BAB 13

Romance Completed 23694

Selepas seminggu, Nayla dibenarkan pulang ke rumah. Dia merebahkan badannya ke sofa lalu memejam matanya. Nadim pula masuk menyimpan barangan ke bilik Nayla.

"abang rasa abang nak upah pembantu rumah sementara Lala sakit ni" ujar Nadim.

Nayla membuka matanya lalu bangun ke posisi duduk. Tangan yang masih bersimen dan tergantung di pegang berhati-hati.

"No need la abang, i still can't handle it." ujar Nayla pula.

"if you said so. Makanan abang dah siapkan di atas meja nanti makan okay. Abang nak keluar sekejap" ujar Nadim lalu berlalu ke pintu.

Nayla yang melihat abangnya sudah pergi, mula bangun untuk berehat di dalam bilik.

Bunyi telefonnya berbunyi membuatkan dia terjaga. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus menjawab.

"Hello"

"hello Nayla, i ada dekat depan pintu ni" hanya samar-samar kedengaran di telinga Nayla.

"kenapa abang tak bawa kunci siap-siap tadi."

Bebel Nayla yang menyangka abangya terlupa membawa kunci rumah. Dia terus menamatkan panggilan dan saat itu dia bangun dengan rambut yang agak serabai dia menuju ke pintu rumahnya.

Dengan pantas Nayla membuka pintu rumahnya lalu saat pintu dibukanya dengan mata disepetkan dia dapat melihat susuk tubuh dihadapannya.

Nuh yang melihat Nayla seakan terpejam mata itu terkedu.

"macam mana abang boleh tinggal kunci rumah?" soal Nayla.

Baru la Nuh tahu bahawa Nayla seakan mamai dan menyangka dirinya adalah Nadim.

"Nay.. Its me Nuh" sapa Nuh.

Saat itu Nayla mengangkat wajahnya dan matanya dibuka luas menatap wajah lelaki itu. Seakan waktu terhenti, Nuh juga terkejut melihat wajah Nayla pada ketika itu.

Masing-masing kaku tidak berkata apa. Nuh menatap anak mata milik Nayla itu. Mata itu!

"Na.. Nayla?!" soal Nuh dalam riak terkejut.

"Ermm... Nuh bila awak balik?" soal Nayla cuba melarikan pandangan matanya.

"so selama ni, you orang yang i cari??" soal Nuh lagi.

Nayla gelisah, serba tak kena saat dia melihat perubahan wajah Nuh itu.

"why Nay? Kenapa you tak pernah berterus terang dengan i selama ni?!" soal Nuh.

"Nuh, maafkan saya... Saya ada sebab saya tersendiri" jawab Nayla.

"sebab apa!? You sendiri tahu kan yang i bagai nak gila cari! So selama ni you tahu tapi you berpura-pura depan i!?" bentak Nuh.

Entah kenapa dia merasa dipermainkan oleh gadis itu. Tak menyangka Nayla adalah si mata hijau yang dia cari selama ini!

"Nuh i can explain it. Maafkan saya, saya takde niat nak tipu awak tapi..."

"cukup Nayla! Tak perlu jelaskan. I ingat you ikhlas dengan i tapi i silap."

Tanpa menunggu lagi Nuh berlalu ke rumahnya dan masuk tanpa menoleh ke arah Nayla. Bunyi pintu dihempas menyentak Nayla.

Tanpa Nayla sedar, air matanya jatuh bersama kesakitan yang dirasai ke hatinya. Jujur dia katakan bahawa Nuh sudah memdapat tempat dihatinya. Ketiadaan Nuh membuatkan dia merasa sunyi. Dan saat dia ingin menerangkan semuanya kepada Nuh, ternyata lelaki itu terlebih dahulu mengetahuinya tanpa dia bersedia.

Nayla masuk ke biliknya dan terus menghamburkan tangisnya. Maafkan saya Nuh. Desis hatinya.

Sejak kejadian itu, Nuh tidak lagi menghubungi malah mahu berjumpanya. Lelaki itu sudah mula menjauhinya dan saat itu rasa rindu yang makin mengebu dihatinya hanya dapat dipendam sahaja.

Hari ini dia merasa bosan, lalu dia bersiap untuk ke sekolah muzik. Dia mengenakan dress polkadot merah putih dan sneakers putih di kenakan. Tangan kanan yang berbalut simen itu di pegang dan dia melangkah keluar dari rumahnya. Sesekali dia menjeling ke pintu rumah sebelah namun hampa, tuan rumahnya tiada di situ.

Abangnya Nadim terpaksa pulang ke Perancis atas urusan yang tak dapat dielakkan. Sekarang Malik menjadi bodyguardnya yang rasmi. Ke mana Nayla pergi, Malik akan sentiasa berada di sisinya.

"assalamualaikum Malik," sapa Nayla.

"waalaikumusalam Nayla" jawab Malik perlahan.

Pintu Audi hitam itu dibuka Malik. Selepas Nayla berada di dalam kereta, laju Malik ke tempat pemandu dan kereta itu meluncur laju ke tempat yang di tuju.
. .
. .
. .
. .
.

"kau kenapa ni? Macam ada masalah je" soal Raffael.

Entah kenapa Nuh membawa mereka ke tepi pantai selepas menyuarat. Tak pernah dibuat orang berkot di tempat itu.

"takde pape la. Aku serabut. Tu yang aku datang sini" ujar Nuh.

"aku kenal kau bertahun Nuh. Dari riak wajah kau pun aku dah tahu." balas Raffael.

"aku dah jumpa si mata hijau tu" ujar Nuh perlahan.

"wow... Hebat kau dapat cari walaupun takde klu langsung. Ilmu apa kau pakai ni?" usik Raffael.

"Nayla..."

"kenapa dengan Nayla.?" soal Raffael pelik saat mendengar sebaris nama itu disebut.

"dia si mata hijau tu Raff. Aku tak tahu nak react macam mana. Selama ni orang yang aku cari ada depan mata aku dan dia tak pernah nak mengaku walaupun aku selalu bercerita tentang dia" ujar Nuh kecewa.

Raffael terkejut mendengar kata-kata Nuh itu.

"jadi selama ni mata Nayla berwarna hijau? Tapi sebelum ni kan matanya warna dark brown?" soal Raffael.

"dia pakai contact lens untuk sorokkan mata asal dia" jawab Nuh.

"so, its good for you la bro! Nayla dan si mata hijau yang kau gilakan tu orang yang sama!" ujar Raffael lagi.

"tapi dia tipu aku Raff. Berbulan kami kenal tapi dia tak pernah nak mengaku. Aku rasa tertipu Raff" ujar Nuh kecewa.

"Nuh, ada sebab kenapa Nayla buat macam tu. Kau pun tahu keadaan family dia. Sepatutnya kau boleh agak kenapa dia sorokkan identiti dia. Kau tak boleh nak judge dia macam tu sekali Nuh" ujar Raffael.

"aku tak tahu Raff, dah seminggu aku jauhkan diri dari dia. Aku tak mampu nak berdepan dengan dia." balas Nuh.

"Bro, kalau kau betul-betul cintakan dia, kau kena maafkan dia. Lagipun kesalahan dia tak besar pun. Lagipun aku tengok Nayla dah boleh terima kau. Ini la masanya kau nak dapatkan hati dia betul-betul." ujar Raffael.

Nuh seakan berfikir. Dan saat itu Raffael menepuk bahunya.

" ingat, pikat Nayla jika kau betul-betul cintakan dia. Kalau tak aku rembat nanti baru menangis kau! " usik Raffael sambil ketawa.

Nuh hanya menjeling saat mendengar usikan Raffael itu.

"woi! Termenung apa lagi, jom balik. Ketiak aku dah basah dah ni!" laung Raffael bmyang sudah meninggalkan Nuh di belakang.

"pengotor!" jerit Nuh.

"kau la gila, balik meeting ajak pergi pantai. Tak pernah dibuat orang pakai kot duduk tepi pantai!"

laung Raffael. Nuh hanya ketawa mendengar bebelan Raffael

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience