"aa.. Apa maksud awak ni? Jangan nak bergurau ek!?" soal Adra. Dia mula berasa tidak selesa melihat wajah serius lelaki itu.
" i'm serious Hani. I'm in love with you Since first time we meet at Cappadocia, I tak boleh nak hapuskan bayangan you dari mata I.".
"tapi... Kita tak sama.. Terlalu banyak perbezaan antara kita.. Kita tak.."
" Penting sangat ke taraf dalam hidup kita?" sampuk Megat Adrean. Dia menyandar badannya ke kerusi.
" saya... Saya tak tahu nak cakap apa, saya rasa saya tak layak untuk awak Ean. Saya tak... "
" you no need to answer me now. I'll wait until you ready Hani. Ambil berapa banyak masa yang you nak" ujar Megat Adrean.
Adra mengeluh perlahan. Dia terkejut saat mendengar luahan hati lelaki itu. Jantungnya masih tidak dapat berdegup dengan normal lagi. Entah kenapa jauh di sudut hatinya gembira mendengar perkataan itu meluncur laju dari mulut lelaki itu untuknya. Namun hatinya tidak kuat untuk menerimanya. Seperti ada sesuatu yang menghalang rasa itu terus bercambah dalam hatinya.
Sesampai di pejabat. Adra mengambil langkah awal meninggalkan Megat Adrean di belakang.
Sampai di biliknya dia mula menyibukkan diri dengan kerja.
Tok.. Tok..
Terjegul wajah Kak Yatt di muka pintu. Hurmm... Adra dapat mengagak apa soalan yang bakal ditanya oleh wanita.
1.. 2...3
"Adra dengan Tuan Megat ada apa-apa ke?"
Haaa.. Kan dah cakap!
“maksud akak? "
" kecoh dekat lobi tadi yang semua nampak Adra naik kereta dengan Tuan Megat. Betul ke you guys bercinta? Kalau betul akak happy untuk Adra. Korang memang sepadan"
"akak... Kami tak ada apa-apa pun. Tuan Megat ajak saya lunch sekali tadi. Hanya sekadar kawan. Itu sahaja."
" tapi akak risau kalau benda ni sampai ke telinga Cik Sofea tu. Meletup bangunan ni nanti."
" saya pun takut macam tu juga. Takut salah faham berlaku dan tak pasal-pasak kecoh nanti"
"harap benda ni tak kecoh la. Adra jangan risau la, semua staff dekat sini tak suka cik Sofea tu. Ni, petang nanti kita ada meeting. So encik Zen suruh akak serahkan report ni untuk Adra cek sebelum bentang dalam meeting nanti."
" okay kak. Thank you kak"
.
.
.
.
.
.
.
"Adra!!" jerit Aisya.
Adra yang sedang bersiap terkejut mendengar jeritan sepupunya itu. Muncul wajah Aisya yang tercunggap-cungap Di muka pintu biliknya.
"kau kenapa pagi-pagi dah macam nampak hantu?" soal Adra. Dia mengambil handbagnya lalu ke pintu bilik. Dia menuruni tangga ke tingkat bawah dan Aisya laju mengejarnya.
" ni.. Ni.. Kau tengok ni!!" ujar Aisya lalu menyua telefonnya ke arahnya.
MEGAT ADREAN AL AREEF SEDANG HANGAT BERCINTA
Mata Adra terbeliak saat melihat gambarnya dengan Megat Adrean sedang berjalan keluar dari kereta lelaki itu. Gambar yang di ambil dari sudut yang salah membuatkan gambar itu nampak seakan mereka berdua berdiri agak rapat. Adra memicit kepalanya.
"tak betul ni Sya!!" ujar Adra sambil terduduk di sofa.
" Habis macam mana cerita ni boleh timbul. Kau keluar lunch dengan dia ke semalam?"
" ada... Itu pun dia yang ajak aku. Sebenarnya dia ada luahkan perasaannya kepada aku semalam cuma..."
" what!! Cuma apa? "
" cuma aku tak bagi kata putus sama ada aku terima atau tak. Aku tak tahu la Sya. Aku tak layak terima cinta dia. Taraf kami tak sama"
" maknanya cerita ni hampir betul la.." ujar Aisya.
" maksud kau??"
" iya la... Dalam artikel ni dia cakap Megat Andrean hangat bercinta. Tapi realitinya Megat Adrean meluahkan cinta kat kau!" ujar Aisya. Tangannya mengosok dagu seakan sedang mengiakan kenyataannya.
" kau ni!! Aku tengah serabut kau boleh main-main pula"
" bila pula aku main-main. Betul la, cuma aku pelik kenapa kau tak terima je Megat tu? Tengok ni, hensem, kaya pulak tu."
"susah la Sya! Kau tak faham keadaan aku. Aku ni orang biasa, dia tu orang kenamaan. Kau faham tak, taraf Sya!"
"yang kau nak pentingkan taraf tu kenapa. Eh keluarga kau pun sebenarnya setaraf la dengan diorang. Kau dah lupa ke dulu Paklong pernah nak terima anugerah Dato tau sebab paklong merupakan salah seorang doktor pakar bedah yang terkenal dalam negara tapi paklong tolak. Kalau tak sekarang ni pun kau dah jadi anak Dato Dr. prof Amin tau! "bidas Aisya.
" masalahnya dia tu jutawan tau tak. JUTAWAN, harta 7 keturunan pun takkan habis. Aku ni dari keluarga biasa je, atuk nenek aku petani je. Dah la, dari aku layan kau ni tak pergi kerja karang. Bye! " ujar Adra lalu meninggalkan Aisya terpingga- pingga.
Dia melangkah masuk ke bangunan 30 tingkat itu dan saat itu dia dapat melihat beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Dia melajukan langkahnya menuju ke arah lif. Saat menunggu lif terbuka, tiba-tiba ada tangan menarik lengannya. Megat Adrean yang tidak beriak kemas memegang lengannya yang berlapik baju kurung yang di pakainya. Langkah kakinya mengikut arah yang ditarik oleh lelaki itu menuju ke lif peribadi yang hanya dikhaskan oleh keluarga Al Areef. Setelah dia memasukkan password lif tersebut tertutup lalu dia melepaskan tangan Adra.
"Tuan Megat memang saja nak keruhkan keadaan kan!?" sembur Adra.
Geram dia memikirkan aksi lelaki itu. Walaupun tak ramai tapi masih ada yang memandang mereka.
" I'm doing this for you! Dekat luar tadi dah ada reporters waiting for us. Kalau you still tunggu lif tadi tak mustahil mereka akan serang you." balas Megat Adrean
Adra menjauhi Megat Adrean lalu mengeluh.
" Tuan kena clear up this mess. Beritahu mereka yang kita takde apa-apa hubungan. Please.. I'm nobody dan saya taknak terlibat dalam kontoversi ni" rintih Adra.
" Hani.. I'm sorry. Dont worry i will settle this but..."
" But what Tuan??" soal Adra tak sabar.
"my family dah tahu pasal ni. And my mum want to meet us"
Adra memicit dahinya dan saat itu lif sampai ke tingkat 30.
' tingkat 30? Ini bukan penthouse milik keluarga mereka ke? ' desis Adra.
Megat Adrean melangkah keluar lalu memberi isyarat agar Adra mengikutinya.
Kad disentuh dan password dimasukkan lalu Megat Adrean membuka pintu rumah. Dia memberi isyarat agar Adra masuk namun Adra masih keras di tempatnya berdiri.
Apa lelaki itu cuba lakukan. Desis hati Adra.
"come in, my family in there waiting for us"
Dengan takut-takut Adra melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
Terpaku dia saat melihat dekorasi penthouse tersebut. Nampak sangat mewah dan elegant.
" come..." ajak Megat Adrean lalu dia berjalan ke ruang tamu. Di lihat sepasang suami isteri sedang duduk di sofa mewah itu. Ibu bapa Megat Adrean!
"have a seat Hani..." ujar Megat Adrean lalu memberi isyarat agar dia duduk di sebelah lelaki itu.
Adra mengambil tempat di sebelah Megat Adrean namun agak jauh jarak sehingga boleh muat seorang lagi duduk antara mereka. Bertentangan dengan mereka adalah ibu bapa Megat Adrean iaitu Tan Sri Megat Adnan dan Puan Sri Armel. Wajah keduanya nampak serius terutama Puan Sri Armel.
" So Adrean, can you explain to us what actually happened??" soal Puan Sri Armel tegas.
" Mummy, that not only the rumours, Ean mengaku kami memang bercinta."
Laju Adra menoleh ke arah Megat Adrean. Matanya membulat mendengar kenyataan itu. Ingin saja dia membantah tapi suaranya tak terkeluar.
" What! Habis, Sofea macam mana! Jangan nak malukan keluarga kita Ean! Semua dah tanya mummy macam-macam!! " jerkah Puan Sri Armel.
" mummy, Ean dan Sofea tak lebih dari kawan. Banyak kali Ean cakap yang Ean tak boleh cintakan Sofea! Adra Hani yang Ean cinta! Ean dah buat keputusan yang kami akan kahwin secepat mungkin"
" What!"
"what!"
Ujar Adra dan Puan Sri Armel serentak.
" apa yang awak cakap ni Ean!" soal Adra.
" no! Mummy tak izinkan. Perempuan ni datang dari mana kamu nak buat isteri! Dia anak siapa? Anak Business partner kamu ke?" soal puan Sri Armel sambil menjeling Adra di depannya.
Terkilan hati Adra saat mendengar kata-kata wanita separuh usia itu.
" her name Adra Hani binti Amin mummy. She is my account executive di syarikat kita. Dia bukan anak business partner syarikat kita tapi dia yang telah memikat hati Ean."
" No Adrean!!" jerkah Puan Sri Armel. Kalau dia izinkan punah hasratnya ingin menantukan Tengku Sofea. Gadis pilihannya.
" Armel.. Calm down" ujar Tan Sri Megat Adnan setelah dari tadi berdiam diri.
" Adrean, are you sure about this?" soal Tan Sri Megat Adnan kepada Megat Adrean.
" Abang!"
" Mel, please. I need to discuss this with Ean."
" yes daddy, Ean memang cintakan Hani." balas Megat Adrean yakin. Dia menoleh ke arah Adra yang seakan masih terkejut itu. Dapat di lihat mata gadis itu berkaca.
" kalau macam tu, daddy nak kamu berdua kahwin secepat mungkin. Daddy taknak gosip ini akan menjejaskan reputasi syarikat kita. Kamu tahu tak yang statement dekat media sosial itu boleh membuatkan client kita kurang yakin dengan keupayaan kita." ujar Tan Sri Megat Adnan.
" no! Mel tak izinkan Ean kahwin dengan perempuan ni!! " bantah Puan Sri Armel.
" Armel, ini pilihan Ean dan sekarang kena fikir juga tentang syarikat kita! " tegas Tan Sri Megat Adnan membuatkan isterinya terdiam.
Adra mengelap Air mata yang mengalir laju saat itu dengan tangannya. Megat Adrean menghulurkan sapu tangan kepada Adra. Suasana di dalam pejabat lelaki itu yang sunyi membuatkan esakannya jelas kedengaran.
" saya taknak kahwin dengan Tuan! Kenapa saya harus perjudikan masa depan saya hanya kerana ingin menjaga reputasi syarikat Tuan!"
"No Hani, this is not about the reputation. I memang nak kahwin dengan you! I love you!" ujar Megat Adrean.
"tapi saya tak cintakan awak!!" balas Adra.
" Hani please... Marry me? I akan lindungi you dengan nyawa I." rayu Megat Adrean.
Adra berdiri.
" No! Kita baru kenal and you are my boss! Tak! Tak mungkin saya nak kahwin dengan awak!" bantah Adra.
Megat Adrean mendekati Adra namun gadis itu menjauhinya.
" Hani, listen to me... Selagi kita tak kahwin you akan diburu wartawan. Dan tak mustahil you akan jadi target musuh-musuh syarikat ini. I tak nak benda yang sama berlaku kepada kak Tasha akan berlaku dekat you!"
Adra merenung mata lelaki itu.
" apa maksud awak? "
Megat Adrean mengeluh.
" Dalam business kami ada musuh. Dan musuh akan buat apa saja untuk jatuhkan kami. Salah satu caranya dengan usik orang yang kami sayang. Kalau mereka nak bakar hotel or showroom kami tak heran. Insurans akan cover semua tapi losing someone who we love, it cant be replace Hani. Kak Tasha pernah kena langgar lari, dia koma untuk berbulan-bulan. I think you boleh bayangkan keadaan Abang Edrus masa tu. Dia seperti bukan orang, he stay at the hospital 24 hours. Tak masuk office, tak pedulikan dunia luar. Hidupnya hanya di wad Kak Tasha. Itu yang musuh kami nak, bila kerja terabai business drop. Nasib baik masa tu daddy masih lagi bekerja dan I tolong daddy. Bila kak Tasha sedar barulah abang Edrus berubah menjadi seperti sekarang. I dont want same thing happen to you Hani"
"please be my wife Hani. I will protect you with all my heart" pinta Megat Adrean lagi.
Adra diam membisu namun dengan laju dia melangkah keluar dari bilik pejabat Megat Adrean.
" Hani!!"
panggilan lelaki itu tidak diendahkan lagi.
**Note : hi guys!! Sorry beberapa hari ni agak busy sampai tak sempat nak updte.. Hnya dpt siapkan 2 chapter sahaja... Huaaa!!
Sepatutnya dah updte tapi suddenly acc i ter log out n unable to log in... Nak nangis rasanya!!
Strt esok i off 5days so hope dpt updte more chapters.. Chaiyok!
Share this novel