"Sofea!!"
Semua yang berada di dalam gudang itu menoleh ke arah yang sama.
"Abang..." panggil Adra perlahan.
Megat Adrean melangkah perlahan-lahan. Dia melirik ke arah Adra yang berada di belakang Rais. Bibir Adra berdarah, dia cuba kawal amarahnya. Jika diikutkan hatinya mahu saja dia membelasah konco-konco Sofea namun keadaan sekarang Dia harus bijak bertindak apatah lagi dia mendengar sendiri kata-kata Sofea tadi. Dua Nyawa menjadi taruhan sekarang walaupun dia hanya pentingkan nyawa isterinya itu.
"put the guns down Sofea. I'm here now" Megat Adrean cuba memujuk Sofea.
"Now you can see Ean, your wife's ex fiance still love your wife. Dia curang dengan you. Sekarang you nampak tak yang Rais sanggup bersubahat dengan i untuk culik Adra!!" jerit Sofea dengan pistol ditangan masih menghala ke arah Adra dan Rais.
Megat Adrean menjeling tajam ke arah Rais. Renungan yang sedang menahan amarah itu seakan boleh membunuh Rais ketika itu juga. Namun Ean harus menundukkan Sofea dahulu. Sofea lagi merbahaya sekarang.
"Sofea. I trust you. Now you letak pistol tu dan ikut i okay? Kita balik." pujuk Ean lagi.
Sofea menjatuhkan tangannya. Ean yang melihat dapat menarik nafas lega. Ikut perancangannya dengan pihak polis, setelah Sofea melepaskan pistol itu pihak polis akan menyerbu masuk.
" Ean, you cintakan I tak?? " soal Sofea tiba-tiba.
" of course I love you Sofea." ujar Ean.
Matanya memandang sayu ke arah isterinya yang sedang menangis itu. Ingin saja dia memeluk isterinya. Maafkan abang sayang. Abang harap sayang faham keadaan sekarang ni.
" you lie!!! You tak cintakan i!!" amuk Sofea.
" i tahu you tak cintakan I sebab ada halangan dan penghalang itu adalah perempuan ni kan!! I akan hapuskan dia sebab dia punca semua ini!!"
Sofea menghala pistol ke arah Adra. Rais mula berdiri menghalang dari Sofea menembak Adra.
Dalam kekalutan itu, tiba-tiba polis menyerbu masuk. Keadaan menjadi makin kecoh. Di lihat Ray membantu Rais dan Adra bangun untuk pergi ke arah Ean.
Seorang polis memegang Sofea. Pergelutan berlaku.
Bang.. Bang!
Semua memandang ke arah tembakan yang dilepaskan.
Langkah Adra terhenti. Dia melihat mata Megat Adrean meluas. Tiba-tiba dia merasakan rusuk di sebelah kirinya sakit, ketika itu dia juga melihat Megat Adrean berlari ke arahnya yang sudah ingin menyembah bumi itu.
Megat Adrean sempat menyambut Adra. Dia terduduk dan Adra berada di pangkuannya. Adra terkena tembakan yang dilepaskan oleh Sofea. Dia dapat lihat darah membuak-buak keluar dari belakang isterinya.
" Sayang... Pandang abang please. Jangan pejam mata sayang. Pandang abang, abang ada dekat sini" ujar Ean melihat Adra mengerang kesakitan.
"Ab..abang... Sakit" rintih Adra perlahan.
Paramedik yang telah dihubungi awal-awal lagi laju mendapatkan Adra. Bantuan pernafasan di berikan dan Adra terus di angkat ke stretcher dan dibawa masuk ke dalam ambulans. Ean setia berada di samping isterinya. Genggaman tangannya tidak dilepaskan.
"sayang... Stay strong. Abang ada untuk sayang. Sayang kena kuat" ujar Ean lagi. Dia mengucup dahi Adra berkali-kali dan air mata lelakinya laju menitis melihat keadaan insan yang dia cintai itu.
"Ab.. Abang...ma..maaf.. Kan.. Ha.. Ni.." ujar Adra dalam kepayahan.
Ean menggeleng kepalanya.
"no sayang, sayang tak pernah buat salah dengan abang... You must be strong. Sayang dah janji nak teman abang sampai bila-bila...please bertahan, kita dah nak sampai ke hospital" ujar Ean teresak esak.
Bit.. Bit.. Bit..
"patient's blood pressure drop. please drive faster" jerit Paramedik wanita yang bersama berada di dalam ambulans itu kepada driver tersebut.
Adra sudah tidak sedarkan diri. Ean terkaku melihat paramedik yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan isterinya. Jantung Ean berdegup kencang melihat semua itu. Dia tidak mampu untuk menerima segala kemungkinan buruk yang bakal berlaku.
Setiba di hospital, Adra laju di sambut oleh para petugas hospital. Bilik pembedahan dituju dan doktor yang sudah standby laju melakukan tugas menyelamat.
Megat Adrean terduduk di depan bilik pembedahan itu. Dia tidak dapat menahan rasa sedihnya. Terdengar esakan kecil di bibirnya. Dia tidak mampu kehilangan Adra. Dia amat menyintai isterinya itu. Baju yang berlumuran darah dan bau hanyir tidak dipedulikan lagi. Dia tidak mampu untuk meninggalkan isterinya. Dia harus setia menunggu Adra diselamatkan.
Setelah beberapa minit, ahli keluarganya tiba di hospital. Tan Sri Megat Adnan laju mendapatkan anak bongsunya itu. Puan Sri Armel dan ibu bapa Adra mengikut di belakang.
"Ean..." panggil Tan Sri Megat Adnan.
Ean laju memeluk daddynya itu. Tangisannya makin kuat kedengaran.
" Be strong son... Kita doakan Adra kuat didalam" ujar Tan Sri Megat Adnan.
" Tembakan itu terkena jantungnya daddy. Ean tak sanggup kehilangan Hani. Ean takut isteri Ean tak kuat" rintih Ean lagi.
" No, Adra yang kita kenal seorang yang kuat. Dia akan selamat. Kita berdoa kepada Allah. Kuasa ada di tangan Allah." ujar Tan Sri Megat Adnan lagi.
Encik Amin yang sama-sama menenangkan Ean juga mengangguk tanda setuju kata-kata besannya.
" Ayah akan cuba tanya pihak doktor. Kalau mereka benarkan, ayah akan masuk ke bilik pembedahan. Ayah akan cuba selamatkan Adra." ujar Encik Amin lalu berlari ke arah kaunter jururawat berdekatan.
Megat Adrean yang mendengar kata-kata itu seakan nampak sinar harapan. Bapa mentuanya merupakan seorang pakar bedah dan mungkin Allah memberi jalan untuk selamatkan Adra.
Setelah beberapa minit berbincang dengan pihak doktor, encik Amin dibenarkan untuk menyertai pembedahan itu. Hampir sejam dia masuk, akhirnya dia keluar bersama doktor yang bertugas.
Megat Adrean dapat lihat Lemah langkah bapa mentuanya itu.
Semua mendekati mereka berdua.
" mari kita ikut ke bilik doktor Daud dulu, Ean. Ada sesuatu yang kita harus tahu" ujar encik Amin lemah.
Megat Adrean duduk di depan doktor yang hampir sebaya bapa mentuanya itu. Manakala encik Amin mengambil tempat di sebelahnya.
"macam ni encik Megat, pembedahan berjaya menyelamatkan nyawa isteri encik" ujar Doktor daud.. Megat Adrean melepaskan rasa syukur apabila mendengar kata-kata itu.
"Tapi... Puan Adra sekarang dalam keadaan koma. Kesan tembakan itu terkena saluran darah yang penting dan kesan itu, Puan Adra tidak sedarkan diri."
Bagai tamparan hinggap di pipinya. Wajah Ean pucat mendengar.
"bila isteri saya akan sedar doktor?" soal Ean pula.
"kami tak dapat menjangkakan tentang itu encik. Namun kami akan cuba sedaya upaya. Puan Adra kami akan letakkan di ICU kerana keadaan puan Adra yang mengandung itu harus dipantau rapi sepanjang dia koma. Bayi dalam kandungan juga dalam bahaya jika ibu mengalami koma." ujar Doktor itu lagi. Encik Amin hanya mengangguk mengiakan hujah doktor itu.
Sekali lagi Ean terpempan.
" Isteri saya mengandung?? "
" yer encik, sudah 3 bulan.. Mujurlah kandungan Puan Adra sudah cukup kuat, kalau tak kemungkinan kandungan akan keguguran jika berlaku keadaan seperti ini. Kami akan cuba selamatkan kedua-duanya. Kita usaha dan selepas itu berserah kepada Allah. Encik banyakkan berdoa agar puan Adra cepat sedar. " ujar Doktor Daud.
" terima kasih doktor. " ujar Megat Adrean lalu meninggalkan bilik itu.
Seperti dijanjikan.. Pagi-pagi i dah update... Hope you guys enjoy it
Share this novel