BAB 16

Romance Completed 23694

Nuh dan Raffael masuk ke wad VIP yang menempatkan Malik itu. Mereka menghampiri Malik yang sedang disoal siasat oleh dua orang pihak polis. Kelibat Nadim tidak kelihatan ketika itu.

"Baiklah encik Malik, terima kasih atas keterangan. Kami akan cuba jejaki suspek secepat mungkin. Semoga encik cepat sembuh" ujar salah seorang pegawai polis itu.

"terima kasih tuan" ujar Malik yang agak lemah.

Dua pegawai polis itu meninggalkan bilik wad tersebut. Malik memandang Nuh dengan perasaan kesal.

"kau okay Malik?" soal Nuh.

Malik mengangguk kepalanya.

"macam mana kau boleh ada di sini? Nayla beritahu aku kau di penang" soal Malik.

"tadi Nadim call aku beritahu Nayla kena culik. Aku nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Macam mana boleh jadi macam ni Malik?" soal Nuh.

"aku tak tahu, benda berlaku dengan cepat. Aku tak sempat nak protect Nayla. Maafkan aku" ujar Malik.

"benda dah nak jadi bro. Bukan salah kau, sekarang kita cuba selamatkan Nayla. Nadim ada datang tak? Aku call pun tak dapat"

soal Nuh runsing. Sejak tadi dia cub hubungi Nadim tapi panggilan tidak diangkat.

"Nadim pun kena culik sekali Nuh. Pihak polis beritahu aku tadi" balas Malik.

"what!!"

Nuh dan Raffael bersuara serentak.

"apa motif penculik tu sebenarnya? Duit ke?" soal Raffael pula.

Malik menggeleng kepalanya.

"bukan duit tapi dendam"

ujar Malik membuatkan kedua lelaki di depannya terkejut.

"Nuh, aku nak kau tolong aku. Dalam telefon aku ada GPS detector Nayla dan Nadim. Kau minta dengan nurse telefon aku dan berikan kepada pihak polis. Sebelum tu kau tolong delete beberapa data yang sulit. Aku yakin pihak polis dapat selamatkan Nayla dan Nadim. Aku yakin bangsat tu belum bunuh mereka berdua" ujar Malik.

"bunuh??" soal Nuh.

"tolong Nuh, kita dah tak banyak masa dah"

gesa Malik. Nuh tanpa menunggu terus keluar. Raffael yang memandang bayang Nuh menghilang menoleh ke arah Malik.

"kau tahu siapa suspek tu?" soal Raffael.

Malik menoleh ke arah Raffael lalu mengangguk kepalanya. Lalu memberitahu siapa dalang semua itu.

Bulat mata Raffael saat itu. Sungguh dia tidak menyangka seseorang yang antara berjaya boleh melakukan kerja seperti itu.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nayla membuka matanya. Berbalam-balam dan saat itu dia cuba memfokuskan pandangan. sakit dipergelangan tangan dirasainya. Dia memandang sekeliling dan saat itu dia melihat abangnya duduk bersebelahan dengan keadaan terikat sepertinya namun jelas kelihatan wajah Nadim yang luka dan lebam.

"abang?" panggil Nayla.

Nadim tersentak saat kerusinya disepak Nayla. Dia membuka matanya saat itu dan melihat adiknya disebelah.

"mon cher, are you okay?" soal Nadim lemah.

"i'm okay abang, macam mana abang kena culik juga?" soal Nayla.

Nadim menceritakan saat dia menerima panggilan dari Malik, dia bergegas ke hospital dan saat dalam perjalanan, keretanya dipintas oleh sebuah kereta pacuan beroda membuatkan dia terbabas. Dia cuba bergelut namun pihak penculik yang ramai tidak mampu dia tandingi akhirnya dia dibawa ke situ. Lega saat melihat adiknya itu masih bernyawa.

"apa lagi yang dia nak dari kita bang?" soal Nayla lemah.

" i have no idea Lala," ujar Nadim perlahan.

"abang, Malik kena tembak. Dia selamat ke?" ujar Nayla yang mula menangis mengingatkan keadaan Malik.

"dont worry mon cher, he is okay. Malik takkan mati hanya kerana ditembak di perut, he's strong than we know"

ujar Nadim selamba. Malik bukan calang-calang orang dan sebab itu dia tak rugi mengupah Malik dengan mahal, walaupun dia tak dapat lindungi Nayla namun Nadim tidak menyalahkan lelaki itu kerana dia tahu orang Dato Nazmi ramai.

Bunyi pintu dibuka memecahkan lamunan Masing-masing . Dato Nazmi melangkah masuk dengan penuh angkuh.

Nadim dan Nayla memandang lelaki yang merupakan bapa saudara mereka sendiri.

"kenapa Dato buat kami macam ni? Apa lagi yang dato tak puas hati?"

soal Nayla sayu. Terbayang wajah arwah daddynya saat melihat wajah itu. Mereka hampir seiras namun air muka lelaki di depannya itu terlalu angkuh.

"aku dah beritahu dari dulu jangan sesekali masuk dalam keluarga aku tapi kau orang degil. Dari Nazri lagi dah menyusahkan aku dan sekarang anak-anak tak guna dia pula." ujar Dato Nazmi.

Nayla dan Nadim merenung tajam wajah Dato Nazmi saat mendengar kata-kata itu.

" Dato tak ada hal nak hina arwah daddy! Cukup la dato dah bunuh ayah kami! Bahagia ke hidup dato lepas buat semua ni? Arwah daddy tu darah daging dato sendiri!!" ujar Nadim menahan rasa.

Dato Nazmi ketawa kuat. Dia memandang Nadim lalu mencengkam rahangnya. Nayla hanya mampu melihat kelakuan lelaki tua itu.

" darah daging yang paling aku benci! Dan sekarang kebencian aku kepada kau orang sebab ayah tak guna aku tu dah pindahkan semua harta dan aset dia kepada kau orang berdua!!! Sekali lagi aku di layan macam sampah!!!" jerit Dato Nazmi.

Mata Nayla terbeliak saat melihat Dato Nazmi menghala pistol ke kepala Nadim. Jatuh air matanya saat itu.

" Dato please jangan bunuh abang saya. Kami akan pergi dari sini.semua Harta tu kami tak mahu. Dato ambil la, lepaskan kami, kami akan kelaur dari Malaysia ni"

rayu Nayla teresak-esak. Matanya tak lepas memadang abangnya itu. Saat itu Dato Nazmi ketawa sinis.

"Hei!! Kau jangan ingat aku bodoh! Kau ingat ayah aku tu bodoh!! Dia akan cari kau orang juga nanti!! Harta tu aku dah tak heran. Yang penting aku nak hapuskan keturunan Nazri!!!" jerkah Dato Nazmi lagi.

"memandangkan kau adik yang baik, apa kata aku bunuh kau dulu. Lepas tu abang kau akan menyusul. Bagus tak cadangan aku? Hahaha" ujar Dato Nazmi.

Nayla hanya pasrah saat melihat muncung pistol dihala ke dahinya. Dia hanya redha jika ajalnya tiba saat itu. Terbayang wajah mommynya dan wajah Nuh saat itu. Air matanya jatuh saat terkenangkan lelaki yang dicintainya itu.

"arghhhh"

Tersentak Nayla saat Nadim tiba-tiba menolak Dato Nazmi sehilang mereka berdua jatuh ke lantai.

"tak guna!!"

jerit Dato Nazmi sambil cuba mencapai pistol yang tercampak. Nadim yang sudah terbaring bersama kerusi yang terikat bersama tidak mampu untuk berdiri lagi.

Dato Nazmi bangun setelah mencapai pistol.

"mampus kau!!!"

Saat dia ingin menembak, rempuhan kuat dari pintu membuatkannya tersentak. Sesaat kemudian dia sudah tertiarap ke lantai ditindih oleh dua lelaki dipercayai pihak polis.

"lepaskan aku!!!" jerkah Dato Nazmi.

"Dato ditahan atas tuduhan merancang dan cubaan membunuh!" ujar seorang pegawai polis itu.

Tangan Dato Nazmi di gari dan dibangunkan. Saat itu dia melihat pihak polis membantu Nadim dan dia dapat lihat Nuh membantu membuka ikatan Nayla. Dato Nazmi tersenyum sinis.

" Jadi dia ni kekasih kau? " tiba-tiba Dato Nazmi berkata sambil memandang Nuh.

Nuh memandang lelaki itu dengan sebal. Tak sangka hati suami maksunya itu amat kejam. Walaupun dia masih terkejut apabila mengetahui Nayla dan Nadim cucu kepada Tan Sei Nazruddin namun dia lagi terkejut saat mengetahui Dato Nazmi merupakan penculik Nayla dan Nazmi.

"Nuh, kalau kau nak tahu. Bapa Nayla yang bunuh mak ayah kau! Nazri yang langgar mak ayah kau sepuluh tahun lepas!!"

jerit Dato Nazmi. Selepas itu polis terus menarik lelaki itu keluar dari bilik itu. Nuh terkaku saat mendengar kata-kata itu. Dia tidak tahu macam mana untuk menerima berita itu. Perasaannya bercampur baur.

Nayla yang juga terkejut hanya mampu memandang Nuh yang sudah berubah riak itu.

"Nuh..." panggil Nayla.

Nuh tersentak, saat itu paramedik datang mendekati Nayla lalu membantu untuk membawa gadis itu keluar. Nuh hanya memerhati Nayla di bawa keluar. Saat di depan pintu, Nayla sempat menoleh ke belakang dan dia melihat Nuh masih kaku di situ.

Yeayy settle bab Nazmi tak guna tu... Tapi mcm sesuatu je tak kena pada Nuh. Apakah yang akan berlaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience