Nuh termenung di meja kerjanya. Saat itu dia melihat susuk Raffael melangkah masuk.
"kau kenapa? Semenjak dua menjak ni kurang nampak dekat club." soal Raffael lalu duduk di depan sahabatnya.
Nuh mengeluh.
" aku takde mood"
Katanya itu mengundang tawa keras Raffael.
"wow! Kasanova terunggul cakap takde mood. Biar betul wei! Ke kau masih teringatkan si mata cantik khayalan kau tu" perli Raffael lagi.
"apa maksud kau khayalan aku? Kau nak cakap malam tu aku mabuk la macam tu?" soal Nuh lagi.
"masalahnya kau tak kenal pun siapa perempuan tu. Cuba cakap kat aku, dekat club tu siapa je perempuan kau tak pernah try. Kau tengok dari cara jalan pun kau dah cam tu siapa. ni dengan tengok mata je kau dah angau macam ketagih dadah. Kalau dia betul-betuk wujud, mesti dia akan muncul lagi tapi sampai sekarang bayang pun tak nampak" balas Raffael.
"dah la, malas aku nak layan kau. Malam ni kalau kau nak lepak, jumpa tempat biasa" ujar Raffael lagi lalu melangkah keluar dari bilik pejabat Nuh.
Nuh mengeluh perlahan. Dia memejam kan matanya.
" apa yang kau dah jampi aku sampai aku tergilakan kau"
"siapa kau sebenarnya?" ujar Nuh perlahan sendirian.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nayla menyimpan alatan muzik ke tempat asal, tersenyum melihat deretan violin kecil di rak yang disediakan. Terus kenangan lalu terlintas di fikirannya.
****
"Daddy..." dia memaut tangan kecilnya ke leher bapanya itu.
Bapanya di lihat sedang mengelap sebuah viola dan dia tahu itu viola kesayangan ayahnya.
"Lala nak dengar satu cerita tak?" soal Daddynya tersenyum.
Laju dia mengangguk.
"dulu masa daddy muda, daddy selalu main viola ni dekat taman tempat daddy belajar. Daddy tak pedulikan orang sekeliling. Daddy just nak release tension dan muzik satu-satunya cara untuk daddy tenang. Tak disangka, selama daddy main viola di situ, ada seseorang yang sentiasa memerhatikan daddy and i think you know who she is"
Melihat wajah blur aku dia ketawa kecik lalu menyambung kata.
"its mommy Lala, dia terpikat saat melihat daddy bermain dengn viola ni. Then she approached me, dah jodoh akhirnya mommy dan daddy kahwin dan dapat prince and princess ni." ujar daddynya.
"waaa... Kalau macam tu, Lala nak main muzik la nanti mana tahu Lala dapat boyfriend macam daddy dapat mommy" kata-kata Nayla yang berusia 8 tahun itu mengundang tawa ayahnya.
"belajar sebab minat bukan ada agenda lain sayang" ujar Daddynya.
"Daddy,..." panggil Nayla sambil membelai viola ayahnya.
"kenapa ni?"
"kenapa muka Lala tak sama macam abang? Semua kawan-kawan pelik tengok muka Lala" soal Nayla tersenyum.
"sebab muka Lala sama macam daddy, dan muka abang sama macam mommy. But your eyes is like mommy's eyes" jawab daddynya.
"kenapa kita kena stay sini? Kenapa kita tak balik kampung daddy?" soalnya lagi.
Daddynya tidak menjawab malah hanya diam tersenyum.
"Honey..."
Mereka menoleh ke arah suara itu lalu Nayla bangun memeluk kaki ibunya.
"Le repas est prêt. Mangeons bébé" ujar ibunya.
(makan tengah hari dah sedia. Mari makan sayang)
Nayla yang memahami maksud itu terus berlari ke dalam.
"t'aime, sayang" ucap si daddy kepada si mommy.
" i love you too abang" balas si mommy.
*****
Nayla tersentak saat terdengar suara agak riuh di depan. Dia meletakkan viola di tempatnya lalu menuju ke depan.
Sesampai di situ, dia melihat tiga figura menghadap kak Azie. Mereka membelakangi Nayla dan saat itu dia dapat melihat riak resah kak Azie.
Dia dapat melihat seorang lelaki bersama seorang wanita yang berpakaian agak seksi manakala di tengah itu seorang budak perempuan. Dia kenal kanak-kanak tersebut. Salah seorang pelajar muzik di sini dan dia seakan dapat teka apa isu yang sedang dibicarakan.
"so macam mana sekarang? You kena bertanggungjawab dengan apa yang terjadi kepada my niece." tegas si lelaki.
Nayla mengerutkan keningnya. Suara itu seakan pernah dia dengar. Saat itu kanak-kanak perempuan itu tertoleh ke arahnya.
"Kakak!"
Terus kanak-kanak itu menerpa ke arahnya. Manakala pak ciknya terus menoleh ke arah belakang dan saat itu Nayla dapat menangkap riak terkejut lelaki itu.
"Babe, lambat lagi ke? I bosan la, bila nak settle ni" si seksi di sebelah dah bersuara. Mimik bosan jelas terpancar di wajahnya.
"you tunggu i dekat kereta" ujar Nuh sambil menghulurkan kunci keret kepada gadis itu.
Gadis itu berlalu pergi dan saat itu Nayla tunduk melutut memandang kanak-kanak itu.
"Kenapa ni Naira? Dahi sakit lagi ke?" soal Nayla perihatin.
" no, tak sakit, kan kakak cakap Rara big girl but uncle Nuh ni bising-bising pulak" cebik Naira.
"of course uncle bising. Ni kalau your parent tanya uncle macam mana?" bising Nuh tapi mata tak lepas memandang Nayla.
"saya dah call parent Naira beritahu tentang apa yang terjadi. Dan kami juga minta maaf atas kecelakaan yang berlaku kepada Naira." balas Nayla.
"betul tu uncle, daddy dah tahu dah. Rara yang salah sebab berlari tadi. I'm sorry uncle." tambah Naira pula.
" you scare me when i see that plaster on your forehead Rara. Dah jom balik" ujar Nuh.
"Rara, esok tak perlu datang kelas ya. Rara rehat je, minggu depan baru datang" ujar Nayla lembut.
"No! Rara nak datang, minggu depan kakak takde kan. Nanti siapa nak ajar Rara main violin" rengek Naira.
"kan teacher Azie ada. Rara belajar dengan teacher yer" balas Nayla.
"No! Rara nak kakak ajar. Kakak tak payah la pergi sana. Nanti Rara rindu!" rengek Naira lagi.
Nayla hanya tersenyum manis dan tiba-tiba dia mengucup lembut dahi dan pipi montel kanak-kanak itu.
"okay kakak dah kiss Rara, ubat rindu untuk Rara. Balik berehat dan semoga luka cepat sembuh okay. Jangan nakal-nakal dan jangan lari-lari okay" ujar Nayla tersenyum.
"okay promise" balas Naira lalu memeluk erat Nayla di depannya.
Nuh yang menyaksikan adegan itu terpana. Kelembutan Nayla itu membuatkan dadanya berdebar-debar.
"uncle, jom balik!"
Suara anak buahnya itu menyedarkannya dari berangan.
"sekali lagi kami minta maaf encik" ujar Kak Azie.
Nuh hanya mengangguk kepalanya lalu berlalu mengekori anak saudaranya. Sebelum dia keluar, dia sempat menoleh ke arah Nayla.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ting!
Nayla yang sedang membaca di sudut balkoni rumahnya menoleh ke arah telefonnya. Dia membuka mesej yang diterima oleh nombor yang tidak dikenali.
~ Nampaknya jodoh kita kuat Nayla, and now we are officially friend.~
Nayla mengerutkan dahinya. Jari mula menaip mesej balas.
~ who are you? ~
Terjengil mata Nuh membaca mesej balas dari Nayla.
"dia boleh tanya siapa aku!" marah Nuh sendirian.
Dia mula menekan skrin telefonnya.
Ting!
Nayla membaca mesej diterima dan saat itu matanya meluas. Macam mana lelaki itu boleh dapat nombornya? Dia hanya membiarkan mesej itu ditanda biru tanpa niat membalasnya. Malas mahu melayan buaya tembaga itu.
Dia meneruskan membaca buku di tangan.
Nuh mendengus marah saat melihat mesej yang dihantar hanya bertanda biru. Tak pernah seumur hidupnya dia dilayan begitu oleh perempuan. Ternyata Nayla lain dari yang lain.
Ting!
Laju dia mengambil telefon yang dicampaknya ke atas katil tadi. Menyangkakan Nayla membalas mesejnya namun dia hampa saat Raffael mesej mengajaknya ke club.
Memandangkan sekarang dia tengah geram dengan Nayla, dia menaip mesej setuju kepada Raffael. Dia berlalu ke walk in closet miliknya, ingin menukar pakaiannya.
Dia melangkah turun dan saat itu dia melihat abangnya sedang bersantai bersama keluarga. Dia jarang pulang ke rumah peninggalan ibu bapanya yang sekarang didiami oleh abangnya itu. Sejak mereka kematian ibu bapa mereka, hanya abangnya sahaja keluarga yang dia ada.
"nak pergi mana Nuh?" soal Luth Hakeemi, abangnya.
"Aku nak keluar, bang. Malam ni aku balik rumah aku" balas Nuh lalu keluar.
Luth Hakeemi hanya menghantar langkah adiknya itu dengan pandangan mata sahaja. Nak ditegur umur sudah 32 tahun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kau ni dah kenapa ajak aku keluar malam-malam ni?" soal Nayla kepada Selina.
"saja. Aku rindu kau, dekat sebulan kau berhenti. Tak contact aku pun. Lagipun aku stress tu aku ajak kau lepak" ujar Selina.
"tak salah ajak lepak tapi macam takde masa siang kau nak jumpa aku. Kita ni anak dara Lina oii. Bahaya keluar malam-malam ni" bebel Nayla.
Selina hanya tersengih sahaja. Memang betul apa yang dikatakan Nayla. Jam sudah menginjak ke pukul12 tengah malam tapi rakyat kuala lumpur mana pernah tidur. Sekarang pun bukan main ramai lagi.
"kau ni malam- malam pun pakai lens lagi ke?" tegur Selina.
Hanya Selina tahu warna asal matanya, itu pun sebab terkantoi namun hal keluarganya tetap tiada siapa yang tahu.
"hari ni kan cuti, so siang tadi aku tak keluar so aku tak pakai. So pakai malam pun takde masalah la" jawab Nayla lagi.
"hurmm, minggu depan teman aku? Jadi plus one aku. Company buat family day." pinta Selina.
Nayla mengerutkan keningnya.
"kau buat lawak apa tengah malam ni? Aku dah berhenti la dan aku tak nak ada kaitan dengan syarikat tu lagi. Lagipun minggu depan aku takde, ada hal penting nak selesaikan" jawab Nayla.
"ala, nampaknya kena cari yang sudi teman aku la. Kau nak pergi mana?" soal Selina mengorek rahsia.
Dia cukup kenal Nayla yang seorang perahsia itu. Selama dia berkawan dengan Nayla dia tak pernah mengetahui siapa keluarga gadis itu.
"adalah, personal matter. Jangan risau aku bukan nak kahwin" gurau Nayla mendapat cebikan bibir Selina.
Selepas itu makanan sampai dan mereka menikmati sambil berbual panjang.
.
.
.
.
.
.
.
.
" apasal jauh sangat kau parking kereta ni Lina? Kot ya pun takyah la parking dekat club malam. Bahaya tahu tak." bebel Nayla sambil menuju ke kereta Selina.
"dah takde parking, kan malam minggu memang full la. Lagipun sebab tu aku ajak kau balik dengan aku, atleast ada teman" balas Selina.
Nasib baik malam itu dia malas drive dan hanya menggunakan khidmat grab untuk datang kerana Selina berjanji untuk menghantarnya pulang.
Ketika mereka menghampiri kereta, tika itu mereka berdua mendengar suara gelak ketawa. Reaksi spontan, kepala terus menoleh ke arah suara tersebut.
Terbeliak mata Nayla dan Selina saat itu apabila melihat figura yang sedang memeluk erat seorang wanita seksi. Nuh Haqeem! Namun lebih menjijikkan saat Nuh Haqeem meragut rakus bibir wanita itu dan melumatnya dengan bernafsu sekali. Bunyi desahan yang keluar membuatkan Nayla ingin muntah.
Selina yang turut terkedu melihat aksi bosnya itu hanya terdiam.
Nuh rasa seperti diperhatikan, sedang bibirnya masih melumat bibir gadis di pelukannnya dia mengangkat wajahnya menghala ke depan dan tika itu dia merasakan dunianya terhenti. Terus terhenti aksinya itu dan hanya gadis seksi itu saja rakus menciumnya. dia kaku sambil mata memanah dua pasang mata yang melihatnya dan dia lebih tertarik dengan renungan Nayla.
Saat Nayla merasakan Nuh melihat mereka berdua laju dia mengalihkan pandangan dan masuk ke dalam kereta. Selina yang melihat Nayla masuk, dia turut melakukan hal yang sama. Tak menunggu, laju kereta itu meninggalkan tempat itu.
"Nay... Tadi tu, tuan Nuh kan?" soal Selina.
"entah, ye kot. Dah takyah peduli hal dia." jawab Nayla.
Dia tak mahu mengingati adegan tadi, terasa kembang tekaknya dan bunyi desahan itu seakan masih kedengaran. Dengan jalan terhuyung hayang, nampak sangat lelaki itu meneguk air haram. Kehidupan lelaki itu terlalu bebas mengalahkannya yang membesar di negara asing, mujurlah didikan arwah daddynya tentang larangan itu dan menjauhkan dia serta abangnya dari terjebak ke arah itu.
Nuh dengan wanita berpisah tiada.. Hahaha, bila la nak berubah...
Share this novel