TEASER Miss Clumsy, i love you!

Romance Completed 23694

"betul ke aku dengar ni Raff?" soal Nuh mengambil tempat ke kerusi di bilik pejabat Raffael.

"apa pula yang kau dengar ni?" soal Raffael.

"kau jangan buat-buat tak tahu. Kecoh dekat office ni kau nak kahwin. Aku dengar ada staff nampak kau keluar dating" ujar Nuh.

Raffael ketawa. Ternyata dia tidak boleh sorok lagi dari Nuh.

"ya, aku nak kahwin" ujar Raffael tenang.

"seriously? Congrats bro. Siapa gadis yang buat Raffael Anderson tersungkur kali ni?" usik Nuh.

"Nuh, aku ada benda nak share dengan kau. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni" ujar Raffael.

Berubah riak wajah Nuh saat mendengar cerita Raffael. Dia tidak menyangka kawannya itu nekad membuat keputusan begitu.

"kau dah gila ke? Benda ni bukan main-main tahu tak?!" ujar Nuh.

"aku tahu Nuh, tapi ni je jalan yang aku rasa terbaik. Aku tak nak perkara buruk terjadi pada Bella. Aku sayang dia" ujar Raffael.

Nuh mengeluh. Dia tidak tahu apa harus dinasihatkan kepada sahabatnya itu.

"habis tu, calon isteri kau dah tahu ke?" soal Nuh.

Raffael mengangguk kepalanya.

"habis tu dia setuju?" soal Nuh.

Raffael mengangguk lagi.

"kau tahu kan kahwin kontrak ni haram di sisi agama" ujar Nuh. Sebolehnya dia tidak mahu kawannya itu melakukan sesuatu yang salah.

"aku tak buat kontrak tapi hanya perjanjian lisan saja. Kami kahwin dan jalani hidup seperti suami isteri yang lain kecuali yang tu jela." ujar Raffael perlahan.

Nuh ketawa mendengar. Tergeleng kepalanya saat itu.

"raff.. Raff... Aku rasa dah macam tengok drama pula ni. Kau ni mampu tahan ke kalau dah duduk serumah. Raff, dah kahwin tanggungjawab kau besar. Sebagai suami dan ketua keluarga. Aku aku niat dan sebab kau buat macam ni. Aku tak mampu nak halang tapi sebolehnya bercerai di kemudian hari mendatangkan sesuatu yang tidak elok. " ujar Nuh.

" aku faham Nuh cuma ini je jalan terbaik untuk aku. Aku takkan biarkan Bella jatuh ketangan orang yang salah" ujar Raffael.

"aku faham... So siapa gadis kurang bernasib baik yang jadi isteri kau nanti?" perli Nuh mengundang jelingan Raffael.

"Anggerik Atisha" jawab Raffael.

"Anggerik Atisha? Macam pernah dengar nama tu" ujar Nuh.

"dia adik wedding planner kau dulu" balas Raffael malas.

"wait! Miss clumsy yang kau cerita tu ke?" soal Nuh tak percaya.

Melihat Raffael mengangguk malas, terkeluar tawa besar Nuh saat itu. Bengang Raffael mendengar tawa rakan baiknya itu.

"ha... Ketawa la besar-besar. Nanti kenan kat anak kau baru tahu" perli Raffael.

"wooo.. Rileks brother, jangan marah-marah darah manis tu. Tak sangka aku kuat jodoh korang berdua. Apa kata dari kahwin sementara ni kau buat jadi real marriage. Aku tengok korang ni pun sepadan. Macam pinang dibelah dua" usik Nuh lagi.

"banyak la kau punya pinang. Tak nak aku hidup dengan cik clumsy tu. Kan dengan aku kena penyakit cemerkap dia tu" balas Raffael.

"eleh, tak nak pun dia jugak yang kau cari. Dia juga yang sanggup tolong kau Raff. Jangan cakap tak nak, aku takut nanti kau yang gilakan dia" balas Nuh lagi.

Saat itu pintu bilik pejabat Nuh di ketuk lalu pintu itu terbuka. Terjegul wajah Nayla tersenyum kepada mereka berdua. Tersenyum Nuh melihat isterinya yang tercinta itu. Dia bangun lalu merapati Nayla.

"assalamualaikum.. Kacau you guys berdua ke?" soal Nayla melangkah perlahan memandangkan perutnya yang sudah sarat itu.

"nope, kami borak kosong je sayang. Awal sayang sampai, kan abang dah cakap nanti abang jemput sayang dekat NAZBELL" ujar Nuh.

Dia bimbang melihat keadaan isterinya yang sedang mengandung 8 bulan itu.

"tak pela, lagi pun Nay nak ajak abang pergi makan area sini. Teringin nak makan ikan bakar, sebelum meletup Nay nak makan" ujar Nayla memeluk lengan Nuh itu.

Raffael tersenyum melihat pasangan itu. Dia gembira melihat kebahagiaan sahabat baiknya itu.

"jom la Raff join lunch sekali" ajak Nayla.

"takpelah Nayla, i ada janji dengan someone hari ni. Korang pergilah dating, i tak nak kacau" ujar Raffael tersenyum.

"dah jom sayang. Aku pergi dulu Raff, anything contact me okay" ujar Nuh lalu memimpin Nayla keluar dari bilik pejabat itu.

Saat menunggu lif, Nayla bersuara.

"kenapa Nay tengok Raff tu macam pelik je" soal Nayla.

Nuh yang memeluk bahu isterinya itu menoleh lalu tersenyum.

"pelik macam mana sayang?" soal Nuh.

"entah, macam ada sesuatu je. Abang tahu ke?" soal Nayla lagi.

"Raff nak kahwin" jawab Nuh selamba. Saat itu pintu lif terbuka lalu mereka masuk seiringan.

"kahwin? Dengan siapa?" soal Nayla teruja.

"amboi sayang, excited bila dengar Raff nak kahwin ni kenapa" soal Nuh pelik melihat isterinya itu.

"mestilah excited, kawan kita nak kahwin. Kawan karib abang pula tu. Dengan siapa bang?" soal Nayla tak putus asa.

"ada la... nanti sayang tahu jugak." balas Nuh selamba.

Nayla mula memuncung. Tergelak kecil Nuh melihat muncung isterinya itu.

"mommy jangan muncung sangat, nanti anak daddy dekat dalam ni ikut muncung mommy" usik Nuh sambil mengosok perut sarat isterinya itu.

"abang ni!" marah Nayla sambil berpeluk tubuh.

"dah-dah jangan merajuk, jom beritahu abang kedai mana sayang nak makan tu. Hari ni apa sayang nak makan abang belikan" pujuk Nuh sambil mengucup pipi tembam isterinya itu.

Tersenyum Nuh saat melihat bibir isterinya melengkung. Dia tahu pujukannya menjadi, hasilnya terus Nayla bercerita tentang makanan dan hal Raff langsung dilupakan.

"

Hai guys!! So ini lah sesuatu yang CE nak share tu... Ramai tahu kan kisah Raffael dan gadis yang bernama Atisha tu tergantung. CE saja buat sebab terfikir nak buat kisah spin off utk Raff dan Tisha. So ini story coming soon nanti....tapi cerita tu tak tahu bila CE akan strt tulis tp nnt CE akan bg prolog dulu. Lepas DKM ni, CE nak relax jp.. Bnt bila dah strt tulis CE akan updte dkt ig ok... See you soon guys.. Thanks for reading DKM walaupun jln crta DKM tk brapa menarik.. Especially ending.. Jgn risau, Nuh dan Nayla tetap akan CE selit nnt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience