"welcome back Nuh Haqeem" tegur suara itu.
Dia mendongak memandang figura di depannya itu. Kerusi depannya ditarik lalu susuk tubuh itu melabuhkan punggungnya.
Dia tidak lepas memandang wajah itu. Tiga tahun berlalu, wajah itu tidak berubah. Tidak! Wajah itu berubah menjadi lebih cantik dan tidak pernah sedetik pun dia melupakan wajah itu.
"So, you panggil i semata-mata nak tenung wajah i sahaja ke? I tak banyak masa, kalau ada apa-apa yang you nak cakap baik cakap sekarang"
Dingin, itu yang dia rasakan dari kata-kata itu.
"You apa khabar?" soalnya.
Tawaan sinis meletus perlahan.
"getting better than three years ago" jawab Nayla sarkastik.
"i'm sorry...." ujarnya pula.
"For what Nuh? You already choose it. So nothing to be sorry. You make that choice and i accept it. Easy right?" soal Nayla lagi.
Matanya tajam menikam anak mata lelaki kacak di depannya itu. Lelaki yang pernah mendapat tempat dihatinya dulu.
" within this three years, i never forget you. I menyesal Nayla, i menyesal hanya kerana.... "
" oh! stop it Nuh. Tiga tahun dah buktikan semuanya. You pilih untuk tamatkan ini semua. Dan i dengan rela hati menerimanya. So i rasa takde apa-apa lagi kot yang you nak cakap kan. "
Nayla terus berdiri lalu meninggalkan lelaki itu. Panggilan Nuh tidak dia endahkan. Sesungguh luka dihatinya yang dilakukan lelaki itu tiga tahun lalu berdarah kembali.
Nuh Haqeem hanya mampu melihat tubuh itu menjauh. Kesal? Ya, itulah yang dia rasai selama ini. Kebodohannya membuatkan dia kehilangan seseorang yang dia cinta. Hanya kerana egonya dia mencampak cinta yang diberikan gadis itu kepadanya.
Tiga tahun merupakan tempoh yang dia sia-siakan. Jika bukan kerana tindakan terburu-burunya, pasti dia sudah berbahagia bersama Nayla.
Si mata hijau telah membuatkan hubungannya dengan Nayla hancur berkecai.
"So macam mana?" tegur satu suara di belakangnya.
Tanpa menoleh dia tahu gerangan itu. Melihat Nuh Haqeem hanya termenung, dia mengambil tempat di depan lelaki itu.
"tiga tahun, dan ia bukan mudah" jawab Nuh lemah.
"sekarang kau dah balik, kau harus guna peluang ni untuk dapatkan dia kembali. Aku yakin nama kau masih ada di dalam hati dia. Kalau tak dia takkan datang ke sini hari ni"
"its hard bro.." hawab Nuh seakan mengalah.
"belum cuba belum tahu. Nuh Haqeem will get what he want" ujar lelaki itu lagi.
Kata-kata itu seakan menyuntik semangat Nuh.
"betul cakap kau. Aku hanya harapkan kemaafan dia saja." ujar Nuh Haqeem tersenyum semangat.
Hai CE muncul lagi.. Entah kenapa tetiba ada idea... Macam biasa belanja Prolog dulu yerrr.... Harap korang boleh terima cerita baru ni... Macam biasa, cerita light2 shja... Happy reading guys
Share this novel