BAB 24 - OUTSTATION

Romance Completed 34064

Megat Adrean meletakkan ipad di meja sebelah katilnya.

" betul ke ni sayang nak duduk sini?" soal Megat Adrean sambil merebahkan badannya. Dia mmmengiring menghadap isterinya.

"betul abang, lagipun Sya janji nak teman Hani.. Abang jangan risau okay, tangan Hani pun dah makin putih. Luka pun dah kering, sehari dua lagi okay la ni" ujar Adra tersenyum. Di membelai pipi suaminya itu.

Megat Adrean menangkap tangan itu lalu mengucupnya sekilas.

"abang kalau boleh tak nak pergi tapi client ni penting, abang Ed pun takde sekarang. Nak tak nak abang kena pergi juga. Abang ajak, sayang tak nak ikut pula" ujar Megat Adrean dalam nada seakan merajuk.

Adra tersenyum lalu merapatkan jarak mereka lalu dia memeluk erat tubuh sasa suaminya yang tak berbaju itu. Satu tabiat Megat Adrean ialah tidur tak berbaju. Tak sejuk ke suaminya itu.

"bukan Hani tak nak ikut tapi sekarang finance tengah sibuk nak buat closing. Kalau Hani cuti sekarang memang la big boss Hani bagi tapi unfair la dekat kawan-kawan yang terpaksa bertukus lumus siapkan kerja. Next time Hani janji Hani akan ikut abang" ujar Adra memujuk.

Megat Adrean tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia membelai rambut isterinya. Suka dia bermain dengan rambut itu. Rambut Adra yan lebat dan lembut itu membuaikan dia terbuai.

"ermm abang..."

"ya sayang...." sahut Megat Adrean smbil mencium rambutnya.

"Sofea dah tak kacau abang ke sekarang?" soal Adra. Entah kenapa hatinya ingin tahu tentang Sofea.

"so far dia takde pula kacau. Kenapa? Dia ada kacau sayang ke?" soal Megat Adrean pula.

"takde.. Hani saja tanya" jawab Adra.

"good! I will miss you sayang.. Seminggu abang tak dapat peluk sayang nanti" ujar Megat Adrean. Wajahnya disembam ke leher Adra lalu mencium lembut. Nafasnya juga sudah mula tidak teratur.

Adra yang seakan mengetahui aksi suaminya itu merelakan saja. I wil miss you too abang.

Dua hari berlalu sejak Megat Adrean ke Sabah untuk menguruskan urus niaga hotel di sana. Selama dua hari juga Aisya menemaninya di kondo itu.

"Nah," Adra meletakkan mug berisi milo di depan Aisya yang sedang menonton tv itu.

" thanks Ra" ujar Aisya.

"kau taknak share dengan aku ke Sya?" soal Adra. Dari lirikan matanya dapat dilihat cuba menyampaikan maksud yang tersirat.

" Share apa pula ni?" soal Aisya kembali walaupun dia tahu apa yang Adra maksudkan.

" siapa lelaki tu? Sampai hati kau sorokkan dari aku. Aku ni semua benda share dengan kau tahu tak"

Aisya menoleh ke arah Adra lalu dia bersila menghadap sepupunya itu.

" baiklah! Lelaki tu Tengku Hakim, dia kawan laki kau."

" macam mana korang boleh kenal? Korang bercinta ke?" soa Adra bertubi- tubi

" mana ada kami bercinta! Kami masih dalam fasa berkawan. Masa majlis resepsi kau, aku tak sengaja terlanggar dia. Masa tu la kami kenal. Cuma... Baru-baru ni dia luahkan perasaan dia dekat aku" ujar Aisya.

Mata Adra bersinar. Dia ingat Tengku Hakim, sepupu kepada Tengku Azriel dan salah seorang teman rapat suaminya. Tak di nafikan Tengku Hakim memang kacak dan peramah. Sesuai sangat jika dipadankan dengan Aisya.

Aisya merupakan pensyarah di salah satu universiti di KL. Dia pun mempunyai paras rupa yang cantik, sehinga dia mengadu student dia pun pernah nak mengurat dia dulu.

" Sebab tu ke kau monyok minggu lepas?"

"yela Ra, dia Tengku. Aku ni orang biasa je" ujar Aisya lagi.

"Hai, dulu kau yang nasihat aku pasal taraf segala ni. Takkan sekarangbaku jena nasihatkan kau pula?" gurau Adra.

"Sya, semua bergantung pada hati kau. Kalau kau rasa Tengku Hakim tu lelaki yang sesuai, apa salahnya kau bagi peluang dekat diri dia dan hati kau. Aku tahu, Tengku Hakim tak dapat gantikan tempat arwah Haq, tapi sampai bila kau nak tolak cinta yang Allah aturkan untuk kau" tambah Adra lagi.

Adra dapat merasakan cinta Aisya masih utuh untuk arwah kekasihnya, Haq yang meninggal kerana kemalangan 3 tahun yang lalu.

" Haq sentiasa ada dalam hati aku Ra, tapi bukan kerana Haq tapi aku je yang tak yakin dengan hati aku. Aku akui memang Hakim selalu menceriakan hari aku, dia tak sama macam Haq tapi dia ada keistimewaan dia tersendiri. Aku rasa kau betul, aku patut bagi peluang untuk terima dia" putus Aisya.

Adra tersenyum gembira.

" aku akan sentiasa doakan kau Sya. Ni, esok kau nak bertolak pukul berapa?" soal Adra.

" Pagi la Ra, sebab lunch aku dah nak kena lapor diri. Kau okay ke duduk seorang ni?" soal Aisya.

"aku okay je. Luka ak pun dah okay. Jangan risau"

"Luka memang la okay tapi sakit rindu kau tu makin mnjadi- jadi nampak. Dari tadi duk vc je dengan laki. Baru dua hari tak jumpa dah angau" perli Aisya.

"eleh, kau tunggu la nanti dah kahwin dengan Tengku Hakim tu kena pergi kursus baru kau rasa angau kau tu" ujar Adra.

"Ya abang, Hani akan ingat. Abang jangan la risau"

"okay, abang pun take care, jangan lupa makan"

"i love you too... Miss you too"

Setelah memutuskan panggilan, Adra berjalan keluar dari keretanya di tempat parking itu lalu menuju ke lif. Saat dia berjalan, dapat dirasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya. Saat menoleh ke belakang, tiada bayang sesiapa pun. Dia mengandaikan bahawa itu perasaannya sahaja. Tingkat lobi di tekan kerana dia ingin memberi beberapa dokumen untuk budak dispatch hantar nanti.

Selesai memberi surat kepada receptionist, dia melangkah ke arah lif. Saat menunggu lif terbuka, seseorang memanggil namanya membuatkan dia menoleh. Terkejut dia melihat figura itu.

" eh! Rais, apa you buat dekat sini?"

" I ada appointment dengan pihak operation pagi ni. Tak sangka you kerja sini" ujar Rais tersenyum.

"oh... Dah lama dah I kerja sini. You apa khabar?" soal Adra berbasi basa.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif saat lif terbuka.

"Alhamdulillah sihat. Adra, i'm sorry untuk kejadian lepas. Masa tu I tak tahu I jadi macam tu. Sekarang I dah terima kenyataan yang kita takde jodoh. Harap lepas ni kita boleh berkawan ya?" soal Rais.

" boleh apa salahnya. I harap you cepat bertemu jodoh Rais. "

Lif berhenti di tingkat 8.

" okay la, i got to go, nice to meet you Adra. Happy working" ujar Rais lalu melangkah keluar dari lif itu. Adra tersenyum lalu lif tertutup kembali.

Adra pulang agak lewat hari itu kerana menyiapkan laporan yang akan bmdi bentangkan dalam mesyuarat pagi esok. Tepat pukul7 petang dia keluar dari office menuju ke tempat parking. Kebanyakkan staff office sudah pulang. Dia melangkah perlahan ke keretanya. Penat hanya tuhan saja yang tahu bila berjam menghadap komputer.

Prakk!

Pergerakkan tangan mengapai kunci kereta di dalam beg tangannya terhenti. Adra menoleh ke belakang namun tiada tanda ada orang lain di situ. Saat mencapai kunci, laju alarm ditekan dan dia laju memasuki kereta dan mengunci. Entah kenapa hatinya merasakan sesuatu yang tak baik. Tanpa menunggu lagi dia terus memecut keluar dari kawasan itu.

Di sebalik dinding, ada seseorang tersenyum sinis melihat kereta Adra mula menjauh.

Siapa kenal Tengku Hakim?? Siapa yang dah baca Oh! Cik Bunga of course kenal siapa Tengku Hakim kan.. I saja nak masukkan watak tu dalam cerita ini.. Okay la kan Aisya dapat partner hensem jugak.. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience