BAB 17 - IKATAN

Romance Completed 34064

Hari minggu itu Adra pulang ke rumah ibu bapanya dan dia sudah menjelaskan semuanya kepada umi dan ayahnya tentang perkara sebenar. Mujurlah ibu bapanya memahami dan menasihati agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Namun, Tengah hari itu mereka sekeluarga dikejutkan dengan kedatangan sebuah kereta mewah ke rumahnya.
Encik Amin yang kebetulan berada di luar rumah terkejut saat melihat wajah-wajah yang keluar dari kereta itu.

"assalamualaikum pakcik" tegur Megat Adrean memberi salam.

"waalaikumusalam eh, Ean rupanya." mereka bersalaman.

" ini mummy dan daddy saya." Megat Adrean memperkenalkan keluarganya kepada Encik Amin.

" eh, masuklah dulu. Panas berdiri dekat luar ni. Tapi sebelum tu, pakcik nak beritahu yang dekat dalam dulu."

Tak sampai seminit encik Amin keluar semula lalu menjemput tetamunya itu masuk ke dalam rumahnya.

Masing-masing mengambil tempat diruang tamu itu. Puan Amina duduk di sebelah suaminya pelik melihat kedatangan tetamunya itu. Mak Nah datang menbawa minuman lalu menuang ke cawan yang disediakan.

"maaf bertanya, boleh saya tahu encik amin ni doktor ke?"
soal Tan Sri Megat Adnan sambil memandang encik Amin. Wajah tuan rumah itu seakan familiar buatnya.

"iya saya Tuan," jawab encik Amin tersenyum.

" Dr prof Amin?? Ya Allah kecilnya dunia. Dr tak kenal saya ke? Megat Adnan." ujar Tan Sri Megat Adnan kepada bapa Adra.

Encik Amin mengerut dahinya seakan mengingati raut wajah itu. Dan wajahnya berubah ceria.

" Tan Sri Megat Adnan rupanya. Ean ni anak Tan Sri la?? "

" Tak payah ber tan sri la Dr. Ya, Ean ni anak saya. Ya Allah, gembira saya dapat jumpa Dr balik. Sayang, ini la doktor abang cakapkan tu, Dr prof Amin, doktor pakar bedah yang mengetuai pembedahan jantung abang dulu. Dr. Amin one of the best surgeon in Malaysia" puji Tan Sri Megat Adnan lagi.

Puan Sri Armel terpaku. Lelaki yang merupakan ayah Adra merupakan bukan calang-calamg orang rupanya. Patut la saat dia memasuki perkarangan banglo tadi dia terkejut. Walaupun tak semewah banglo mereka tapi tetap agak besar.

" segan saya tuan Megat cakap begitu. Saya insan biasa sahaja. Semua itu adalah pinjaman Allah sahaja. Semua itu atas keizinan Allah" balas encik Amin.

Adra mengintai dari balik dinding. Dia dapat melihat Megat Adrean yang sedang berbual bersama ahli keluarga. 'kenapa dia datang dengan family dia pulak ni' soal di dalam hati, Adra ingin tahu.

"macam ni Dr, kami sekerluarga datang ni adalah dengan hajat. Kami datang ingin merisik Adra untuk Ean"

Encik Amin memandang isterinya dan Adra di sebalik dinding sudah ternganga.

"kalau Adra masih belum berpunya, kami ingin menjodohkan Adra dengan Ean" sambungg Tan Sri Megat Adnan lagi. Puan Sri Armel hanya diam sahaja namun jelas riak kurang senangnya itu.

"setahu kami, sejak Adra putus tunang memang dia tak ada kenalkan sesiapa kepada kami kecuali Ean. Tapi kami harus tanyakan kepada tuan badan dulu. Takut-takut dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Kami sebagai ibu bapa kena hormati pilihan dia. Kalau Adra terima pinangan Ean, kami pun turut gembira Kalau dah jodoh mereka berdua" ujar Encik Amin lagi.

Tan Sri Megat Adnan mengangguk setuju.

" minum la dulu Tan Sri, Puan Sri, Ean" jemput Puan Amina.

Mereka bersembang kosong dan saat ingin pulang Puan Sri Armel meletakkan kotak kecil baldu berwarna biru. Itu merupakan cincin tanda yang diberikan kepada Adra jika dia bersetuju.

Adra duduk di depan ibu bapanya. Dia melihat cincin yang diberikan oleh pihak Ean itu.

" Adra macam mana? Terima atau tak?" soal Encik Amin.

"entah la ayah, Adra tak tahu..." balasnya.

"dah buat istikharah?"

"dah.. Adra dapat rasa dia la lelaki itu..."
' memang Ean lelaki itu tapi dalam mimpi itu Adra menangis ayah.. Adra menangis saat bersamanya seakan ada sesuatu tidak baik akan berlaku dalam hubungan mereka' tapi itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.

"ayah dan umi takkan paksa Adra, semua bergantung kepada hati kamu. Kalau kamu rasa Ean adalah jodoh kamu. Tak salah kamu menerimanya. Ayah tengok keperibadian Ean pun berbeza dengan Rais walaupun kami baru kenal dia. Jangan sangka kami membandingkan mereka berdua cuma itu dari pandangan ayah seorang lelaki. "

" Umi sentiasa sokong Adra. Cuma Umi dapat lihat yang Ean betul-betul ikhlas dengan kamu" ujar puan Amina pula.

Adra mengambil cincin itu lalu memandang kedua ibu bapanya.

"sorry i'm late" ujar lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan.

Adra memandangnya. Kenapa lelaki yang kacak itu memilih dirinya. Ramai lagi wanita yang lebih cantik di luar sana.

"Hani??"

"sorry... Order air la dulu..."

Megat Adrean memesan jus oren. Selepas pelayan pergi dia terus merenung gadis di depannya itu.

"saya nak tanya awak something boleh?" soa Adra.

"sure. What is it?"

"awak ikhlas nak kahwin dengan saya? Awak tak menyesal ke nanti?"

"why should i regret? I choose you Hani, i know this is so sudden but with our situation now. This is the best way."

"okay then. Saya setuju kita kahwin tapi beri saya masa untuk terima awak dalam hidup saya. Janji dengan saya yang anything happen, you will always stand beside me"

"with unconditionally Honey. Trust me" ujar Megat Adrean dengan senyuman manisnya.

Majlis pertunangan diadakan secara tertutup. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput. Itu semua atas permintaan Adra dan Megat Adrean.

Adra tahu dia menantu pilihan Puan Sri Armel dan wanita itu seakan terpaksa menerima dirinya. Buktinya ketika upacara menyarung cincin tadi, wanita itu melakukan ala kadar sahaja cuma wajahnya dihiasi dengan senyuman palsu. Mujurlah uminya tak perasan.

Adra mengeluh melihat cincin di jari manisnya. Semoga perhubungan ini diberkati dan dilindungi Allah.
Telefon bimbitnya berbunyi dan dia terus menekan butang hijau saat melihat nama pemanggil tersebut.

"assalamualaikum" Adra terlebih dahulu memberi salam.

"waalaikumusalam my fiance.. You look so beautiful today. Abang Ed sent me your photo" ceria Megat Adrean di sebelah sana.

"thank you...so, how your seminar?" soal Adra. Dia tahu Megat Adrean ke singapura kerana menghadiri seminar untuk 3 hari di sana.

"went well... Macam mana majlis tadi? I wish i could be there that time" ujar Megat Adrean kecewa.

"alhamdulillah, daddy awak nak majlis nikah within 2 months..."

"really... I thought next months we getting married.. Ayah awak setuju ke? "

"ayah dan umi ikut je cuma ayah cakap buat majlis ringkas sahaja. Untuk resepsi terpulang kepada pihak awak." balas Adra.

" Honey..." panggil Megat Adrean meleret.

Semenjak dua menjak ini kerap kali lelaki itu memanggilnya dengan panggilan itu.

"hemmm..."

" I miss you..."

Terkedu Adra mendengar kata-kata lelaki itu. Wajahnya berbahang, sejujurnya dia terharu mendengar ucapan rindu itu dari Megat Adrean.

" errr.... Okay"

"okay je? Dont you miss me sayang?"

" aw.. awak mesti dah penat kan. Pergi la berehat dulu. Saya letak dulu ya, nak solat. Bye"

Adra terus memutuskan panggilan. Dia meletak tangannya ke dada. Dapat dirasai degupan jantung yang laju itu.

Megat Adrean tersenyum. Gambar Adra di majlis pertunangan siang tadi di lihat tadi. I love you Adra Hani.

Adra memasuki restoran itu. Dia duduk dan selesai order dia mengeluarkan telefonnya. Hari ini dia berjanji dengan Aisya untuk makan tengah hari bersama. Sementara menunggu Aisya sampai dia membaca mesej yang dikirimkan oleh Megat Adrean kepadanya. tersenyum dia melihat gambar yang dihantar oleh lelaki itu. Semuanya gambar selfie. Kacak sungguh ciptaan Allah ni. Selama 3 hari tak bersua, ada rasa rindu yang muncul di hatinya.

Sedang ralit dia melihat telefon, kerusi di depannya ditarik. Saat dia mengangkat wajahnya, dia terkedu melihat figura yang duduk itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience