapi yang penting aku harap mummy aku sukakan Hani. Kalau mummy dah suka, senang la aku nak handle Sofea tu. Dia memang tak berani melawan mummy aku"

" aku nak kau jalankan misi pikat Adra tu. Buat sampai dia cintakan kau"

***

Megat Adrean berdiri di tepi cermin kata di pejabat hotelnya. Adra Hani, you are mine and always be mine.

"achum!"
Adra terbersin lagi. Merah hidungnya akibat kerap terbersin.

" Dah tahu hujan, pergi redah tu kenapa. Tak pasal- pasal selsema." bebel Aisya saat menghulurkan mug berisi kopi panas kepadanya.

" sebab dah lewat, tu yang aku terus redah. Aku malas nak tunggu lagi. Semua staff dah balik" balas Adra sambil menghirup kopi panas. Ahh lega.

" kau dapat MC berapa hari?"

" doktor bagi 2 hari. Boleh la aku rehat. Legakan otak aku, buat closing buat otak aku nak pecah" ujar Adra.

Aisya mengangguk.
. .
. .
. .
. .

Megat Adrean menongkat S1000rr hitamnya di petak parking khas untuknya. Hari ini dia mengenakan jean biru dikenakan dengan kemeja dan kot hitam. Santai sahaja memandangkan dia tiada sebarang temujanji hari ini. Helmet fullfacenya di tanggalkan saat melangkah masuk ke lobi. Semua staff menegurnya hanya di balas dengan anggukan. Dia tidak sabar ingin melihat wajah yang selalu terbayang diwajahnya saat dia outstation.

"Rita, please call Adra Hani, i want her come to meet me" arah Megat Adrean lalu masuk ke biliknya. Rita terus menjalankan tugasnya.

Tak sampai 5 minit, Rita masuk ke biliknya lalu memberikan dokumen untuknya semak dan tandatangan.

" maaf Tuan Megat, Adra tak datang kerja hari ni. Dia MC"

" MC?"

" Ya Tuan, dia selsema. Hari ni second day"

" okay.. You may go now" arah Megat Adrean.

Setelah Rita keluar dari biliknya. Terus telefonnya di capai.

" Mike, send me Adra's home addres and send me my car now! " ujar Megat Adrean lalu menamatkan panggilan tanpa menunggu balasan dari sebelah sana.

Ting!

Dia membaca mesej lalu tersenyum.

Sejam kemudian dia melangkah keluar dari biliknya.

"Rita, all documents i had signed. Just take it on my table. If people looking for me just take a note. I tak masuk office lepas ni. Any urgent just call me" arah Megat Adrean.

" Baik Tuan Megat"

Dia menghentikan BMW M4 hitamnya di depan rumah teres itu. Dilihat kereta Adra berada di dalam parking rumah itu. Dia tersenyum.

Bunyi loceng rumah menyentak perhatian Adra menonton tv. Dia menjengah ke luar melalui tingkap dan dilihat sebuah BMW mewah berwarna hitam berada di luar dan matanya membulat saat melihat figura kacak di depan pintu pagar rumahnya.

" apa dia buat dekat sini?" bisik Adra perlahan.

Bunyi loceng ditekan lagi menyentak lamunannya.

Megat Adrean melihat langsir seakan bergerak, dia tahu Adra sudah menyedari kehadirannya.

Adra mencapai selendang yang ada berhampiran lalu melilit ringkas. Nasib baik dia sudah menyarung hoodie oversize hijau lumut, dipadankan dengan sweatpant kelabu. Dia melangkah keluar mendekati Megat Adrean.

" Assalamualaikum.." tegur Adra.

" Waalaikumusalam..." jawab Megat Adrean sambil senyum manis. Terubat rindunya dapat melihat wajah di depannya itu. Walaupun tanpa secalit make up, Adra sangat cantik.

"Apa Tuan Megat buat dekat sini tengah hari macam ni?" soal Adra pelik tengok Megat Adrean tersenyum. Alahai hensemnya, muka serius pon hensem kalau dah senyum macam ni memang boleh angau!

"I datang nak jumpa you la. Dengar you selsema. Dah okay belum?"

"Alhamdulillah dah okay. Maaflah saya tak dapat jemput awak masuk. Ni rumah bujang, tak manis jiran nampak" ujar Adra.

"takpe, I nak ajak you keluar lunch."

"lunch? Awak tak pergi solat jumaat ke?"

Megat Adrean menepuk dahinya. Terlalu teruja nak jumpa Adra sampai lupa hari ini hari jumaat.

" kalau macam tu lepas solat jumaat I jemput you. Kita pergi lunch"

" Tapi... Saya.. "

" no excuses Hani. 2.15 sharp I jemput you. Okay la bye" ujar Megat Adrean lalu masuk ke dalam keretanya.
Adra yang tercengang melihat kereta lelaki itu meninggalkan rumahnya.
'apa kena dengan lelaki tu' soal Adra sambil mengaru kepalanya.

Adra mengemaskan tudung bawalnya. Dia mengenakan skirt agak kembang berwarna khaki, dipadankan dengan blouse putih longgar di tuck in. Bunyi mesej di telefonnya dan dia membaca mesej dan ia dari Megat Adrean. Tepat 2. 15 dia sampai. Punctual betul bosnya itu. dia keluar dan saat dia menutup pintu pagar, Megat Adrean sudah membuka pintu bahagian penumpang untuknya membuatkan dia terkedu sesaat.
Dia melangkah masuk ke dalam kereta dan Megat Adrean terus masuk ke sebelah pemandu.

Satu yang Adra perasan. Megat Adrean amat meminati warna hitam untuk kenderaannya. Semuanya warna hitam.

" esok I jemput you dalam pukul8 malam boleh ke?"

"Hah?"

" Ray's wedding.. Lupa ke?"

" ohh... Urmm kalau saya pergi sendiri boleh ke? Lagipun saya taknak susahkan awak. Saya dari rumah parent saya nanti"

"lagi senang I nak pick up you. As I said, you be my plus one esok. Lagipun majlis kan malam. Bahaya you drive malam-malam Hani." ujar Megat Andrean.

" hurmm baiklah" akur Adra. Malas dah nak membantah, takkan pernah tamat isu ini kalau dia terus berkeras. Besok dia rancang setelah dia sampai di majlis tersebut dia akan buat hal masing- masing.
Megat Adrean senyum nipis saat Adra tidak lagi membantah.

Setelah pelayan mengambil order, Megat Adrean memandang Adra di depannya.

" kenapa Tuan Me..." kata kata Adra terhenti saat melihat renungan tajam Megat Adrean kepadanya.

"ehem.. Kenapa awak ajak saya lunch?" Adra membetulkan panggilan dan saat itu riak wajah Megat Adrean berubah lembut.

" Saja. Kenapa? You ada date ke?" soal Megat Adrean dalam debar. Kalau Adra mengiakan adakah hatinya mampu terima?

" date apanya, saya kan MC. Kalau MC duduk rumah jela. Tapi sekarang saya dah ter'date' dengan awak pulak kan"

gurauan Adra itu mengundang senyuman manis di bibir Megat Adrean.

" indeed! Kalau date dengan I, you hospitalised pun I sanggup teman" usik Megat Adrean sambil ketawa. Adra yang tak mengerti maksud tersirat itu pun turut ketawa.

Saat itu makanan mereka sampai dan mereka mula menjamu selera. Adra memilih spaghetti walaupun tekaknya tidak begitu mengemari makanan barat sejak balik dari UK. Mungkin sudah jemu. manakala Megat Adrean memilih steak.

" hmmm... Sedap," puji Adra sekadar tidak mahu keadaan sunyi.

"yup, my favourite place. This steak is my choice everytime i came here. You wanna try?" soal Megat Adrean lalu menyua garpu yang sudah dicucuk daging steak ke mulut Adra.

Tindakan spontan Megat Adrean itu membuatkan Adra terkedu. Lama mata mereka bertentangan sehingga Adra tidak betah melawan panahan mata cantik itu.

" ehemm. Takpela, awak makan la" tolak Adra.

" No, you should try it" Megat Adrean masih menyua garpu itu dan membuat Adra serba salah.

" Adra??" teguran satu suara membuatkan mata mereka serentak menoleh ke tepi.

" Rais??"

" Adra buat apa di sini? Ni siapa?" soal Rais. Dari tadi dia melihat lelaki itu mahu menyuap Adra dan dia terus menegur bekas tunangnya itu.

" it is obvious we came here to eat. Ni Ean, Ean ni Rais, bekas tunang saya" ujar Adra dan sengaja dia menekan perkataan bekas itu.

" Ean, bakal suami Adra Hani" ujar Megat Adrean yakin. Adra yang mendengar memandang Megat Adrean tidak berkelip. Cari masalah betul la Ean ni. Marah hati Adra.

" wow, tak sangka putus tak sampai 2 bulan dah ada penganti" sindir Rais.

"okay la lepas putus cari penganti dari masih bertunang tapi pasang yang lain" balas Adra pula. Dia ingat Adra Hani akan diam sahaja. Memang tak la...

" kenapa you block I Adra? Tak boleh move on lagi ke?" sindir Rais lagi. Entah kenapa dia tak berpuas hati dengan Adra dan tak boleh terima apabila gadis itu sudah ada pengantinya. Dan wajah lelaki itu seakan familiar dan nampak lebih bagus darinya.

" you ni faham tak istilah move on sebenarnya? As you said that my girlfriend blocked your number. So, it clear that she dont want you to disturb her. Sekarang ni you yang tak boleh move on sebab masih cuba untuk contact Adra. Kami bahagia sekarang dan please, dont disturb our lovely lunch. " Megat Adrean menyampuk. Adra simpan senyum melihat Rais terdiam.

Tanpa berlengah lagi Rais terus meninggalkan mereka di situ. Apabila bayang Rais menghilang. Terus ketawa Adra pecah.

" oh god, did you see his face? Thanks Ean. You make my day. Padan muka dia. Ingat saya hadap sangat lelaki macam dia tu" ujar Adra.

" if he come to you to get back. Will you give him second choice?" soal Megat Adrean.

"of course not. Never! Saya dah hilang kepercayaan dengan dia. No need to give second chance to guy like him. Sekali dia buat, mungkin di masa hadapan dia akan buat lagi. He's not the one for me Ean, " ujar Adra.

Megat Adrean tersenyum menang mendengar jawapan dari Adra.

'maybe i' m the one for you' desis hati Megat Adrean.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience