BAB 6

Romance Completed 23694

Saat lagu dimainkan tamat, tepukan dapat didengari membuatkan Nayla dan Naira menoleh.

"Uncle!!" panggil Naira teruja.

Namun Nayla kaku dengan riak terkejut. Apatah lagi melihat figura di sebelah Nuh itu. Namun seketika dia cuba membuat riak normal. Nayla menyimpan viola ke tempat asal dan sambil itu dia mendengar Nuh mengajak Naira pulang.

Saat Naira dan Nuh mula meninggalkan bilik itu, dia terpandangkan beg kertas yang sepatutnya diberikan kepada Naira. Lalu dengan cepat dia keluar ke depan pintu masuk.

"Naira!" panggil Nayla.

Panggilan Nayla itu membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling. Nayla cuba beriak tenang. Dia menghampiri Naira lalu menghulurkan beg kertas itu.

"this is for you" ujar Nayla.

"untuk Rara?" soal Naira teruja.

"yes sweety, hope you like it but kakak know you gonna like it!" ujar Nayla ceria.

"thank you kakak" ucap Naira lalu memeluk Nayla yang duduk mencangkung itu.

"my pleasure sayang" balas Nayla.

"hai Nayla" tegur Raffael tersenyum.

Nayla berdiri semula dan tersenyum nipis.

"apa khabar encik Raffael?" soal Nayla berbasa basi.

"tak payah berencik, panggil saya Raffael saja. Awak pun dah tak bekerja di syarikat lagi. Tak sangka saya dapat jumpa awak lagi" ujar Raffael ramah.

Nayla hanya tersenyum manakala Nuh mula menjeling Raffael di sisinya itu.

"Naira cakap you cuti, you pergi mana?" soal Nuh tiba-tiba.

"its my personal matter" jawab Nayla ringkas.

"okay Rara, see you on Thursday okay? Kakak kena balik dulu ni. Bye assalamualaikum " ujar Nayla lagi kepada Naira.

Lalu Nayla terus keluar dari situ. Mereka bertiga juga melangkah keluar. Saat itu Nuh dan Raffael masing-masing terkejut saat Nayla masuk ke keretanya.

Raffael memandang Nuh tidak percaya.

" seriously Audi Q3 sportback? Who is she Nuh?" soal Raffael tidak percaya.

Nuh juga seakan terkejut. Masakan Nayla yang pernah menjadi seoarang kerani dan sekarang mengajar muzik ini memilikki kereta mewah itu. Tiba-tiba bayangan tidak baik menerpa dalam fikirannya. Dia menggeleng kepalanya. Tak mungkin!

Nayla mengeluh perlahan, jika bukan kerana Myvinya bermasalah pasti dia tidak perlu menggunakan kereta abangnya. Walaupun abangnya itu kerap menyuruh dia menggunakan kereta itu tapi kereta itu terlalu menonjol dan tak sesuai dengannya. Cukup la kondo yang diberikan oleh abangnya. Itu pun tiada siapa tahu dia menetap di sini kecuali maklumat yang diberikan pihak syarikat yang dia pernah kerja dulu.

Dia lihat riak terkejut Nuh dan Raffael saat dia pergi. Dia tahu mereka pasti pelik melihat dirinya yang kerja hanya kerani memandu sebuah Audi.

Ada sebab juga kenapa dia memilih untuk bekerja sebagai kerani. Ini kerana dia tak ingin terlalu menyerlah, dia tahu keluarga arwah daddynya sentiasa berwaspada akan kemunculannya. Dan selama dua tahun dia bekerja disitu dia mengenali Faiz dan saat lelaki itu melamar untuk menjadi kekasihnya dia hanya menerima.

Pada mulanya dia ingin memberi peluang kepada lelaki itu kerana pada pertama kali berjumpa lelaki itu sangat baik dan bertanggungjawab. Namun setelah itu, dia dapat hidu sisi lain lelaki itu. Seorang kaki clubbing dan lebih teruk dia bebas berhubungan dengan wanita.

Dia bersyukur kerana kejadian Selina memberi dia peluang untuk lari dari semua itu dan sekarang dia hanya fokus kepada kelas muzik yang dia tubuhkan sempena mengingati arwah daddynya. NAZBELL, gabungan Nazri dan Rosebell iaitu nama arwah daddy dan nama mommynya.

Nayla melangkah masuk ke rumahnya, dia masuk menanggalkan kanta lekapnya seterusnya dia membersihkan diri.

Selesai makan malam, dia hanya melepak di balkoni rumahnya, dengan cahaya suram dia hanya duduk termenung melihat pemandangan dari rumahnya. Angin yang agak kuat membuatkan rambut yang dibiar lepas terbuai.

Ting!

Nayla mencapai telefonnya lalu membuka mesej yang di terima.

~ Hai Nayla...~

Nayla mengerutkan keningnya. Walaupun dia tak save nombor itu, berdasar mesej sebelum itu dia mengenali gerangan pemilik nombor itu.

Ting!

~ promise is a promise Nay, you yang cakap if kita jumpa lagi then i boleh jadi kawan you~

Nayla mengeluh lalu laju tangannya menaip mesej balas.

~ well, nampaknya ada jodoh untuk kita berkawan, tapi kenapa encik Nuh nak berkawan dengan saya?~

Send!

Ting! Ting!

Dia membulat mata saat lelaki itu menelefonnya. Nak tak nak butang hijau ditekan.

"hai Nayla..."

"assalamualaikum encik Nuh" ucap Nayla.

"er... Waalaikumusalam, i ganggu you ke?" soal Nuh di hujung talian.

"should i answer that question even you know what i'm gonna to say?" soal Nayla kembali.

Nuh mengeluh lalu dia berlalu ke balkoni rumahnya.

"i'm sorry but i tak tahu kenapa i terlalu fikirkan you. Who are you Nayla?" soal Nuh.

"who am i? Encik buat lawak apa ni? Salah saya ke kalau encik yang nak fikirkan saya? I'm nobody. Not even one of your girlfriends" perli Nayla.

Entah kenapa jika dengan lelaki itu mulutnya automatik menjadi sinis.

"Nayla....."

Nayla senyap, cari Nub menyebut namanya agak lain. Seperti seseorang memanggil dengan penuh harapan.

"boleh i jadi kawan you? I ikhlas nak berkawan dengan you, i tak pernah anggap you seperti perempuan yang pernah mendampingi i. You are different Nayla" pinta Nuh.

Nayla mengeluh perlahan.

"as you said, promise is a promise. Saya sudi berkawan dengan encik jika encik tiada niat lain dalam hati encik tu. Jangan hancurkan keikhlasan saya kepada encik" jawab Nayla mengalah.

"thanks Nayla and please drop the encik. Just call me Nuh" ujar Nuh dalam tersenyum.

"okay Nuh."

"good, you buat apa tu?" soal Nuh.

"nothing, just lepak dekat balkoni je."
jawab Nayla sambil memandang ke luar balkoni.

Saat itu Nuh terperasankan jirannya yang duduk membelakanginya. Memandangkan balkoninya hanya dipisahkan jarak ruang agak jauh dan Suara memang takkan dapat didengari melainkan menjerit. Dalam samar-samar Dia dapat jirannya itu. Seorang perempuan berambut panjang, memakai t shirt putih longgar serta seluar panjang hitam. Jirannya itu juga sedang bercakap telefon sepertinya. Dan saat itu jantungnya seakan berdebar. Gaya itu...

"ermm Nayla, you pakai baju warna apa sekarang?" soal Nuh tiba-tiba.

"awak ni dah kenapa nak tahu tentang baju saya pakai? Jangan nak jadi pervert la Nuh" marah Nayla, baru je nak terima lelaki itu sebagai kawannya.

"sorry, boleh i tahu you tinggal di mana?" soal Nuh lagi.

Nayla mula rimas, tiba-tiba dia berdiri dengan telefon masih di telinga, baru dia ingin membuka mulut untuk menjawab, suara Nuh kedengaran lagi.

"Nayla turn to your left!" ujar Nuh.

Dengan laju Nayla menoleh ke kiri dan saat itu bulat matanya. Nuh berdiri di balkoni sebelah rumahnya. Itu bermakna selama ini Nuh jirannya?? Seakan tersedar sesuatu dia melarikan wajahnya ke depan semula.
Mujurlah dia tidak memasang lampu balkoni jadi Nuh tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya.

Nuh yang masih terkejut itu tak lepas memerhati kelibat Nayla. Walaupun dia tak dapat melihat dengan jelas wajah itu namun dia tahu itu Nayla. Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikirannya. Nayla tinggal di kondo mewah ini? Bagaiman dia mampu menetap di sini? Siapa Nayla sebenarnya? Sedang dia berfikir, dia terdengar suara Nayla dihujung talian yang masih bersambung.

"erm.. Saya nak tidur. Bye assalamualaikum" ujar Nayla lalu memutuskan talian.

Dari jauh Nuh melihat Nayla bergegas masuk ke rumahnya.

Nuh masih kaku di situ. Mengapa selama ni dia tidak pernah terserempak dengan gadis itu? Adakah Nayla dibela oleh sugar daddy? Tak Nuh, kau tak boleh tuduh dia. Kau kena siasat siapa dia! Desis Nuh di dalam hatinya.

Nayla berbaring di biliknya. Dia menekap tangan ke dadanya. Tak pernah dia berdebar begini, entah kenapa dia takut apabila Nuh seakan mula mengetahui siapa dia sebenarnya dan dia yakin lelaki itu akan berfikiran buruk tentang dirinya. Bagaimana dia tidak tahu bahawa lelaki itu jirannya selama ini. Adakah kerana dia jarang keluar jika tiada urusan atau pun dia terselamat dari terserempak dengan Nuh. Sedang dia memikirkan hal itu dia terus terlena.

Nasib baik Nuh tak nampak jelas kn....satu-satu tentang Nayla mula trbongkar...trtnya2 jgk awl sgt ke CE nk bongkar?? Tp konflik mereka bukan tntang asal usul Nayla ya... Hahaha Bila la diorang ni brkwn dgn baik ek... Sorry chap ni pendek je...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience