BAB 20

Romance Completed 23694

Raffael melangkah masuk ke bilik pejabat Nuh. Lelaki itu mengangkat kepalanya sekilas lalu melihat kembali laptop di depan.
Raffael duduk di depan Nuh dengan wajah serius. Nuh menjungkit keningnya.

"serius muka, awek merajuk ke?" usik Nuh.

"kenapa kau tipu aku?!" soal Raffael tegang.

Nuh memandang Raffael saat itu.

"aku tipu apa pulak ni?" soal Nuh hairan.

"kenapa kau stay dekat UK sampai bertahun? Aku dapat tahu lepas 4 bulan kau pergi sana, masalah dekat syarikat daddy aku settle. Kenapa kau tipu aku yang kau kena stay sana lama?" soal Raffael.

Nuh mengeluh, pen di tangannya diletak ke meja.

"aku ada sebab aku sendiri Raff, dan aku minta maaf tinggalkan syarikat kita dan kau terpaksa handle sorang-sorang." balas Nuh.

"sebab apa sampai kau sanggup tinggal di UK bertahun? Sebab Nayla? Atau sebab kau nak Nayla terima aku! Macam tu?" duga Raffael.

Tersentak Nuh ketika itu.

"aku tahu kau selalu tanya khabar Nayla dari Malik. Aku terdengar perbualan telefon Malik dan saat mendengar dia sebut nama kau, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya sebelum Malik berhenti jadi bodyguard Nayla aku jumpa dia dan minta dia ceritakan semuanya. " ujar Raffael.

Muka Nuh jelas terkejut, namun dia cuba mengawalnya. Dia dapat lihat jelas wajah Raffael yang kesal dengannya.

" Nuh, aku mengaku aku cintakan Nayla tapi itu dulu. Cuma cinta aku tak sekuat cinta kau Nuh. Aku minta maaf kalau sebab aku, kau korbankan perasaan kau. Aku cintakan dia tapi dia tak cintakan aku Nuh. Cinta Nayla hanya untuk kau. Saat aku sedar, aku tak patut menagih cinta yang bukan milik aku dan kau yang selayaknya untuk Nayla. " ujar Raffael lagi.

Nuh hanya diam mendengar kata-kata sahabatnya itu.

" sepanjang tiga tahun, aku dan Nayla rapat tapi Nayla hanya anggap aku sebagai sahabatnya saja. Tak lebih dari itu. Aku aku yang nama kau masih utuh dalam hati dia. Maafkan aku Nuh, kau dah salah faham disebabkan aku. Aku terharu, tapi cara kau salah. Kenapa perlu korbankan perasaan kau. Kau orang sememangnya diciptakan untuk bersama" tambah Raffael lagi.

"aku... Aku hanya ingin kau dapat bersama Nayla. Sebab tu aku jauhkan diri dari korang. Kau dah banyak berkorban untuk aku Raff" jawab Nuh perlahan.

"aku tak pernah minta balasan pun Nuh, aku pun nak tengok kau bahagia. Nayla bukan jodoh aku. walaupun kau duduk jauh mana sekali pun, Nayla tak pernah menerima sesiapa pun. Sebab hanya kau yang dia cinta. Sekarang dapatkan peluang untuk raih cinta dia semula, Nuh. You deserve her love!" ujar Raffael memberi semangat.

"aku menyesal Raff, menyesal kerana sia-siakan 3 tahun ni, aku tak yakin Nayla akan terima aku kembali" ujar Nuh.

Raffael tersenyum.

"aku tahu Nayla akan beri kau peluang, dan sekarang kau pujuk balik Nayla. Aku dah aturkan untuk kau, her favourite restaurant at 1.30 PM" ujar Raffael tersengih.

Bersinar mata Nuh ketika itu. Lalu dia bangun memeluk sahabatnya itu.

"Thanks Raff. Kaulah sahabat aku dunia akhirat!!" ujar Nuh gembira.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Nayla menunggu Raffael di restoran kegemarannya itu. Entah angin apa Raffael mengajaknya lunch kerana ada sesuatu yang lelaki itu ingin memberitahunya.

Dia membelek telefon dan saat itu kerusi di depannya ditarik. Saat dia mengangkat kepala, terpaku sesaat melihat figura di depannya itu. Lelaki itu tersenyum nipis memandangnya. Mata yang asyik merenungnya itu sangat menggoda bagi Nayla dan ternyata dia terbuai dengan renungan itu. Saat tersedar, Nayla cuba mengawal riak wajahnya dengan memandang ke arah pintu restoran.

"just us Nay, Raff takkan datang"

ujar Nuh memandang gadis di depannya itu. Nayla berdehem beberapa kali. Pelayan datang mengambil pesanan.

"seafood oglio olio, grill chicken and ice lemon tea dua"

ujar Nuh kepada pelayan itu tanpa memandang buku menu. Malah Nuh juga memesan untuk Nayla sekali. Nayoa pula hanya membiarkan lelaki itu memesan tanpa bantahan dan dia tidak menyangka lelaki itu masih mengingati makanan kegemaran.

Sunyi antara mereka, masing-masing masih kelu untuk berbicara. Nayla agak kekok memandang perasaan kecewanya masih ada di dalam hatinya.

"Nay..." seru Nuh perlahan.

Nayla merenung wajah lelaki itu.

"i'm sorry.. I betul-betul minta maaf. I tahu i dah kecewakan you, i dah mainkan perasaan you tapi jujur i cakap yang i terlalu cintakan you. Keputusan yang i ambil Tiga tahun lepas adalah yang paling bodoh pernah i buat. Selama 3 tahun i menanggung seksa," ujar Nuh.

" kenapa Nuh? " soal Nayla.

" kenapa you buat keputusan yang you cakap paling bodoh tu? I nak tahu sebabnya. " soal Nayla lagi.

"i.. I hanya nak Raff bahagia. He love you so much Nay. Masa tu i buat keputusan untuk kita putus dan pindah ke UK, so that you and Raff can getting close dan mungkin akan bercinta" ujar Nuh sambil menunduk.

Nayla ketawa. Kecewa dia mendengar kata-kata Nuh itu. Semurah itu cintanya terhadap lelaki itu. Boleh di berikan kepada orang lain sesuka hati.

"you ingat perasaan cinta i ni mainan buat you ke? You korban kan perasaan you kononnya nak saya terima cinta Raff?! Semurah itu cinta i bagi you, Nuh?? You buat i ni macam barang! Sesuka hati nak pass dekat orang lain macam tu! Kononnya nak jadi baik la, kawan suka bagi dekat kawan! Tapi ada you fikir perasaan i? Ada you fikir betapa kecewanya i? Ada you fikir betapa sakitnya hati i sebab you?! " soal Nayla marah.

Nuh diam tak menjawab. Dia tahu dia bersalah. Dia yang musnahkan semuanya. Baru hendak Nayla membuka mulut, pelayan datang membawa makanan. Senyap seketika antara mereka. Selesai Nuh mengucapkan terima kasih pelayan berlalu.

Nayla laju mencapai sudu dan garpu, selesai membaca doa dia mula menyuap makanan ke dalam mulut.

"Nay..."

"just eat Nuh, lepas makan i nak balik. Rasa takde benda lagi nak dikatakan" jawab Nayla.

Sunyi sepi antara mereka. Nuh hanya menjamah chicken grill dengan perlahan. Wajah masam Nayla itu membuatkan dia tiada selera untuk makan kerana rasa bersalah yang menggunung.

Selesai makan, Nayla meletakkan not seratus lalu bangun untuk meninggalkan meja itu namun Nuh laju memanggil pelayan lalu memberikan duitnya kepada pelayan tanpa menunggu baki. Duit yang Nayla tinggalkan dia ambil lalu mengejar gadis itu.

"Nayla, wait!!" panggil Nuh.

Nayla tidak mengendahkan panggilan Nuh, saat ingin masuk ke keretanya, Nuh menahan pintu kereta itu.

"apa lagi yang you nak Nuh?!" marah Nayla geram.

"Nay.. Please, i betul-betul menyesal. I harap masih ada peluang untuk i betulkan balik. I still love you Nay... And i love you so so much!!" ujar Nuh.

"listen Nuh, sakit yang you tinggalkan tiga tahun lepas dah bunuh cinta i kepada you! Dan untuk pengetahuan you, tiada sekelumit cinta buat you lagi!!"

"liar! I can see in your eyes Nayla.. You still love me,"

"No, i didn't!!" balas Nayla geram.

"Nay, please bagi i peluang sekali lagi. I akan buktikan yang seluruh hati i hanya ada nama you sejak dari dulu lagi. Please maafkan i" rayu Nuh, bergenang matanya saat itu.

Terkedu Nayla saat melihat rayuan Nuh itu. Tak pernah dia melihat Nuh seperti ini. Tanpa membalas, laju dia menerombos masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Nuh di situ. Sepanjang perjalanan, air matanya membasahi pipi.
. .
. .
. .
. .
. .

Nuh melangkah masuk ke kondo yang telah lama dia tinggalkan itu. Keadaan masih sama, sepanjang tiga tahun di UK, dia meminta abangnya menjaga rumah itu.

Dia menuju ke pintu gelengsar lalu dibuka, dia menapak ke balkoni dan saat itu dia melihat balkoni sebelah. Kenangan lalu terimbau kembali. Saat dia berbual dengan Nayla di telefon, dan yang paling penting saat dia melamar Nayla di situ. Kini balkoni itu hanya kosong tanpa penghuni. Dia tahu Nayla sudah tidak tinggal di situ lagi. Walaupun rumah itu masih milik Nadim tapi Nayla sudah berpindah ke rumah atuknya.

Nuh mengeluh perlahan lalu menapak masuk ke bilik. Dia harus membersihkan dirinya setelah penat bekerja.

"ishh uncle ni... Malas la Rara, mesti kakak tak suka" kecoh mulut Naira menolak permintaan pak ciknya itu.

"alahhh Rara.. Tolong la uncle, please..." pujuk Nuh.

"kenapa uncle beria nak pujuk kakak balik? Hari tu selamba je tinggalkan kakak!" marah Naira.

"eh.. Eh.. Eh dia ni, kan uncle ambik balik hadiah uncle beli dekat UK tu baru tahu" ugut Nuh.

Bulat mata Naira saat itu.

"mana boleh, dah bagi mintak balik. buruk siku nanti" balas Naira.

"Rara, tolong la uncle. Uncle nak pujuk kakak balik. Uncle cintakan kakak dan uncle nak kahwin dengan kak Nayla.. Please..."

rayu Nuh walaupun terpaksa mengaku cintanya kepada budak 12 tahun tapi dia sanggup asalkan Naira sudi bantunya. Naira di lihat sedang berfikir.

" uncle betul-betul sayang kakak? "

" unconditionally "

" takkan buat kakak sedih lagi? "

" i'm promise!"

" betul nak kahwin dengan kakak? "

" yes Naira" jawab Nuh geram.

"aipp jangan marah Rara! Kalau tak taknak tolong!"

"tak..uncle Tak marah pun dekat princess Rara.. So boleh tolong uncle ek?" ujar Nuh gembira.

"ye.. Tapi ada syaratnya..."

ujar Naira sambil tersenyum yang pada pandangan Nuh senyuman itu amat licik. Nuh mengeluh.

"Apa syaratnya?" soal Nuh.

Makin melebar senyuman Naira saat itu dan itu membuatkan Nuh menelan air liurnya yang dengan kesat.

Hahaha Naira jugak yang diharapkan... Ps: sesiapa perasan CE ad ubah prolog dan chap prolog juga CE dah amend balik.. Memandangkan jalan cerita dah berubah so CE ubah prolog.. First CE nak buat ada kaitan dengan si mata hijau yakni Nayla sendiri namun disebabkan konflik dah brbah so CE trpaksa ubah prolog... Sorry gaisss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience