Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Hanya dari kerana mata, dia mula angau. Pertemuan tidak terduga membuatkan sasau mencari gerangan mata berwarna hijau itu. Tidak tahu nama, siapa, dan bagaimana wajahnya. Hanya warna mata sahaja yang dia tahu. " apa yang kau dah jampi aku sampai aku tergilakan kau" Nuh Haqeem tak kenal erti mengalah. Jika dia mahu dia akan cari sampai dapat. " you ni ibarat sedang mencari hantu. Seseorang yang tiada jejak dan petunjuk. Hanya menunggu dia muncul" Atas satu kejadian, Nuh Haqeem bertemu dengan Nur Nayla dari sikap Nayla yang berani bersuara itu menarik minat Nuh. Dari seteru menjadi kawan. Sikap Nur Nayla yang sentiasa mendengar membuatkan Nuh Haqeem selesa. Makin lama muncul bibik cinta di hati Nuh buat Nayla dalam diam. Namun kebenaran akhirnya menyakitkan hati Nuh Haqeem dan membuatkan segalanya berubah. Dengan tiba-tiba dia menghilangkan diri pergi meninggalkan semuanya dan dia juga membuatkan hati Nayla berkecai. Nayla ditinggalkan tanpa kata selamat tinggal. Tahun berlalu, akhirnya Nuh muncul kembali demi kebahagiaannya. Apakah kebahagiaan yang Nuh Inginkan?
Update 06 December 2024
2023-08-06
Best sgt saya suka
2023-05-12
BESSSTTTTT
2022-04-01
best marathon bc...tq CE happy ending