BAB 21 - ADRA CEMBURU?

Romance Completed 34064

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan dia mendirikan rumah tangga. Hubungannya dengan Megat Adrean semakin rapat. Dia juga sudah berpindah ke kondo milik suaminya itu. Saat melangkah, dia seakan terpana melihat ruangan penthouse milik lelaki itu. Dekorasi rumah yang nampak elegan namun terdapat ciri maskulin. Ruangan tamu itu di cat dengan kombinasi hitam, kelabu dan putih. Kalau dibayangkan nampak pelik namun gabunggan yang bijak menampakkan rumah itu mempunyai kelasnya tersendiri. Megat Adrean ada bertanya padanya jikalau dia ingin menukar warna kerana dia takut Adra tidak menyukainya. Namun, Adra nenyukainya.

Sedang Adra tekun menyiapkan kerjanya, Kak Yatt mengetuk biliknya.

" Adra, jom.. Meeting dah nak start"

Adra bergegas bangun lalu mencapai note booknya. Pagi itu mereka mempunyai mesyuarat bersama CEO bagi membentangkan laporan kewangan syarikat. Pembentangan itu di ucap oleh Encik Zen namun dia sebagai executive harus bersama- sama dalam meeting tersebut.

Adra membetulkan blouse biru lembutnya lalu dia melangkah masuk ke bilik meeting yang sudah ada beberapa staf. Tak lama kemudian, Megat Edrus memasukki bilik tersebut dan diikuti PA nya. Namun figura di belakang CEO nya itu menarik perhatiannya. Apa pula suaminya juga turut serta?

"morning semua. Untuk meeting kali ini, Megat Adrean akan menyertai kita since after this, he will take over my position for a few months. I have to go to Turkey for take care of the hotel there." ujar Megat Edrus lalu membuatkan beberapa staf mengangguk kepala.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, sesekali Adra mencuri pandang ke arah suaminya. Ternyata ketika bekerja, Megat Adrean seorang yang serius dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diterangkan oleh encik Zen. Dia amat kagum akan suaminya itu.
Saat soal jawab juga Megat Adrean banyak menanyakan tentang isu kewangan syarikat. Tak dapat di sangkalkan, sikap Megat Adrean juga sikit sebanyak seperti abangnya, tegas dalam memberikan sebarang arahan.

Adra mencatat beberapa nota penting. Dia mengangguk setuju saat Megat Adrean memberikan serba sedikit pandangan. Hampir sejam setengah mesyuarat itu selesai. Saat semua mula beredar, Adra mula bangun. Kelibat Megat Adrean juga sudah tidak kelihatan. Sesungguhnya di pejabat, mereka bersikap profesional. Di pejabat mereka hanya la seorang pekerja dan bos.

Adra masuk ke dalam biliknya lalu menyambung semula tugasnya. Bunyi pintu dibuka membuatkan dia mengangkat wajahnya. Tersembul wajah kacak di depannya yang tersenyum manis.

" hai sayang!! " ujar Megat Adrean lalu menarik langsir di cermin kaca agar tertutup rapat.

Adra mengerut kening melihat tingkah suaminya itu.
Megat Adrean menghampiri isterinya lalu satu ciuman hinggap di dahi dan dengan laju dia menarik Adra ke pelukannya.

" abang, nanti orang masuk!" ujar Adra sambil cuba merenggangkan pelukan namun tak berjaya.

" abang dah kunci pintu la. I miss you, sorry pagi tadi Hani kena datang kerja sendiri, abang ada urgent meeting" ujar Megat Adrean sambil mencium pipinya pula.

Makin lama Adra dapat melihat Megat Adrean semakin berani. Dekat rumah pasti sentiasa suaminya itu mencuri peluang memeluk dan menciumnya cuma tanggungjawab yang satu tu je dia tak pernah bangkitkan. Tak dinafikan Adra juga terbuai dengan layanan itu dan hampir sebulan duduk sebumbung dan tidur sekatil, rasa cinta terhadap Megat Adrean semakin memenuhi hatinya cuma dia malu untuk mengaku. dia hanya merelakan perbuatan suaminya itu seperti sekarang ini.

"i miss you too and its okay, Hani tahu abang busy tapi sekarang kita dekat office. Masa bekerja, nanti apa pula kata staf lain" ujar Adra.

" apa sayang cakap?" ujar Megat Adrean.

" kita dekat office.." balas Hani sambil simpan senyum. Ya, dia tahu kali pertama tadi dia mengucapkan kata rindu buat sang suami.

" no! You just said you miss me too right?"

" ada ek? Tak perasan pula. Dah, abang keluar sekarang. Nanti Hani juga kena bahan dengan staf lain" ujar Adra sambil melepaskan pelukan Megat Adrean.

" okay lah! Nanti lunch dengan abang okay. Bye sayang" ujar Megat Adrean sempat lagi dia mengucup pantas bibir Adra membuatkan isterinya itu terpaku. Dia keluar dan sempat lagi dia mengenyit mata kepada isterinya itu.

Saat Adra tiba di lobi, dia tersenyum nipis saat melihat kelibat Megat Adrean yang membelakanginya dari jauh namun tiba-tiba ada seorang wanita menyentuh bahu Megat Adrean dan mereka berjabat tangan. Di lihat Megat Adrean ceria melayani wanita itu. Siap bergelak ketawa lagi. Entah kenapa Adra tak suka melihat tayangan itu. Satu perasaan marah menguasai dirinya.

Lebih menambahkan panas di hatinya saat wanita itu berbisik sesuatu ke telinga suaminya dan Megat Adrean ketawa besar. Kalau orang tak tahu Megat Adrean sudah kahwin, pasti orang ingat mereka pasangan kekasih yang bahagia.

Tak lama mata Megat Adrean menangkap susuk tubuhnya dari jauh, wanita tersebut terus meninggalkan Megat Adrean di ditu. Adra menghampiri Megat Adrean dengan seribu rasa. Senyuman manis lelaki itu tak dapat menyejukkan hatinya yang sedang mendidih itu. Saat Megat Adrean mencapai tangannya dia hanya diam tak berperasaan.

Sunyi makan tengah hari mereka berdua. Adra sudah hilang mood nak bercakap. Megat Adrean dapat mengesan perubahan Adra.

" sayang...." panggil Megat Adrean.

" hermm..." balas Adra. Dia meneruskan suapannya tanpa memandang lelaki di depannya itu.

" kenapa ni hemm? It there something bother you, honey?" soal Megat Adrean.

" nothing..." balas Adra sepatah.

" tadi tu...."

" Hani dah kenyang... Makan la cepat nanti Hani lambat masuk office kena marah dengan bos pula" ujar Adra.

Megat Adrean meletakkan sudu dan garfu ditangannya. Dia melihat makanan Adra hanya luak sedikit sahaja.

" kenapa tak habiskan makanan tu?"

" dah kenyang"

" okay jom!" ajak Megat Adrean.

" habiskan la makanan abang tu dulu. Takkan dah kenyang lepas jumpa kekasih hati tadi" dalam tak sedar Adra memerli suaminya.

"what do you mean?" soal Megat Adrean pelik.

" kalau abang dah ada pilihan hati, abang beritahu Hani. Hani boleh undur diri. Hani tahu di mana tempat hani." ujar Adra dalam sebak.

" what are you talking about sayang? Pilihan hati mana pula ni??" pelik dia melihat perubahan isterinya itu.

" Hani nampak tadi, Hani rasa bersalah sebab jadi penghalang antara abang dengan dia"

" tadi? Penghalang?" soal Megat Adrean. Namun riak wajahnya bertukar, bibirnya mengoyak senyuman. Malah lebar senyuman itu.

" are you jealous honey??" soal Megat Adrean.

" ma.. Mana ada" sangkal Adra melarikan pandangannya.

Megat Adrean tersenyum lalu mencapai tangan Adra lalu mengenggamnya erat.

" Sayang, that my old friend, kebetulan dia datang showroom tadi. She married sayang, with one of my best friends also. Mungkin sayang tak cam dia tapi masa majlis resepsi kita dia datang dengan husband dia" ujar Megat Adrean lagi.

Adra menoleh ke mata Megat Adrean mencari kejujuran dan dia dapat lihat apa yang dicarinya.

" i'm sorry..." ujar Adra bersalah kerana membuat tuduhan sendiri terhadap suaminya.

" its okay... Yang penting abang dapat tahu yang isteri abang sayang abang kan. Cemburu kan tandanya sayang" ujar Megat Adrean tersenyum.

Membahang wajah Adra saat itu. Itulah Adra cemburu buta lagi!

Dari kejauhan ada seseorang memerhatikan aksi pasangan itu. Dia mengepal tangannya.
" sekarang korang boleh berbahagia, tak lama lagi kau tunggu la nasib kau!! "
Dia mendial nombor seseorang.

"hello, macam mana dengan tawaran aku tu?"

" hey, aku untung dan kau juga untung tahu tak! Kerja kau senang je"

"bagus! Aku jumpa kau sekarang!" ujarnya lalu memutuskan panggilan.
Dia kembali melihat pasangan itu.
" Tiba masa untuk aku beraksi! Kau tunggu Adra Hani!" ujarnya lalu meninggalkan restoran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience