Riuh bunyi muzik techno yang berkumandang tidak dipedulikannya. Hoodie di kepala dibetulkannya, matanya liar memerhati segenap ruang kelab tersebut, ingin mencari tubuh yang dia mahu. Dilihat manusia yang sedang berseronok dengan duniawi. Ada yang menari, yang perempuan meliuk lentok mengikut irama muzik manakala sang lelaki mengambil kesempatan dengan meraba segenap tubuh kaum wanita.
Dia membuat kerja gila, tidak pernah seumur hidupnya menjejakkan kaki ke tempat ini namun atas desakan hati ingin mencari kebenaran dia melangkah ke situ. Dia mengambil tempat yang agak tersorok. Hoodie di kepala akan di pastikan tidak terlepas, dia tidak mahu dirinya dilihat kerana dia dapat melihat beberapa orang yang dia kenal. Rakan sepejabatnya, termasuk bosnya sendiri. Dia tersenyum sinis memandang susuk tegap di hujung sedang berpelukan dengan gadis dan lebih meloyakan apabila lelaki itu tanpa segan silu mencium rakus gadis di dalam pelukkannya.
Sedang dia ralit memerhati, akhirnya susuk yang dia cari muncul jua. Dia mengepal tangannya geram. Akhirnya kebenaran terbukti, dia melihat tubuh itu sedang bergembira melayan beberapa gadis di sisinya, seperti dunia ini dia yang punya.
Tidak menunggu, dia mengeluarkan telefon bimbit lalu gambar diambil. Setelah berpuas hati, dia ingin berambus dari tempat ini. Tidak betah lagi untuk terus menyaksikan adegan-adegan dosa. Dia melangkah ke arah pintu keluar, namun saat ingin melintasi tempat yang agak riuh itu tiba-tiba dia terlanggar tubuh tegap yang sedang menari itu, akibat rempuhan agak kuat dia hampir jatuh tersungkur namun ada lengan sasa lebih laju memaut pinggangnya dan dalam kegelapan yang hamya terbias lampu disko itu dia dapat mengecam dulu wajah lelaki itu dan demi menyorok wajahnya dia menutup hidung ke bawah dengan lengan bajunya.
Saat itu cahaya terbias di wajahnya dan lelaki itu seakan terkedu dan kaku melihatnya. Lama mata itu merenungnya sehingga dia menarik kuat tubuhnya dan tanpa menunggu dia laju berlari ke pintu keluar meninggalkan lelaki itu terkaku di situ.
Dia tidak mengendahkan lelaki itu kerana jika lelaki itu tahu siapa dia, itu menjadi isu yang lagi parah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia menghempaskan badannya ke sofa. Jam di dinding berdetak, tepat pukul4 pagi. Dia memejam matanya dan saat itu sepasang anak mata hijau lumut menerjah ruang bayangannya. Dia mencelik matanya kembali. Entah kenapa jantungnya berdetak laju saat melihat anak mata itu.
Tutt... Tuttt..
Dia mengambil telefonnya di atas meja kopi. Tanpa melihat nama pemanggil dia menekan ikon hijau.
"Hello..."
"woi!! Awek kau mabuk ni! Apasal kau tinggal dia??" ujar kawannya.
"bila masa dia jadi awek aku?! Pandai minum pandai la hidup! Kalau kau tak nak bawa balik dia tinggalkan je dekat situ!" balasnya bosan.
"hoi Nuh! Takde masa aku nak layan perempuan ni. Kau dekat mana? Selalu kalau kita orang tak ajak kau balik, kau la yang jadi penunggu kelab ni?" soal kawannya lagi.
"aku takde mood. Dah la aku nak tidur!"
Terus dia menamatkan panggilan. Dia memejam matanya, bayangan mata itu muncul lagi namun dia penat. Terus dia terlena di sofa itu.
Nur Nayla terkocoh-kocoh keluar dar keretanya. Dia mengambil beg lalu berlari anak masuk ke bangunan pejabat tempat dia bekerja. Ni la bahananya kalau tidur lambat. Saat sampai ke meja kerjanya, dia meletakkan barangannya lalu duduk melepaskan lelah seketika.
'ahhh.. Mujur sempat, ada sepuluh minit lagi, dia menilik wajahnya di cermin, rambut yang agak kusut dibetulkannya. Lipstik matte dirapikan sedikit di bibir. Sedang ralit menilik wajah di cermin, tiba-tiba ada bungkusan nasi lemak mendarat ke atas mejanya. Dia mendongak memerhati figura di depannya. Dia mengangkat kening.
"Morning Nay, jemput makan nasi lemak. I beli special untuk kesayangan i ni" ujar Faiz tersenyum manis.
Nayla mengambil semula bungkusan nasi itu kepada Faiz.
"thanks Faiz tapi saya dah breakfast. Awak ambil dan bagi la dekat Julia tu" ujar Nayla sambil memuncung mulutnya ke arah Julia yang dari tadi memandang tajam ke arah mereka.
"Nay, i beli untuk kekasih i, dan you kekasih i. Sampai hati you buat i macam ni. You dah tak sayang i ke?" soal Faiz.
Nayla yang memandang mencebik dalam hati. Plastik sangat.
"i tak sayang you ke, you yang beralih arah Iz?" soal Nayla sinis.
"apa maksud you Nay?"
Nayla tidak mengendahkan soalan Faiz dan ketika itu, pejabat mula dipenuhi rakannya yang lain. Faiz yang melihat terus mengangkat kaki. Nayla hanya menjeling dari ekor matanya. Dia sudah tawar hati akan lelaki itu.
Nuh Haqeem melabuhkan punggung ke kerusi. Dia mengeluh kasar. Raffael menggeleng melihat kawan baiknya itu.
"kau tak patut tengking staff kau macam tu" ujar Raffael lalu duduk di depan Nuh.
"kalau dah buat kerja pun lembab, salah pulak tu mana aku tak hangin. Aku susah payah bangunkan syarikat ni dengan titik peluh aku sendiri, dia buat company ni macam bapak dia punya!" hamun Nuh.
"okay tapi kata-kata kau tu kasar sangat. Memang dia salah, kau boleh ambil tindakan tatatertib tak pun kau warning je. Kalau nak marah sangat pun marah la dalam office, ni satu department dengar kau maki dia." balas Raffael lagi.
"Raff, baik kau keluar sekarang sebelum kau pun terima nasib yang sama dengan budak tu!" ujar Nuh. Wajahnya sudah mengalahkan harimau lapar.
Raffael mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Lalu tanpa berkata dia melangkah keluar dari bilik office kawannya itu.
Nuh memusing kerusinya kebelakang lalu menikmati permandangan kota dari cermin kaca tersebut. Dia harus menenangkan hatinya sebelum menyambungg kerja.
Nayla meletakkan hot chocolate ke atas meja. Kasihan dia melihat rakannya itu sedang menangis. Sedang dia buat kerja tadi, kecoh apabila Selina masuk sambil menangis dan sat itu dia mendengar cerit dari rakannya yang lain bahawa Selina teruk dimarahi bos mereka.
"Sabar la Lina, anggap ini ujian untuk kau" ujar Nayla memujuk.
"isk.. Isk.. Aku tak tahu siapa yang sabotaj aku Nay, aku dah semak report tu tapi masa aku hantar dekat Tuan Nuh, tu report yang salah. Aku malu Nay, satu department atas dengar aku kena maki. Aku nak berhenti. Aku dah tak sanggup nak tunjuk muka aku dekat sini" luah Selina sambil teresak-esak.
"takkan sebab tu kau nak berhenti Lina? Kalau kau tak salah kau kena buktikan. Jangan mengalah macam ni, ramai tahu kerja kau memang tip top." balas Nayla lagi.
"tapi Tuan Nuh..."
"aku akan tolong kau okay! Jangan risau"
" tapi aku takut Nay.. Aku takut nak jumpa Tuan Nuh lagi" balas Selina putus asa.
"kau bagi report yang betul tu. Aku tolong kau hantarkan."
Selina merenung kawannya itu. Dia tahu Nayla seorang yang berani. Tapi beranikah kawannya itu untuk bersemuka dengan CEO mereka itu. Setahu dia, Nayla tak pernah berinteraksi dengan Tuan Nuh memandangkan Nayla hanya bekerja sebagai kerani biasa sahaja.
"kau jangan bimbang, walaupun ini kali pertama aku nak bercakap dengan bos kita tapi aku tetap nak tegakkan kebenaran untuk kau. Lepas settle dengan bos, kita cari siapa malaun yang pedajalkan kau tu" balas Nayla seakan tahu apa yang berada di dalam fikiran Selina.
Dia menekan lif ke atas. Di tangan sebelah kanannya digenggam laporan yang diberikan oleh Selina. Tak lama pintu lif terbuka dan saat itu dia melangkah. Saat dia ingin menekan butang 20, ternyata butang itu telah di tekan dan disebelahnya ialah encik Raffael Anderson, pembantu CEO nya merangkap salah seorang share holder syarikat ini. Dia memberikan senyuman nipis kepada orang atasannya itu.
Raffael fokus kepada telefonnya dan saat terhidu wangian yang menarik minatnya, dia menoleh sekilas ke sebelah, seorang gadis berbaju blaus agak longgar biru gelap dipadankan dengan palazo hitam. Rambut pula diikat ekor kuda. Dia melihat gadis itu tersenyum nipis kepadanya. Cantik!
"you staff di sini ke?" soal Raffael.
Dia tak pernah melihat gadis itu sebelum ni. Dia melihat gadis itu mengangguk kepalanya.
"ya saya Nayla, saya clerk bahagian operation." jawab Nayla.
Dia hanya berani memandang sekilas wajah kacukan itu. Siapa tak kenal Nuh Haqeem dan Raffael Anderson. Dua sahaja yang popular di kalangan staff terutamanya. Masing-masing mempunyai pakej yang boleh buatkan para wanita cair tapi dia tidak tergolong dari kalangan itu. Kenapa? Sebab bak kata pepatah pipit tak boleh terbang dengan enggang dan dia tahu perangai Masing-masing. Tapi macam mana dengan Faiz? Yang itu pun dia akan selesaikan secepat mungkin.
"excuse me?"
Raffael mengawang tangannya di depan Nayla apabila melihat gadis itu seakan termenung.
"Hahh? Ya encik?" soal Nayla apabila tersedar akan keterlanjurannya.
"I tanya, you naik level 20 ni untuk apa?" soal Raffael.
Dia pelik kerana level 20 ni jarang staff department dapat naik melainkan atas arahan daripada Nuh dan dia sendiri. Level itu memang di khaskan bahagian finance dan aset sahaja.
"oh! Saya ada hal yang harus diselesaikan." jawab Nayla.
Ting!
Lif sampai di tingkat 20 lalu Raffael dengan gentleman nya memberi laluan kepada Nayla keluar dahulu. Saat itu Raffael mengikut langkah Nayla menuju ke arah bilik CEO. Raffael mengerutkan keningnya. Tanpa bersuara dia memerhati gelagat Nayla.
Nayla menghampiri PA CEOnya itu.
"maaf, saya Nayla dari bahagian operation, saya nak jumpa Tuan Nuh boleh? Saya nak serahkan report ni" ujar Nayla ramah sambil menunjukkan fail laporan di tangannya.
Farah, merangkap PA kepada Nuh Haqeem mengaru keningnya.
"Maaf cik Nayla tapi Tuan Nuh tak mahu sesiapa mengganggu dia sekarang ni. Lagipun mood Tuan Nuh tak baik. I takut nanti you kena sembur dengan dia nanti" balas Farah pula.
"tapi ini urgent cik. Takpe, kalau Tuan Nuh marah saya tak kisah" balas Nayla lagi.
Raffael di belakang menjungkit sebelah keningnya saat mendengar kata-kata Nayla tadi.
"Tapi...."
Tak sempat Farah bersuara, Raffael bersuara.
"just Inform Nuh, Farah."
Farah yang mendengar hanya mengikut arahan lalu dia mendial nombor bosnya. Selepas memberitahu, Farah terus mengarahkan Nayla masuk ke bilik CEOnya itu.
Tombol pintu di tekan lalu pintu ditolak untuk dia masuk.
Raffael hanya memandang Nayla menghilang disebalik pintu bilik tersebut. 'harap tak menangis la budak tu nanti' desis hatinya.
Salam perkenalan dari Nur Nayla dan Nuh Haqeem. This time CE buat Hero bukan calon suami mithali, tapi orang kaya yang hidup bebas dan suka bersosial. Nayla pula hanya seorang kerani biasa namun ada sesuatu yang misteri tentang dirinya yang tiada siapa pun tahu.
Share this novel