BAB 16- KECOH

Romance Completed 34064

Adra fokus menyiapkan kerjanya. Sudah 3 hari berlalu dan sejak itu dia akan cuba mengelak dari bertemu lelaki itu. Masih terngiang lagi caci maki Sofea terhadapnya. Sehari setelah gmbar dia bersama Megat Adrean tersebar Sofea datang menyerangnya di pejabat.

" kau la betina tak tahu malu tu!!" Sofea menjerkahnya di pintu biliknya.

" apa maksud cik ni? Salam takde tetiba nak serang saya kenapa?"

" kau tak payah nak berlakon! Kalau kau tak tergedik-gedik dengan Ean, takkan berita bodoh ni akan tersebar! Ean milik aku! Kau tak layak dapat dia!! Dasar perempuan s*ndal!!" amuk Sofea lalu menepis semua fail di atas meja kerjanya hingga jatuh ke lantai.
Adra berdiri kerana terkejut akan reaksi Sofea itu. Beberapa rakan sekerjanya mula mendekati mereka.

Sofea mula mendekati Adra dengan niat ingin membelasah gadis itu. Saat tangannya naik ke atas, Wajah Megat Adrean muncul di muka pintu.

" Sofea!!! " jerkah Megat Adrean.

Adra dan Sofea menoleh ke arah suara itu.

" what going on here?" soal Megat Adrean. Matanya tajam memandang Sofea.

Adra hanya mendiamkan diri. Bosan melihat perangai tak matang Sofea itu.

" I datang nak ajar betina yang tak sedar diri ni! Berani dia menggatal dengan you!!" ujar Sofea.

" yang you kata tak diri tu bakal isteri I! And kalau you datang nak buat kecoh dekat office I baik you balik sekarang!!"

" Ean!! Sampai hati you bela dia nih! Selama ni I sayang you! I cintakan you Ean! Kenapa perempuan ni yang you pilih!! I nak beritahu aunty!! " bentak Sofea.

" dah berbuih mulut I cakap yang I hanya sayang you macam adik! Tak lebih dari tu. Sudahlah Sofea! Baik you balik sekarang! "

" No! I taknak balik. Biar I ajar perempuan ni!! " saat itu Sofea ingin menampar pipi Adra namun laju tangan Megat Adrean menghalang. Dengan kuat dia menarik tangan Sofea meninggalkan bilik itu.

Adra hanya memerhati langkah mereka berdua yang menjauh.

"Adra okay ke?" soal Kak Yatt saat menghampirinya.

Adra hanya mengangguk sahaja.

Tok.. Tok...

Lamunan Adra terhenti dan saat dia menoleh ke muka pintu, wajah Kak Yatt terpacul.

" Adra, jom pergi lunch" ajak Kak Yatt.

" takpelah kak, akak pergi la. Adra ada bawa bekal" ujar Adra.

"okay la kalau macam tu. Akak pergi dulu ya" ujar Kak Yatt lalu meninggalkannya.

Ya, sejak dia menjadi bahan gosip. Dia hanya membawa bekal ke tempat kerja. Tak ada mood untuk dia keluar lunch kerana setiap pergerakkannya menjadi perhatian semua orang.

Adra masuk ke pantry department itu. Hanya dia sahaja berada di pantry itu. Dia memanaskan nasi goreng yang dibawa ke dalam microwave sambil itu dia duduk di meja makan yang tersedia. Dia merenung nasib. Tak sampai beberapa bulan hidupnya kini sudah berubah. Dari putus tunang, kerja dan sekarang masalah ini pula.

Entah kenapa sejak dia bekerja di Al Areef group ini dan mengenali Megat Adrean terutamanya membuatkan hidup nya yang selama ini aman menjadi kacau bilau. Macam mana dia ingin lari dari semua ini. Nak berhenti kerja dia masih di dalam kontrak percubaan selama 6 bulan. Masih berbaki beberapa bulan dan jika dia berhenti dia harus membayar ganti rugi kepada syarikat ini.

Seminggu ini saja macam-macam yang terjadi dalam hidupnya. Megat Adrean meluahkan perasaannya, sehari selepas itu kecoh gosip yang timbul tentang mereka dan diajak kahwin pula. Semalam juga ibu bapanya menelefon bertanyakan hal itu dan ayahnya meminta agar dia pulang ke rumah hujung minggu ini. Adra mengeluh kuat.

"jangan mengeluh kuat sangat" tegur satu suara.

Adra menoleh ke arah punca suara itu dan dia melihat figura tegap itu bersandar di dinding pintu pantry. Sudah beberapa hari tak bertemu, kini jantungnya mula membuat senaman saat melihat wajah kacak itu.
Megat Adrean melangkah masuk lalu mengambil tempat menghadap Adra.

Ting!

Bunyi microwave menandakan masa memanas sudah habis. Adra bangun lalu mengambil makanannya. Sebelum ke meja kembali, dia menarik satu mug putih lalu membacuh nescafe. Megat Adrean hanya memerhati gerak geri Adra itu.

Saat sampai di meja, Adra meletakkan mug berisi air nescafe itu di depan Megat Adrean. Tersentak lelaki itu saat memandang air di depannya lalu dia tersenyum lebar.

" for me??" soal Megat Adrean.

Adra tidak menjawab lalu membaca doa makan, dia hanya diam menyuap nasi goreng ke mulut.

" I'm sorry..." ujar Megat Adrean. Matanya tak lepas merenung wajah yang telah terukir di hatinya. 3 hari dia tidak melihat wajah itu, tidurnya tak lena.

"Hani... Please give me a chance. Trust me,"

" Tuan Megat. Sekarang waktu lunch saya, please... Bagi saya masa" ujar Adra tanpa melihat lelaki itu.

Megat Adrean meletak beberapa keping gambar di atas meja. Adra yang sedang mengunyah nasi goreng itu melihat gambar tersebut membulat mata.

" macam mana awak boleh dapat gambar ini?" soal Adra tepat memandang wajah lelaki itu.

" someone sent this photo to me this morning. You had been followed by someone Hani"

Adra melihat gambar-gambar itu. Itu merupakan gambar dia dua tiga hari ini. Gambar dia keluar dari keretanya. Gambar dia berada di depan rumahnya dan gambar dia sedang membeli barang dapur bersama Aisya.

"you're in dangerous. They are targeting you. I dont want anything happen to you. Not because of me." ujar Megat Adrean.

"apa yang saya patut lakukan Ean?"

"marry me Hani..be my wife" pinta Megat Adrean lagi.

Adra merenung lelaki di depannya itu. Dia mencari keikhlasan dari lelaki itu. Entah kenapa dia seakan tengelam di dalam panahan mata Megat Adrean.
. .
. .
. .

"aunty!! Sofea macam mana? Tergamak Ean buat macam ni!" rengek Sofea kepada puan Sri Armel.

" Aunty pun pening la Sofea! Adrean berkeras nak kahwin dengan perempuan tu!" omel Puan Sri Armel.

"aunty buat la sesuatu! Halang pernikahan mereka! Sofea tak kira, Ean akan jadi milik Sofea seorang!" tegas Sofea.

"bila uncle masuk campur, aunty tak boleh nak bantah Sofea. Macam ni, lepas Ean kahwin dengan perempuan tu. Sofea goda la Ean, buat sampai mereka bercerai then lepas tu Sofea dapat la kahwin dengan Ean" ujar puan sri Armel meberi idea.

" Sofea jadi isteri nombor 2 pun tak kisah aunty! Yang penting lepas kahwin Sofea akan kuasai Ean!!" ujar Sofea yakin.

Puan Sri Armel tersenyum sinis. Sofea tetap akan menjadi menantunya. Dia akan pastikan Adra tak akan bahagia bersama Adrean. Baginya Adra tidak layak untuk menjadi menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience