Megat Adrean melijat dengan sayu keadaan isterinya dari sebalik cermin kaca itu. Disebabkan masih belum waktu melawat, dia hanya dibenarkan tengok melalui luar. Dapat dilihat wayar berselirat. Sudah hampir 2 minggu berlalu namun keadaan masih sama. Adra masih kaku terbaring di katil itu.
"assalamualaikum sayang abang..." bisik Megat Adrean ke telinga Adra. Dahi dan pipi isterinya di cium kasih lalu dia duduk di kerusi di sebelah katil itu. Dia mengosok perut isterinya dan juga mengucup lembut.
"assalamualaikum anak papa yang kuat. Stay strong dengan mama ya sayang" bisik Megat Adrean berdekatan perut isterinya.
Megat Adrean mula membacakan surah yusuf dan maryam untuk anaknya. Selepas itu surah Yasin dibacakan untuk Adra.
"Sayang, bila sayang nak bangun? Sayang kata nak makan patin tempoyak. Bangun la cepat nanti kita pergi Temerloh, kita makan ya. Abang tunggu sayang bangun. Sayang tak kesian dekat abang ke?? I miss you so damn much.. Siapa yang ikatkan tali leher untuk abang pagi-pagi? Ikatan abang tak sekemas sayang buat..please sayang... Wake up please... " terus kedengaran esakan Megat Adrean di dalam bilik ICU itu.
" Sayang... I love you so much. I can't lose you. Please be strong for me... For our baby. I need you to stay my side sayang. " sambung Megat Adrean lagi.
Saat itu terasa ada genggaman di bahu kirinya.
Raja Azray sayu melihat keadaan kawan baiknya itu.
" Sofea bakal dihadapkan ke mahkamah. Dan doktor beritahu dia mengalami mental disorder. Rupanya hampir 2 tahun dia mengalaminya. Katanya akibat pergaulan bebas dan pengambilan dadah semasa dia di US. Rais pula tidak bersalah kerana dia bersubahat hanya untuk selamatkan Adra. Keterangan di ambil dan masa hari kejadian dia yang mesej kau untuk datang ke tempat itu" ujar Ray walaupun dia tahu Megat Adrean tidak mendengar apa yang dikatanya.
Raja Azray melihat Megat Adrean tidak menjamah makanan di depannya itu.
" kau kena makan Ean, kalau keadaan kau macam ni mesti Adra lagi sedih. Kau nak ke bila Adra sedar kau pula yang sakit? Aku tahu Adra kuat. Dan kau harus sentiasa beri semangat untuk Adra." ujar Ray.
Megat Adrean masih termenung. Keadaannya sekarang tidak terurus. Jambang mula tumbuh meliar. Dia langsung tak menjejakkan kaki ke pejabat. Mujurlah abangnya faham lalu membenarkan Megat Adrean sentiasa ke hospital. Kerana Megat Edrus juga melalui fasa yang sama dulu walaupun keadaannya berbeza. Bagaikan Dejavu. Mereka melalui nasib yang sama.
"Ean??" panggil Ray.
Megat Adrean memandang Ray di depannya.
" Aku tak nak kehilangan Hani Ray. Aku tak kuat" ujar Megat Adrean menunduk. Ray dapat lihat air mata yang menitis itu.
Megat Adrean sekarang sangat rapuh. Sangat murah dengan air matanya. Ray sangat bersimpati melihat keadaan kawannya itu. Pada minggu pertama Adra koma, Ean kemalangan kerana terlalu penat dan kurang tidur. Selepas itu, driver Ean di tugaskan untuk membawanya ke mana sahaja. Dan hanya hospital saja dituju.
"Kau balik rehat dulu Ean. Kau kena jadi diri kau yang dulu. Bersemangat, dan dengan semagat itu mungkin boleh buatkan Adra cepat sedar" nasihat Ray.
Megat Adrean memandang sahabatnya itu. Terasa dia baru tersedar dengan kata-kata itu. Perlahan lahan dia mengangguk.
Ray membawa Ean pulang ke rumahnya. Di dalam kereta keadaan sunyi dan Ray tidak mahu menganggu Ean yang sudah memejam matanya itu. Hanya kedengaran radio yang berkumandang.
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
S'moga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan, kumohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan, kumohon kuatkan hatinya
Selamanya
Aku perlu dia
Kurindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan, kumohon pada-Mu, kuatkanlah hatinya.
Lagu yang berkumandang seakan menyatakan perasaan hati Megat Adrean. Tanpa dia sedar air mata mengalir laju membasahi pipi.
Ray yang menyedari keadaan itu memandang sayu sahabatnya itu.
Ean sangat lemah in this chap kan... Baca sambil dengar lagu Purnama by Naim daniel... Hurmm..
Share this novel