Sedar tak sedar, sudah dua minggu dia bekerja di syarikat ini. Adra akui bekerja di syarikat besar memang memenatkan. Ketika baru bekerja dia pening melihat penyata akaun sehingga di serang migrain namun dia tidak mengalah. Baginya ini adalah cabaran untuk dia menimba pengalaman. Saat dia sibuk melihat penyata claim staff, pintu biliknya di ketuk. Dia menoleh ke arah pintu yang dibuka dari luar itu.
" jom Adra, semua dah tunggu" ajak Kak Yatt.
Hari ni mereka ingin meraikan hari jadi encik Zen, HOD department mereka. Adra bangun lalu melangkah ke bilik meeting, encik Zen akan tiba bila- bila masa sahaja.
Adra mengambil tempat di sudut bilik mesyuarat itu. Masing- masing sudah bersedia saat melihat pintu dibuka dari luar masing- masing menjerit selamat hari jadi buat ketua mereka. Adra yang berada agak di belakang tak dapat melihat dengan jelas susuk tubuh bosnya itu namun dia dapat menangkap ada seseorang di sebelah encik Zen.
Selesai meniup lilin, Adra melangkah ke depan saat masing-masing bergerak ke arah makanan. Saat itu dia melihat susuk tubuh yang sedang berbual dengan encik Zen. membelakanginya.
" tulah COO kita, tak sangka dia join juga. Tapi tuan muda Megat memang sporting." bisik Kak Yatt.
Adra teruja ingin mengenali COO itu. Sejak dia bekerja di sini, dia tidak berpeluang untuk mengenali salah seorang bos besar itu, hanya gosip-gosip saja dia dengar dari pekerja di sini.
Adra melangkah menghampiri makanan yang tersedia. Saat dia ingin mencapai pinggan, ada tangan lain turut mencapai pinggan yang sama. Adra mengangkat wajahnya dan saat itu dia terpaku melihat wajah di sebelahnya.
" Ean!"
"Hani?!"
Ujar mereka serentak. Beberapa pasang mata sudah melihat ke arah mereka. Adra melepaskan pinggan tersebut namun Megat Adrean menghulurkan pinggan itu kepadanya.
" take it, ladies first." ujar Megat Adrean tersenyum nipis.
" thanks"
Adra menyambut lalu dia mengambil beberapa makanan di meja. Selesai, dia menjauhkan diri ke hujung bilik. Malu apabila masih ada mata melihatnya. Pasti ada yang mendengar dia selamba memanggil COO mereka dengan nama Ean. Tidak menyangka kawan yang dikenali di Cappadocia merupakan pewaris jutawan. Patutlah apabila dia melihat Megat Edrus, dia seakan teringatkan seseorang rupanya abang kepada Ean a.k.a Megat Adrean.
Megat Adrean hanya memerhati gerak Adra. Dia masih terkejut. Selama hampir sebulan dia cuba menghubungi Adra tapi tak berjaya. Dia dan Ray putus asa saat menghubungi hanya peti suara menyatakan nombor tiada dalam perkidmatan dan dia tidak sangka yang Adra di depan matanya sekarang. Kecilnya dunia.
" tu Adra, our new accountant" ujar Zen saat melihat pandangan Megat Adrean menghala ke Adra.
" ooo... Dah lama ke dia kerja" soal Megat Adrean sambil menyuap makanan ke mulutnya. Pandangannya di hala ke arah Zen.
" dah dua minggu.. She's good, fast learner" puji Zen.
Megat Adrean hanya mengangguk.
Dia keluar dari lif saat sampai di tingkat 29. Petang itu dia mendapat panggilan dari PA Megat Adrean menyatakan lelaki itu ingin bertemu dengannya.
Adra menghampiri seorang wanita yang berada dimeja setelah memasuki ruangan yang mempunyai tanda West Wings iaitu terletaknya bilik COO milik Megat Adrean.
" Cik Adra ya?" soal Rita.
Adra mengangguk sambil tersenyum nipis.
" jom, Tuan muda megat sudah menunggu di dalam" ujar Rita lalu bangun dan mengetuk bilik yang berdekatan dengan tempatnya.
Setelah mendengar arahan masuk. Rita membuka pintu.
" Tuan Megat, cik Adra is here"
Megat Adrean mengangguk dan saat itu dia melihat Adra Hani melangkah masuk ke biliknya. Rita menutup rapat pintu dan kini hanya sepi. Megat Adrean membetulkan duduknya.
" Have a seat Hani" ujar Megat Adrean.
Adra duduk di kerusi di depan lelaki itu. Dia merasa segan dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu sekarang merupakan bos besarnya.
" kenapa you macam takut je?"
"ma.. Mana ada Tuan Megat" jawab Adra tergagak.
Megat Adrean tergelak.
" well, i'm still the same Ean as you meet at Cappadocia last month Hani."
" but you are my boss now Tuan Megat. So I must respect you as my COO" balas Adra pula.
" well since now still in working hours so I accept it. So, you apa khabar? Kenapa I dan Ray contact you tak dapat? You dah tukar nombor ke?" soal Megat Adrean.
Matanya tak mahu lepas dari memandang gadis di depannya. Seakan ada magnet yang menarik untuk terus memandang.
" tukar nombor? So far saya tak tukar nombor. " balas Adra.
Megat Adrean mencapai telefonnya di atas meja, dia menekan skrin seketika lalu menghulurkan kepada Adra.
" itu nombor you kan?"
Adra menyambut telefon itu lalu melihat. Wajahnya berkerut.
" nombor belakang terbalik la Tuan, bukan 396 tapi 369"
" no wonder la call tak dapat."
Megat Adrean membuka salah satu laci meja kerjanya lalu mencapai sampul surat berwarna kuning keemasan.
"here, kad jemputan kahwin Ray. That was mine but its okay you just take it. Nanti I beritahu Ray yang you dah dapat kad majlis kahwin dia. Dia harap sangat you dapat attend. Dia nak kenalkan you dengan wife dia nanti. Dia dah start busy sekarang dan I rasa dah tak boleh nak curi masa dia untuk kita berjumpa" ujar Megat Adrean.
"thank you. Tak sangka Ray dan Tuan Megat masih ingatkan saya. Maafkan saya tak sempat contact encik berdua sebab saya sibuk kebelakangan ni" ujar Adra tersenyum.
" we are friend Hani, of course we still remember you"
Adra tersenyum terharu mendengar kata-kata Megat Adrean.
"macam mana kerja dekat sini? Okay ke?"
" alhamdulillah, so far okay. Company besar maka besar la cabarannya kan. Tapi saya rasa bertuah dapat bekerja di syarikat terkemuka macam Al Areef group ni." ujar Adra jujur.
Megat Adrean tersenyum.
" without an employees, the company will dont get any profit. So di Al Areef Group kami menjaga para pekerja kami. But honesty is a must if you want to stay here. Kami takkan berkompromi dengan pekerja yang tidak amanah." tegas Megat Adrean.
Adra mengangguk setuju.
" I tak sangka dunia ni kecil je and now we meet untuk kali kedua" ujar Megat Adrean.
Adra tersenyum. Dia lagi tak sangka, kawan barunya itu dah menjadi bosnya.
**Note : Hai, i belanja 3 chapter untuk hari ini because i pon tak sabar nak Adra jumpa balik dengan Ean. So idea datang walaupun biasa-biasa je.... Kalau rajin esok i update lagi... Ada Watak antagonis? Of course! Kalau tak, takde la konflik kan...hahaha, well i just nak share my imagination utk watak... Megat Adrean ni i imagine jules.trass you guys boleh search ig dia...hahaha over kan. Adra Hani ni pula as i mention dia ada mix arab dari opahnya and ada dimple. So i imagine Hania Amir ( boleh google) pakai tudung. idk who is she but she's beautiful.
Share this novel