BAB 10- CEMBURU KE?

Romance Completed 34064

Setelah Tan Sri Megat Adnan merasmikan acara, maka bermula la pertandingan itu. Megat Adrean sekumpulan dengan Megat Edrus dan dua lagi staff bahagian operasi Yang berada di lorong sebelahnya.

Adra mengambil bola lalu membuat lontaran apabila tiba gilirannya. Strike!

" wow Adra! Semua strike. Hebat la" puji Kak Yatt.
Adra tersenyum malu. Sejak dulu lagi, Dia dan Aisya memang hantu bowling maka bowling merupakan sukan makanan dia. Berlagak ek Adra Hani!

Adra duduk lalu memberi peluang untuk giliran Alia pula. Dia terasa dahaga lalu ingin mengambil air mineral yang disediakan namun tiba-tiba ada huluran botol mineral kepadanya. Dia menoleh, Iskandar tersenyum.

" untuk saya?"

" yup.. Kebetulan saya pergi ambil. Saya ambilkan untuk awak sekali" ujar Iskandar lalu duduk di kerusi sebelah Adra.

" terima kasih. Team awak macam mana?"

"ok la, tengok pada markah team awak paling tinggi" puji Iskandar.

Adra tersenyum. Dia meneguk perlahan, tak disangka ada air y meleleh sikit di tepi bibirnya. Laju iskandar mengambil tisu lalu ingin mengelap ke bibir Adra namun laju Adra melarikan wajahnya.

" sorry.." ujar Iskandar akan keterlanjurannya.

" its okay" balas Adra lalu mengambil tisu lain lalu mengelap bibirnya.

Dia terus bangun saat mendengar Encik Zen memanggil namanya menandakan gilirannya membuat balingan.

Megat Adrean merenung tajam ke arah Iskandar. Entah kenapa saat dia melihat Iskandar ingin menyentuh wajah Adra, dia merasa marah dan ingin saja dia menumbuk wajah lelaki itu. Dia tak suka apabila lelaki itu mendekati Adra. Nasib baik Adra laju mengelak. Dia tahu Adra amat menjaga batas pergaulan.

Tamat sudah pertandingan itu. Masing masing duduk berehat. Adra meneguk air mineral yang masih berbaki sedikit. Saat itu dia terpandang wanita cantik yang duduk sambil meriba bayi perempuan di sebelahnya, Isteri Tuan Megat Edrus. Dia memberikan senyuman manis kepada Adra dan Adra membalas kembali.

" staff baru ye? Akak tak pernah nampak sebelum ni?" soalnya ramah.

" ya puan, saya baru sebulan lebih kerja. Bahagian finance. Saya Adra Hani, puan boleh panggil saya Adra" ujar Adra lalu menghulurkan tangan kepada isteri bosnya itu.

" akak Tasha. Tak perlu la berpuan- puan." Tasha menyambut salam Adra.

Tiba- tiba bayi setahun itu menghulurkan tangan kepada Adra.
Adra menoleh kepada anak bosnya. Dia mengagah lalu dengar bayi itu ketawa. Adra tersenyum mendengar ketawa comel itu.

" ini Issabella, dia jarang suka dengan orang. Selalunya menangis bila jumpa orang tak kenal. Dengan uncle Ean dia pun kadang- kadang taknak" ujar Tasha.

" boleh Adra pegang issabella?"

Tasha menghulur anaknya kepada Adra lalu Adra menyambut dan meriba Issabella.

" Ella sukakan Adra" ujar Tasha tersenyum.

Adra terus mengagah Issabella lagi. Geram dia tengok wajah comel itu. Anak kacukan la katakan. Bapak hensem mak cantik, memang dapat anak helok la jawabnya.

" amboi Issabella, nak pula dengan orang kan sayang" tegur Megat Edrus sambil menghampiri lalu berdiri di sebelah isterinya. Megat Adrean pula berdiri sebelah abangnya itu.

" Tula bang, Sha pun terkejut bila Ella hulur tangan kepada Adra" balas Tasha tersenyum.

Adra tersenyum. Jelas terlihat lesung pipit di pipinya. Tanpa sedar Megat Adrean tersenyum melihat Adra melayan anak saudaranya. Megat Edrus menepuk bahu adiknya lalu tersenyum mengusik. Megat Adrean menggosok belakang lehernya.

Sesi penyampaian hadiah berlangsung dan kumpulan Adra menjadi juara untuk pertandingan itu. Saat mereka berkemas untuk pulang, Adra mencari kelibat Iskandar kerana lelaki itu berjanji untuk menghantarnya pulang.

Saat itu Megat Adrean menghampiri Adra.

" you balik dengan siapa?"

" Dengan Iskandar. Tadi saya datang tumpang dia." balas Adra.

"Adra!"

Di lihat Iskandar menghampiri mereka berdua.

" jom la saya hantar awak balik."

" Is..." Emmy datang menghampiri pula.

" Boleh tak you hantar I balik. Tadi kawan I janji nak datang ambil tapi di cancel last minute. I tak biasa dengan area sini" rengek Emmy. Iskandar sudah serba salah.

" its okay Is, awak hantar Emmy balik. Saya boleh balik sendiri" ujar Adra mengalah. Dia tak kisah kerana dia boleh meminta menaiki grab.

" tapi saya da..."

" jom la Is...." ujar Emmy.

" i'm sorry Adra.." ujar Iskandar lalu meninggalkan Adra dan Megat Adrean di situ.

" kalau macam tu, I hantar you balik la" pelawa Megat Adrean.

" eh! Takpe Tuan Megat. Saya boleh balik sendiri, terima kasih" tolak Adra. Dia teringat kata-kata Kak Yatt agar jangan rapat dengan Megat Adrean. Lagipun tadi dia melihat Tengku Sofea datang bersamanya.

" I offer as Ean, your friend not your boss. Sofea's not here. Dia dah balik tadi, dia tak suka datang event macam ni. I know you must heard story about her right?" soal Megat Adrean.

Adra serba salah. Sejak mengetahui siapa Ean sebenarnya dia seakan malu untuk terus mendampingi lelaki itu. Dia merasa dirinya tidak layak. Dia juga baru mengetahui bahawa Ray ialah Raja Azray Dato Paduka Raja Aziz. Saing-saing keluarga Megat Adrean juga. Patut lah rapat rupanya mereka setaraf.

"ermm.. Saya.."

" dah! Jom... Semua dah keluar, tinggal kita je dekat sini" ujar Megat Adrean lalu memberi isyarat mata agar Adra memulakan langkah keluat. Nak tak nak Adra terpaksa juga menerima pelawaan lelaki itu. Satu yang dia tahu, Megat Adrean ini agak memaksa dan sangat tegas dalam apa yang dia cakap. jenis lelaki Alpha male.

Suasana sunyi di dalam Range Rover hitam milik lelaki itu. Tak pernah terfikir dia akan menaiki kereta mewah lelaki itu.

"I rasa you dah berubah Hani." ujar Megat Adrean memecahkan kesunyian.

" maksud Tuan? "

"Ean, Hani. Just call me Ean, just like you call me At Cappadocia. Kita bukan dekat office sekarang ni"

" ermm... Maksud awak? Apa yang buatkan awak cakap saya berubah? "

" Hani yang I kenal tak akan merasa kekok dan takut untuk bercakap macam sekarang. I know you change since you tahu siapa I dan Ray sebenarnya kan."

" tak ada la Ean... Saya cuma segan je"

" tak perlu segan, Hani. Tu semua harta atuk dan daddy saya. Saya pun pekerja mereka sama macam you"

Adra tersenyum. Dia merasa keikhlasan Megat Adrean untuk berkawan dengannya namun masih ada perasaan aneh yang menyekat hatinya untuk terus mesra dengan lelaki itu.

Mereka berhenti di depan pintu pagar rumah keluarga Adra. Dari jauh dilihat ayah dan uminya sedang duduk di bangku di laman rumahnya.

"Terima kasih sudi hantar saya." ujar Adra.

"sama-sama"

Dari jauh Adra melihat ayahnya memdekatinya.

" jemput la kawan Adra singgah minum dulu" ujar Encik Amin.

Adra menoleh ke arah Megat Adrean.

" jemput la singgah dulu Ean"

"Baiklah"

Megat Adrean melangkah masuk ke perkarangan rumah Adra. Jika dilihat banglo yang agak besar itu, keluarga Adra juga dikatakan dari keluarga senang cuma dia tak pernah menanyakan perihal keluarga gadis itu.

" Ayah, ni kawan dan bos tempat kerja Adra, encik Megat Adrean"

Mereka bersalaman.

"panggil Ean sahaja pakcik" ujar Megat Adrean ramah.

" jemput duduk Ean. Terima kasih sudi hantar Adra balik. Bukan kamu balik dengan Iskandar ke? Soal Encik Amin menoleh ke arah Adra di sebelahnya.

" Iskandar ada hal ayah"

" oh begitu.. Ean kalau Adra ada buat kesilapan semasa bekerja tegur-tegur la dia ya," ujar Encik Amin.

" Hani bagus pakcik, HOD dia selalu puji hasil kerjanya." balas Megat Adrean sambil mengerling Adra sekilas.

"alhamdulillah. Eh, berborak lama pula, jemput minum Ean." pelawa encik Amin. Megat Adrean mengangguk lalu mencapai cawan kopi itu.

Adra menghantar Megat Adrean ke kereta.

" sabtu depan awak pergi majlis Ray dengan siapa?" soal Megat Adrean.

" rasanya seorang je kot. Saya ada ajak Sepupu saya tapi dia tak dapat teman" balas Adra.

" be my plus one? Nanti I jemput you." pinta Megat Adrean.

" ermm segan la Ean. Awak kan dah ada girlfriend, saya taknak orang salah faham nanti" tolak Adra.

" girlfriend? Who's my girlfriend?" soal Megat Adrean.

" Cik Sofea la."

" you ni memandai je. Okay la, I balik dulu. Sabtu ni I will pick up you here. Bye" ujar Megat Adrean lalu memboloskan diri ke dalam kereta tanpa sempat Adra berkata apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience