Pagi itu Adra membantu umi dan Mak Nah menyediakan sarapan. Selesai majlis akad nikah semalam, saudara maranya terus pulang ke rumah masing- masing mandangkan mereka tinggal berdekatan sahaja.
Adra meletakkan nasi lemak ke atas meja. Lalu dia membancuh kopi.
"Adra, Mana Ean?" soal Encik Amin lalu melabuhkan punggung ke kerusi.
" Dia pergi joging ayah, kejap lagi balik la tu" balas Adra sambil membawa teko kopi ke meja.
" tahu ke dia jalan area sini?"
"dia cakap nak pusing taman perumahan je.. Jangan sesat sudah la"
" assalamualaikum..." tegur satu suara.
" hah.. Panjang umur, baru balik Ean. Mari la sarapan sekali" ajak Encik Amin.
" Ean naik mandi dulu ayah, berpeluh ni. Sayang...naik atas jap" ajak Megat Adrean.
Adra tersipu saat semua mata memandangnya. Dia mengekori Megat Adrean ke atas.
"Kenapa?" soal Adra selepas menutup pintu.
Dengan tiba-tiba Megat Adrean mendekatinya lalu mencium pipinya. Terpana Adra seketika.
"nothing, just miss you and wanna give morning kiss" ujar Megat Adrean tersenyum. Dia berlalu ke dalam bilik air.
Adra tersenyum sambil memegang pipi yang dicium suaminya tadi. Ada sahaja cara Megat Adrean untuk memikat hatinya.
Adra berlalu ke almari lalu mengeluarkan tshirt biru gelap dan sweatpants untuk suaminya. Dia meletakkan pakaian itu di atas katil.
Pagi tadi dia sudah mengemaskan semua pakaian yang dibawa lelaki itu ke dalam almari. Megat Adrean juga berpesan yang pakaian itu dia akan tinggalkan di situ, senang jika mereka datang bermalam di situ kemudian hari.
Selesai bersarapan, Megat Adrean meminta izin untuk pulang ke rumah ibu bapanya.
Dalam perjalanan Adra hanya diam. Dia merasa resah kerana bimbang kehadirannya nanti tak disukai ibu mentuanya. Namun dia akan cuba sedaya upaya untuk mengambil hati wanita itu seterusnya dapat menerimanya sebagai menantu.
Kereta Megat Adrean memasuki ke laman banglo yang tersergam indah. Dari luar pun sudah terlihat sangat cantik dan mewah, apatah lagi di bahagian dalam.
"jom sayang..."
Megat Adrean sudah pun membuka pintu untuknya. Dia melangkah keluar dan Megat Adrean laju mengenggam jari jemarinya.
"assalamualaikum..."
" waalaikumusalam.. Hai pengantin baru, jemput masuk Adra" sapa Megat Edrus mesra sambil mendukung Issabella.
Adra memberi senyuman manis kepada bos nya yang kini sudah menjadi abang iparnya.
"Mana semua orang bang?" soal Megat Adrean.
" mummy dan daddy ada dekat gazebo. Kak Tasha tengah solat..." balas Megat Edrus lagi.
" jom jumpa mummy daddy" ajak Megat Adrean.
Sampai di ruang gazebo itu dilihat Tan Sri Megat Adnan sedang membaca surat khabar manakala Puan Sri Armel pula sedang melihat telefonnya.
" mummy, daddy"
Adra bersalaman dengan bapa mentuanya. Saat bersalaman dengan ibu mentuanya, tak sempat dia mencium tangan, Puan Sri Armel laju menarik tangan. Adra terkedu lalu tersenyum nipis menutup rasa terkilannya. Adra memgambil tempat di sebelah suaminya.
Megat Adrean yang perasan akan keadaan itu mengenggam tangan isterinya untuk memberi semangat.
"Awal Ean balik, tak selesa ke duduk rumah orang" sindir Puan Sri Armel.
Megat Adrean menoleh ke arah mummynya.
" mana ada tak selesa, lagipun bukan rumah orang lain tapi rumah mentua Ean juga. Kami balik singgah sekejap, Ean bawa Adra kenal rumah kita. Kan Adra tak pernah datang ke sini. Lepas ni kami nak jumpa wedding planner untuk majlis resepsi esok malam" ujar Megat Adrean.
" betul tu Ean, Adra dah jadi anak mummy daddy juga sekarang. Adra, lepas ni ajak Ean balik sini selalu. Dia tu semenjak duduk di kondo dia, jarang sangat nak balik sini. Daddy dah tak larat nak dengar mummy kamu membebel" ujar Tan Sri Megat Adnan.
Adra hanya tersenyum manis.
" jangan lepas ni tak jumpa langsung jalan balik rumah ibu bapa pula. Mana tahu kena kongkong dengan isteri" sindir Puan Sri Armel lagi.
Senyuman Adra mengendur perlahan. Namun dia mengukir kembali senyuman itu.
" Inshaallah, weekend Adra ajak abang datang sini selalu" ujar Adra.
"jangan janji kosong je, mula-mula kahwin memang la boleh cakap semuanya kan. Sebab tu mummy berkenan kalau Ean kahwin dengan Sofea. Mummy dah kenal lama sofea. Kalau suruh dia tinggal dengan mummy pun mesti dia tak bantah!" ujar Puan Sri Armel.
"mummy!"
Adra menguatkan genggaman tangan suaminya. Dia mengisyarat agar Megat Adrean tidak bergaduh dengan ibunya.
" Awak ni Mel, Ean dah kahwin. Dah jodoh Ean dengan Adra. Awak tu berkenan sangat si Sofea sebab Depan awak tu pijak semut pon tak mati, tapi belakang awak ada awak tahu dia buat apa? Kalau saya jadi Ean pun saya taknak isteri macam Sofea tu" marah Tan Sri Megat Adnan.
"Abang jangan nak burukkan Sofea tu, dia tu anak saudara saya tau. Saya tahu la" bangkang Puan Sri Armel pula.
Tan Sri Megat Adnan melipat surat khabarnya lalu bangun meninggalkan tempat itu. Malas bertekak dengan isterinya itu.
" kami pergi dulu mummy. Ingat balik dapat la bersuka ria dengan keluarga. Kalau tau Ean tak singgah tadi. Jom sayang" ujar Megat Adrean lalu menarik Adra meninggalkan tempat itu.
Puan Sri Armel mendengus kasar.
"i'm sorry, mummy dah buat Hani terasa"
" its okay la abang, dont worry.." ujar Adra tersenyum.
"kita doa semoga suatu hari nanti mummy lembut hati ya? Mummy sebenarnya baik cuma entah kenapa dia diracun dengan sikap hipokrit Sofea tu"
"abang, Hani nak tanya sikit boleh?" Adra membetulkan duduknya di sebelah Megat Adrean.
" Apa dia sayang?" ujar Megat Adrean sambil mengucup pipi isterinya itu.
Wajah Adra bertukar warna, malu diperlakukan begitu. Nasib wedding planner mereka tidak berada di situ. Mereka sedang menunggu untuk fitting baju sanding mereka.
"kenapa abang tak terima sofea?" soal Adra.
"Abang tak cintakan dia. Abang anggap dia tak lebih dari adik sendiri. Lagipun Sofea yang orang nampak tak seperti apa yang abang nampak. Well you know, she used to stay at US for 10 years. Sikap pak engku yang melepaskan Sofea pergi ke US membuatkan dia berubah. Dulu dia bukan begitu tapi entahlah. Abang tak nak buka aib dia. Cukup la sayang tahu yang hati abang hanya untuk Adra Hani sahaja" ujar Megat Adrean.
Adra terharu, tak sangka lelaki yang begitu hebat boleh terpikat dengan dirinya yang biasa ini. Dia akan cuba membuka hatinya untuk suaminya itu. Sesungguhnya hatinya memang sepatutnya menjadi milik sang suami.
Majlis resepsi berjalan dengan lancar dan sepanjang majlis, Megat Adrean amat menjaga dirinya. Terharu dia saat Megat Adrean mengutamakan dirinya, contohnya ketika dihujung majlis tadi dia mencuri-curi gosok kakinya yang lenguh namun mata suaminya itu memang tajam dapat menangkap aksinya itu lalu dengan laju dia mengarahkan Mike, bodyguardnya untuk mencari flat shoe untuknya. Pada mulanya Adra tidak mahu kerana nanti nampak tak sesuai flat shoes di pakai dengan baju pengantin namun laju Megat Adrean mengatakan bahawa keselesaannya adalah yang paling utama.
Tingkah Megat Adrean itu berjaya menarik hatinya. Ternyata Megat Adrean didepannya sekarang amat berbeza dengan Ean yang pendiam ketika di Cappadocia dulu.
Adra merenung wajah suaminya yang sedangg leka berbual dengan temannya itu. Tanpa sedar, senyuman tervias dibibirnya. Adakah dia sudah jatuh cinta terhadap suaminya?
Share this novel