BAB 5

Romance Completed 23694

Nuh masih kaku di situ, walaupun bayang kereta itu sudah menghilang namun matanya masih terbayangkan renungan milik Nayla tadi. Entah kenapa dia terlalu memikirkan Nayla.

Mereka terlalu baru kenal dan jelas gadis itu tidak berminat untuk berkawan dengannya namun entah kenapa hatinya bersalah saat melihat pandangan Nayla kepadanya.

"ermm...you,jom ke hotel... I dah tak tahan ni" goda gadis di pelukannya.

Saat itu dia tersedar lalu melepaskan pelukannya.

"sorry i takde mood" ujar Nuh lalu masuk ke keretanya lalu meninggalkan gadis itu terpingga-pingga di situ.

Minyak ditekan menambahkan kelajuan. Hatinya masih memikirkan Nayla.

Arghhh...

Dia menghentak stereng keretanya saat itu.

'kenapa dengan aku ni!' desis hatinya.

Kereta menghala ke Penthouse miliknya. Dia takkan pulang ke rumah abangnya dalam keadaan berbau arak ini.
. .
. .
. .
. .

Sejak kejadian malam itu, dia cuba mendekati Nayla. Dia pula seakan menjadi pemandu tetap anak saudaranya, menghantar Naira ke kelas muzik 3 kali seminggu itu. Naik hairan abangnya saat dia memberitahu permintaannya itu.

Namun sepanjang minggu ini dia hampa saat raut wajah yang ingin ditemui tidak muncul.

Setelah menutup pintu sebelah penumpang, dia masuk di bahagian pemandu. Wajah anak saudaranya itu di pandang.

"Rara, kakak Nayla pergi mana? Berapa lama dia cuti?" soalnya kepada kanak-kanak itu.

"Rara tak tahu! Teacher cakap kakak cuti seminggu" jawab Naira.

"bila kakak masuk kelas balik?" soal Nuh lagi.

"minggu depan. Kenapa dengan uncle ni?" soal Naira hairan.

"kenapa, kenapa pulak? Salah ke nak tanya?" soal Nuh pula.

Minyak ditekan dan kereta itu mula meninggalkan bangunan itu.

"Uncle suka kakak ek?" tebak Naira sambil mengoyangkan jari kecilnya itu.
"kalau uncle suka kakak, ada masalah ke?" soal Nuh lagi.

Lucu dia melihat aksi Naira yang seolah sedang berfikir, jari mengosok dagunya. Tak sabar dia mahu mendengar kata yang keluar dari mulut comel itu.

"hurmm.. Rara suka kakak sebab kakak cantik, baik, pandai main muzik tapi...."

"tapi apa Rara..."

"tapi uncle kan ramai girlfriend, kakak mesti tak suka uncle" balas Naira selamba.

Eh eh budak ni. Desis Nuh namun memang salahnya juga kerana beberapa kali dia keluar bawa Naira kadang-kadang ditemani beberapa wanita berbeza. Itu membuatkan Naira tahu dan budak kecil itu sudah bijak untuk meneka kelakuannya.

"yeke... Uncle dah takde girlfriend la.." sangkal Nuh.

"tapi hari tu Rara dengar daddy cakap uncle asyik tukar-tukar girlfriend. Daddy cakap bila la uncle nak bertaubat"

Bang!

Tersentak saat anak sekecil Naira itu berkata begitu kepadanya. Abangnya pun satu, cakap tak pandang kiri kanan.

"tapi uncle ikhlas nak kawan dengan kakak." ujar Nuh memandang anak saudaranya saat kereta berhenti di lampu merah.

"kalau uncle ikhlas uncle kena la berubah. Jangan la keluar dengan perempuan lain. Dah la semua girlfriend uncle tu jahat" omel Naira.

Tercengang Nuh melihat anak buahnya yang berusia 9 tahun tu. Cakap mengalahkan mak cik- mak cik.

"yela uncle cuba" ujar Nuh sambil menukar gear saat lampu bertukar hijau.
. .
. .
. .
. .
. .

"bonjour Nayla"

Nayla menoleh ke arah suara yang memanggil namanya lalu laju dia memeluk tubuh itu, melepaskan rindu setelah hampir setahun tidak berjumpa. Kali terakhir mereka bersua saat abangnya itu pulang ke Malaysia.

"mana barang Lala?" soal Nadim pelat.

"ni je barang Lala. Where is mommy?" soal Nayla mencari kelibat mommynya.

"waiting at home, she's cooked at lot for you" jawab Nadim lagi.

Mereka jalan beriringan dan abangnya tak lepas dari memaut bahunya.

"Ma chère Nayla!"
( sayangku Nayla)

Jerit mommynya lalu memeluknya erat.

"tu me manques tellement mommy!"
(i miss you so much mommy!) "

" you look skinny Lala! " ujar Rosebell, mommynya.

" no mom, Lala control makan je. Kalau selalu makan nanti gemuk" balas Nayla dalam bahasa melayu.

Ibunya itu walaupun kurang dalam bercakap bahasa melayu tapi dia masih memahami apa yang di cakapkan. Arwah daddynya sentiasa bercakap dalam bahasa melayu. Abangnya juga boleh berbicara walaupun ada pelatnya sedikit dan dia, semenjak tinggal di Malaysia, dia sudah makin mahir. Berbanding ketika dia baru pulang, ada sedikit pelat sehingga ada yang menanyakan kenapa cara percakapannya itu agak pelat, dia hanya memberi alasan itu cara percakapan keluarga dan semakin lama dia pelatnya sudah hilang.

Selesai makan, Nayla duduk berehat di tempat kegemarannya. Di taman bunga milik mommy. Sungguh cantik taman yang dijaga ibunya itu,

"Lala," Nadim melabuhkan punggung di sebelahnya.

Automatik Nayla melabuhkan kepala ke bahu abangnya itu. Dia sangat manja dengan abangnya itu dan Nadim sangat menjaganya lebih dari segalanya. Cuma ketika di Malaysia sahaja Nadim menghantar bodyguard untuk memerhatikan Nayla dari jauh. Dia tahu akan tindakan abangnya itu.

"Kenapa tak stay di sini saja dengan abang dan mommy? Why you choose Malaysia? You know right, they don't like us. Even masa daddy meninggal pun mereka tak bagi kita tengok kubur daddy. What if they know Lala ada dekat sana, tak mustahil mereka akan apa-apakan adik abang ni" ujar Nadim sambil membelai kepala adiknya.

"don't worry abang, dah hampir sepuluh tahun mereka tak jumpa kita. Last jumpa lepas arwah daddy meninggal, masa tu Lala baru 15 tahun. Rasanya kalau jumpa depan-depan pun mesti diaorang tak cam. Lagipun kita dah takde urusan dengan mereka. Abang lupa ke mereka dah buang kita sekeluarga" balas Nayla.

"just be careful mon cher. I don't want to lose you. Cukup la kita kehilangan daddy" balas Nadim lalu mengucup puncak kepala adiknya.

"i will abang" balas Nayla sambil memeluk lengan sasa abangnya.
. .
. .
. .
. .
.

"Nuh!"

Dia menoleh ke belakang. Raffael mendekatinya.

"susahnya nak jumpa kau sekarang. Awek dekat club dah rindukan kau tahu tak" ujar Raffael sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.

"aku busy la" balas Nuh sambil menekan butang lif.

Saat lif terbuka, mereka melangkah masuk.

"kenapa dengan kau ni? Aku rasa kau dah berubah. Kenapa? Hidayah dah sampai ke?" perli Raffael sambil ketawa.

Nuh menjeling kawannya itu.

"oh ya, apa perkembangan si mata hijau kau tu?" soal Raffael lagi.

Saat itu Nuh seakan baru tersedar, sudah lama dia tidak memikirkan pasal si mata hijau kerana di dalam fikirannya hanya Nayla. Nuh hanya mengangkat bahu. Sesungguhnya tiada klu untuk menemui siapa gerangan si mata hijau itu.

" habis tu kau dah putus asa ke?" soal Raffael.

"nope! Just keep her away for a while. Sekarang aku ada hal lain yang ingin di selesaikan." ujar Nuh lagi.

Mereka memasuki bilik pejabat milik Nuh.

"hal lain? Hal apa?" soal Raffael pelik.

Nuh melihat jam ditangannya, lagi setengah jam.

"jom ikut aku!" ujar Nuh sambil menyambar kunci keretanya.
. .
. .
. .
. .
. Nayla membimbit beberapa beg kertas sambil tersenyum. Buah tangan untuk pelajar-pelajar ciliknya seramai sepuluh orang itu. Tak lupa juga untuk kak Azie sekali.
Selama seminggu dia pulang ke Perancis, dia sempat pow abang dan tentu sekali mommynya.

Tiada siapa yang tahu bahawa dia merupakan anak kepada pereka fesyen terkenal di Perancis. Di sana siapa saja tak kenal jenama milik ibunya itu. Abangnya pula membantu perniagaan mommynya dan menjadi model sambilan. Hanya dia sahaja tidak mahu mengambil bahagian dalam industri mommynya. Dia lebih kepada muzik, seperti arwah daddynya. Sebab itu jika dia pergi ke event mommynya, ramai yang tidak percaya bahawa dia anak kandung kepada Madam Rosebell melainkan jika mereka tengok warna matanya.

Dan baru-baru ini mommynya melancarkan koleksi musim panas untuk kanak-kanak, dan dia tidak lepas peluang mengambil beberapa koleksi untuk anak muridnya. Nayla tersenyum lalu menolak pintu.

"dah kenapa kau ajak aku ke sini?" soal Raffael.

Dia mengintai keluar tingkap kereta.

"SEKOLAH MUZIK NAZBELL"

"jom la."

ajak Nuh yang mula keluar dari keretanya.Mereka menapak masuk ke dalam.

"eh Encik Nuh dah sampai?" tegur Kak Azie ramah.

"ya kak Azie, Naira dah habis kelas ke?" soal Nuh ramah juga.

Raffael hanya diam di sebelah Nuh.

"dah, tapi tadi dia minta Nayla dengar dia main viola. Dia ada tu dekat bilik no 3" ujar Kak Azie.

"Nayla?" soal Raffael pelik.

Nuh menjungkit keningnya sambil tersenyum kepada Raffael.

"saya pergi tengok mereka sekejap boleh ke kak Azie?" soal Nuh.

"eh boleh-boleh. Boleh la Encik Nuh dengar Naira main viola. Dia pun dah makin mahir" balas kak Azie lagi.

Nuh mengorak langkah ke bilik no 3 dan Raffael mengekori dari belakang.

"okay, what song that you wanna play?" soal Nayla kepada kanak-kanak kecil itu.

"Despacito..." balas Naira yakin.

Terjungkit kening Nayla mendengar jawapan dari bibir kecil itu. Lagu tu agak susah di bawa namun dia tetap memainkan muzik latar Despacito itu. Saat muzik mula dimainkan, Naira mula mengesek violanya.

Nayla agak kagum mendengar gesekan yang dimainkan Naira. Dia pun mencapai viola putih miliknya. Sampai di bahagian korus Nayla turut mengesek violanya dan menjadikan bilik itu bergema dengan gesekan harmoni mereka. Tanpa mereka sedar ada dua pasang mata memerhatikan mereka dengan riak kagum.

Naira mula menari sambil mengesek. Nayla tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu lalu mengikut menari sambil mengesek viola namun dalam rentak yang minimal.

Nuh asyik memandang Nayla bermain viola, dia lagi terpegun melihat gerakan badan Nayla itu. Gadis itu mengenakan dress labuh hingga ke buku lali berlengan pendek berwarna kuning mustard bercorak bunga kecil purple. Rambut pula di tocang tinggi. Sangat indah dimatanya.

Nuh nak berubah.. Wow yakin ke dia berubah.. Hahaha Kalau korang nak imagine mcm mna Naira main viola tu search Karolina Protsenko dkt youtube.. CE just imagine dia je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience