BAB 9 - SHE'S BACK!

Romance Completed 34064

Megat Adrean keluar dari range rover hitamnya. Dia membutang blazernya agar lebih kemas. Saat melangkah masuk ke lobi, ada sebuah kereta berhenti di depan wisma tersebut.

" Adrean!"

Megat Adrean menoleh ke belakang. Keningnya berkerut.

" hai honey... I'm back!!" jerit wanita itu teruja. Dia memeluk erat tubuh lelaki itu.

Megat Adrean merungkaikan pelukan itu.

" bila you balik Sofea?" soal Megat Adrean.

" dah tiga hari, I had text you! You lupa kan!? I tunggu you datang jumpa I tapi you tak datang so I datang la kepada you" ujar Sofea menggoda.

" sayang... jom pergi breakfast." ajak Sofea manja.

Saat itu Megat Adrean melihat Adra melangkah masuk ke lobi itu. Tiba-tiba Adra menoleh ke belakang apabila seseorang memanggilnya. Dari jauh dia melihat seorang yang memakai uniform mekanik di bahagian operasi mendekatinya. Mereka dilihat sangat mesra dan entah kenapa ada perasaan aneh menjalar di hatinya.

" you!!"

Megat Adrean menoleh ke sebelahnya.

Sofea lantas menarik lengan Megat Adrean agar mengikutinya.

Adra menoleh ke arah pasangan di depannya. Di lihat Megat Adrean bersama wanita cantik. Mereka berjalan melintasinya. Adra memberikan senyuman manis kepada bosnya itu dan dia dapat menangkap jelingan tajam oleh wanita di sebelah lelaki itu.

" girlfriend Tuan Megat ke tu?" soal Iskandar.

Adra menjungkit bahunya.

" Adra, awak join tak weekend ni?" soal Iskandar lagi.

" weekend ni??"

" awak lupa ke? Kan ada bowling tournament"

Adra menepuk dahinya. Macam mana dia boleh lupa tentang itu.

"inshaallah saya join" ujar Adra tersenyum.

" nak saya pick up awak dekat rumah ke? Pergi sekali la senang." pelawa Iskandar.

" boleh juga, nanti saya tanya ayah saya dulu." balas Adra.

Mereka masuk ke lif bersama menuju ke department masing-masing.

"Adra"

Adra menoleh ke pintu biliknya. Kak Yatt dah terpacak di situ.

" ya Kak Yatt? Boleh Adra bantu?" dia melihat Kak Yatt menutup pintu lalu duduk di depannya.

" akak nak tanya. Adra dengan Tuan Megat ada apa-apa ke?"

Adra mengerut dahinya. Takde angin takde ribu kenapa Kak Yatt menanyakan soalan begitu. Dia meletak pen yang berada di tangannya.

" Maksud akak? Tuan Megat yang mana satu?" soal Adra.

" Tuan Megat Adrean la Adra. Takde la, akak ada terdengar budak admin bergosip tentang Adra dan Tuan Megat Adrean . Diaorang nampak Adra naik ke tingkat 29 hari tu. Terus timbul gosip Adra ada skandal dengan bos muda kita tu" ujar Kak Yatt.

Adra menggeleng kepalanya. Dia yang baru sebulan kerja disini dah timbul gosip.

" akak, Adra tak ada hubungan dengan Tuan Megat. Kebetulan masa tu Tuan Megat panggil Adra nak tanya pasal finance je. Nothing personal involve." bohong Adra. Biarlah persahabatannya dengan Megat Adrean menjadi rahsia. Di tempat kerja dia harus profesional.

" tapi kak, tadi Adra ada ternampak Tuan Megat dengan seorang perempuan dekat lobi. Cantik, dari gaya macam tu girlfriend dia je" cerita Adra. Kak Yatt membulatkan matanya.

" she's back!!" ujar Kak Yatt.

"she?? Who is she kak?"

" Cik Sofea. Tengku Sofea Datuk Tengku Uwais. Saudara jauh keluarga Tuan Megat. Puan Sri Armel memang sayang cik Sofea tu. Dengar cerita dia akan di jodohkan dengan Tuan Megat Adrean. Tapi staf di sini tak berapa berkenan sangat dengan dia tu. Adra tahu tak, dia pernah simbah air kopi dekat bekas staf disini. Katanya staf tu nak goda Tuan Megat" ujar Kak Yatt lagi.

" uishh macam tu sekali??"

" iya.. Kalau boleh Adra jangan dekat sangat dengan Tuan Megat kalau cik Sofea ada. Kalau boleh jangan pandang langsung" nasihat Kak Yatt.

Adra menelan air liurnya. Seramnya, patut la dia dapat jelingan tajam dari perempuan itu.

" akak keluar dulu la. Ni report yang Adra minta tu"

" thank you kak"

Kak Yatt sambil meletakkan satu fail di atas mejanya lalu berlalu keluar.

Adra berfikir sejenak. Bahaya kalau dia juga menjadi mangsa cik Sofea itu. Harap dia lupakan aku la. Adra menyambung semula kerjanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adra dan Iskandar tiba di pusat bowling itu. Adra datang dengan menaiki kereta Iskandar. Nasib baik ayahnya memberi izin kerana dia memang tak suka drive kereta pada hujung minggu walaupun jalan tak begitu sesak seperti hari bekerja. Sudah ramai tiba. Mereka berdua menghampiri kumpulan Kak Yatt.

" Hai Kak Yatt" tegur Adra.

" Haa... Sampak pun kamu." ujar Kak Yatt ceria.

" Ni Iskandar, dari operation. Dia masuk sekali dengan Adra hari tu." ujar Adra.

Kak Yatt senyum kepada Iskandar. Tiba-tiba Emy datang entah dari mana.

" Is, you satu team dengan I tau. I dah register nama you" ujar Emy sambil memyendeng di sebelah Iskandar.

" errr..."

" jom la you, group kita dekat sana" ujar Emy ingin memegang lengan sasa Iskandar namun dengan laju Iskandar mengelak namun dalam terpaksa dia mengikut langkah Emy.
Adra dan Kak Yatt yang menyaksikan adegan itu memandang antara satu sama lain.

" kenapa dengan budak tu? Dah macam ulat bulu dah akak tengok" sindir Kak Yatt.

Adra ketawa lucu. Tak di nafikan pun.

" abaikan jela kak, akak satu team dengan siapa?" soal Adra.

" kita satu team la dik oii.. Akak, Adra, encik Zen dan Alia. Yang paling best encik Zen pandai main bowling tau. Harap team kita menang la nanti" ujar Kak Yatt teruja.

Adra tersenyum. Dia memerhati ke sekeliling pusat bowling yang dah ditempah khas untuk pertandingan hari ini. Saat dia menoleh ke arah pintu masuk, dia melihat Tan Sri Megat Adnan Al Areef melangkah masuk. Di sebelahnya pula ada seorang wanita anggun berjalan seiringan. Di belakang pula dapat dilihat Megat Edrus mendukung bayi perempuan yang anggaran berusia setahun dan di sebelahnya semestinya isterinya. Cantik!.
Megat Adrean berada di belakang abangnya berjalan bersama Tengku Sofea yang erat memeluk lengannya.

" Wow, satu keluarga Megat datang la" bisik Kak Yatt.

Adra menoleh ke arah Kak Yatt sambil tersenyum. Bunyi mesej masuk membuatkan dia terus fokus kepada telefonnya. Tanpa Adra sedar, Megat Adrean memandang ke arahnya. lama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience