BAB 9

Romance Completed 23834

Nayla tersenyum membaca mesej yang diterima. Hubungannya semakin baik dengan Nuh. Melihat kesungguhan lelaki itu untuk berubah membuatkan hatinya bertambah bahagia. Sejak sebulan ini, Nuh akan mengikuti kelas agama. Nayla telah mencari ustaz persendirian untuk mengajar solat dan mengaji kepada Nuh.

Nuh juga sudah meninggalkan tabiat minum dan perempuan. Cuma Pada minggu pertama, Nuh masih ke club dan minum namun dia tidak bawa balik perempuan. Ini kerana Nuh terserempak dengan Nayla di depan pintu dalam keadaan agak mabuk namun Nayla tidak melenting. Nasihat abangnya disemat di dalam hati agak bersabar dalam membantu Nuh.

Sejak itu Nuh sudah boleh meninggalkan semua itu. Dan salah satu faktor adalah kerana tiada Raffael di Malaysia kerana sedang berada di negara kelahiran bapanya kerana menguruskan hal di sana. Nayla tahu, pengaruh terbesar Nuh adalah Raffael yang selalu mengajak lelaki itu ke club. Nuh juga memberitahu walaupun Raffael begitu, Raffael merupakan sahabat jatuh bangunnya. Nayla tidak membenci Raffael namun mengharap lelaki itu juga akan mengikut langkah Nuh untuk berubah.

"Kakak!"

Nayla menoleh, terlihat Naira masuk ke kelas dengan membawa sejambak bunga yang agak besar.

"for you!" ujar Naira.

"siapa bagi?" soal Nayla sambil menyambut jambangan itu.

"Uncle Nuh bagi." jawab Naira selamba.

Nayla tersenyum. Naira dan dirinya ibarat kembar, kanak-kanak itu terlalu obses dengannya. Obses dalam segi keterujaan kanak-kanak itu terhadap dirinya. Bukan obses yang melampau. Memandangkan nama mereka hampir sama, Nuh menggelar mereka kembar tua muda. Setiap kali ada kelas juga Nuh akan mesej untuk menanyakan baju warna apa yang akan dipakai kerana Naira ingin pakai warna yang sama.

Lucu memikirkan namun jika itu membuat kanak-kanak itu semangat, dia tak menghalang. Nayla juga bercerita tentang dirinya dan saat itu Naira mula bersemangat untuk belajar kerana ingin berjaya sepertinya.
Dia dan Nuh juga selalu keluar danembawa Naira bersama.

Ting!

~ did you receive the flowers? ~

Nayla tersenyum. Dia mengambil selfie bersama bunga dan Naira lalu menghantar kepada Nuh.

~ baru dapat dari delivery girl yang paling comel di dunia. Thanks for flowers, Nuh~

Ting!

~ my pleasure mon cher. Tapi antara tiga bunga tu, you bunga yang paling menawan di mata i.~

Nayla ketawa kecil. Sejak tahu Nayla berdarah campuran perancis, lelaki itu mula menggunakan perkataan french.
Nayla tidak membalas saat melihat pelajarnya mula memenuhi kelas. Dia mencium sekilas bunga mawar merah itu lalu meletakkan di atas meja. Kelas dimulakan.

Nuh tersenyum sambil mengusap gambar yang diterima tadi. Nayla terlalu cantik dan dia tidak mahu melepaskan mata dari menatap wajah itu. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya di buka dari luar, terjengul wajah Raffael tersenyum memandangnya. Nuh melebar senyuman memandang rakan karibnya itu.

"welcome back buddy!" ujar Nuh sambil memeluk Raffael erat.

"thanks bro! How i miss Malaysia so much!" ujar Raffael.

Namun seketika Raffael mengesan sesuatu yang lain di wajah Nuh.

"kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Nuh lalu mengambil duduk ke kerusinya semula.

"you look different Nuh" ujar Raffael.

"lain yan macam mana?" soal Nuh lagi.

"entah, aku rasa kau lain. Raut wajah kau macam tak sebelum ni. Kau ada buat surgery ke?" usik Raffael.

Nuh ketawa kecil. Dia tahu Raffael mengesan riak wajahnya yang lain. Dia merasa lebih tenang dari dulu, sejak Nayla membantu mencarikan ustaz untuk dia belajar agama, ternyata hidupnya bertambah baik dan makin ada hala tuju. Sebelum ni dia hanya kerja dan enjoy, sekarang dia mula tahu erti hidup sebenar. Paling dia terharu melihat reaksi abangnya saat melihat perubahannya itu. Dan dia bahagia saat melihat Nayla sentiasa tersenyum ketika bersamanya.

"woi! Aku cakap kau boleh berangan!" sergah Raffael.

Nuh tersentak lalu ketawa menutup malu.

"jom! Malam ni ke club..." ajak Raffael.

Nuh tersenyum nipis. Sudah sebulan dia tidak menjejak kaki ke sana. Sejak dia nekad untuk berubah dan sekarang saat Raffael mengajaknya pun hatinya sudah tidak teruja seperti dulu.

"sorry Raff, aku ada hal malam ni. Lagipun aku dah tak pergi club dah" ujar Nuh tenang.

"jangan cakap kau dah cuci tangan bro? This is no Nuh Haqeem yang aku kenal" ujar Raffael tersengih.

"aku rasa dah tiba waktu aku berubah Raff." balas Nuh lagi.

Tercengang Raffael mendengar kata-kata Nuh itu. Dia tidak menyangka Nuh akan mengeluarkan kata-kata itu. Sedangkan sebelum ini, kadang tak perlu di ajak lelaki itu dulu yang terpacak di club.

"betul ke kau ni? Apa yang buat kau nak berubah? Jangan cakap kau dah jatuh cinta?" soal Raffael serius.

Nuh tersenyum. Terus wajah Nayla terbias di ingatan.

"memang aku jatuh cinta Raff tapi aku berubah sebab hati aku nak berubah. Sampai bila aku nak terus enjoy macam tu tanpa fikir perasaan abang aku yang kecewa Raff" balas Nuh.

Raffael mengeluh.

"kau dah lupa apa yang Lili buat dekat kau dulu? Kau hampir bunuh diri saat dia tinggalkan kau. Aku tak nak pisang berbuah dua kali Nuh. Siapa perempuan tu?" soal Raffael.

"she's different Raff. Aku memang sukakan dia tapi dia tak tahu. Hanya aku je yang pendam perasaan itu. Dia juga banyak bantu aku untuk perubahan ni. Nayla, she's like an angel that been send for me" jawab Nuh tersenyum.

Terkedu Raffael mendengar nama itu. Nayla? Tak mungkin. Hatinya merasa sakit saat melihat senyuman bahagia Nuh. Tak mungkin Nuh menyukai Nayla, kenapa harus wanita sama yang dia sukai.

Tiba-tiba Raffael berdiri membuatkan Nuh terkejut.

"erm..aku keluar dulu. Ada hal pulak. Takpelah bro, aku harap kau terus nekad untuk berubah. I'm happy for you. Aku sentiasa sokong kau dari belakang"

Tanpa menunggu, Raffael terus melangkah keluar. Nuh hanya memandang belakang kawannya itu. Dia gembira saat Raffael memberi semangat untuknya berubah.
. .
. .
. .
. .
. Raffael keluar dari Chevrolet Camaro ZL1 putihnya. Dia memandang bangunan di depannya itu. Terus kaki panjangnya melangkah masuk ke salah satu lot kedai dua tingkat itu.

Dia terpandang orang yang dia ingin jumpa. Nayla yang sedang menyusun peralatan muzik itu didekatinya. Gadis itu mengenakan dress labuh berwarna biru lembut berlengan panjang, rambut yang berombak di biar lepas dan cekak rambut kecil berwarna krim elok terletak di kepala.

Saat Nayla berpusing, terkejut dia melihat figura Raffael berdiri tidak jauj darinya. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya.

"Hai Nayla.." sapa Raffael.

"hai assalamualaikum.. Awak datang cari siapa?" soal Nayla mendekati Raffael.

Raffael menjawab salam Nayla perlahan. Agak kekok sebenarnya kerana seumur hidupnya didikan agama tidak diberikan kepadanya. Hanya pada kad pengenalan tentera agama islam tapi kehidupannya jauh tersasar.

" saya cari awak. Saja nak jumpa, dah lama saya tak jumpa awak" ujar Raffael.

Nayla tersenyum manis. Itu saja sudah membuat jantung Raffael berdebar.

"Nuh cakap awak ke UK, bila awak balik?" soal Nayla.

"kelmarin. Err... Nayla, boleh i ajak you keluar minum?" soal Raffael.

Nayla menilik jam di tangannya. Hampir pukul 4 petang. Kelas pun dah habis. Lalu Nayla mengangguk setuju. Mereka berjalan beriringan.

Mereka masuk restoran berdekatan sahaja. Mata Raffael tak lepas memandang wajah Nayla.

" saya jumpa Nuh tadi, i'm happy bila dia cakap nak berubah. Sebenarnya saya rasa bersalah juga sebab saya pun antara punca dia ke club semua tu" ujar Raffael.

Nayla tersenyum.

"yang penting dia dah terdetik nak berubah itu sudah cukup baik Raff, kita jangan judge orang sebab kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Mana tahu pengakhiran awak lagi baik dari saya. Who knows." balas Nayla.

"awak dan Nuh ada apa-apa hubungan istimewa ke?" soal Raffael lagi.

"istimewa macam mana tu?" soal Nayla pelik.

"well may be you guys are loving couple. Saya tahu awak antara yang membantu Nuh berubah" ujar Raffael.

"no, kami tak lebih dari kawan. Saya selesa begini, lagipun saya ikhlas tolong Nuh berubah. Bukan sebab saya nak dekati dia atau nak mengurat dia" ujar Nayla sambil ketawa.

"ermm kenapa you tak bercinta?" soal Raffael lagi.

"saja, just want to focus on myself. Tapi tak bermakna I'm not looking for someone special but for moment i dont find any one" jawab Nayla.

Terdiam Raffael saat itu. Nayla bukan mudah menerima cinta. Itu yang dia pasti. Adakah dia patut simpan perasaannya demi Nuh yang juga mencintai gadis sama. Atau dia harus mendapatkan Nayla dari Nuh. Raffael buntu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .

"mommy?" panggil Nadim saat melihat ibunya itu sedang termenung.

Rosebell menoleh ke arah anak terunanya. Dia tersenyum manis.

"sampai bila mommy nak terus berdiam diri? Mommy tak nak pulang ke Malaysia ke?" soal Nadim dalam bahasa Perancis.

Rosebell tersenyum tawar.

"we are not welcome there. Kalau mommy balik, nyawa kita sekeluarga mungkin akan terancam. Your grandpa takkan biarkan kita tunjuk muka kita depannya" balas Rosebell.

"tapi kita ada hak untuk ziarah kubur daddy! Kalau bukan sebab grandpa, daddy takkan meninggal! Mommy sudah lupa masa daddy meninggal, seminggu lepas itu baru kita tahu, itupun sebab orang kepercayaan daddy yang inform. Kenapa grandpa benci kita mommy?" soal Nadim lirih.

" Nadim, dont cry. Ingat apa yang daddy selalu pesan. Dont judge others and dont blame them because everything happened is our destiny that Allah already plan for us" jawab Rosebell sambil memeluk anak terunanya itu.

"i hope he didn't find Nayla. I'm so scare if he do anything to our princess" ujar Nadim.

" no, he will not do anything to Nayla. Just pray to Allah" jawab Rosebell.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Kanta lekap di pakainya dan saat itu dia mengemas penampilannya. Hari ini merupakan hari jadi Naira dan keluarga Nuh menjemputnya ke majlis sambutan hari jadi Naira.

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumahnya dan dia bergegas mencapai beg kertas serta beg silangnya. Sampai di depan pintu, dia mencapai sneakers hitamnya lalu membuka pintu. Terjengul wajah Nuh di depan rumahnya. Lelaki itu memakai tshirt putih berserta jeans biru gelap. Jaket berwarna hitam tersarung di tubuhnya. Sama sepertinya, dia mengenakan tshirt putih kosong dipadankan dengan jaket denim ringkas dah jeans senada dengan jaket. Rambutnya pula diikat ekor kuda.

Nayla tersenyum memandang Nuh. Dia mengunci pintu gril lalu mereka menapak ke lif.

"you look stunning Nayla" puji Nuh tersenyum.

"saya pakai ringkas je Nuh, takdenya nak stunning segala." balas Nayla mengundang tawa Nuh.

"kalau dah cantik, pakai simple pun tetap cantik Nay" ujar Nuh tersenyum.

Mereka sampai ke basement parking. Dan hari ini dia akan menaiki kereta bersama Nuh. Nuh menekan alarm lalu pintu Range Rover hitamnya di sebelah pemandu di buka. Dia menjemput Nayla masuk dengan mengisyaratkan badannya yang membongkok sedikit. Gelagat Nuh itu mengundang tawa Nayla sambil masuk ke kereta.

Selepas Nayla masuk, Nuh menutup pintu lalu masuk ke bahagian pemandu. Tak lama kereta itu meluncur laju ke jalan menunu ke rumah agam keluarga Nuh yang diduduki abangnya itu.

"kakak!" jerit Naira.

Kanak-kakak itu cantik memakai gaun putih serta crown kecil di kepala. Rambut Naira yang panjang itu dibiar lepas. Betul-betul macam puteri.

"Happy birthday my twinnie, Naira. This is for you" ujar Nayla lalu menghulurkan beg kertas.

Bersinar mata Naira menyambut beg kertas itu.

"thank you kakak, ni baju yang kakak bagi Rara hari tu. Naira suka sangat! Rara simpan nak pakai untuk birthday Rara." ujar Naira teruja.

Nayla tersenyum terharu. Nuh di sebelah Nayla hanya tersenyum melihat perbualan itu.

"ramai ke yang abang awak jemput?" soal Nayla saat melihat tetamu yang agak ramai.

Nuh meletakkan sepinggan pencuci mulut yang diambil untuk Nayla dan dirinya. Bahagia dia rasa saat Nayla tak membantah untuk berkongsi pinggan. Macam pasangan kekasih pula. Desis Nuh di dalam hati.

" ermm tak ramai, just saudara mara je." balas Nuh.

Mata Nayla ralit memerhati Kanak-kanak yang sedang bermain di air playground itu. Tersenyum dia melihat gelak tawa Kanak-kanak yang sangat ikhlas itu.

"you memang suka budak kan?" soal Nuh.

Nayla menoleh memandang Nuh lalu dia tersenyum.

"sebab mereka ikhlas dan innocent. Mereka jujur dalam setiap tutur kata." balas Nayla.

Tangannya ingin mencapai cheese tart dalam pinggan namun dalam masa yang sama tangan Nuh juga menyambar tart yang sama membuatkan jari mereka bersentuhan. Terkedu Nayla saat itu, laju dia mengalihkan tangannya. Nuh mengosok lehernya.

" you ambil la, sedap. Kalau nak lagi i ambilkan untuk you" ujar Nuh.

Nayla tersenyum lalu mengambil cheese tart itu. Dia mengunyah cheese tart itu dan saat itu matanya terpejam menikmati kelazatan pastri itu. Nuh tidak lepaskan peluang untuk menikmati permandangan itu. Namun tak lama dia mengalihkan pandangannya kerana gelora di hatinya itu seakan tergoda dengan kelakuan Nayla yang tanpa gadis itu sedar seakan menggodanya.

Saat puncak upacara tiba, saat itu muzik lagu happy birthday bergema dan Masing-masing menyanyikan lagu untuk Naira. Nayla tersenyum melihat keceriaan Naira. Saat dia melihat sekeliling, matanya terpaku ke satu susuk yang amat dia kenali! Terus kaku dia saat itu.

Wajah itu, wajah yang dia takkan lupa sampai bila-bila. Kenapa dia berada di majlis ini? Apa hubungannya dengan keluarga Nuh?

Nayla mula gelisah. Nuh yang perasan akan perubahan Nayla mula menunduk berbisik ke telinga gadis itu.

"are you okay Nay?" soal Nuh.

"Nuh, say nak balik please. Tiba-tiba saya rasa tak sedap badan" pinta Nayla mengharap.

Tanpa Nayla sedar dia mengenggam jaket yang pakai Nuh. Nuh melihat raut wajah Nayla berubah pucat itu menarik lengan Nayla yang berlapik keluar dari majlis itu.

Nuh membawa Nayla pulang ke kondo. Di dalam kereta Nayla hanya diam memejam mata. Nuh yang sedang memandu menjeling sekilas kepada Nayla. Kenapa Nayla tiba-tiba berubah. Ada sesuatu ke yang terjadi?

Dah Raffael pulak muncul... Agak2 diapa yang Nayla nampak tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience