Saat masuk ke officenya, Adra terkejut melihat ada jambangan bunga rose di atas mejanya. Dia meletak handbag di atas meja lalu mencapai jambangan itu.
Kad diambil lalu dia membaca.
* have a great monday, beautiful*-M.A
MA?? siapa? Dia menggaru kepalanya, pagi-pagi isnin ni otak dia agak perlahan, sel otaknya seakan tidak berhubung pula. Namun buat seketika dia seakan dapat meneka siapa gerangan pemberi itu. MA? Megat Adrean?? Tak mungkin la. Tapi mungkin juga! Pening Adra memikirkannya.
Tingg!
*hope you like it*
Sah! Memang lelaki itu yang memberikan dia bunga itu. Buktinya mesej itu dihantar oleh Megat Adrean.
*thanks for flowers. But why? *
Adra membalas mesej itu.
Ting!
*saja, just for you. Can we have a lunch together this afternoon? *
Hah? Nak lunch? Tak takut kena gosip ke nanti?
* awak tak takut ke timbul gosip kalau ada yang nampak saya keluar dengan awak.?*
Ting!
* who's care! Terpulang pada mereka nak cakap apa. Ok i got meeting now, i will be at lobby at 1pm sharp. Bye*
Huhh... Adra mengeluh perlahan. Kenapa dengan lelaki itu. Baru nak puji sweet dah keluar perangai bossy dia.
Tepat 1pm, Adra keluar dari lif dan dari kejauhan dia melihat tubuh kacak itu sedang berdiri di satu sudut sambil memerhatinya. Kedua Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kot dan tali lehernya sudah hilang, dua butang atas kemeja biru lembutnya dibuka membuatkan lelaki itu nampak lebih seksi sehingga beberapa staf wanita tertoleh-toleh kepadanya.
Apabila mendekati Megat Adrean, Adra membuat isyarat mata agar lelaki itu keluar dulu namun sebaliknya terjadi apabila Megat Adrean mendekatinya. Dia melencong ke arah pintu namun langkah panjang lelaki itu dapat menyainginya.
" jom" ajak Megat Adrean lalu mendekati keretanya yang tersedia di pintu lobi.
Adra serba salah apabila dia dapat menangkap beberapa staff memerhatikan mereka dan ada yang berbisik. Saat itu Megat Adrean sudah membuka pintu untuknya dan dengan laju dia memboloskan diri ke dalam kereta. Mujurlah cermin kereta tersebut gelap, kurang malunya sedikit namun dia dapat melihat mereka masih berbisik. Dia mengeluh perlahan.
"dont bother with their reaction, Hani" bunyi suara di sebelahnya.
Adra menoleh ke tepi. Kereta mula bergerak meninggalkan bangunan itu. Hari ini khidmat pemandu digunakan Megat Adrean. Mereka berdua berada di kerusi belakang.
" you looks stress"
" mana ada..." jawab Adra cuba mengalihkan pandangan dari terus menatap mata cantik di sebelahnya.
" Hani, as I said. Just ignore them. They might talk about us now but later when they get tired they will stop it"
"macam mana kalau gosip ni sampai ke telinga cik Sofea? Saya taknak kena serang dengan dia nanti"
Megat Adrean tergelak.
" apa kaitan Sofea dalam hal ni? She have nothing to do with this Hani"
"but she is your girlfriend"
" who said so??"
" semua orang la Tuan Megat!" balas Adra geram. Masih Nak menyangkal lagi. Sudah terang lagi bersuluh kot.
" semua orang but I tak pernah buat kenyataan pun yang I tengah bercinta dengan Sofea. Its just a rumours Hani. Yes! I had fallin to someone but not Sofea! "
" then, awak kena jaga hati orang yang awak sayang tu"
ujar Adra Hani. Entah kenapa hatinya ingin saja bertanya siapa wanita bertuah yang dapat memilikki hati jejaka di sebelahnya itu.
Kereta berhenti di sebuah restoran mewah. Pemandu itu keluar lalu membuka pintu untuk Megat Adrean. Tak sempat Adra ingin membuka pintu, pemandu Megat Adrean ternyata lebih laju dalam menjalankan tugas dengan membuka pintu untuknya juga.
Adra dan Megat Adrean masuk ke dalam restoran itu dan saat pelayan melihat Megat Adrean, laju dia mengiringi mereka berdua ke meja makan. Tempat itu agak tersorok seakan memberi privasi kepada mereka.
Menu dibuka. Western again? Keluh Adra di dalam hati. Lelaki di depannya memang meminati masakan barat. Nak buat macam mana, darah baratnya memang mengalir laju di dalam darahnya.
"steak dan ice lemon tea" Megat Adrean memesan . Selesai dia menoleh kepada Adra yang masih belum bersuara.
" hurmm.. Grill chicken, apple juice" ujar Adra.
Setelah meninggalkan mereka, Megat Adrean terus merenung Adra di depannya.
"ehem... Awak memang suka western food more than local ke?" soal Adra. Tak betah dia menjadi mangsa tenungan lelaki itu.
" it is too obvious??"
" maybe.."
" I dibesarkan dalam keluarga campur. My mom is half malay dan italian. My dad pun sama, half malay and Arabic. Tak bermaksud i hate local food. Cuma kami jarang makan."
" no wonder la..." 'muka helok sempurna. A lots of mix rupanya' sambung Adra di dalam hati.
Mereka menikmati makanan tengah hari mereka. Adra menelan sahaja makanan itu walaupun dia tak mengemarinya. Hidup tak boleh banyak merungut dan memilih.
" Hani.. "
Adra Hani mengangkat wajahnya ke arah lelaki di depannya.
" Be my girlfriend.. I need you to be my side" luah Megat Adrean. Matanya tepat memanah anak mata Adra.
Adra kaku tak beriak. Ya, dia terkejut saat mendengar luahan lelaki itu. Bukankah lelaki itu baru menyatakan dia sudah ada pilihan hati. Tak mungkin...
"yes, you are the one who make me fallin in love with. I jatuh cinta kali pertama I jumpa awak. I had ignored my feeling but when we meet again, i know you are the one for me" luah Megat Adrean lagi.
Adra Terkaku mendengar pengakuan itu.
Share this novel