BAB 18

Romance Completed 23694

3 TAHUN BERLALU...

Dia melangkah masuk ke kelas muzik itu dengan langkah perlahan. Saat di muka pintu, dia melihat gadis itu sedang asyik menekan piano didepannya. Bergema lagu Kiss the rain di dalam bilik itu.

Dia menyandarkan bahunya ke bingkai pintu itu sambil menghayati irama yang cukup merdu itu. Tersenyum dia saat itu.

Saat selesai, dia bertepuk tangan membuatkan gadis itu tersenyum melihatnya.

"dah lama sampai?" soal Nayla.

Raffael tersenyum lalu mendekati gadis itu. Nayla begitu cantik berhijab. Semakin terserlah keayuaan ditambah dengan mata hijau yang cantik itu.

"baru je, tapi sempat dengar awak main piano tadi. So lepas ni ada kelas tak?" soal Raffael.

"dah takde." jawab Nayla.

"jom pergi makan. Saya lapar, belum lunch lagi" ujar Raffael sambil mengosok perutnya.

Nayla tertawa kecil. Jam dikerling dan saat itu bulat matanya.

"dah pukul 3 petang, masih belum lunch?" soal Nayla.

"yup, tadi ada hal tu yang tak sempat lunch" ujar Raffael.

Nayla melihat penampilan lelaki itu, hanya ringkas bertshirt dan jeans.

"awak tak kerja ke hari ni?" soal Nayla.

"tak, ambil cuti. Jom la" ajak Raffael.

Mereka beriringan masuk ke restoran itu. Setelah mendapat meja, pelayan datang mengambil order. Setelah pelayan pergi, Nayla menumpukan pandangan kepada Raffael. Lelaki itu tersenyum memandangnya.

"dah kenapa tengok saya macam tu?" soal Nayla.

"nothing... Saja nak tengok." jawab Raffael.

"atuk apa khabar? Lama saya tak jenguk Atuk Naz"

soal Raffael. Semenjak beberapa tahun ini dia semakin rapat dengan Tan Sri Nazruddin malah beliau juga banyak membimbing Raffael dalam agama. Hubungannya dengan Nayla juga semakin rapat namun hubungan mereka hanya sebagai kawan sahaja dan Nayla seakan menutup hatinya untuk bercinta.

"atuk sihat. Dia pun dah rindukan awak, lama tak jenguk dia katanya." balas Nayla.

Raffael tersenyum. Saat itu Makanan sampai dan mereka menjamu selera. Saat itu Nayla perasan yang Raffael mencuri pandang ke arahnya.

"cakap je Raff apa yang awak nak cakap" ujar Nayla tersenyum lucu.

"obvious sangat ke?" soal Raffael mengaru keningnya.

Nayla hanya mengangguk kepalanya.

"ermm... Company saya ada buat dinner dan saya nak ajak awak jadi plus one saya. Itu pun kalau awak sudi" ujar Raffael perlahan.

Nayla tersenyum lagi.

"okay. Bila tarikhnya?" soal Nayla.

"seriously Nay? Awak tak gurau kan?" soal Raffael teruja.

"yer Encik Raffael, muka saya ada nampak bergurau ke?" soal Nayla.

"majlis sabtu depan.. Takde tema apa-apa, just formal dinner night saja" ujar Raffael.

Nayla mengangguk kepalanya. Dia meneruskan makan dan saat itu dia melihat Raffael tersengih.

"oh stop it Raff, kot ye pun excited jangan la sengih macam tu" ujar Nayla.

"thanks Nay sudi teman saya. Excited la kalau Nur Nayla Nazri, cucu Tan Sri Nazruddin sudi jadi plus one saya" ujar Raffael tersenyum.

Nayla hanya mengabaikan kata-kata Raffael. Seketika dia juga turut tersenyum.
. .
. .
. .
. .
.

Malam dinner akhirnya tiba, Nayla turun dari tingkat atas dan saat itu Tan Sri Nazruddin dan Datin Badriah berada di ruang tamu menonton tv.

"waa cantiknya anak dara maksu ni." puji Datin Badriah.

Nayla hanya mengenakan dress labuh ringkas berwarna ungu lembut dipadankan dengan selendang berwarna koko lembut. Beg tangan kecil dibimbit ditangannya. Dia hanya mengenakan mekap natural. Nayla tersenyum manis memandang datuk dan mak ciknya itu.

"Raff dah datang ke?" soal Tan Sri Nazruddin pula.

"dia cakap dah bertolak, sekejap lagi sampai la tu" ujar Nayla melabuhkan punggung di sofa sebelah datuknya itu.

"Maksu tengok kamu sesuai sangat dengan Raff. Kalau berjodoh Maksu tumpang gembira" ujar Datin Badriah.

"kesitu pulak maksu ni, Nay dan Raff kawan jela maksu. Tak lebih dari tu" ujar Nayla.

Datin Badriah hanya tersenyum nipis. Dia tahu Nayla masih tidak mampu melupakan seseorang itu.

"Nay pergi dulu ye atuk, maksu. Raff pun dah nak sampai, Nay nak tunggu dia dekat luar." ujar Nayla

"yela, hati-hati" ujar Tan Sri Nazruddin.

Nayla berjalan beriringan bersama Raffael. Lelaki itu berpakaian ringkas dengan suit hitam dan bertali leher berwarna keemasan. Ramai mata memandang mereka berdua tidak dia endahkan.

"Nay, jom ke sana" ajak Raffael.

Nayla mengikut langkah Raffael saat itu.

"Nayla!"

Dia menoleh ke arah suara itu. Tersenyum dia melihat Selina melambai ke arahnya. Setelah memberitahu Raffael dia terus mendekati Selina.

"ya Allah cantiknya kau Nay, lama tak jumpa kau" ujar Selina lalu memeluk tubuh Nayla.

"kau pun apa kurangnya. Kau la kenapa xmtak datang ke sekolah muzik. Aku ada je dekat situ" ujar Nayla.

"segan la. Eh jom la duduk dengan aku, banyak benda nak borak dengan kau" ajak Selina.

"ermm..maaf Ina, Aku kena duduk dekat sana. Aku plus one Encik Raffael" ujar Nayla.

"awww so sweet la encik Raffael tu. Patut la dari tadi dok perhati je ke sini. Kau dengan encik Raffael bercinta ek?" soal Selina.

"ishh.. Kami kawan jela. Aku pergi dulu ek. Majlis dah nak start, nanti jangan lupa datang ke NazBell." ujar Nayla.

Selina mengangguk lalu mereka ke tempat Masing-masing.

Nayla melabuhkan punggungnya ke kerusi sebelah Raffael lalu tersenyum kepada Raffael. Dan matanya terpandang Luth Hakeemi dan isterinya yng juga berada di meja sama. Memandang wajah Luth mengingatkannya kepada seseorang. Dia terus mengusir imej itu yang mula terlayar di ingatan. 3 tahun berlalu dan dia yakin dia sudah move on sepenuhnya.

Majlis bermula dengan ucapan dari Raffael. Saat selesai Raffael melabuhkan punggung ke kerusi. Nayla tersenyum kepada jejaka itu.

"nice speech Raff" puji Nayla.

"thanks Nay" balas Raffael tersenyum.

Saat itu suara emcee kedengaran.

"Seterusnya kita menjemput Encik Nuh Haqeem selaku CEO untuk memberi ucapan. Setelah tiga tahun Encik Nuh kembali ke Malaysia dan malam ini juga diraikan sempena kepulangan beliau ke Malaysia"

Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan dan saat itu Nayla hanya kaku tidak beriak. Dia melihat susuk tegap bersuit berwarna koko keemasan berjalan dengan yakin ke pentas.

Semua mata tertumpu kepadanya termasuklah Nayla. Wajah itu, tidak berubah malah nampak lebih matang dari sebelum ini.

"assalamualaikum and good evening everyone...." suara husky itu memulakan bicara.

Nayla menoleh ke arah Raffael disebelah dan ternyata Raffael turut memandangnya.

"are you okay Nay?" soal Raffael prihatin.

"i'm okay" balas Nayla dalam gugup.

Dia memandang ke pentas semula dan entah kenapa dia merasakan seakan mata Nuh tajam memandang dirinya.

Selesai Nuh memberi ucapan, semua mula menjamu selera. Nayla menjamah makanan dengan perlahan. Mujurlah lelaki itu duduk di meja bersama tetamu namun itu, seleranya sudah terbantut. Dia dapat lihat sesekali mata lelaki itu seakan memandang ke arahnya. Itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Raff, kalau saya nak balik dulu boleh?"

Bisik Nayla perlahan. Raffael menoleh ke arah Nayla. Dia tahu gadis itu tidak selesa akan kemunculan Nuh.

"kalau macam tu jom saya hantar awak balik" ujar Raffael.

"No, no... Majlis belum selesai lagi. You should stay here, takpe saya boleh balik guna grab" ujar Nayla tersenyum.

"No Nayla, awak datang dengan saya dan dengan saya awak balik. Saya tak nak Atuk Naz kejar saya dengan penyapu" ujar Raffael berseloroh.

Nayla ketawa mendengar kata-kata itu.

Nuh memandang ke arah wajah yang sedang ketawa bersama Raffael itu. Tiga tahun berlalu dan malam itu dia dapat melihat wajah itu. Nayla semakin cantik dengan hijab dikepala. Hatinya memberontak ingin mendekati gadis itu namun dia tahu kehadirannya tidak dialukan oleh gadis. Dia memerhati Raffael melangkah keluar dari dewan itu bersama Nayla. Keluhan dilepaskan perlahan, kesal dengan kebodohannya sendiri.

Tiga tahun menghilang... Masihkah ada peluang buat Nuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience