Nayla melihat penampilannya di cermin dan saat berpuas hati dia keluar dari biliknya. Saat menuruni tangga, riuh dia kedengaran suara Naira berceloteh. Beberapa hari lalu, Naira membuat permintaan ingin mengajaknya keluar jalan-jalan dan kerana dia tiada apa-apa hal dia hanya bersetuju.
"Kakak!"
Nayla tersenyum memandang Naira yang sedang memandangnya namun senyumannya mengendur saat melihat figura di sebelah Naira. Namun dia mengukir senyuman semula saat melihat pandangan atuk dan Maksu Badriah terarah kepadanya.
"Rara dah lama sampai? Maaf kalau akak lambat" tegur Nayla.
"Baru je, duk borak-borak dengan atuk dan Toksu" ujar Naira ceria.
"kalau macam tu jom la. Atuk, Nay keluar sekejap ya" ujar Nayla.
"yela. Enjoy your day. Nuh, jaga cucu dan cicit atuk ni" gurau Tan Sri Nazruddin.
Nuh tersenyum nipis.
"insyaallah tuk, kami pergi dulu ya tuk, maksu" pamit Nuh.
Merek bertiga melangkah keluar. Datin Badriah memandang sambil tersenyum.
"Ayah rasa Nuh dan Nayla tu sesuai ke tak?" soal Datin Badriah tiba-tiba
"ayah tunggu Nayla cakap je, kalau jodoh tak kemana Riah. Ayah sebagai orang tua ni sekali pandang dah tahu apa ada dalam hati masing-masing cuma tulah, masing-masing jual mahal" balas Tan Sri Nazruddin.
Datin Badriah hanya tersenyum mendengar.
Hanya suara lagu dari radio kedengaran di dalam Range Rover hitam itu. Naira yang berada di belakang seronok mengikut lirik lagu yang berkumandang. Nayla di sebelah pemandu hanya diam memandang keluar tingkap. Nuh pula tenang memandu dan sesekali menjeling ke sebelah.
"Uncle, hari ni Rara nak tengok movie tau. Uncle jangan tidur dalam panggung nanti!!" tegas Naira dari belakang.
"Kalau Rara pilih cerita best, Uncle tak tidur la. Ni pilih kartun je. Apa kata kita main teka teki. Siapa menang dia dapat pilih movie" ujar Nuh sambil memandang cermin pandang belakang sekilas.
Naira mengosok jarinya di dagu.
"ok deal! Akak jom kita kalah kan uncle!" ajak Naira bersemangat.
Nayla tersenyum nipis. Kereta berhenti di lampu merah.
"ok, uncle start dulu. Ada 4 lelaki, mereka berempat kayuh sampan, tiba-tiba sampan mereka terbalik. Tapi kenapa seorang dari mereka rambutnya tak basah?" soal Nuh.
Naira membuat muka seolah sedang terfikir begitu juga Nayla, comel Masing-masing. Nuh tersenyum, saat lampu bertukar hijau dia menekan minyak.
" Hurry up Rara, Nayla.. Your times is running out" gesa Nuh membuatkan masing-masing makin gabra.
"errr... Sebab seorang tu tak jatuh?" ujar Nayla.
"tettt... Wrong!" balas Nuh.
"ermmm sebab lelaki tu tak tenggelam!" jerit Naira yakin bahawa jawapan betul.
" Oh my...." ujar Nuh buat-buat terkejut.
"Rara betulkan Uncle? Yeayy!" ujar Naira.
"tettt... Wrong! Jawapannya sebab lelaki tu botak!! Hahaha..." ujar Nuh sambil ketawa berdekah.
Naira mencebik.
"ok my turn!" ujar Naira.
Nuh dan Nayla masing-masing memberi perhatian kepada Naira.
"ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri dan kita jalan dia pun ikut sama jalan. Apakah ia?" soal Naira bersemangat
Nuh mula berfikir, Nayla juga memerah mencari jawapan.
"i know!" jerit Nayla tiba-tiba
Naira menjungkit keningnya.
"tapak kaki! Betul kan?" soal Nayla teruja.
"Yeayy...kak Nayla betul.. So uncle dan Team NaNa seri satu sama" jerit Naira gembira.
"Team Nana?" soal Nuh pelik.
"yela, Naira and Nayla jadilah Nana" ujar Naira.
Nuh mengeleng kepala manakala Nayla tersenyum geli hati.
"okay last Nayla bagi soalan. Soalan penentuan kalah menang" ujar Nuh.
Nayla bwrfikir sementar kemudian dia pun bersuara.
"okay, dalam banyak-banyak burung, burung apa yang boleh berenang, boleh baring, tapi tak boleh terbang" ujar Nayla.
Nuh berfikir sejenak, Naira pula berkerut-kerut mencari jawapan. Nayla cuba memberi isyarat mata kepada Naira namun kanak-kanak tidak menyedarinya.
"Nay...do not cheating..." ujar Nuh meleret.
Nayla tersentak lalu membetul duduknya.
"mana ada i menipu.. Ok i need the answer, kita dah nak sampai Midvalley dah ni" balas Nayla selamba.
"ok Rara ada jawapan. Burung unta kan?" jawab Naira.
Nayla menepuk dahinya manakala Nuh ketawa terbahak bahak.
"Rara, burung unta tak boleh berenang. Jawapan dia penguin kan?" ujar Nuh.
"betul, jawapan dia penguin" balas Nayla.
"yess!! Hari ni uncle pilih movie!" ujar Nuh gembira.
Naira dah mencebik bibir di belakang.
Selesai membeli tiket, Nuh pergi ke kaunter popcorn dan air. Dia memberi dua bekas besar popcorn Garrets kegemaran Naira dan tiga botol air mineral.
"Dah, jom masuk. Mivie dah nak start." ajak Nuh.
"uncle beli movie apa? Kalau cerita seram Rara tak nak tengok!" soal Naira.
"bukan la.. Jangan risau, jom masuk!" ajak Nuh lagi.
Mereka bertiga menuju ke hall. Saat menjumpai seat, laju Naira duduk di seat hujung. Tercengang Nayla saat itu.
"Rara duduk tengah la, biar kakak duduk situ." ujar Nayla.
"taknak, nanti uncle kacau Rara tengok movie. Kakak duk tengah ek" ujar Naira tanpa bersalah.
Nayla mengaru kepalanya dan saat memandang Nuh, lelaki itu hanya beriak selamba seperti tidak kisah akan keadaan itu. Akhirnya Nayla terpaksa duduk antara Nuh dan Naira.
Bertepuk tangan Naira saat intro dimainkan kerana tertera movie yang ingin ditontonnya dipilih oleh Nuh. Nayla hanya tersenyum melihat riak teruja kanak-kanak itu. Dan saat dia memandang Nuh, lelaki itu juga memandangnya sambil tersenyum, terkesima Nayla saat itu, laju dia memandang ke skrin panggung itu.
Nuh menguap beberapa kali, cerita baru separuh dia sudah mula mengantuk. Bekas popcorn telah diberi kepada Nayla dan dia membetulkan duduknya. Semakin lama matanya semakin layu dan akhirnya matanya terpejam.
Nuh tersedar saat rasa kepalanya ditolak ke sebelah kiri. Dia mengosok matanya lalu melihat suasana panggung yang dah cerah. Saat itu dia menangkap wajah Naira yang masam sambil berdiri berpeluk tubuh dan juga Nayla yang langsung tidak memandang ke arahnya.
"Uncle ni, kalau nak tidur baik tak payah tengok movie! Dah la lentok ke bahu kakak, kesian kakak tau tak!" bebel Naira.
Tersentak Nuh saat itu dan dia terus memandang Nayla yang sedang berdiri di sebelah Naira.
"erm.. Jom la keluar Rara, tadi kata lapar kan" ajak Nayla sambil menarik tangab Naira.
Mereka berdua melangkah meninggalkan Nuh yang masih kaku duduk di kerusi.
Selesai makan, mereka ke kidzoonia atas permintaan Naira. Nuh duduk di kerusi yang disediakan sementara melihat Naira sedang bermain. Nayla juga duduk di kerusi yang sama namun masih ada jaraknya.
"happy kan jadi budak. Tak perlu fikir masalah" Nuh bersuara.
"jadi dewasa pun happy kalau pandai uruskan hidup. Jangan fikir kanak-kanak ni takde masalah. Ada tapi berbeza dengan dewasa" balas Nayla.
"Nay, masih ada peluang ke untuk i?" soa Nuh.
Nayla tersenyum. Dia tahu Nuh bersungguh-sungguh nak kembali dan betulkan semula hubungan mereka, namun hatinya masih belum ikhlas untuk menerimanya semula.
"peluang sentiasa ada, cuma hati i belum ikhlas untuk terima you semula Nuh. I tak halang you nak mencuba tapi jangan terlalu mengharap kerana i tak tahu bila hati i akan ikhlas." balas Nayla memandang tepat ke mata Nuh.
"Nuh, i tak marah you. Cuma i kecewa, terlalu kecewa sehingga i tak rasa perasaan marah tu. Tapi Tiga tahu mengajar i untuk redha dan terima takdir yang ditetapkan. Cuma untuk terima you kembali mungkin takkan berlaku" tambah Nayla lagi.
Pedih hati Nuh mendengar kata-kata itu.
"you cakap mungkin dan i percaya yang dengan mungkin itu Allah akan balikkan hati you untuk terima i kembali" balas Nuh.
Nayla hanya menjungkit bahu sambil tersenyum. Dia tidak menjawab kata-kata Nuh itu. Kerana dia tahu hebatnya kuasa Allah, jika Dia berkehendakkan sekelip mata pun boleh berlaku.
Sejak keluar bersama minggu lalu, Nayla masih melayan Nuh seperti orang asing, tiada perubahan yang Nuh rasa jika mengambil Naira di kelas muzik.
"Rara rasa uncle ni tak romantik la"
Nuh menoleh ke sebelahnya sekilas sebelum memfokuskan matanya ke jalan raya.
"kenapa cakap uncle macam tu?" soal Nuh.
"yela, hari tu keluar macam takde perubahan pun. Sekarang pun sama, kalau macam ni la sampai Rara besar pun uncle tak dapat kahwin dengan kakak. Give up la nak tolong uncle macam ni. Baik suruh kakak kahwin dengan uncle Raff je. " bebel Naira.
"amboi, siapa ajar cakap macam ni. Rara dah janji nak tolong uncle. Kan uncle tarik balik semua yang uncle bagi kan" ujar Nuh.
"Alahh uncle ambil pun Rara boleh minta daddy belikan." balas Naira.
Kereta berhenti di lampu merah dan saat itu Nuh memandang anak saudaranya di sebelah.
"Rara, tolong la uncle. Kak Nayla tu hati keras. Macam mana nak uncle pujuk balik dia?" ujar Nuh.
"hurmm apa kata uncle buat macam ni..."
Naira mendekatkan mulut ke telinga Nuh lalu membisikkan sesuatu.
"boleh jadi ke?" soal Nuh.
"belum cuba belum tahu." balas Naira selamba.
"Naira, you are twelwe years old, macam mana boleh tahu semua ni?" soal Nuh pelik.
"Rara selalu nampak daddy buat untuk mommy. Lepas tu mesti mommy happy je" jawab Naira.
"ok, Uncle cuba. Tapi Rara kena tolong uncle..."
"Ha.. Ah.. No kali ni Rara tak nak tolong uncle. Do it yourself. Tunjuk kesungguhan uncle"
Ujar Naira sambil mengoyang jarinya. Nuh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Anak saudara dia ni mengalahkan doktor cinta. Dengan Raffael pun takde bincang macam ni sekali. Try jela Nuh, mana tahu berkat anak saudara, berhasil usaha dia ni.
Hi sorry menghilang beberapa hari....trlalu busy smpai tak sempat nak menulis... Maaf kalau chap ni tak menarik, kalau sempt CE double updte.. Tp xjanji yer
Share this novel