Adra Hani berjalan di sekitar tempat itu sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Lembah Güvercinlik (Pigeon) yang terkenal, yang mempunyai jejak 4km yang sederhana dengan pemandangan indah dan landskap yang mempesonakan. Juga, Rose Valley (dari Çavu?in, Ortahisar dan K?z?lçukur) adalah tempat lawatan wajib di Cappadocia. Sebab itu dia tertarik untuk datang ke sini. Telefonnya dikeluarkan dan dia mengabadikan pemandangan cantik itu sebagai kenangan. Tak sabar dia ingin melihat permandangan ketika matahari terbenam. Kawasan ini akan bertukar kemerahan dan ia sangat cantik.
Walaupun Cappadocia terkenal dengan belon udara panas, namun ada beberapa tempat yang menarik dapat dikunjungi. Sebelum ni dia sudah pergi ke Bolu. Di situ dia telah lihat sendiri masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub dan dia juga merasa bangga saat dapat menjejakkan kaki ke masjib pertama dibina saat pimpinan Muhammad al Fatih menawan kota Konstantinopel. Islam ada di mana- mana. Ayahnya juga selalu menceritakan kisahg kisah pejuang Islam di serata dunia yang boleh dijadikan tauladan.
Angin yang bertiup agak kuat, Adra memegang hujung seledangnya yang agak berterbangan. Sambil dia berjalan, tanpa disangka tubuhnya terlanggar dengan figura didepannya. Saat itu dia dapat melihat jaket berwarna koko gelap yang dipakai figura yang dia pasti lelaki dibasahi cecair berwarna hitam. Kopi!
" I'm sorry!" ujar Adra sambil mengambil tisu lalu cuba mengelap ke jaket lelaki itu.
" its okay lady" balas lelaki itu sambil mengibas jaketnya.
Adra Hani menundukkan kepalanya. Rasa bersalah menerpa dirinya, jika seledangnya tidak menghalang pandangannya tadi pasti dia tidak terlanggar lelaki itu.
" i will replace your coffe. I'm truly sorry for the trouble" balas Adra.
" Nah... Its just a cup of coffe. Do not bother with that. Its also my mistake." balas Megat Adrean.
Dia tidak mahu mencari masalah di negara orang. Dia juga salah kerana asyik mengelamun tadi. Dia masih tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana wanita itu asyik menundukkan wajahnya.
" Bro! Kenapa ni?ada masalah ke? " tegur Raja Azray yang datang menghampiri.
Saat itu Adra Hani mengangkat wajahnya. Mata Megat Adrean terus memanah ke wajah didepannya itu. Lama matanya meneroka wajah gadis itu hingga Raja Azray menyikunya.
" Malaysian ke??" soal Adra Hani.
" yes, awak pun orang Malaysia ke?" soal Raja Azray ramah. Megat Adrean pula hanya diam tak terkutik.
" haah... Tak sangka saya dapat jumpa orang Malaysia di sini" ujar Adra Hani tersenyum manis sehingga terlihat lesung pipit di kedua belah pipinya.
" Saya Ray, ni kawan saya Ean" ujar Raja Azray lagi.
" saya Adra Hani. Panggil Adra. You guys datang ikut group ke sendiri?" soal Adra ramah.
Apa salahnya mencari kawan baru. Lagipun dia dapat lihat lelaki berdua ini orang yang baik- baik. Dari segi permakaian sudah dapat di lihat bukan calang-calang. Lelaki bernama Ray memakai jeans seasons serta tshirt berwarna maroon, dipadankan dengan jaket kulit hitam dan sneakers hitam. Ean pula mengenakan seluar berwarna khaki dan mengenakan kemeja berwarna navy blue dipadankan dengan jaket koko yang dah dicemari tompokan kopi. Masing- masing ada aura tersendiri.
Cuma Ray sahaja nampak ramah, Ean hanya diam sahaja setelah dia menegur pasal Malaysian tadi.
" kami datang sendiri. Awak datang group ke?" soal Ray.
" tak, saya datang sendiri" balas Adra. Sesekali dia melirik mata ke lelaki di depannya.
" owh.. So dah berapa hari dah sampai sini? Kami baru hari ketiga."
"saya dah hari kelima, dua hari di Istanbul dan sekarang dekat sini" jawab Adra sambil tersenyum.
" jomlah kita ke kedai sana. Saya nak ganti kopi Ean. saya minta maaf sekali lagi ye Ean" ujar Adra Hani lagi. Cuba berbual dengan lelaki senyap itu.
Saat Raja Azray menyiku lagi sekali baru Megat Adrean tersedar. Dia tersenyum nipis ke arah gadis di depannya.
" jom, no need to ganti my coffe. Apa kata kita lepak, alang-alang dah jumpa orang kampung ni kan Ray?" ujar Megat Adrean ramah. Raja Azray mengangguk sambil tersenyum.
" so Hani, you memang datang seorang je ke?" soal Megat Adrean.
Terdiam Adra seketika saat lelaki itu memanggilnya dengan nama Hani. Dia salah dengar ke? Kenapa lelaki itu seakan menyebut honey?? Perasaannya saja kot.
" Adra, just call me Adra. Saya tak biasa orang panggil saya Hani, semua orang panggil saya Adra. " balas Adra Hani tersenyum.
" well i prefer Hani. So biarlah I jadi orang pertama yang panggil you Hani" balas Megat Adrean selamba. Raja Azray melirik ke arah kawannya itu.
" so back to my question, did you come here alone?"
" haah. Seorang je" jawab Adra Hani jujur.
" wow... Beraninya awak. First time saya jumpa perempuan boleh travel alone." ujar Raja Azray teruja.
" well sometimes its great to be lone ranger kan" gurau Adra Hani pula. Ray ketawa kecil.
" tak takut ke? I bukan nak doakan benda buruk but you perempuan. Di negara orang pula tu" ujar Megat Adrean lagi.
Adra Hani tersenyum.
" of course saya takut. But saya just sentiasa berhati-hati. Saya takkan jalan dikawasan yang sunyi. Macam hari ni, saya jalan di kawasan yang ramai orang. Tapi i want to be alone. I means this time saya nak travel sorang-sorang"
" why?"
" i had my own reason yang tak boleh share dengan you guys. Sorry" balas Adra Hani lagi.
" so now we are friends?" ujar Raja Azray.
" why not" balas Adra Hani sambil ketawa kecil.
" alang-alang kita ada dekat sini. Apa kata kita pergi jalan-jalan bersama. Awak jangan risau Adra. Kami orang baik. Takde niat jahat dengan awak. Esok kiteorang plan nak pergi naik hot air balloon" ujar Raja Azray.
" me too!!" sambut Adra Hani teruja.
" so we going together?" soal Raja Azray.
Adra Hani mengangguk setuju. Megat Adrean tersenyum kecil melihat wajah teruja Adra Hani. Saat itu matahari mula menyondong ke barat dan disitu mereka dapat lihat permandangan yang sangat cantik itu.
"Here my number, anything text me okay. Saya nak balik hotel dulu. See you tomorrow" ujar Adra setelah meninggalkan nombor telefonnya. Dia kena balik ke hotel kerana hari sudah menginjak ke malam.
Megat Adrean mengambil kertas yang tertera nombor telefon Adra Hani.
" ehem..."
Megat Adrean menoleh ke sebelahnya.
" macam mulut aku masin je..."
"apa maksud kau?"
" yela, mana tahu aku dapat makan nasi minyak kau tak lama lagi"
" mengarut la kau ni. Ngigau ke tetiba cakap pasal nasi minyak"
" well, dari saat Adra angkat muka lagi kau tengok dia macam nak telan dia je. Relax la bro! Gelojoh sangat pandangan kau tu. Nasib la Adra tak perasan cara kau pandang macam perogol bersiri tu."
Megat Adrean menunjal kepala kawannya itu. Ada ke patut samakan dia dengan perogol!
" well, kalau dah berkenan tu try la mengurat. Kau pun single and aku rasa dia pun single tu." ujar Raja Azray.
" banyak la kau punya single. Sofea tu kau nak campak mana? Mengamuk mummy aku nanti" balas Megat Adrean
" kau dengan Sofea tu belum tentu lagi hala tujunya. Hati kau tu betul ke sukakan Sofea? Aunty Mel just suka dia sebab dia saudara je. Kau Betul ke cintakan dia? Aku kenal kau bukan sehari dua Ean. Dari cara kau pandang Adra pun berbeza dengan kau pandang Sofea. Aku yakin aunty Mel tak pernah paksa kau terima Sofea. Cuma aku nak pesan, jangan tarik Sofea makin jauh nanti susah kau."
" hahaha... Kelakar la kau Ray. Hari ni baru kenal Hani, kau dah tuduh aku sukakan dia. Mengarut la kau ni. Dah jom balik. Malam ni kata nak keluar lagi" ajak Megat Adrean lalu bangun meninggalkan Raja Azray yang terpingga-pingga itu.
Share this novel