Nayla memasuki penthouse milik Nuh itu. Dahulu dia hanya berjiran dan sekarang dia menghuni rumah itu.
"jemput masuk sayang" ujar Nuh lalu memeluk bahu Nayla lalu mencium tepi kepala isterinya itu.
Nuh menarik bagasi Nayla lalu meletaknya di tepi sudut. Nayla melangkah ke ruang tamu dan saat itu pandangannya terpaku ke satu arah. Terkedu dia saat itu. Piano putih yang berada di sudut ruang tamu itu menarik pandangan matanya.
Nuh tersenyum lalu memeluk isterinya dari belakang.
"remember that piano?" soal Nuh.
"piano tu..."
"yup. I bought it because you play it. Abang dengar sayang cakap dengan Alex. You wish you can have that piano. Sekarang you have it. Abang hadiahkan piano tu untuk sayang" ujar Nuh tersenyum.
Nayla berpusing menghadap suaminya itu. Laju dia memeluk tubuh itu.
"thank you abang" ucap Nayla terharu.
"anything for you sayang. Can you play a song for me" balas Nuh.
Nayla mengangguk lalu menarik tangan Nuh agar duduk bersamanya di kerusi. Tangan Nayla terus memetik piano itu dan bergema irama river flows in you di dalam penthouse itu. Nuh tersenyum melihat gerak tubuh Nayla yang menekan papan kekunci piano itu. Dia juga menghayati irama itu sambil memeluk pinggang isterinya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nayla melangkah ke arah balkoni sambil membawa dua cawan mug kopi. Dia melihat Nuh sedang duduk santai sambil melihat pemandangan malam.
"abang... Kopi" ujar Nayla meletakkan mug ke meja lalu duduk di sebelah suaminya.
Nuh laju menarik Nayla ke dalam pelukannya.
"thank you sayang" ucap Nuh sambil mengucup tepi kepala Nayla.
"kopi je pun" balas Nayla geli hati.
"no, thank you for everything. Mengenali sayang membuatkan abang sedar akan semuanya. Dulu hidup abang hanya tahu berseronok sebab bagi abang komitmen keluarga dan takut kehilangan insan yang paling kita sayang. Tapi sejak sayang muncul dalam hidup abang, semuanya berubah. Abang mula sedar akan dosa-dosa yang abang lakukan dan paling penting sayang buat abang rasa apa itu bahagia. " ujar Nuh.
Nayla tersenyum.
" Allah dah rancang sebaik-baiknya abang. Kalau abang tak marah Selina, Nay takkan nekad jumpa abang" balas Nayla ketawa kecil.
"i love you so much. Tiga tahun abang terseksa sebab tak dapat tengok sayang depan mata. Mujur ada Malik yang sudi sent gambar dekat abang." ujar Nuh.
Bulat mata Nayla saat itu.
"macam mana abang boleh deal dengan Malik?" soal Nayla.
"abang contact dia. First dia tak nak tolong, tapi bila abang cakap abang betul-betul cintakan Nayla dan hanya ingin tahu khabar sayang, baru la dia setuju. Tu pun saat dia hantar gambar sayang dengan Raff, abang dah tak contact Malik sebab abang ingat sayang dah bahagia dengan Raff" ujar Nuh lagi.
"tapi tak sangka rupanya sayang tetap tunggu abang" tambah Nuh lagi sambil tersenyum nakal.
"Nay hanya nak tahu sebab apa abang tinggalkan Nay. Itu je" balas Nayla menahan malu.
"sayang, boleh abang tahu kenapa sayang pergi kelab malam dulu? Yang masa pertama kali tengok sayang" soal Nuh.
Nayla tersengih.
"abang kenal Faiz? Arkitek syarikat abang tu?" soal Nayla.
"kenal rasanya. Kenapa dengan dia?" soal Nuh.
"Nay pergi nak siasat dia sebab masa tu Nay bercinta dengan dia. Nay dapat tahu yang di kaki clubbing dan kaki perempuan. Masa tu Nay nak tengok dengan mata sendir so Nay pergilah ke kelab malam tu. Abang nak tahu tak sebenarnya Nay dah kenal abang masa tu, dan malam tu tak sangka abang ternampak Nay walaupun Nay tahu abang tak kenal pun Nay. Nay sorok muka sebab taknak abang cam takut nanti terserempak di ofis abang akan fikir bukan-bukan tentang Nay. " jelas Nayla.
" so sayang pergi hanya nak tengok kecurangan Faiz tu? " soal Nuh.
Nayla mengangguk.
" bahaya la sayang! Situ tempat tak elok, orang boleh buat macam-macam dekat sayang tahu tak" ujar Nuh.
Nayla menjungkit keningnya.
"ya tahu, dulu abang pun bodoh terjebak sekali. And thanks to you, because of you abang dah cuci tangan dan kembali ke jalan yang benar" ujar Nuh memeluk erat isterinya.
Nayla membalas pelukan itu sambil tersenyum dan saat itu Nuh melayangkan sebuah sampul ke tangannya. Nayla mendongak memandang suaminya.
"bukalah" ujar Nuh.
Nayla membuka sampul tersebut dan bulat matanya saat melihat tiket penerbangan ke Paris.
"abang?"
"abang nak bawa sayang pergi honeymoon, sambil itu boleh abang kenal kampung sayang" ujar Nuh.
"thank you abang. I love you so much" ucap Nayla lalu mencium pipi Nuh.
"i love you more..." balas Nuh.
Tanpa menunggu, Nuh memagut bibirnya Nayla dengan penuh rasa cinta.
Sesungguhnya cinta itu rahsia Allah, ia boleh hadir bila-bila masa. Seperti cinta mereka berdua yang dari kerana mata, hadirnya rasa suka. Namun apabila menerima sebuah kehadiran, cinta itu hadir tanpa mahu melepaskannya.
TAMAT.
Akhirnya tamat sudah kisah Nuh dan Nayla... Maaf Ending pendek sangat.. CE kering idea.. Kalau ada yang tak puas hati harap di maafkan okay.. Tp CE ad something nak share dengan you guys nanti.. Stay tuned ok
Share this novel