BAB 19 - FIRST NIGHT

Romance Completed 34064

"aku terima nikahnya Adra Hani binti Amin dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai"

"sah!"
"sah!"

"alhamdulillah..."

Masing-masing mengaminkan doa yang dibacakan oleh encik Amin. Sayu dan sebak saat Adra mendengar bait doa yang dibaca oleh ayahnya. Akhirnya, malam itu dia sudah sah menjadi isteri Megat Adrean al Areef. Dia berdoa agar hubungan rumahtangga mereka sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

"Assalamualaikum honey..." suara Megat Adrean didengari.

Adra memandang tubuh yang kacak dalam persalinan lengkap baju melayu berwarna putih. Dia tersenyum ke arah suaminya itu. Megat Adrean mengambil tempat di sebelahnya lalu adiknya Ayra menghulurkan bekas cincin kepada abang iparnya itu.

Megat Adrean mengambil cincin bertatahkan berlian itu lalu dia mencapai tangan Adra, cincin tersebut di sarungkan ke jari manis isterinya itu dan giliran Adra menyarungkan cincin untuk Megat Adrean.

Adra tunduk mencium tangan Megat Adrean dan saat mengangkat kepalanya kembali, Megat Adrean laju mencium ubun-ubun yang dilitupi tudung itu. Kerlipan kamera memenuhi ruang.

Megat Adrean tak lepas memandang Adra yang sudah menjadi isterinya yang sah. Dia tersenyum lebar. Tangannya tak lepas dari mengenggam tangan Adra.

Sofea yang melihat upacara akad nikah itu dari jauh mengepl erat tangannya cuba untuk menahan sabar. Jika diikut hatinya mahu saja dia membuat kecoh di majlis itu tapi dia masih oerlu menjga imejnya.
' kau boleh bahagia dulu perempuan, tiba masa aku akan rampas Ean dari kau' tanpa menunggu lagi dia terus meninggalkan tempat itu.

Selesai majlis, Adra terus naik ke biliknya untuk membersihkan diri. Megat Adrean pula ditinggalkan di bawah bersama ayah. Dia keluar dari bilik air dan terus mencapai telekung yang tergantung untuk mendirikan solat isyak.

Saat berdoa dia dapat menangkap susuk tubuh Megat Adrean masuk ke biliknya. Dia mengaminkan doa lalu berdiri.

" abang nak mandi ke??" soalan Adra itu membuatkan Megat Adrean terkedu.

" haah.." jawab Megat Adrean sepatah. Matanya tak lepas memandang wajah bersih isterinya itu. Sejuk hatinya melihat wajah polos Adra.

Adra menghulur tuala kepada Megat Adrean. Lelaki itu menyambut lalu berlalu ke bilik air.
Adra menanggalkan telekungnya lalu dia menyikat rambut hitam yang panjang itu.

Hampir 15 minit, Megat Adrean keluar dari bilik air. Mata Adra meluas saat melihat badan lelaki itu yang terdedah. Megat Adrean hanya melilit tuala sahaja. Laju dia mengalihkan pandangannya.

Megat Adrean menghampiri beg yang dibawanya lalu boxer, kain pelikat dan tshirt putih diambil lalu dia menyarungkan kesemuanya.

Adra sudah tidak keruan melihat aksi bersahaja suaminya itu. Memang la sudah halal tapi ini kali pertama dia melihat lelaki berpakaian depannya.

Megat Adrean menghamparkan sejadah di tempat yang sama Adra solat tadi lalu dia mendirikan solat. Sejuk hati Adra apabila lelaki itu menjaga kewajipannya.

Ralit Adra melihat suaminya solat sehingga tak sedar bahawa lelaki itu sudah selesai. Megat Adrean bangun lalu mendekati Adra yang sedang termenung itu.
Dia tersenyum melihat kelakuan isterinya. Pertama kali Megat Adrean melihat Adra tanpa tudung dan sesungguhnya isterinya itu sangat cantik! Rambut yang panjang seakan berombak itu dan matanya laju meliar ke arah leher isterinya yang putih melepak itu.

"sayang..." bisik Megat Adrean rapat di telinga Adra.

Ternaik bahu Adra saat mendemgar bisikan itu. Bulat matanya melihat Megat Adrean duduk betul-betul disebelahnya.

" Ab.. Abang dah siap solat?"

" Abang? I love when you call me that name" ujar Megat Adrean sambil tersenyum menggoda.

Adra menelan air liur saat melihat senyuman itu. Naik berdiri bulu romanya.
Panggilan abang tu memag ikhlas dari hatinya sebagai tanda hormatnya kepada lelaki bergelar suami.

" hurmm... Jom la tidur, saya dah mengantuk" ujar Adra tergagap-gagap.

"hey... Why you look so scared? Sayang, abang nak ucapkan terima kasih kerana sudi terima abang sebagai suami sayang. Abang janji abang akan sentiasa cinta dan sayang Hani. Lindungi Hani. I promise" ujar Megat Adrean sambil mengucup tangan Adra.

"dont worry, abang akan tunggu sampai sayang bersedia. Abang takkan paksa sayang. I love you" ujar Megat Adrean lagi. Dia merebahkan badannya ke katil dan menarik Adra berbaring di sebelahnya.

" i'm sorry.. Beri Hani masa please.."

" i will sayang. Dah jom tidur. This is first night abang tidur dapat peluk perempuan yang abang cintai dan yang penting isteri abang yang sah. Good night sayang" ujar Megat Adrean lalu memeluk erat Adra di sebelahnya.

"good night abang..." bisik Adra perlahan... Dia membalas pelukan suaminya itu lalu terlena di dalam pelukan hangat lelaki yang juga suaminya.

** note : wow hari ni dapat update 4 chapter. Sorry untuk chapters ni pendek je.... Sebab excited nak tulis diorang kawen...
Nampaknya Sofea masih boleh bersabar.. Tapi selama mana? Puan Sri Armel akan tolong sofea ke? Rais pula takkan nak tgk je Adra kawen kan... Next chapter kita akan tgk konflik y bakal muncul.. Stay tune guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience