BAB 3- PELUANG

Romance Completed 34064

Adra melihat dirinya di cermin. Hari ini dia mengenakan skinny jeans dark blue dipadankan dengan tshirt labuh berwarna putih dipadankan dengan jaket denim. Selendang berwarna nude dililit dikepalanya. Sneaker disarungkan ke kaki. Dia mencapai beg galas, setelah berpuas hati dia melangkah keluar dari bilik hotelnya. Semalam dia dan dua jejaka itu berjanji untuk pergi menaiki belon udara panas dan dia sudah menghantar lokasi hotelnya kepada Ean.

Saat berdiri di pintu masuk hotel, tiba- tiba ada kereta audi hitam berhenti betul- betul di sebelahnya. Saat pintu pemandu dibuka dia melihat figura Ray, dia tersenyum.

" dah lama tunggu?" soal Ray dan saat itu cermin di sebelah penumpang hadapan diturunkan. Terjengul wajah Ean yang tersenyum nipis.

" baru je.."

" jom la" Ray membuka pintu penumpang belakang lalu memberi laluan untuk Adra Hani masuk.
Gentleman betul lelaki itu.

Sepanjang perjalanan, Ray sentiasa menanyakan soalan dan kadang- kadang dia buat lawak.

" so Adra ni akauntan la?"

"haah, tapi saya dah resign. Minggu depan saya dah dapat panggilan temuduga di tempat baru. Harap ada la rezeki saya." ujar Adra ramah.

" Adra asal mana?" soal Ray.

"Asal KL je, ayah pun orang KL. umi je asal Pahang. Ray memang tahu jalan area sini ke? Jarang orang sewa kereta kalau melancong"

"errr... Ni kereta kawan saya. Sebenarnya kami datang untuk attend wedding kawan masa study US dulu. One of my best buddy. Sambil-sambil tu bercuti sekali so my friend bagi pinjam kereta ni" ujar Ray tersenyum. Ean hanya diamkan diri je dari tadi.

"Ooo... Ean senyap je, tak selesa ke saya join korang?" soal Adra Hani musykil.

Raja Azray tersengih menjeling kawannya disebelah.

" erm..I okay je, cuma takde benda nak cakap, tu I diam je.." balas Megat Adrean.

Dia menoleh ke luar tingkap. Adra Hani hanya tersenyum nipis. Agak terasa segan melihat layanan Ean terhadapnya. Berbeza dengan Ray yang lebih ramah.

Setelah hampir 20 minit perjalanan mereka sampai di lokasi untuk menaiki belon udara panas. Ramai pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman ini.

Adra Hani tersenyum lebar melihat pemandangan yang sangat indah itu. Dia mengeluarkan telefon lalu mengambil beberapa keping gambar. Dia seakan terleka dengan dunianya.

"ehem..."

Adra Hani menoleh ke kanannya. Megat Adrean berdiri sambil matanya memandang ke depan.
Adra melihat penampilan lelaki itu, segak dengan memakai jeans skinny hitam, sneakers putih serta hoodie berwarna kelabu. Cermin mata hitam yang terletak di hidungnya melengkapkan lagi aura dirinya. Lelaki yang hanya dikenali Ean itu memang dikategorikan lelaki kacak, berbadan sasa, berwajah mix, kulitnya tak terlalu cerah dan jambang nipis yang menghiasi wajahnya membuatkan lelaki itu sangat seksi. Ray juga tak kurang hebatnya cuma aura Ean lebih terserlah, kalau tak manakan beberapa pelancong asing wanita disini akan memandangnya lebih dari sekali. Indah sungguh ciptaan tuhan.

" kenapa you senyum?" soal Megat Adrean.

" takde pape, cantik kan. Bila tengok pemandangan macam ni, hilang semua masalah" balas Adra.

" you ada masalah ke?" soal Megat Adrean lagi. Matanya di hala tepat ke wajah Adra.

"manusia mana yang takde masalah kan... Eh! Mana Ray?" soal Adra sambil memerhati sekeliling. Tiada kelibat Ray disekitar.

" Dia pergi jumpa orang yang incharge tempat ni. Kejap lagi datang la tu.. Haaa panjang umur dia" ujar Megat Adrean. Matanya menghala ke sebelah kiri iaitu membelakangi Adra dan saat itu Adra menoleh ke arah yang sama.

Ray datang menghampiri mereka berdua.

" Dah settle, jom!" ajak Raja Azray.

Mereka bertiga berjalan mengekori staf di situ. Saat tiba di salah satu belon udara tersebut, pekerja terbabit mempersilakan mereka bertiga masuk ke dalam seakan bakul itu.

" Eh! Kita bertiga je ke?" soal Adra pelik.

" Aah... Kalau ramai-ramai tak best. Nanti sesak dalam ni" jawab Ray sambil tangannya merakam gambar melalui kamera yang dibawanya.

" mesti mahal ni. Saya ada cukup-cukup 200 euro je ni. Ingat kita naik ramai-ramai. Macam mana kalau kita tak cukup duit" ujar Adra risau.

Seingat Adra, kos untuk menaiki belon udara panas ini ada dua kategori. adalah sekitar EUR 110 hingga EURO 170, bergantung kepada saiz bakul. Lagi kecil saiz bakul lagi mahal harganya kerana jumlah penumpang yang naik adalah lebih sedikit dan tidak perlu bersesak-sesak. Dia sanggup keluarkan bajet sampai 200 euro untuk merasai pengalaman ini. Kalau kena bayar lebih lebih baik dia tengok je.

Ray tersenyum manakala Ean yang berdiri di sebelah Adra mula bersuara.

" you jangan risau, semua dah settle. Just enjoy the view"

"Hah??" balas Adra blur.

" Cik Adra Hani, jangan risau.. Kawan saya sponsor belon ni untuk kita bertiga naik. Sepatutnya dia join kita sekali tapi last minutes dia ada hal. Dia yang booking untuk kita. Jangan risau okay" ujar Ray sambil menahan tawa saat melihat wajah terkejut Adra. Comel la budak ni.

Adra masih terkejut. Baik betul kawan Ray siap sponsor lagi..anak sultan ke kawan dia tu, ke anak tauke belon ni? Desis hatinya.

"dah- dah buat muka blur you Hani. Now enjoy beautiful view here" ujar Megat Adrean sambil melihat di sekeliling. Sebenarnya dari tadi dia memerhati gelagat Adra yang seakan sedang berfikir sampai berkerut muka. Dia menahan senyum dalam diam.

"jom saya ambil gambar korang berdua" ujar Ray lalu menghalakan kamera yang tergantung di lehernya kepada Adra dan Ean.

" jom Ean!" ajak Adra teruja. Dengan perlahan Megat Adrean merapati Adra yang sudah teruja memandang kamera. Mereka berdua mempamerkan senyuman manis.

Ray mengambil gambar mereka berdua sambil tersengih. Tak lupa juga tadi dia juga sempat mengambil candid Ean dan Adra.

' Ean, ini lah peluang kau nak mengurat' jerit hati Ray mengharap sahabatnya itu dapat mendengar namun hampa saat melihat Ean hanya diam tak bereaksi.

Setelah menghabiskan beberapa jam di situ mereka mula meninggalkan tempat itu. Kali ini destinasi mereka ialah Bersiar-siar di di sekitar pekan Goreme. Di situ mereka dapat menikmati keindahan suasana pekan warga tempatan.

Mereka bertiga sampai di pekan Goreme. Dan tiba-tiba...

"Ean, kau jalan dulu dengan Adra nanti aku follow. Aku tak tahan nak cari toilet la." ujar Raja Azray.

" okay, nanti anything call aku" balas Ean.

Pekan Goreme merupakan pekan bagi rakyat tempatan dan juga tumpuan bagi pelancong. Jika nak beli cenderahati, boleh dapatkan di sekitar Goreme. Malahan jika nak beli karpet di daerah Cappadocia, Goreme adalah tempat yang paling digalakkan kerana faktor harganya yang lebih murah.

Adra menilik beberapa keychain yang menarik hatinya. Dia mengambil beberapa. Teringat kepada ibu bapa, adiknya Ayra, sepupu kesayangannya Aisya dan tak lupa pembantu rumah keluarga mereka Mak Nah.

Adra mengambil keychain yang dipilih lalu dia membuat bayaran. Megat Adrean hanya menunggunya di luar kedai. Selesai membuat bayaran, Adra keluar lalu mendekati lelaki itu.

" Nah!" Adra menghulurkan satu keychain kepada Megat Adrean.

Megat Adrean melihat keychain tergantung di tangan Adra. Dia menjungkitkan keningnya.

" untuk I?" soal Megat Adrean.

Adra Hani mengangguk sambil tersenyum.

" cenderamata dari saya. Sebagai tanda perkenalan kita. Ni untuk Ray, sama macam awak punya. cantik kan" ujar Adra gembira.

"hot air ballon?" Megat Adrean menilik keychain tersebut ukiran belon udara panas bertulis Cappadocia.

" yup... Sebagai kenangan kita bertiga naik hot air balloon hari ni..."

" jom kita jalan depan pulak" ajak Adra berjalan terlebih dahulu meninggalkan Megat Adrean di belakang.

Megat Adrean tersenyum nipis lalu mengikut langkah gadis di depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience