BAB 26 - SAKIT KEPALA

Romance Completed 34064

Adra memicit dahinya saat melihat laporan di hadapannya. Entah kenapa dia tak boleh memahami setiap baris ayat yang tertera di kertas itu.

Dia menutup fail itu lalu berdiri menghadap tingkat kaca di biliknya. Bagi menghilangkan denyutan di kepalanya dia melihat panorama bandar dari tingkat 28 itu. Bunyi pintu dibuka membuatkan dia menoleh.

Megat Adrean menghampiri isterinya itu.

" kenapa ni? Masam je muka tu" soal Megat Adrean sambil memeluk Adra.

"pening la tengok report tu. Hani nak tenangkan fikiran jap. Abang dari mana ni?" soal Adra.

" Baru lepas jumpa Zen, rindu dekat sayang tu yang singgah sini kejap" ujar Megat Adrean sambil mencium pipi Adra itu. Semenjak dua menjak ini dia merasakan pipi Adra semakin tembam. Comel dia melihatnya.

"tadi Hani terserempak dengan kak Tasha. Dia tanya bila kita nak balik rumah daddy. Katanya abang Ed plan nak dinner ramai-ramai nanti." soal Adra.

Megat Edrus telah kembali ke Malaysia minggu lepas. Akhirnya megat Adrean tidak lagi sesibuk dulu.

"Tula, how about this weekend kita tidur sana. Mummy pon dah bising, lama tak tengok menantu bongsu dia" ujar Megat Adrean.

Adra hanya tersenyum. Tanpa sedar tangannya laju memicit dahinya.

" sayang, are you okay? Kalau tak sihat jom abang bawa pergi klinik." ujar Megat Adrean.

" Hani okay la bang, mungkin penah sikit kot. Rehat kejap okay la ni. Big bos jangan marah pulak ya" usik Adra membuatkan Megat Adrean memicit lembut hidungnya.

"jom balik," ajak Megat Adrean selamba.

" abang! Sekarang baru pukul12.30 la."

" i had told Zen that you are half day. Jom, abang tak benarkan sayang kerja dalam keadaan macam ni" ujar Megat Adrean.

Adra sudah tidak boleh membantah apabila suara tegas suaminya muncul. Dia mengemas fail di atas meja lalu komputer di tutup dan beg tangannya dicapai.

Sesampai di lobi, Mike sudah sedia menunggu bersama kereta. Mereka melangkah masuk lalu laju kereta itu meluncur laju.

"Abang! Kereta Hani macam mana?"

" tinggal dekat office je, lepas ni datang kerja dengan abang je. Kereta sayang esok Mike bawa balik." ujar Megat Adrean.

Kepala Adra berdenyut kembali, dia merapatkan badannya kepada Megat Adrean lalu melentokkan kepalanya ke bahu suaminya itu. Megat Adrean memeluk bahu Adra, membetulkan badan agar isterinya selesa.

Adra melihat kalendar di atas meja kerjanya. Dia mengerut dahinya. Lantas applikasi My calendar yang dia gunakan untuk merekod kitaran haidnya dibuka. Baru dia perasan bahawa sudah lama tidak datang bulan. Dia membuka laci lalu dia mencapai pregnancy test. Alat itu diberikan oleh Aisya, kononnya persediaan awal. Padahal sepupunya itu sengaja ingin kenakannya.

'hurm tak salah kan mencuba' desis hatinya. Dia mengenggam alat itu lalu dia melirik ke pintu bilik, harap suaminya tidak masuk ke bilik. Setahu dia Megat Adrean sedang berada di bilik kerjanya. Katanya ada kertas kerja yang harus dia semak.

Dia termenung sambil memandang alat tersebut. Dalam seminit dua dia harus menunggu untuk mengetahui resultnya. Setelah dirasakan masa menunggu sudah cukup lama dia mencapai lalu melihat keputusannya.

TokTokTok!!

"Sayang...."

Terbaik bahu Adra saat mendengar suara itu. Dia mengemas kesemua alatan itu. Dia mengumpalnya dengan tisu lalu mencampakkannya di dalam tong sampah.

Tak sampai seminit dia membuka pintu bilik air tersebut. Lalu tersengih melihat suaminya.

"apa Hani buat lama sangat?" soal Megat Adrean.

"mana ada lama... Abang bukan tengah buat kerja ke?" soal Adra lalu keluar dari bilik air itu.

"dah siap..." ujar Megat Adrean lalu masuk ke bilik air.

Adra menarik nafas lega. Dia berlalu ke katil lalu merebahkan badannya. Ahh lega..

Oleh kerana terlalu mengantuk, Adra terlena dulu. Kejadian di bilik air tadi terus dia terlupa.

Adra melihat penampilannya di hadapan cermin. Hari ini dia mengenakan palazzo maroon dipadankan dengan kemeja loose putih di tuck in serta selendang peach.

Megat Adrean keluar dari walk in closet itu sambil memutang cliff di tangannya. Dia merapati Adra dan tanpa meminta Adra terus mencapai tali teher berwarna maroon yang tergantung itu lalu melilit ke leher Megat Adrean. Itu rutin Adra hampir setiap pagi, memakaikan tali leher untuk suaminya dan Megat Adrean pula mengambil peluang itu untuk memeluk Adra.

Selesai membetulkan kedudukan tali leher itu, dia mengosok kemeja suaminya.

"handsome macam biasa" puji Adra tersenyum.

Megat Adrean menghadiahkan ciuman di dahi isterinya itu.

"thank you my beautiful wife" ujar Megat Adrean. Hari itu Mereka keluar ke tempat kerja bersama.

"Sayang, hari ni abang ada meeting dekat cyberjaya. Mungkin lewat habis, nanti sayang balik dengan Mike okay"

"okay, tapi abang... Hani teringin nak makan patin tempoyak la, kalau dapat yang dari Temerloh mesti sedap kan" ujar Adra. Hampir meleleh air liurnya saat membayangkan masakan itu.

"pagi-pagi dah teringin ikan patin? Pelik la sayang ni. Nanti kita pergi makan ya but sorry, not today. Hari ni abang busy sangat"

Kata-kata Megat Adrean itu membuatkan hati Adra tersentap. Entah kenapa emosinya seakan menganggap kata-kata Megat Adrean itu sebagai sesuatu yang buatkan hatinya terasa sakit. Kolam matanya bergenang. Dia cuba mengawalnya dari jatuh.

Megat Adrean yang memandu itu pelik melihat reaksi Adra yang tiba-tiba senyap.

" Hey honey? What's wrong??" soal Megat Adrean.

"nothing... Tiba-tiba rasa sakit kepala" ujarnya jujur.

Tiba-tiba sakit kepala menyerang. Ini amat pelik kerana tak pernah lagi pagi-pagi dia diserang sakit kepala.

"nak pergi klinik ke?"

"tak payah la bang, kejap lagi Hani makan ubat." balas Adra.
. .
. .
. .
.

"Ya! Aku tahu. Jangan risau, hari ni juga aku akan settlekan."

"aku paham la!!"

Dia memutuskan panggilan itu. Dari jauh dia memerhatikan pintu masuk dan keluar itu. Sikit masa sahaja lagi.
. .
. .
. .

Adra keluar dari bangunan itu, bayangan Mike tidak kelihatan lagi. Dia ingin masuk semula lalu entah kenapa tiba-tiba dia terpandang satu gerai cendol yang berada di seberang jalan, alang-alang tunggu Mike sampai dia pekena cendol dulu.

Saat melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah Van putih berhenti dan keluar seorang lelaki bertopeng menekup mulutnya dengan kain. Adra meronta namun makin lama rontaannya makin lemah dan pandangannya terus menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience