Nadim dan Nayla melihat susuk tubuh itu memasuki ruangan yang berhadapan dengan mereka. Dia duduk lalu telefon dicapai. Nadim juga mencapai telefon di depannya untuk berhubung dengan lelaki yang terpisah dengan kaca tebal itu.
"assalamualaikum Paksu..." sapa Nadim tersenyum nipis.
Dia dapat lihat mata Dato Nazmi bergenang sambil menjawab salamnya.
"paksu apa khabar? Badan paksu nampak susut" soal Nadim risau melihat keadaan pak ciknya itu.
Nayla di sebelah Nadim hanya diam memandang Dato Nazmi. Sungguh apabila melihat pak ciknya itu ibarat melihat arwah daddynya,wajah mereka memang seiras.
"alhamdulillah paksu sihat. Terima kasih kerana datang, paksu minta atuk sampaikan hajat paksu nak jumpa kamu berdua." ujar Dato Nazmi.
Nadim hanya diam mendengar.
"paksu nak minta maaf dan ampun. Paksu berdosa dengan kamu semua. Paksu bunuh daddy kamu, paksu ada niat nak bunuh kamu berdua. Paksu menyesal kerana sanggup buat darah daging paksu sendiri macam tu. Ampunkan paksu" pinta Dato Nazmi sambil mengongoi menangis.
Nayla mengalihkan pandangannya saat tidak mampu menahan sebak melihat wajah bapa saudaranya itu.
"Paksu, kami dah lama maafkan paksu. Begitu juga kematian arwah daddy. Kami anggap itu takdir yang sudah tertulis. Dah ajal arwah daddy waktu itu. Kami gembira jika paksu sudah berubah. Berubah la demi Allah, kami sentiasa doakan paksu" ujar Nadim menahan sebak.
"boleh paksu cakap dengan Nayla?" pinta Dato Nazmi saat memandang Nayla yang sedang menunduk.
Nadim menghulurkan gangang telefon kepada adiknya itu. Nayla menyambut lalu meletakkan di telinganya.
"Nayla..."
Nayla mengangkat wajahnya memandang Dato Nazmi.
"tahniah, paksu dapat tahu Nayla dah nak kahwin dengan Nuh. Aksu doakan Nayla dan Nuh bahagia sehingga syurga." ujar Dato Nazmi tersenyum.
"terima kasih paksu.." balas Nayla tersenyum nipis.
"wajah Nayla betul-betul ikut Nazri. Tercapai impiannya, dulu masa paksu dan daddy kamu bercerita tentang impian. Dia pernah cakap yang dia nak anak perempuannya wajah seirasnya. Dan akhirnya impiannya tercapai. Daddy kamu terlalu baik Nayla, hatinya suci menyayangi keluarganya. Paksu yang tidak menghargai semua kebaikannya. Maafkan paksu" ujar Dato Nazmi.
Nayla tidak mampu menahan sebak lalu menangis disitu. Nadim memeluk bahu adiknya itu.
Tak lama, Pegawai penjara memberitahu waktu melawat sudah hampir tamat. Dato Nazmi sempat memberi pesanan buat mereka agar menjaga maksu Badriah dan Tan Sri Nazruddin buatnya. Akhirnya nayla dan Nadim melihat Dato Nazmi berlalu di sebalik pintu besi itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nayla melihat inai merah dijarinya. Dia sudah bersedia di dalam persalinan pengantin berwarna putih itu yang direka oleh mommynya sendiri. Sekejap lagi dia akan menjadi isteri kepada Nuh Haqeem. Dia tersenyum sendirian melihat gambar keluarganya 18 tahun lalu dan itu gambar terakhir bersama arwah daddynya.
"Nay nak kahwin daddy. Doakan Nay bahagia ya" bisik Nayla sambil mengusap gambar arwah daddynya.
Bunyi pintu bilik dibuka. Dia melihat mommynya tersenyum melihat ke arahnya.
"Ma belle princesse"
(my beautiful princess)
Nayla tersenyum. Lalu laju dia memeluk mommnynya itu.
"merci mommy"
(thank you mommy)
"mommy doakan Nayla bahagia bersama Nuh" ujar Rosebell dalam bahasa perancis lagi.
"insyaallah" jawab Nayla lalu mengucup pipi mommynya.
"if daddy here, he will be happy to see you in wedding dress" ujar Rosebell sambil menyapu air matanya.
Nayla memeluk erat tubuh mommynya itu. Saat itu pintu biliknya dibuka dari luar. Nadim yang segak berbaju melayu tersenyum memandang.
"mon cher, pengantin lelaki dah sampai. Jom turun" ujar Nadim sambil mendekati Nayla dan ibunya itu.
"you so beautiful adik. Congratulation Lala. Be a good wife to Nuh. Please Remember that you will always be my princess" ujar Nadim sambil memeluk erat adiknya itu.
"i love you abang" ujar Nayla menahan sebak.
"love you too. Dah jom turun, pengantin lelaki dah tak sabar nak salam tok kadi tu" usik Nadim.
Nadim menuruni tangga rumah agam milik Tan Sri Nazruddin diekor Nayla sambil diiringi oleh ibunya, Rosebell. Semua mata memerhatikan langkahnya itu. Nayla dapat lihat Nuh yang tidak berkelip memandangnya. Dia tersenyum nipis.
Nayla melabuhkan punggungnya di pelamin yang tersergam indah. Selina selaku pengapit merapikan veil agar nampak kemas. Saat itu suara tok kadi kedengaran.
"kalau semua sudah bersedia, mari kita mulakan" ujar tok kadi.
Saat itu Nadim mengambil duduk di depan Nuh yang segak berbaju melayu putih itu.
"Nuh Haqeem bin Lokmaan. Aku nikahkan dikau dengan adikku Nur Nayla binti Nazri dengan mas kahwin 300 ringggit tunai!"
"aku terima nikahnya Nur Nayla binti Nazri dengan mas kahwin 300 ringgit tunai"
"Sah!"
" Sah!"
"Alhamdulillah..."
Seterusnya Nadim dengan perasaan sebak membacakan doa. Selesai, laju dia memeluk Nuh yang sudah menjadi adik iparnya itu.
"please take care of Nayla. She is our precious" bisik Nadim sebak.
"i will, inshaallah... She is my everything and i can't live without her" balas Nuh sambil menepuk bahu Nadim.
Nuh mendekati Nayla di pelamin, cincin berlian diambil dari bekas yang dihulurkan oleh Datin Badriah.
"assalamualaikum isteri abang..." sapa Nuh sambil tersenyum.
"waalaikumusalam..." balas Nayla perlahan.
Nuh mencapai jemari Nayla lalu cincin disarung ke jari manis gadis yang sudah menjadi isterinya itu. Saat selesai, Nayla menyarungkan cincin ke jari Nuh lalu mencium tangan lelaki itu. Nuh mencium penuh kasih dahi Nayla. Dan saat itu masing-masing dapat rasai cinta yang mengalir ke dalam hati. Nayla tersenyum manis memandang Nuh dan tanpa segan Nuh memeluk bahu Nayla erat.
"uncle! Kakak!" jerit Naira menghampiri mereka berdua.
"Rara, now call kakak, aunty Nayla. She uncle's wife now" tegur Luth kepada anak daranya itu.
"opss.. Sorry, congratulation uncle, aunty." ujar Naira laju memeluk Nayla ketika itu.
Tergeleng kepala Luth dengan karenah anak daranya itu. Selepas itu masing-masing tak melepaskan peluang mengambir gambar bersama pengantin
Raffael membetulkan sampin di pinggangnya.
" ishh susah betul la pakai bendalah ni." rungutnya.
Sambil berjalan dia cuba menyimpul semula sampin dipinggangnya namun tiba-tiba dia dirempuh dari depan. Dia berpaut pada tubuh orang yang melanggarnya. Dan saat dia memandang wajah itu, meluas matanya.
" you again!? " jerit Raffael.
Terkedu gadis itu seketika namun saat sedar tangan Raffael memeluk pinggangnya, laju dia menolak lelaki itu sehingga jatuh terjelepok ke lantai.
"adoii!" aduh Raffael.
"encik tak apa-apa?" soal gadis itu kalut.
"you tolak i, you boleh tanya soalan bodoh tu?!" sindir Raffael geram.
Berubah riak wajah gadis itu.
"amboi mulut, memang mintak kena sagat dengan lantai agaknya! Yang encik sesuka hati peluk saya kenapa?!" balas gadis itu.
"dah you langgar i! Bukan sengaja nak peluk pun! Terpeluk, TER.. Tau tak!?" balas Raffael tak nak kalah.
" whatever la encik!" balas gadis itu lalu berdiri untuk berlalu.
"eh-eh, nak kemana tu?! I'm not finish yet!" laju Raffael memegang lengan berlapik baju kurung gadis itu.
Raffael berdiri semula.
"encik lepaskan saya lah!"
"last time you blah macam tu je kan! Kali ni i takkan lepaskan you senang-senang!" balas Raffael geram.
"Tisha!"
Gadis itu memandang ke arah suara yang memanggilnya.
"jom, kita kena pergi final set up dewan resepsi untuk malam ni pula" jerit kawannya itu.
Tanpa menunggu gadis itu merentap tangannya dari pegangan Raffael. Lalu dengan langkah laju dia meninggalkan lelaki itu. Raffael hanya memerhati langkah gadis itu.
"Tisha...." sebut Raffael perlahan sambil tersenyum sinis.
Tak lama dia terpandangkan sampin yang dah terlondeh ke lantai.
"ni lagi satu masalah, macam mana nak pakai ni?!" bebel Raffael sendirian.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dewan itu begitu cantik dihiasi dengan bungaan segar untuk majlis resepsi Nuh dan Nayla. Tetamu mula memenuhi dewan tersebut. Masing-masing menunggu pengantin untuk masuk ke dewan.
Saat itu, kedengaran gesekan viola dan petikan piano lagu perfect dan pintu dewan dibuka. Nuh segak bertuxedo berjalan beriringan dengan Nayla yang sangat cantik mengenakan gaun pengantin berwarna putih.
Semua mata memandang terpegun ke arah mereka. Nayla dan Nuh tersenyum memandang tetamu yang datang.
Mereka mengambil tempat di pelamin. Para keluarga mula naik ke pelamin menepur tawar pengantin dan bergambar.
"hadirin sekalian, pada malam ini kita ada satu persembahan istimewa dari pelajar NAZBELL khas untuk pengantin baru, kita persilakan Naira dan Daniel." emcee bersuara dan saat itu Naira dan salah seorang pelajar Nayla bernama Daniel naik ke pentas.
Masing-masing memegang viola.
" hi uncle Nuh and aunty Nayla, semoga prkahwinan uncle dan aunty bahagia ke syurga. We are really struggle to learn this song as per uncle request to... Now will play it just for you" ujar Naira mengundang tawa seisi dewan.
"here a fairytale by Alexander Rybak." ujar Daniel.
Nayla menutup mulut sambil memandang Nuh di sebelah.
"i'm in love with the fairytale, and it's you sayang" bisik Nuh perlahan.
Nayla tersenyum bahagia saat itu dan muzik mula kedengaran, masing-masing mendengar nyanyian dari Daniel dan gabungan gesekan viola Naira dan Daniel itu. Bergema satu dewan dengan muzik rancak itu. Kelincahan Naira dan Daniel juga membuatkan tetamu terpegun.
"thank you abang..." bisik Nayla ke telinga Nuh.
"everything for you my love" balas Nuh lalu mencium pipi Nayla.
Ending is coming... Those y tnye sape yang raff gaduh tu.. Jeng-jeng jeng... Nnt ending CE beritahu ok
Share this novel