Tan Sri Nazruddin duduk bersantai di laman rumahnya. Saat dia sedang membaca surat khabar di pagi hari minggu itu, Dato Nazmi muncul.
"assalamualaikum ayah." sapa Dato Nazmi.
"Waalaikumusalam..." jawab Tan Sri Nazruddin. Dia masih meneruskan membaca surat khabar di tangannya.
"betul ke apa yang saya dengar? Ayah ada berjumpa dengan anak Nazri? " soal Dato Nazmi sambil duduk berdepan dengan ayahnya.
" kalau ya kenapa? Salah ke ayah nak jumpa cucu-cucu ayah?" balas Tan Sri Nazruddin.
"cucu? Sejak bila ayah anggap mereka cucu ayah? Keluarga kita? Bukan ke ayah dah buang mereka. Apa lagi yang ayah nak dari mereka?" soal Dato Nazmi.
"mereka anak Nazri. Jadi mereka adalah keluarga kita. Cukup la persengketaan yang berlaku dulu. Nazri pun dah lama pergi. Ayah dah tua Nazmi, tak guna nak menongkat ego" balas Tan Sri Nazruddin bernada kesal.
Dato Nazmi ketawa sinis. Tak sangka ini akan terjadi juga. Selama ni dia berusaha dan sekarang dia tahu bahawa ayahnya sudah mula menyayangi anak-anak Nazri.
"ayah ada saya! Kenapa perlukan anak-anak Nazri yang tak pernah kita peduli sejak dari dulu lagi. Ayah pun tak kenal menantu ayah sendiri melainkan tengok gambar saja! Tak cukup lagi ke pengorbanan yang saya dah buat kepada ayah!" tegas Dato Nazmi.
Tan Sri Nazruddin meletakkan surat khabar lalu memandang tajam ke arah anaknya itu.
" terlalu banyak pengorbanan kamu Nazmi sampai melampaui batas!! Kamu jangan ingat ayah tak tahu apa yang kamu dah lakukan! Ayah tak sangka selama ni kamu khianat abang kandung kamu sendiri!!" tengking Tan Sri Nazruddin.
"ayah jangan nak menuduh saya tanpa bukti!! Mentang-mentang anak kesayangan ayah dah mati, ayah nak salahkan semua tu ke saya!!" balas Dato Nazmi.
"aku takkan menuduh kalau takde bukti. Jangan kau ingat anak-anak buah aku tak boleh buat kerja. Apa lagi kamu nak Nazmi? Tak cukup lagi ke harta yang kau dapat? Kenapa kau berdendam begitu sekali dengan abang kau!? Ayah kecewa dengan kau! Tak sangka kau sanggup merancang kematian abang kau sendiri! "
Ujar Tan Sri Nazruddin dalam amarah yang ditahan. Dia tidak menyangka anaknya boleh bertindak demikian. Dan setelah sepuluh tahun dia baru mengetahuinya.
" ini semua salah ayah! Kalau ayah tak memilih kasih, semua ini takkan terjadi! Selama ni semua yang baik adalah Nazri. Yang buruk hanya ayah nampak dari saya! Saya cuba untuk jadi yang terbaik tapi pada mata ayah hanya Nazri yang bagus!! Dari kecil api dendam mula menyala dan makin marak apabila saya semakin dewasa!"
Dato Nazmi berdiri lalu mendekati Tan Sri Nazruddin yang kehilangan kata.
" saya ingat lagi, saya terdengar ayah berbual dengan Nazri. Ayah buang semua kemarahan saat ayah dapat tahu Nazri ada anak lelaki! Sedangkan saya tak punya anak, ayah buang seperti sampah!! Saya bekerja untuk ayah! Saya lakukan semuanya!! Tapi Nazri juga tetap ayah pandang!!! " tengking Dato Nazmi.
" jadi selama ini kau tak pernah nampak kasih sayang aku kepada kau?" soal Tan Sri Nazruddin.
" ya!! Sejak ibu meninggal, ayah hanya beri perhatian pada Nazri!! Saya hanya dianggap seperti anak tiri!!! " balas Dato Nazmi.
" kau salah Nazmi, ayah tak pernah pilih kasih. Ayah lakukan semua tu kerana ingin Nazri menjaga kamu bila ayah dah takde nanti. Dia abang kamu. Kalau kamu nak tahu, Nazri tak pernah meminta apa-apa dari ayah. Semuanya dia meminta untuk diutamakan kamu. Bukan ayah yang nak hantar dia ke Perancis tapi Nazri sendiri yang pinta kerana dia tahu kamu membencinya saat dia berada di rumah ini. Kenapa kamu tak nampak sebelum ni? " soal Tan Sri Nazruddin.
" tak perlu nak tipu saya ayah! Mata saya tak buta untuk melihat sendiri perbezaan kasih sayang ayah itu!! Dan sekarang saya dah tua dan saya dah tak perlukan semua tu!! Ayah dengar kata-kata saya ini! Anak-anak Nazri takkan menjadi sebahagian keluarga ini!! Takkan!!! Dan saya sanggup lakukan apa saja agar hak saya tak diusik, termasuk bergadai nyawa!!! " jerit Dato Nazmi.
Saat dia ingin meninggalkan rumah itu dia dapat mendengar jeritan Tan Sei Nazruddin.
" kamu jangan buat keluarga gila Nazmi! Kalau tak aku tak teragak-agak sumbat kau dalam penjara!!! " jerit Tan Sri Nazruddin.
Dato Nazmi tersenyum sinis. Dia tidak mengendahkan kata-kata itu kerana hatinya sudah penuh dengan dendam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" betul ke ni Nuh? " soal Luth Hakeemi.
" betul la bang. Aku dah berbincang dengan Nadim, so aku nak kau wakilkan pihak aku hantar rombongan nanti" ujar Nuh sambil tersengih.
"masalahnya kena ada orang tua. Kau kena beritahu Maksu Badriah dan paksu Nazmi. Minta mereka wakilkan kita" ujar Luth lagi.
"betul jugak kata kau tu. Nanti aku beritahu maksu tapi paksu tu nak ke wakilkan untuk aku? Kau pun tahu sendiri kan bang paksu tu pun bukan suka aku." ujar Nuh.
"kau jangan risau. Just inform maksu, nanti pandai- pandai la maksu pujuk."
balas Luth, dia tahu hubungan Paksu Nazmi dan Nuh agak kurang baik, dulu pun dia juga menerima nasib yang sama tapi semenjak dia membantu perniagaan milik paksunya itu baru la pak saudaranya itu melayannya dengan baik. Kadang-kadang dia pelik, kenapa pak ciknya itu mempunyai masalah kewangan sedangkan ayah pak ciknya itu merupakan jutawan yang dikenali. Namun dia tidak mahu persoalkan kerana itu urusan peribadi pak ciknya.
"tak sangka aku, kau dah nak kahwin. Ingat sampai tua nak menongkat dekat club." sindir Luth.
"amboi kau, cakap tak pandang kiri kanan. Aku dah cuci tangan la bang. Sekarang ni aku betul-betul nak berubah dan ada keluarga" ujar Nuh.
"bagus la kalau macam tu. Aku dengar Nayla tu bukan sebarangan keluarga. Ibu dia orang Perancis kan, ? So kena hantar rombongan ke Paris ke?" seloroh Luth.
"tak la sampai Paris, mommy dia akan balik nanti bila dah tetapkan tarikh tunang. Aku pun pelik, setahu aku bapa dia orang Malaysia tapi aku tak tahu pula siapa saudara mara dia dekat sini" ujar Nuh.
"takpelah, nanti kau bincang la dengan Nayla. Yang penting abang sentiasa restu hubungan dengan pilihan kau. Nayla pun abang tengok baik orangnya, banyak ubah perangai kau yang dulu adik beradik setan, sekarang dah jadi adik aku.. Hahaha"
Nuh mengangkat penumbuk kepada abangnya lalu dia turut ketawa. Sesungguhnya kata-kata abangnya itu amat la tepat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"aku nak kau buat seperti yang dirancangkan."
........
"ingat, jangan sampai ada bukti!! Dapat mereka berdua, aku nak kau bawa jumpa aku sebab aku sendiri akan hapuskan mereka!!"
........
Tok! Tok!
Dia menoleh ke pintu.
"lain kali aku call lagi." ujarnya lalu memutuskan talian.
"masuk!" laungnya.
Dia kembali menumpukan perhatian ke kertas kerja di atas meja.
"Abang, boleh saya nak cakap dengan abang sekejap? ."
Datin Badriah masuk ke bilik kerja suaminya itu. Dia memandang suaminya sedang fokus membuat kerja itu.
"apa dia Yah, penting sangat ke?" soal Dato Nazmi acuh tak acuh.
"Tadi Nuh call saya, dia cakap dia nak meminang kekasih dia dan dia minta kita jadi wakil untuk pihak dia" ujar Datin Badriah terus.
"Nuh anak saudara awak yang kaki perempuan tu nak kahwin? Perempuan mana yang nak dekat dia tu??" sindir Dato Nazmi.
"tak baik abang cakap macam tu. Anak saudara Yah tu dah berubah. Lagipun kita ni satu-satunya saudara mereka." ujar Datin Badriah.
"tahu pulak awak, dia dah berubah. Entah-entah depan orang je berubah, belakang sama jugak" sindir Dato Nazmi lagi.
"terpulang pada abang la nak cakap apa cuma saya minta abang jadi wakil untuk dia." balas Datin Badriah.
"tengok la kalau tak busy" balas Dato Nazmi sambil lewa.
Datin Badriah mengeluh lalu bangun untuk meninggalkan bilik kerja itu. Sepanjang 25 tahun perkahwinan mereka, perangai suaminya itu tidak berubah cuma kesetiaan suaminya itu membuatkan dia masih bertahan sehingga kini. Walaupun perkahwinan mereka aturan keluarga, namun dia menerima jodohnya dengan suaminya itu. Cuma sikap suaminya yang baran dan memandang rendah terhadap orang lain itu membuatkan dia sebal.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nayla tersenyum simpul saat membaca mesej dari Nuh. Malik yang sedang memandu itu mengerling sekilas Nayla di sebelah.
"Nayla ada nak pergi mana-mana tak?"
soal Malik. Mereka dalam perjalanan pulang setelah Nayla habis kelas muzik. Nayla memandang Malik.
"Nay nak pergi taman tasik titiwangsa boleh?" soal Nayla.
"nal buat apa?" soal Malik pula.
"saja nak ambil angin, jom la Malik. Teman Nay pergi sana" pujuk Nayla.
"nak dating dengan Nuh ke?" usik Malik.
"ishh ke situ pulak. Nuh takde la, dia dekat penang sekarang. Jom la, Nay nak ambil angin sekejap" ujar Nayla.
"baiklah" akur Malik.
Mereka sampai di taman tersebut lalu Nayla melangkah berjalan ke sekitar taman itu. Malik setia bersama dengannya.
"Malik, kalau sesuatu terjadi dekat Nayla, Malik janji jaga abang Nadim baik-baik untuk Nay ya"
ujar Nayla tiba-tiba saat punggung melabuh ke kerusi yang ada di situ. Malik menoleh ke arah Nayla. Entah kenapa dia tidak suka mendengar kata-kata itu. Selama 3 tahun dia menjaga gadis itu, dan dia sudah jatuh sayang kepada gadis itu dan menganggap Nayla seperti adiknya sendiri.
"kenapa cakap macam tu? Saya ditugaskan untuk jaga Nayla, dan sebelum terjadi apa-apa pada Nay, biarlah saya yang hadapi dulu. Jangan risau,Tuan Nadim dan saya akan lindungi Nayla." balas Malik.
Nayla tersenyum mendengar kata-kata itu. Setelah sejam mereka berada di situ, mereka berdua berlalu untuk pulang dan saat tiba di parking, sebuah van hitam tiba-tiba datang menghalang kereta mereka, kejadian yang berlaku sangat pantas saat beberapa orang bertopeng datang ingin menarik Nayla ke datang van tersebut dan saat Malik ingin menghalang, tidak disangka salah seorang penculik itu menembak paha dan perut Malik. Keadaan menjadi kecoh saat itu. Nayla terus di tarik ke dalam Van tersebut lalu meninggalkan tempat tersebut. Malik yang sudah terbaring di tanah hanya mampu melihat Nayla dibawa pergi. Dalam menahan sakit, dia mengambil telefon di dalam poket lalu mendial nombor Nadim.
"Hello Tuan Nadim, they got her!" ujar Malik sebelum dia tidak sedarkan diri.
Curi-curi masa menulis sementara jaga ank CE tak berapa sihat...sorry kalau chap ni membosankan. Jgn lupa komen ok...
Share this novel