BAB 11

Romance Completed 23694

Melihat Nayla yang diam tak membalas, Nuh mengeluh perlahan.

"i tahu i bukan lelaki yang baik, hidup i dulu terlalu mengaibkan. Tapi perasaan i kepada you paling ikhlas dari i. I tak mampu nak pendam lagi, seminggu you mengelak membuatkan i takut kehilangan you." ujar Nuh lagi.

"Ta.. Tapi bukan awak pernah cakap yang awak mencari pemilik mata hijau yang awak jumpa dekat club dulu? Awak cakap awak jatuh cinta dengan dia kan?" soal Nayla.

"dan you pernah cakap yang i ibarat mengejar hantu. Tiada jejak untuk di cari. i tak jatuh cinta tapi i cuma tertarik dengan kecantikkan matanya. Dan kehadiran you ibarat sinar untuk i, Nayla."

"saya...."

Nayla gelisah untuk meneruskan kata. Hatinya berbelah bahagi. Entah kenapa jauh di sudut hatinya ada rasa gembira saat mendengar luahan Nuh namun dia lebih banyak merasa takut memandangkan Nuh begitu dekat dengan Dato Nazmi. Tak mustahil Tan Sri dan Dato Nazmi akan mengenalinya.

Melihat kegelisahan Nayla, Nuh bersuara.

"it's okay Nay, kalau you tak bersedia memberi jawapan cukup la mendengar luahan i dan i akan sentiasa menunggu cinta i berbalas" ujar Nuh lalu meninggalkan Nayla yang masih terpingga-pingga.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nayla masuk ke rumah agam mewah itu lalu dijemput duduk ke sofa di ruang tamu. Matanya memandang sekeliling dan saat itu dia menangkap gambar potret yang agak besar. Potret keluarga dan saat itu dia melihat kekurangan pada gambar itu. Dan dia melihat renungan tegas lelaki yang berusia di dalam gambar tersebut.

Bunyi tongkat di hentak ke lantai perlahan menandakan seseorang mendekatinya dan dia tahu siapa gerangannya.

Lelaki separuh usia itu duduk di depannya. Sebelum ini hanya gambar ditatap dan saat itu buat pertama kali mereka bertentang mata.

Nayla hanya beriak tenang, namun pandangan lelaki itu penuh dengan pelbagai rasa.

"akhirnya...." lelaki itu bersuara.

"apa tujuan Tan Sri nak berjumpa saya?" soal Nayla perlahan.

Iya, sekarang dia berada di rumah agam milik Tan Sri Nazruddin, datuknya sendiri. Semasa dia mahu pulang dari kelas muzik tadi, dia didatangi sebuah kereta mewah dan salah seorang keluar dari kereta dan menyatakan Tan Sri Nazruddin ingin berjumpanya. Pada mulanya dia menolak namun anak buah Tan Sri lebih bijak, mereka memintanya bersetuju jika tak mahu Malik diapa-apakan.

Dan sekarang buat pertama kali dalam hidupnya dia menjejakkan kaki ke rumah yang tak pernah menerima keluarganya.

"your face like you father, Nazri's blood, pure Malay" ujar Tan Sri Nazruddin tak lepas memandangnya.

"Well, i'm Nazri and Rosebell's daughter. Please remember that" balas Nayla.

Dia dapat melihat keras badan Tan Zri Nazruddin saat dia menyebut nama mommynya.

"tapi kamu tidak mewarisi wanita itu" balas Tan Sri Nazruddin.

"siapa cakap? Ada sesuatu yang pasti mengingatkan Tan Sri kepada dia. Tapi saya takkan tunjuk kepada Tan Sri." balas Nayla.

"i'm your grandfather, Nayla. Stop call me Tan Sri!" ujar Tan Sri Nazruddin tegas.

Nayla tersenyum sinis. Lucu dia mendengar saat lelaki itu berkata begitu.

"really? Setahu saya keluarga kami dibuang oleh family arwah daddy hanya kerana daddy kahwin dengan mommy! Setahu saya juga Tan Sri amat mementingkan darjat dan taraf. Tak kurang juga menjunjung tinggi perkahwinan politik! Married with benefit! Am i right Tan Sri? " soal Nayla sinis.

Terpempan Tan Sri Nazruddin saat itu.

" Tan Sri buang anak Tan Sri sendiri kerana dia mengahwini wanita yang dia cintai secara senyap di luar negara sedangkan Tan Sri sudah pilih calon menantu yang merupakan anak rakan niaga Tan Sri sendiri dengan pulangan peluang perniagaan yang mendatangkan untung yang sangat lumayan. Tapi Tan Sri nak tahu sesuatu? "

Tan Sri Nazruddin mendengar setiap patah kata cucunya itu dengan jelas. Tangannya digenggam menahan rasa.

" arwah Daddy tak pernah burukkan Tan Sri depan kami! Sejak kecil saya dan Nadim teringin nak jumpa atuk sebelah daddy, tapi daddy cakap atuk tinggal jauh. Namun apabila kami makin besar dan melihat orang suruhan Tan Sri datang memberi amaran kepada daddy membuatkan kami sedar siapa atuk kami sebenarnya. Sepuluh tahun lalu, Tan Sri dah rampas ayah kami dan rampas nyawanya sekali!! " ujar Nayla lagi.

" Tan sri dah buang Daddy tapi kenapa perlu rampas kebahagiaan kami? Kenapa Tan Sri sebagai ayah kandung sanggup berbuat kejam begitu sedangkan dalam setiap doa selepas solat, arwah daddy tak pernah lupa untuk doakan kesejahteraan Tan Sri. Kadang-kadang saya terfikir, macam mana orang sebaik daddy boleh lahir dari keluarga Tan Sri yang kejam ni!! "

Lirih suara Nayla saat itu. Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Tan Sri Nazruddin turut bergenang di matanya.

" i'm lost my father when i fifteen and mommy depression for months because of it. Tapi kami bangkit kerana nasihat daddy selalu terngiang. He told us, jangan sesekali salahkan takdir kerana setiap ujian kerana Allah sayang kita. Dan ayat yang setiap hari dia ucapkan ialah jangan sesekali membenci atuk Nazruddin, sayangi sebab dia atuk Nayla dan Nadim. Every single day walaupun darah daging dia sendiri dah bunuh dia!! " jerit Nayla.

Tanpa menunggu lagi, Nayla terus bangun dan keluar dari rumah agam itu! Dia tidak betah menatap wajah itu lagi. Air mata disapu kasar dengan tapak tangannya.

Dia dalam rumah agam itu, air mata Tan Sri Nazruddin menitis tanpa ditahan. Tangannya di bawa memegang jantungnya.

"maafkan ayah Nazri....maafkan ayah.." bisik Tan Sei Nazruddin perlahan.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Bunyi pintu pejabat dirempuh dari luar membuatkan Tan Sri Nazruddin mengangkat wajahnya.

"Tan Sri, maaf saya dah cuba halang tapi..."

"its okay.. You can go out" ujar Tan Sri Nazruddin.

Setiausahanya melangkah keluar lalu menutup pintu itu. Dia melihat susuk tinggi berwajah tegang di hadapannya. Wajah seiras ibunya namun mata itu amat dikenalinya. Mata tajam yang diwarisi dari ayahnya.

"i came to give warning to you. Do not disturb my sister!" ujar Nadim tegas.

Berang hatinya saat mendapat tahu Nayla berjumpa Tan Sri Nazruddin. Atas bimbangkan keselamatan adiknya, mommynya meminta dia terus pulang ke Malaysia. Dan sekarang dia akan membuat perhitungan.

" salah ke seorang atuk ingin bertemu cucunya?" soal Tan Sri Nazruddin tenang.

Nadim ketawa sinis.

"cucu? Sejak bila Tan Sri anggap kami ni cucu Tan Sri? Darah daging Tan Sri? Kami anak dari isteri daddy yang tak diterima Tan Sri! Takkan dah lupa kot macam mana tan sri buang keluarga kami!" balas Nadim.

"saya minta tan sri jangan sesekali kacau keluarga kami lagi seperti kami yang tak pernah mengaku tan sri keluarga kami! Cukup la nyawa arwah daddy kami tergadai kerana kekejaman tan sri! Cukup!" ujar Nadim lalu terus meninggalkan pejabat itu.

Tan sri terduduk. Dia cuba menenangkan perasaannya. Entah kenapa Nayla dan Nadim bercakap hal yang sama. Setahu dia, arwah Nazri meninggal kerana kemalangan jalan raya ketika ke lapangan terbang selepas dia bertemu anaknya itu. Dan dia tidak menyangka itu kali terakhir dia menatap wajah anaknya selepas dia memaafkan Nazri dan meminta Nazri membawa anak isterinya pulang berjumpanya.

Kes kemalangan itu juga telah diselesaikan dengan keputusan akibat kecuaian. Namun entah kenapa Cucunya menuduh dia yang membunuh anaknya sendiri. Seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.
. .
. .
. .
. .
.

Nayla termenung di balkoni biliknya. Malam itu agak sejuk memandangkan baru lepas hujan. Abangnya Nadim pula keluar untuk berjumpa Malik. Sejak kejadian dia berjumpa Tan Sri Nazruddin tempoh hari, Nadim terus menetap di sini. Kerjanya di Perancis juga hanya diuruskan dari Malaysia.

Ting! Ting!

Telefonnya berbunyi dan saat melihat nama pemanggil dia mengeluh perlahan. Butang hijau ditekan.

"assalamualaikum lamanya nak tunggu angkat call i" tegur suara garau itu.

"waalaikumusalam, mana ada" jawab Nayla.

"kenapa asyik termenung je? You ada masalah ke? Mungkin boleh kongsi dengan i" ujar Nuh.

Nayla terus menoleh ke balkoni sebelah. Tepat, dia melihat Nuh sedang berdiri di balkoni sambil memandangnya. Mujurlah dia tidak memasang lampu balkoni saat ini jadi seperti sebelum ni Nuh hanya melihat samar-samar wajahnya.

"takde pape la Nuh, awak sihat? Lama tak nampak awak" soal Nayla.

"kenapa? Rindukan i ke?"

soal Nuh semula.Nayla dapat lihat sengihan nakal Nuh dari balkoni itu.

"perasan!" ujar Nayla tersenyum.

"i just come back from Dubai. Nay..." panggil Nuh perlahan.

"yer?"

"i miss you... Miss you so much!" ujar Nuh romantik.

Terkedu Nayla mendengarnya.

"i will waiting for you Nayla.... You dah hidupkan kembali rasa cinta i yang dah lama mati. Mungkin i tak sebaik yang you harapkan tapi i akan cuba jadi yang terbaik buat you" ujar Nuh lagi.

"Nuh... Saya tak pernah lihat awak dari masa silam awak yang penting awak dah berubah dan dah tinggalkan semua tu. Cuma saya..."

Nayla tidak mampu meneruskan kata. Bagaimana penerimaan Nuh jika lelaki itu tahu siapa dia sebenarnya. Dulu dia selalu mendengar luahan Nuh mencari si mata hijau namun lelaki itu tidak tahu dialah yang lelaki itu cari.
Memang benar Nuh lelaki yang dia terlanggar di club pada ketika itu. Namun oleh kerana lelaki itu masih memegang pangkat bosnya, dia tidak mahu mendedahkan wajahnya kerana risau akan kecoh dan tak mustahil timbul gosip yang tak menyenangkan namun dia tidak menyangka bahawa lelaki itu jatuh cinta kerana melihat matanya.

Selama ini dia mengenakan kanta lekap agar identitinya yang sebenar tidak diketahui sesiapa. Namun pada malam itu dia tersilap langkah kerana menyangka tiada siapa akan perasan.

"maafkan saya Nuh. Saya belum bersedia untuk...."

"its okay Nay.. I akan tunggu you. Good night, assalamulaikum " balas Nuh redha.

"waalaikumusalam..."

balas Nayla saat melihat skrin telefonnya. Dari situ dia melihat Nuh masuk ke rumahnya. Hatinya merasa sakit saat melihat wajah suram Nuh. Adakah dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu?

Konflik sudah bermula gaisss.... Kalau Tan Sri dh terima keluarga Nayla, apa yang masih belum selesai?? Few bab ni konflik kluarga Nayla ambil alih dlu baru kita cintan cintun ok!... Chap ni mcm pendek skit tp dont worry hari ni CE double updte... Mlm nnt CE akan updte lagi ok.. Enjoy!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience