Nayla memeluk erat lelaki itu melepaskan rindu. Tak sangka lelaki itu membuat kejutan.
"i miss you so much!" ujar Nayla sambil memeluk erat abangnya itu.
"miss you too mon cher" balas Nadim.
"Nayla!"
Dia tersentak mendengar suara garau memanggil namanya. Dia mendongak memandang figura yang memanggil dirinya. Nuh berdiri tidak jauh darinya. Dia melonggarkan pelukan namun abangnya masih tidak melepaskan pelukan itu.
"Qui est-ce Lala?" soal Nadim.
(siapa ni Lala?)
"he's my friend." jawab Nayla.
Wajah Nuh yang jelas tegang itu dapat dilihat Nayla. Mata Nuh tepat memandang pautan tangan Nadim di pinggang Nayla.
"hi, i'm..."
"siapa ni Nayla? Kenapa awak tak pernah beritahu i yang you dah berpunya? Ke sebenarnya dah kahwin? Tak sangka taste you.. "
"cop, cop, cop. Kahwin? Bila Lala kahwin?" soal Nadim dalam pelatnya.
Nuh ternyata terkedu mendengar lelaki mat salleh itu boleh berbahasa melayu walaupun ada pelatnya.
"siapa cakap Lala kahwin?"
soal Nayla sambil menjeling tajam ke arah Nuh. Sesungguhnya dia terasa hati dengan kata-kata lelaki itu tadi. Nadim yang melihat ketegangan itu mula faham.
"i think its have misunderstanding here. I'm Nadim, Nayla's one and only brother" ujar Nadim lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Nuh.
Lagi-lagi Nuh terkejut mendengar kata-kata lelaki yang bernama Nadim itu. Ya dia tahu Nadim merupakan abang kandung Nayla tapi dia hanya mengenali nama, bukan tuan badanny.
Melihat Nuh yang masih terkejut dan bingung, Nadim bersuara lagi.
"i tahu you terkejut dan pelik, tapi kami adik beradik kandung, same mother and father." ujar Nadim lagi.
"i'm Nuh, Nayla's friend" ujar Nuh kaku.
Dia masih cuba menghadam bahawa Nayla dan Nadim adik beradik kandung namun wajah mereka langsung tidak seiras. Nayla lebih melayu wajahnya manakala Nadim pula berwajah mat salleh dan tiada langsung secalit wajah campuran. Maknanya Nayla merupakan berdarah campuran dan sekarang dia yakin bahawa rambut keperangan Nayla adalah asli.
" i know wajah kami tak sama langsung. Abang Nadim ikut wajah mommy dan saya ikut wajah arwah daddy. Pelik kan tapi itulah kuasa Allah" ujar Nayla.
"but you got mommy's..."
"kenapa you datang sini?"
Tak sempat Nadim habis berbicara, Nayla memintas kata-kata abangnya itu. Nuh yang meliht reaksi wajah ketat Nayla mengosok lehernya.
"err.. Sebenarnya i nak jumpa you nk ajak keluar makan tapi since abang you ada, maybe next time" ujar Nuh perlahan.
"okay..." jawab Nayla selamba.
Dia pun malas untuk keluar bersama Nuh. Dia menarik lengan Nadim menuju ke kereta milik abangnya yang dia bawa.
"Nayla..." Nuh memanggil.
Langkah Nayla dan Nadim terhenti. Saat melihat seakan Nuh ingin berbicara secara peribadi, Nadim meminta untuk menunggu di dalam kereta.
Saat Nadim mula masuk ke dalam kereta, Nuh memandang Nayla. Terubat rindunya saat melihat wajah cantik itu. Walaupun masih terkejut mengetahui tentang gadis itu namun itu tidak mematahkan rasa dirinya buat gadis itu.
"Nay, i'm sorry sebab cakap macam tu tadi. I betul-betul tak sangka yang Nadim tu abang you." ujar Nuh lirih.
"its okay Nuh, saya dah biasa. Semua orang takkan percaya yang kami ni adik beradik melainkan kami beritahu nama penuh kami" jawab Nayla.
"i datang nak minta maaf tentang kejadian hari tu. Apa yang you cakap tu betul Nay, i janji i akan cuba berubah." ujar Nuh lagi.
"Nuh, saya tak marah tapi saya kecewa. Awak kawan saya, once kita dah berkawan, dah jadi tanggungjawab saya untuk tegur awak. Terpulang pada diri awak Nuh, berubah kerana Allah dan diri awak sendiri, bukan kerana orang lain. I got to go." ujar Nayla ingin berlalu.
" Nay, boleh kita keluar makan nanti? " pinta Nuh mengharap.
Melihat wajah mengharap Nuh membuatkan Nayla serba salah.
" okay, but not this few days. I want to spend time with my brother" ujar Nayla bersetuju.
Melebar bibir Nuh saat itu.
"okay, tell me when you want to. Take care Nay" ujar Nuh saat Nayla mula meninggalkannya.
"yes!!" sorak Nuh gembira saat kereta Nayla mula menghilang.
"who is he?" soal Nadim sambil menjeling adiknya di sebelah.
"who?" soal Nayla.
"Nuh, is he some one special to you?"
"hell no! He just my friend abang, not more than that" balas Nayla yakin.
"well, i see him different" balas Nadim selamba.
"apa maksud abang dengan 'different' tu?" soal Nayla sambil mengangkat kedua tangannya saat menyebut different.
"he like you Lala. I can see in is eyes and body language when we're hugging" jawab Nadim yakin.
Nayla ketawa kuat mendengar kata-kata abangnya itu. Nuh sukakan dia? Abangnya tak tahu bahawa lelaki itu kasanova terunggul di KL ini. Lelaki seperti Nuh tidak termasuk dalam carta lelaki pilihannya.
"you don't know him abang. club, women, and drinks is his life. Banyak kali Lala tengom drama dia dan wanita yang mendampingi dia. I'm looking someone who can guide me and his is not the one" ujar Nayla.
"Lala, dont judge him like that. Arwah daddy always told us, jangan tengok permulaan diri mereka tapi pengakhiran itu yang lebih bermakna. Kalau sosial life dia terlalu bebas, maybe Allah want you to change him. There are reason why you guys know each other. Kalau bukan sebagai pasangan hidup, mungkin Allah hantarkan Lala sebagai kawannya untuk mengubah dan mengembalikannya ke pangkal jalan. Remember what daddy always told us before" nasihat Nadim tenang.
Dalam diam Nayla bersetuju dan kagum dengan abangny yang lebih terbuka dalam menilai seseorang. Tak dinafikan, pada pertama kali dia berjumpa Nuh Haqeem, dia sudah memberi perspektif yang kurang enak tentang lelaki itu. Dan apabila mendengar kata-kata abangnya itu dia mula sedar, setiap orang tidak sempurna dan ada sebab kenapa mereka jadi begitu.
"i'm so proud to have brother like you abang" ujar Nayla bangga.
Nadim hanya tersenyum.
"and we should proud because Allah give us someone like daddy" balas Nadim.
Ya, daddy adalah hadiah terindah buat mereka bertiga, terutama mommy. Dia tahu, sebelum daddy berkahwin dengan mommy, daddy membawa mommy mengenal Allah dan membuatkan mommy mencintai Allah sepenuh hati. Cara daddy juga membuatkan family mommy tidak bantah keputusan mommy untuk memeluk islam. Daddy terlalu cintakan mommy dan kerana itu, daddy sanggup membelakangi keluarga sehingga mereka dibuang oleh kelurga daddy. Hanya kerana daddy berkahwin dengan mommy.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini hari terakhir abangnya berada di Malaysia setelah seminggu dia datang. Pagi esok dia akan terbang semula ke Perancis dan petang itu atas permintaan Nadim, Nayla memasak makan malam untuk mereka dan mereka juga menjemput Nuh a.k.a jirannya.
Bagaimana? Ini semua kerana Nadim pernah terserempak dengan Nuh ketika di dalam lif dan abangnya itu mengetahui bahawa Nuh jirannya. Dan entah bagaimana, abangnya mula rapat dengan Nuh beberapa hari ini dan hari ini dia dijemput oleh abangnya itu.
Atas permintaan abangnya, Nayla memasak tom yam campur, telur dadar, sambal belacan dan ulam serta kailan ikan masin untuk hidangan malam itu. Selesai memasak, Nayla berlalu ke bilik untuk mandi sebelum mereka menjamu selera.
Selesai, Nayla melangkah keluar. Dia mengenakan baju t shirt pink lembut berlambang adidas kecik serta sweatpant berwarna kelabu. Rambutnya juga disanggul bun. Saat itu dia mendengar suara orang berbual, dan semakin mendekat dia dapat melihst susuk tubuh Nuh yang sedang duduk di ruang tamu sambil berbual dengan Nadim. Lelaki itu ringkas mengenakan t shirt lengan pendek putih serta sweatpant hitam. Terserlah biceps lelaki itu apabila mengenakan t shirt tersebut.rambut lelaki itu jiga dibiarkan messy tanp gel namun masih lagi kacak di pandangan matanya.
Seakan tersedar keterlanjurannya, laju dia melangkah ke dapur. Selesai menghidang, terus dia memanggil dua jejaka itu ke dapur.
Nadim berada di sebelah Nayla manakala Nuh duduk di depan gadis itu. Nayla dapat lihat, Nuh makan dengan berselera sekali.
Selesai makan malam Nadim mengajak untuk solat isyak berjemaah. Dan di situ Nayla dapat lihat dengan jelas riak gelisah Nuh namun lelaki itu tetap bersama solat diimamkan oleh Nadim.
Satu yang Nayla bangga dengan abangnya itu, walaupun tinggal di bumi Perancis, namun lelaki itu tetap menjaga amalannya. Nasihat arwah daddynya sentiasa disematkan di dalam jiwanya. Dan paling melegakan, abangnya itu mempunyai ramai sahabat beragama islam dari turki dan palestin. Dia bersyukur kerana Allah masih memelihara hati keluarganya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari itu, Nayla menerima pelawaan Nuh untuk keluar makan malam. Semenjak kedatangan Nadim hari tu, Nayla dapat melihat perubahan Nuh. Abangnya banyak menasihati Nuh tentang banyak perkara. Sehingga kini, Nuh masih tidak mengetahui perkerjaan abangnya. Walaupun pernah di tanya Nuh, namun abangnya hanya memberitahu bahawa dia bekerja biasa di sebuah syarikat fabrik di Perancis.
Selesai makan malam, Nuh membawa Nayla ke bukit ampang. Malam itu agak meriah memandangkan esok hari minggu.
Nuh keluar dari kereta diikuti Nayla. Mereka duduk bersandar di depan kereta milik Nuh itu.
"Nayla...." panggil Nuh perlahan.
"adakah ruang untuk Allah terima taubat i? Terlalu banyak dosa i, Nay. Tak terkira." sambungnya lagi.
Tanpa sempat Nayla membalas, Nuh bersuara lagi.
" i kehilangan parent i disebabkan kemalangan. They on the way to airport to pick me up. It's been 10 years, dilanggar oleh sebuah kereta yang cuai masuk ke lorong kereta parent i dari depan. They died on the spot. Tak sempat i nak peluk cium lepaskan rindu setelah bertahun tak jumpa tapi i hanya dapat tengok tubuh kaku yang tak bernyawa. I paling rapat dengan parent i, berbanding abang Luth yang lebih berdikari. Masa tu i terlalu menyalahkan takdir kenapa perlu ambil nyawa ibu bapa i terlalu cepat. "luah Nuh
Nayla dapat melihat Nuh menunduk ke bawah.
" sejak itu hidup i hanya ada abang Luth saja. Namun kesibukkan abang Luth menguruskan syarikat arwah papa membuatkan i mula mencari hiburan dan mula bersosial. I minum sebab masa mabuk i dapat lupakan semuanya walaupun pagi esoknya masalah itu muncul lagi."
" Nuh.... "
" I berfoya-foya dengan perempuan sebab kalau boleh i nak lupakan saat paling sedih tu. I tak ramai kawan, i sunyi. I pernah cuba setia dalam bercinta tapi orang yang saya cinta mengambil kesempatan, dia hanya nakkan harta dan kemewahan. I usaha bangunkan syarikat i dan Raffael dengan titik peluh i sendiri. Bila orang mengambil kesempatan, I rasa dikhianati Nay. Sakit sangat" luah Nuh lagi.
"Allah maha pengampun, selagi kita ikhlas untuk bertaubat pasti Allah terima taubat kita. Nuh, semua orang ada masalah tapi kita harus pandai melepaskan stress itu, tak semestinya dengan melakukan perkara yang terlarang. Benda yang awak lakukan tu akan mudaratkan diri awak sendiri dan kemungkinan abang awak juga akan terkena tempias atas kelakuan awak. " ujar Nayla.
" i lost my daddy when i was fifteen. Kami di France dan daddy balik ke Malaysia atas urusan yang tidak diketahui. Masa daddy meninggal kami balik tapi kami tak dapat tengok jenazah arwah buat kali terkhir. Bukan itu saja, Kami juga tidak boleh melawat kuburnya sehingga hari ini. Tapi mommy saya cakap anggap itu ujian Allah sayang kita, dan walaupun tak dapat pergi ke kubur tapi doa sentiasa kami kirimkan. " sambung Nayla lagi.
Nuh memandang Nayla yang tenang itu. Tiada siapa sangka Nayla juga mempunyai kisah yang hampir sama dengannya. Tertanya-tanya adakah gadis itu mempunyai masalah keluarga daddynya?
" macam mana you boleh tenang macam ni Nay?" soal Nuh.
" sebab saya lepaskan segala tekanan itu pergi. Jangan salahkan takdir Nuh, semua yang berlaku adalah sudah tertulis. Kita sebagai hamba tak boleh mengubah takdir yang telah Allah tetapkan" ujar Nayla tersenyum.
"i nak berubah Nay, you boleh tolong i?" pinta Nuh.
"alhamdulillah.. I'm so happy for you Nuh, you kena berubah demi Allah. saya kawan awak dan Saya akan cuba bantu awak Nuh. Awak jangan risau, saya akan sentiasa ada saat awak memerlukan" balas Nayla tersenyum ikhlas.
Nuh turut sama tersenyum. Hatinya berasa tenang melihat wajah cantik itu tersenyum. Dalam diam rasa yang dah lama mati bercambah kembali.
Selepas di tegur Nayla tempoh hari, dia seakan tersedar dari lena. Sesuatu menjentik hatinya untuk berubah. Dan sejak muncul Nayla dan melihat gadis kecewa setiap kali melihatnya dengan perempuan lain itu, hatinya bertambah kuat untuk terus berubah, mungkin kerana dari hatinya atau mungkin kerana tidak mahu melihat kekecewaan Nayla lagi.
Nuh nak berubah guys... Semoga dia terus istiqomah la Tgk gaya macam Nuh ni dh lupakan si mata hijau kan... Hahahaha.. Terlalu fokus kt Nayla sampai terus lupa
Share this novel