BAB 7 - LEPAS PANDANG

Romance Completed 34064

Pagi itu, setelah mengambil pas kerja yang diberikan oleh pekerja kaunter di lobi. Adra terus naik ke tingkat 25 untuk kebahagian HR, baru dia tahu bangunan 30 tingkat ini terbahagi kepada beberapa unit. Kebanyakkan tingkat 10 kebawah adalah bahagian operasi untuk automotif dan selebihnya adalah admin. Di tingkat 30 katanya terdapat 2 buah penthouse mewah milik keluarga Al Areef. Dan tingkat 29 pula bilik- bilik pejabat khas jawatan tertinggi dan hanya yang dibenarkan sahaja dapat jejakkan kaki ke situ.

Adra melangkah masuk ke bahagian HR. Dia melihat beberapa orang yang sedang menunggu, seperti mereka juga staff yang berjaya dalam temuduga.

" hai... Saya Iskandar, mekanik baru di bahagian operasi" tegur salah seorang lelaki yang berada di situ.

" Adra, bahagian finance" balas Adra ramah.

"hai Iskandar, I Emy, bahagian admin" sampuk wanita di kerusi sebelah Adra. Dia tersenyum lebar kepada Iskandar. Entah kenapa Adra melihat Lebih kepada senyuman gedik.

" morning semua. So congratulations sebab terpilih menjadi warga Al Areef group. Saya Shila selaku HR kamu. Berkaitan HR kamu semua boleh contact saya dan few lagi staff. So jom saya tunjukkan department masing-masing." ujar Shila lalu masing- masing mengikut langkah di belakang.

" Ini encik Asrul, untuk bahagian operasi sila ikut Encik Asrul ke bawah ya" arah Shila.

Setelah kesemua lelaki bergerak meninggalkan tempat itu maka tinggallah Shila, Adra dan Emy.

" so Emy, this is your department. Nancy will show your place. Everything you can ask Nancy. Dont forget, after lunch hour we got monthly briefing with our CEO. Nanti saya akan perkenalkan awak semua sebagai staff baru." ujar Shila saat mereka di admin department.

Kini Adra dan Shila menaiki lif ke tingkat 28.

" Adra, this is finance department. Dan ini encik Zen, he will assist you. Zen, this Adra our new accountant. Hope you can help her" ujar Shila. Adra memberikan senyuman manis kepada lelaki segak di depannya.

Setelah Shila meninggalkannya di situ dia bersama encik Zen.

" come Adra, i'll show your room."
Adra mengangguk lalu mengekori langkah lelaki itu.
.
.
.
. .
. .
.

Jam ditangannya menunjukkan 12.57pm... Dia menutup fail di depannya. Ralit membaca segala maklumat sehingga tak sedar sudah masuk waktu lunch. Hurmm... Nak lunch dekat mana ek, desis hatinya.

Dia mencapai dompet dan telefonnya lalu keluar dari biliknya. Saat itu dia terserempak dengan staff senior. Dia tersenyum manis.

" Adra nak join kitaorang lunch?" soal wanita yang dikenali kak Yatt.

" boleh ke Adra join sekali?" soal Adra segan.

" apa pula tak boleh. Jom la, kita makan dekat kafe bawah je, dekat tingkat 15 ada kafe untuk staff." ujar Kak Yatt.

Adra mengangguk lalu mengekori akak-akak seniornya. Mujurlah staf di sini semuanya peramah.

Tepat pukul 2.30 petang. Mereka memasuki dewan yang berada di tingkat 20, briefing bersama CEO ini akan diadakan sebulan sekali dan kadang- kadang Tan Sri Megat Adnan akan turun padang memberi ucapan walaupun dia sudah bersara. Para pekerja mula memenuhi ruang dewan itu kecuali bahagian operasi, hanya pengurus dan supervisor sahaja yang menghadirinya.

Adra mengambil tempat di sebelah Kak Yatt. Tak lama selepas itu dia dapat melihat satu susuk memasuki dewan tersebut lalu menuju ke pentas di depan. Lelaki itu mengenakan suit biru gelap, agak tinggi dan saat dia berjalan, kesemua pekerja tertumpu kepadanya.

Saat lelaki itu menoleh ke depan dan berdiri di hadapan Speech stand, dapat dilihat wajahnya.

" ini la CEO kita, tuan Megat Edrus Al Areef." bisik Kak Yatt perlahan.

Wajah kacukan di depan itu di pandang lagi. Memang tak dinafikan dia memang kacak. Terserlah aura seorang pemimpin dalam dirinya. Entah kenapa wajahnya mengingatkan dia kepada seseorang namun otaknya tak dapat memproses siapakah yang seiras lelaki di depannya itu.

Selesai CEO memberi ucapan, slide terpapar wajah- wajah pekerja baru di syarikat itu termasuklah dirinya. Mujur dia tak perlu berdiri di depan dewan. Kalau tak merah mukanya menahan malu. Yela, hampir 100 orang di dalam tempat itu.

"hari ni COO kita tak dapat join briefing, kalau tak Adra boleh kenal dengan COO kegilaan ramai tu. Tuan Megat Adrean belum kahwin lagi, dah la hensem. Memang copy paste abangnya tapi orang cakap COO lagi charming dari CEO kita. CEO kita tadi dah kahwin, dah jadi hot daddy dah pun" ujar Kak Yatt.

Amboi kemain Kak Yatt. Sempat lagi. Adra tersenyum.
Saat dia sampai ke departmentnya, laju Adra ke tandas. Dari tadi dia menahan nak terkucil. Selepas melintasi bilik Encik Zen, dia mendengar pintu bilik itu dibuka dari dalam, dia melajukan langkahnya.tak tahan.

" I hope benda ni tak berlaku lagi. Kalau terlepas pandang lagi, akan mendatangkan masalah untuk bahagian operasi" ujar Megat Adrean saat keluar dari bilik bersama encik Zen.

" Baiklah Tuan megat, maafkan saya atas kecuaian ini. Maafkan saya sebab hal ini tuan Megat datang ke sini" balas Zen sambil mengiringi Megat Adrean ke lif.

" no problem Zen, lagipun I dah lama tak turun sini, i trust you and I know you can handle this" balas Megat Adrean lalu memasukki lif yang dikhaskan untuk jawatan tinggi sepertinya.

Adra berjalan ke biliknya dan dia terserempak dengan Zen yang berjalan ke biliknya.

" encik Zen..." tegur Adra.

Zen tersenyum lalu mengangguk kepala sekali. Mereka masuk ke bilik masing- masing dan menyambung kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience