Adra Hani berjalan di sekitar the Grand bazaar. pasar ini telah wujud sejak tahun 1461 lagi! Sangatlah tua! Di dalamnya terdapat sehingga 5,000 buah kedai yang menjual bermacam barangan seperti permaidani, perhiasan, rempah-ratus, seramik hasil tangan dan sebagainya. Dia berjalan sambil melihat cenderamata yang boleh dibawa pulang untuk keluarganya.
Telefonnya berbunyi tanda ada mesej whatapps masuk. Dia membuka dan saat membaca mesej itu dia mengeluh. Sejak dia tiba di Istanbul, ini kali pertama dia dapat mesej dari Malaysia.
~ Adra, family Rais datang untuk putuskan pertunangan. Apa dah jadi ni? Please call ayah A. S. A. P~
mesti keluarganya terkejut menerima berita ini. Ditambah pula dia yang jauh dari bumi Malaysia. Ah! Nanti sampai hotel dia akan telefon keluarganya dan menerangkan semuanya. Teringat kembali saat di airport apabila sepupu membebel akan niatnya ingin melancong.
" kau dah pikir masak- masak ke ni Adra?" ujar Aisya saat menemaninya check in bagasi.
" iya... Kau kan tahu aku dah resign dekat syarikat tu. Aku dah taknak tengok muka mamat tu lagi. Lagipun umi dan ayah dah tahu aku nak pergi melancong" jawabnya malas.
" lepas ni mesti kecoh bila family Rais datang rumah tapi kau takde. Atleast bagitau la mak long dan paklong dulu. Benda ni bukan main-main tau"
" nanti aku cakap la. Kau ni macam opah la suka membebel" ujar Adra sambil memeluk bahu sepupunya itu.
Mereka sememangnya rapat dan tiada rahsia antara mereka.
" pergi sana jaga diri elok- elok. Dah la pergi sorang-sorang. Macam mana la paklong boleh lepaskan kau pergi" bebel Aisya lagi.
"aku bohong sunat sikit. Aku cakap pergi dengan group. Sorry" sengih Adra saat melihat Aisya sudah bulat mata mendengar pengakuan itu.
" Tak payah pergi, jom ikut aku balik!!" Aisya mula menarik tangan Adra namun Adra mengeraskan badannya.
" Sya, please... Bagi aku peluang untuk rawat hati aku. Bagi aku peluang untuk rasai bahagia. Aku akan selesaikan masalah aku, jangan risau ok?" pujuk Adra.
Aisya mengeluh.
" janji dengan aku yang sentiasa mesej aku? Jangan senyap pulak dekat sana. Aku dah bersubahat dengan kau ni. Kalau paklong tahu, dengan aku kena pancung nanti" bebel Aisya.
Adra mengangguk lalu tersenyum. Dia memeluk erat sepupunya lalu melangkah ke arah pintu perlepasan antarabangsa.
Saat tiba di hotel, dia menanggalkan tudungnya lalu merebahkan badannya ke katil. Setelah 2 hari dia berada di Istanbul dan besok dia akan bertolak ke Cappadocia, destinasi utamanya. Dia akan menghabiskan masa dalam seminggu di sana. Sejak habis belajar di UK dulu, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara asing sendirian. Ayahnya amat membangkang saat dia ingin melancong ke luar negara kerana bimbang akan dirinya. Oleh itu dia terpaksa membohongi keluarganya. Dia perlu merawat hatinya dan dia sendiri tak menyangka hatinya tertarik ingin ke Turki.
Dia membuka applikasi skype lalu menghubungi ayahnya selepas dia memberitahu bahawa dia ingin menghubungi mereka. Sekarang baru pukul 9 malam di malaysia.
Tak lama, terpapar wajah ayahnya serta uminya.
" assalamualaikum Adra" ujar ayahnya.
Adra Hani tersenyum.
" Waalaikumusalam ayah, umi."
" macam mana Istanbul. Best tak? Ramai ke yang join group Adra?" soal uminya pula.
" best umi. Tak ramai sangat. Dalam 20 orang je" bohong Adra Hani.
Dia dapat melihat reaksi ayahnya yang agak serius itu. Sesungguhnya ayahnya seakan dapat menghidu pembohongannya.
" Tadi Rais dan keluarganya datang. Rais sendiri beritahu ayah dan umi yang dia ingin memutuskan pertunangan. Katanya kamu berdua dah tak serasi. Betul ke?" soal ayah serius.
" kalau itu yang Rais cakap, begitu la ayah. Lagipun Adra dah tahu. Dan Adra terima dengan redha." balas Adra Hani. Sebak hatinya saat melihat wajah mendung ibu bapanya.
" Adra tak boleh berbincang ke dengan Rais? Mungkin dapat selesaikan masalah kamu berdua" ujar Umi pula.
" tak pe la Umi, mungkin sampai sini saja jodoh kami. Adra pun taknak fikir dah. Sebelum datang sini Adra dah bincang dengan Rais. Kami dah capai kata putus untuk memutuskan pertunangan kami. Maafkan Adra umi, ayah"
" tak mengapalah kalau macam tu. Kami tak boleh nak menghalang keputusan kamu berdua. Kita putuskan dengan cara elok. Adra Duduk sana jaga diri elok-elok. Jangan merayau seorang diri. Nanti balik ayah jemput kamu dekat airport. " pesan Ayah.
" ok ayah. Kirim salam dekat adik dan Mak Nah ye. Nanti Adra belikan souvenir untuk semua" ujar Adra tersenyum manis.
"ayah, umi..." panggil Adra Hani.
" yer.." serentak ibu bapanya menyahut.
" maafkan Adra ya..." ujar Adra sayu.
" ya... Bukan salah kamu. Dah takde jodoh..." ujar umi.
Setelah menamatkan panggilan dia bangun dari katil untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Tak sabar rasanya ingin ke Cappadocia esok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" banyak-banyak tempat, sini juga kau ajak aku?! Dah kemaruk sangat ke nak honeymoon. Tak boleh tunggu lepas nikah nanti ke?" ujar Megat Adrean tak puas hati. Dia meletakkan bagasinya di sudut bilik.
Raja Azray yang sedang merebahkan badan di katil single itu tersengih.
" honeymoon nanti aku bawa bini aku pergi Maldives. Saja je aku datang sini nak last bachelor trip dengan kau." ujar Raja Azray sambil mata terpejam. Penat menempuh perjalanan yang panjang.
"kenapa Cappadocia? Ke kau nak jumpa skandal dekat sini. Tak pasal- pasal aku kena jadi pak turut kau" tebak Megat Adrean lalu merebahkan badannya di katil single satu lagi.
" aku mana ada skandal, kawan aku yang belajar sekali di US dulu jemput datang majlis kahwin dia besok. Aku tak tahu nak ajak sape, kau jela calon yang sesuai. Sambil-sambil tu boleh la kita jalan-jalan dekat sini sambil usha awek turki" balas Raja Azray.
" nasib daddy aku tak bising. Alang- alang dah sampai sini aku nak enjoy cuti aku puas-puas!" ujar Megat Adrean bersemangat.
"yelah Ean, untung- untung dapat kaut awek dekat sini bawak balik Malaysia, boleh juga aku makan nasi minyak kau"
Serta merta satu bantal kecil melayang dimukanya.
"woi!!"
Megat Adrean ketawa terbahak-bahak. Padan muka!
Share this novel