BAB 17

Romance Completed 23694

Raffael masuk ke dalam rumah agam itu setelah pintu dibuka oleh bibik.

"Raff..."

sapa Luth saat melihat Raffael lalu menyalami lelaki itu.

"bang... Nuh ada?" soal Raffael.

"ada dekat kolam renag belakang tu. Pergilah" jawab Luth.

Raffael melangkah ke kolam renang dan dari pintu sliding itu dia melihat Nuh sedang duduk termenung di tepi kolam. Raffael mendekati lelaki itu lalu duduk di kerusi sebelah.

"sampai bila kau nak lari dari masalah? Dah hampir seminggu, Nayla sedang tunggu kau jumpa dia" tegur Raffael.

Nuh mengeluh perlahan. Dia masih merenung air kolam yang tenang itu.

"apa yang terjadi bukan salah Nayla atau pun arwah ayah dia. Tan Sri sendiri dah beritahu keluarga kau, ini semua rancangan uncle Naz. Semua itu hanya kebetulan, ayah dan ibu kau menjadi mangsa." ujar Raffael lagi.

"aku tak tahu Raff, benda tu terngiang-ngiang dalam otak aku. Aku cuba untuk terima tapi aku tak boleh" balas Nuh.

" dan kau nak jadikan Nayla mangsa? Kau nak buang rasa cinta kau macam tu je?" soalan Raffael itu membuatkan Nuh terkedu.

Raffael mengeleng kepala melihat kedegilan sahabatnya itu.

"aku cuma nak kau fikir betul-betul Nuh. Aku tak nak kau buat keputusan bodoh yang akan merugikan diri kau sendiri. Ingat, Nayla juga mangsa kejahatan Dato Nazmi. Tapi ingat, semua ni dah tertulis, kalau bukan kemalangan itu, mungkin ayah dan ibu kau tetap pergi hari tu. Semua takdir yang dah tertulis. Fikir yang terbaik Nuh" ujar Raffael menepuk bahu sahabatnya itu lalu meninggalkan Nuh di situ.
.
. .
. .
. .
. .
. .
.
Nayla duduk termenung di balkoni rumahnya. Sesekali dia menjeling ke balkoni sebelah. Keluhan dilepaskan, sejak kejadian culik tempoh hari Nuh masih lagi tidak datang menjenguknya. Dia tahu pasti ada kaitan dengan apa yang Dato Nazmi katakan tempoh hari.

Dia juga masih terkejut dan tidak menyangka ibu bapa Nuh juga terlibat menjadi mangsa kemalangan arwah daddynya. Entah kenapa kelakuan Nuh sedikit sebanyak mengguris hatinya. Adakah tak cukup ikhlas kasih lelaki itu kepadanya sehingga mendera perasaannya sebegitu. Bukan dia minta perkara itu terjadi.

Bunyi pintu dibuka membuatkan dia menoleh ke dalam rumah. Dia melihat mommy dan abangnya, Nadim baru pulang.

"Lala..." panggil Rosebell.

"ya mommy" jawab Nayla.

Rosebell datang memeluk lalu mengucup lembut kepala anaknya. Nadim sudah berlalu ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya.

"kenapa ni?" soal Rosebell dalam bahasa Perancis.

"nothing mom. So how?" soal Nayla kembali.

"going well.. Mommy dah jumpa grandpa then dia dah beritahu keluarga Nuh tentang apa yang sebenarnya terjadi. After 28 years Lala, finally mommy can get blessing from your grandpa." ujar Rosebell lega.

Nayla tersenyum nipis. Bahagia melihat senyuman ibunya itu. Dato Nazmi sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merancang pembunuhan daddynya dan percubaan bunuh terhadap dirinya dan Nadim. Cuma yang meresahkan dirinya ialah Nuh. Lelaki itu langsung tidak bertanya khabarnya dan panggilan langsung tidak di jawab. Dia mula membayangkan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

"Lala, macam mana hubungan Lala dan Nuh?" soal Rosebell.

Nayla cuba menyembunyikan resah hatinya dengan tersenyum manis di depan ibunya itu.

"everything is good mom. Don't worry" jawab Nayla gugup.

Rosebell tersenyum lalu mengusap pipi anaknya itu.

"please accept grandpa in our life. Daddy will be happy if we're together" ujar Rosebell memujuk.

"inshallah mommy.." balas Nayla perlahan.
. .
. .
. .
. .
.

Nayla memasuki restoran tersebut. Dari jauh dia melihat Nuh sedang duduk menunggunya. Tersenyum manis dia saat itu.
Pagi tadi dia menerima mesej ringkas dari Nuh menyatakan bahawa lelaki itu ingin berjumpanya. Itu sudah cukup menggembirakannya.

Nayla mengenakan knitwear pink berserta skinny jeans hitam. Rambutnya juga dibiarkan lepas. Dia menghampiri meja tersebut lalu menyapa Nuh yang tidak sedar akan kehadirannya itu.

"assalamualaikum.. Sorry lambat" sapa Nayla lalu duduk di depan lelaki itu.

Nub seakan tersedar dari lamunan lalu menjawab salam perlahan. Dia melihat wajah cantik di depannya itu. Sesungguhnya dia amat merindui wajah itu. Senyuman manis Nayla itu membuatkan cintanya semakin mendalam. Dia mengeluh perlahan.

"i dah order air untuk you. Minum la" ujar Nuh tersenyum nipis.

Tersenyum manis Nayla saat melihat air kegemarannya itu. Bahagia rasa hatinya saat melihat wajah Nuh.

"Nay, i ada sesuatu nak beritahu you." ujar Nuh. Wajahnya agak gelisah ketika itu.

Nayla yang masih tidak menyedari itu hanya tersenyum.

"tentang apa? Pertunangan kita ke? Oh ya, mommy ada bertanya kalau boleh majlis tunang kita boleh dibuat dalam masa terdekat ini sementara mommy ada di Malaysia." ujar Nayla ceria.

Nuh hanya dia tidak membalas. Nayla mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun senyumannya masih kekal dibibir.

" i dah buat pilihan, I can't continue our relationship anymore. I'm sorry Nay, hati i tak boleh nak teruskan lagi. I want to broke up with you dan takkan ada majlis pertunangan antara kita"

Kata-kata Nuh ibarat petir yang menyambar hati Nayla. Perlahan-lahan senyuman dibibir Nayla mengendur. Namun seminit kemudian Nayla tersenyum tawar.

"why Nuh?" soal Nayla dengan matanya tak lepas memandang wajah jejaka itu.

"i'm sorry Nay, it's hurt me inside. Selepas apa yang terjadi dan kebenaran yang i terima. Perasaan i bercampur aduk. I love you.. So so much but i need to choose wisely what the best for both of us" balas Nuh.

Nayla ketawa perlahan namun cukup sinis dipendengaran Nuh.

"you need to choose wisely? So this is the best choice that you make? Dont tell me you love me if your choice is bullshit! Selepas saya bagi hati dan cinta saya kepada awak, ini yang awak balas. I'm speechless Nuh Haqeem, how could you do this to me! You ingat you seorang kecewa dengan apa yang berlaku? You ingat you sorang yang merasa kehilangan? You are so selfish Nuh!! Okay.. Kalau ini yang you nak, i akan ikut PILIHAN you ini tapi ingat, mulai saat ini, i tak nak tengok muka you muncul depan i lagi!! " ujar Nayla lalu meninggalkan restoran itu.

Nuh hanya memandang langkah Nayla yang semakin menjauh itu. Mengigil tangnnya menahan perasaannya yang sakit saat melihat Nayla melangkah pergi dengan perasaan yang kecewa itu.

Nayla masuk ke kereta lalu menghentak tangannya ke stereng keretanya. Air matanya yang ditahan akhirnya terhambur keluar. Hancur berkecai hatinya saat itu. Segala rasa cinta terhadap Nuh saat itu amat menyakitkan dirinya. Sakit yang dialaminya tidak pernah dirasakan sebelum ini. Nayla menekap tangan ke dadanya bagi menahan rasa sakit yang terhimpit.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nadim melihat Nayla yang sedang termenung di balkoni. Dia baru mendapat berita tentang Nuh dari Raffael. Dia tidak menyangka bahawa percintaan adiknya itu akan berakhir begitu. Nayla tidak menceritakan kepadanya malah mengambil jalan mendiamkan diri.

Dia menghampiri Nayla lalu duduk di kerusi di balkoni itu.

"Lala, Raff call abang tadi" ujar Nadim sambil melihat adiknya.

Nayla hanya diam tidak membalas. Nadim meneruskan katanya.

"Raff beritahu yang Nuh dah pergi ke UK untuk membantu uruskan syarikat ayah Raff di sana" ujar Nadim lagi.

Dia melihat riak wajah Nayla berubah saat itu namun dengan pantas adiknya itu mengawalnya agar tidak terlalu kelihatan.

"Raff cakap mungkin Nuh akan menetap di sana dalam tempoh yang agak lama. Lala, walau apapun berlaku abang akan sentiasa ada dengan adik abang. Be strong, kalau Lala rasa tak mahu tinggal di sini, kita balik Paris ya" pujuk Nadim.

Nayla tersenyum nipis namun matanya masih merenung luar balkoni.

"Lala nak stay sini. Lagipun Lala dah janji dengan aunty Badriah nak teman grandpa dekat sini. Anang balik la sana, nanti ada masa Lala bawa grandpa jenguk abang di sana" ujar Nayla.

"baikah kalau Lala kata begitu. Jaga diri adik di sini, dan Malik akan tetap menjadi bodyguard Lala di sini" ujar Nadim.

"Lala akan pindah ke rumah grandpa nanti dan Lala dah tak nak duduk sini dah" ujar Nayla.

"okay, nanti abang tolong Lala pindah ke rumah grandpa. Abang masuk dulu, Lala jangan duduk lama-lama dekat luar malam- malam ni. Tak elok untuk badan" nasihat Nadim.

Nayla hanya mengangguk. Saat Nadim menghilang ke dalam rumah, tanpa disedari air mata Nayla jatuh membasahi pipinya. Di melihat bintang yang bertaburan dilangit. Sesekli dia menjeling ke balkoni yang gelap di sebelah, terus kenangan yang pernah tercipta terlayar dimatanya. Senyuman Nuh, saat Nuh melamarnya.

Dia memejam matanya mengusir memori itu.

"mulai hari ini, aku lepaskan kau pergi Nuh. Aku takkan biarkan nama kau berada di dalam hatiku lagi" bisik Nayla perlahan.

Menghampiri prolog guys... Nuh ni elok rendam dalam kolam tu... Haishhh...

Share this novel

Siti Rohani Idris
2024-03-15 06:30:45 

I just hope when the time come you won't be the too forgiving type nay


NovelPlus Premium

The best ads free experience